Monday, January 2, 2012

Bersuka-ria bersama kawan baik ! Part 2

Assalammualaikum semua !

Merajinkan diri untuk update sambungan entry yang sebelum ni. Rasa semangat nak pergi kerja esok. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab esok aku akan dimarah bos kot sebab banyak cheque yang tak sign lagi kot. Huhuhu ! Ahhh lantaklah. Yang penting kerja tetap jalan. Entry sambungan pun tetap terupdate dengan jayanya. (Ehh Areen jangan nak semangat sangat boleh )

Ok berbalik kepada sambungan entry dimana aku dengan si bff aku si Furzanne dengan cousin aku snap-snap gambar dekat Istana. Ehh salah-salah. Depan istana je kot. Esoknya hari Ahad aku dah balik Seremban balik sebab nak bawak si Furzanne ni jalan-jalan. Tak adalah jauh sangat aku bawak si Furzanne ni jalan sebab tujuan utama kitorang keluar pun sebab nak tengok wayang. At last lepas dah decide nak tengok wayang dekat mana, aku pun bawak je lah si Furzanne ni pergi Jusco Seremban 2 je.

Lepas dah beli tiket wayang, usha-usha mamat handsome kejap then pusing satu kedai kasut and handbag. Terus decide nak makan sebab dah lapar sangat padahal masa sebelum nak balik Seremban tadi, dah melantak baik punya dekat rumah nenek aku. Tak apa ! Diet dilupakan buat sementara waktu bila kawan baik ada dirumah anda ok ! Pesanan kasih sayang dari saya. ( Sila jangan nak cakap dalam nada confident sangat boleh tak Areen)

Dalindareen8064

Anyonyo comel nya kawan aku sorang ni. Kalau nak tahu, dia ni memang bestfriend aku since dari sekolah lagi. Memang kitorang terlampau rapat. Family aku kenal dia and family si Furzanne ni pun memang kenal dengan aku. Mak aku memang tak marah kalau aku keluar sampai tengah malam dengan si Furzanne ni. Cubelah kau keluar dengan boipren sampai tengah malam. Memang tidur luar lah jawabnya aku.

Dalindareen8066

Aku tak ingat aku baca dekat mana tapi baik je dia suggest kan Macaroni Cheese dekat Secret Recipe memang better than Pizza hut. So disebabkan terpengaruh yang amat, aku ajaklah si Furzanne ni makan dekat Secret. Dan kerana aku ni peminat tegar Cheese yang berlemak dan menyebabkan salur darah tersumbat dengan kelemakkannya, aku pun dengan rela hati order Prawn Macaroni Cheese ni. Nampak sedap kan ! Sila cakap sedap ok.

Dalindareen8068Ni si Furzanne punya makanan, Japanese soba kot tak silap nama nya. Entahlah jadah nya aku nak ingat semua nama makanan kan. Tapi seriously mee ni memang sedap sangat-sangat. Bagi penggemar sayur macam aku, memang tersangat lah sedap. Now air liur aku dah bertakung dalam mulut bila dok imagine benda alah ni. And kalau nak tahu macaroni cheese yang aku dok makan tuh tak adalah sedap mana pun. Yang paling penting sangat muak ok ! Loya pun ada tau. Memang terbaiklah kan. Gabungan cheese yang mantap sampaikan aku jadi pening, loya, and muak.

Dalindareen8067

Gambar perasan-cun-depan-makanan haruslah ada. Ini semua perkara wajib bila keluar makan dengan bff. Macam tak faham pulak kan. Furz !! Mee kau sedap gile wehh.

kak long

Muka sembab sebab aku tak pakai eyeliner langsung. Sedar-sedar je masa dalam fiiting room dengan si Furzanne, baru perasan tak pakai eyeliner langsung. Tak cantik langsung ok and tak ada confident nak jalan-jalan. Memang motif sangat kan !

Oklah tuh je lah entry bersama kawan baik bahagian kedua yang aku nak story. Tak ada apa yang istimewa pun just aku rasa best and rasa nak keluar lagi dan lagi dengan bff aku ni. Prinsip aku senang je, sekali aku dah sayang seseorang sebagai kawan aku, sampai bila-bila aku akan buat baik dengan dia kalau dia pun buat baik dengan aku. Kalau aku tak selesa and tak banyak cakap dengan seseorang tuh, bukanlah maksudnya aku tak anggap dia kawan cuma untuk berkongsi apa-apa rahsia bukan lah dengan seseorang yang aku tak selesa tuh.

Kawan baik bagi aku ialah seseorang yang aku selesa untuk bertentang mata dengannya, tak perlu nak pandang tempat lain bila dia bertentang mata dengan aku sebab rasa tak selesa tuh muncul.

YOU TREAT ME WELL, I WILL TREAT YOU MORE BETTER.

Lupa nak cakap, aku tengok Ghost Protocol dengan si Furzanne tau. Ohh memang Tom Kurus atau dengan nama lain dia Agent Ethan Hunt memang tersangat lah hot even dia dah tua. Tapi walau macam mana hot pun dia, hati aku tetap terpaut dekat Agent Brad. Handsome gile ! Berbaloi beli tiket seat paling depan,even kepala sakit mendongak tapi hati puas !

Bebbboiii !

2 comments:

Syuk Ry said...

wow nmpk sdap jer mknan 2..

Azreen Zunairah said...

memang sedap sgt pon !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...