Wednesday, April 13, 2011

Nak kurus ingat joegrimjow

Assalammualaikum !

Memang muka aku dari semalam sampailah hari ni, tak habis-habis dok update pasal contest. Ni semua stress punya pasal lah. Yelah mana tak stress nya, dok fikir pasal final exam yang tak lama lagi je akan menjelma. Lepas tuh belajar nya tidak pun. Baru hafal satu definisi terus krohh krohhh. So disebabkan nak menghilangkan stress yang ada dibadan ni, aku pun merajinkan diri untuk join contest nak KURUS dari abang Joegrimjow.

Actually aku pun tak tahu yang dulunya abang Joegrimjow ni dulu adalah seorang lelaki yang amat comel seperti didalam header sebelah kiri ini :-

Untitled

Lepas tuh bila di godek-godek baru lah aku tau yang abang Joegrimjow ni amalkan Herbalife. So sebab tuh dia jadi selim melim macam gambar dia yang sebelah kanan dalam header dia atas ni.  Serius rasa kagum gile sebab dia tersangat lah KURUS and handsome.

Aku dulu and jugak sekarang, ada jugak buat macam-macam usaha semata-mata untuk jadi KURUS. Aku pernah tak makan seminggu and just minum air je masa aku praktikal dulu. But then bila aku buat macam tuh, mak aku tegur muka aku nampak pucat and nampak letih je. Tuh semua sebab nak jadi KURUS punya pasal. Tapi lepas tuh, aku makan banyak balik sebab tak tahan lapar wei ! So macam mana nak KURUS macam abang Joegrimjow kan kalau semangat just hangat-hangat taik hanjeng kan !

Jenis badan aku ni kan. Kalau aku makan banyak mesti peha aku serta merta akan melebar dengan secara automatik. So memang akan nampak bawah badan aku ni nampak besar sangat-sangat.

Dalindareen4544

So sekarang boleh nampak kan macam mana tumbesaran peha aku berlaku dengan mendadak. Dah cukup tuh nak gelakkan aku ! Emak aku selalu cakap tau, kalau along nak KURUS, along kena jogging, baru peha tuh nampak kecil sikit. Kalau setakat diet tak makan, tak minum. Bahagian atas je lah yang kecil nanti. Bahagian atas ?? Bukan tutt ok. Hah ! Dah start nak melucah lah tuh kan fikir bukan-bukan. Bahagian atas yang aku maksudkan tuh adalah bahagian perut aku, bahagian lengan aku. Dah..dah ! Toksah nak fikir benda lain.

Bila dok godek-godek belog abang Joegrimjow, aku jadi semangat nak kurus. Tapi just sekarang je lah semangat. Kejap lagi maybe aku akan main masak-masak benda alah yang boleh menghasilakan lemak di peha aku ni.

Aku selalu dok bising dekat boipren aku yang aku nak KURUS macam abang Joegrimjow, Ok yang pasal aku dok sebut nama abang Joegrimjow dekat boipren aku tuh adalah rekaan semata-mata ok. Tapi boipren aku ni tak tahulah dia ni kenapa. Dia memang bantah habis-habisan kalau aku nak KURUS. Dia mesti akan cakap, sekarang ni dah ok dah so buat apa nak seksa badan lagi. So bila dah dengar boipren aku cakap macam tuh, aku startlah makan banyak balik. Huhuhuhu.

Dalindareen6818

Terima kasih kerana menerima saya yang tak seberapa nak KURUS ni. Hehehehe

So kawan-kawan silalah doakan saya yang tembam seperti ini menjadi selim melim dan KURUS seperti Megan Fox. Ehh salah salah. Seperti Abang Joegrimjow. Hehehehehe.

Dalindareen3070

Dengan Kuasa bulan :

BERTUKAR !!

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

megan-fox-90227002

Menjadi Megan Fox yang bertudung. Yeeehoo !

Bebboii !

9 comments:

Unknown said...

Manja pun nak kurus juga, nak lawa juga tapi masalahnyer tang diet tu payah la nak amalkan huhu help2

Azreen Zunairah said...

manja: tuhlah kan...asyik nak makan jek kejanya...nyampah tol kan...

ATIQAH MOHAMAD said...

hot roll~~ hot roll~~ bhahaha

Azreen Zunairah said...

sengal....sedap tuh wei!!!

damha said...

kurangkan makanan berlemak...amalkan pemakanan gaya hidup sihat...makan benda2 masam utk hilangkan lemak dlm badan tu...spt limau dll...wat aktiviti senaman ringan selepas mkn...jgn selalu tido ptg2...he3333

Azreen Zunairah said...

damha: hehehehe time kasih for ur advise...huhuihuhu

Sya Isya said...

nak maintainkan badan, Sya kurangkan jumlah nasi yang dimakan, banyakkan bergerak (guna tangga, tak guna lif), kurangkan duduk (lepas makan kalau asyik duduk je, tu yang semua berkumpul kat punggung and peha tu). Pastu, parking kereta jauh sikit dari pintu shopping complex. Bila kawan-kawan lama tengok Sya, diorang kata Sya maintain, tapi hakikatnya Sya dah makin kurus. Hik2..asyik kena tegur dengan makcik pakcik, apesal kurus sangat. Sya pun rasa Sya dah kurus sangat, tapi xmau tambah berat. biarlah. Sya pun kalau naik, tang peha tu juga lah...huhu..samalah kita

joegrimjow said...

wahaa
menantikan megan fox yang bertudung =)

Terima kasih sebab join. Keputusan dah diumumkan. Boleh check kat sini
Nantikan contest dari joegrimjow lagi okeh =)

Azreen Zunairah said...

heheheh x menang pon x pe...asalkan dpt msk dalam shortlisted pon ok..heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...