Sunday, April 24, 2011

Siapa kenal dengan Vera Wang ? Semua gaun pengantin dia buat semuanya gorgeous !

Assalammualaikum !

Ya Allah pemalasnya aku nak study ! Apa nak jadi dah ni Areen oiiit ! Tadi kau layan game Zomba zombie. Sekarang ni dok update belog balik pulak. Kalau mak aku baca ni, mesti dia cakap “ Along ni tak study ke ? Mak tengok asyik online je !” Hadoii ! Memang naya kalau mak aku online tengah-tengah malam kejap lagi. Mak ! Sorry mak. Bukan along tak nak study, tapi mood tak datang lagi. Kalau mood dah datang, memang tak berhenti-henti along study mak. Betul ~~ Along tak tipu mak ! Hahaha motif nak buat short message untuk mak aku dekat sini kan !

So aku nak tanya. Siapa yang kenal dengan Veraa Wang ? Jangan korang fikir dia adalah seorang pembuat duit yang tegar pulak. Hal tuh memang tak ada kaitan dengan nama dia. Tapi seriously dia memang seorang yang rajin bekerja. Wah Areen ! Kau cakap macam dia tuh sepupu belah mak kau  yang paling kau rapat je kan ! Poyo lah lu matt.

Actually Veraa Wang ni adalah seorang pereka baju pengantin yang memang vogue de vasss ! Serius aku tak tipu. Aku kenal dia pun masa aku tengah syok layan cerita Oprah Winfrey Show. Masa tuh ada pasal Veraa Wang ni lah. Semua tahu kan yang Oprah yang sememangnya seorang jutawan, suka sangat buat amal jariah kan. So disebabkan masa tuh Veraa Wang ni datang and bawak semua koleksi baju pengantin dia. Oprah ni suruh lah audience yang tak lama lagi akan berkahwin dekat rancangan tuh, untuk bangun. Dekat limapuloh orang penonton lah yang bangun. Kau nak tahu apa Oprah buat dengan diorang ? Oprah bagi setiap limapuloh orang ni hadiah gaun pengantin Veraa Wang. Gilelah syiokk ! Dahlah satu gaun Veraa Wang ni sama dengan harga sebijik kereta Porsche or Ferrari kau tahu ! Gile bertuah semua limapuloh pengantin tuh.

So mehh sini aku nak tunjukkan muka Veraa Wang tuh ! yelah mana lah tahu korang teringin nak  tempah gaun pengantin dekat dia kan. Nanti bila dah tengok gambar, senanglah nak contact-contact kan. Cehhh !

images (18)

So inilah dia yang dinamakan Veraa Wang. Serius masa dia datang Oprah Winfrey Show tuh, nampak macam tak percaya yang dia ni fashion designer. Nampak simple gile lah ! So mohh aku nak tunjukkan koleksi gaun pengantin yang dia buat. Jeng jeng jeng jeng…

vera-wang-wedding-gown-lace-green-ribbon

Ohhh mana pergi kepala saya ! Hehehehe. Kalau aku, aku memang pantang tengok baju yang ada riben-riben ni. Rasa terliur je aku tengok. Boleh ? Hahahahaha !

vera-wang-fall-2010-wedding-dress-2

Kan aku cakap aku pantang tengok baju yang ada riben-riben ni. Mula-mula dulu, aku ingat masa malam Annual Dinner pra-graduan aku dulu, aku nak pakai macam ni. tapi bila fikir bilik. Macam mana agaknya aku nak bawak kereta ehh. Dahlah aku ni driver ! Cettt. Mahunya pintu kereta tak boleh tutup kan.

vera-wang

Kalau aku lah kan beli baju Veraa wang ni. For sure duit PTPTN aku nanti, sampai aku mampos pun tak dapat bayar balik. Hari-hari makan nasi dengan kicap dengan lauk ayam dengan telur goreng. Wah ! Tak nampak macam menu orang yang tak ada duit je Areen. Hahaha

4PurpleVeraWang1

Gaun pengantin yang berwarna ceria ! Serius cantik. Kalau tak tuh, kita tengok most of wedding dress mesti warna putih kan. Tak pun warna cream kan. So disebabkan nak lain daripada yang lain, Vera Wang ni buatlah warna lain pulak. Hehehe

vera-wang-wedding-gowns

See see cantik kan ! Nampak sweet je kan. Aku sukalah. Eleh Areen, kau tembam berangan pulak nak pakaikan. Hei der ! Biarlah akan aku nak berangan ke hape ke kan ! Yang penting aku ada inspirasi untuk kurus. Paham ! Emosi tiba-tiba kan.

vera-wang-white-mermaid-fall-wedding-dresses-4

Cantiknya, cantiknya, cantiknya ! Gaun ni nama apa entah dia. Tapi ada mermaid mermaid lah belakang dia. Biarlah apa-apa pun nama dia kan. yang penting memang gorgeous gila wei !

vera-wang-wedding-dresses

Actually aku suka dengan gaun kembang sebab aku suka bila ada gaun yang sorokkan peha aku yang besar ni. So bila pakai gaun macam ni, bolehlah feeling-feeling selim melim kan. Hahahaha Boleh ?

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau mak aku baca entry ni mesti dia cakap aku dah gatal nak kahwin tau.

Oklah bebboii !

Saturday, April 23, 2011

Segmen : Saya nak jadi kawan vespa degil !

Assalammualaikum !

Nampak benor nipunya kan ! Tadi aku cakap aku nak study kan, tapi sekarang ni tangan aku tengah galak nak update belog yang tak semenggah ni pulak. Adoi !! Sila berhentikan ketagihan aku ni. Aku nak study ni wei ! Tadi masa lepas update, aku tengok ramai pulak yang singgah dekat belog aku. Rupa-rupanya sebab Abang Ben yang handsome tuh ! Hehehe.

Tapi sekarang bukan nak cerita pasal Abang Ben yang handsome tapi aku nak cerita pasal Abang yang ada Vespa comel sangat-sangat ni. Hehehe.

vespa degil friend

Kalau nak join sila tekan gambar bawah ni atau link yang aku bagi dekat bawah kejap lagi ok !

>   >    >    >   >    >   >  TEKAN    <   <    <   <    <    <  

Actually aku baru je kenal dengan Abang Vespa ni and yang aku nampak lepas baca entry-entry dia yang lepas, dia seorang yang baik and aku rasa boleh jadi kawan aku. Hehehe. Tuh pun kalau Abang Vespa nak jadi kawan aku kan. Kadang-kadang aku suka baca blog dari golongan lelaki sebab diorang ni memang ssesuka hati sesedap gigi akan bagi pendapat masing-masing. Even kadang-kadang pedas tapi memang best bila baca.

Macam belog Abang Vespa ni, dia memang tersangat baik. Sebab apa aku cakap dia baik? Sebab dia follow aku dulu and lepas tuh barulah invite aku untuk join segmen dia. Auwww ! Terharu gile lah. Hehehehe. So dekat sini aku nak cakap dekat Abang vespa yang comel ! Terima kasih sangat-sangat sebab follow Areen Tembam ok ! Tengok dari gaya penulisan Abang Vespa, tak mustahil lepas ni abang memang akan jadi famous amos macam Abang Ben ! Hehehehe. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

So aku nak tag kawan terbaik saya abad ini : Cik Pelangi !

Bebbooii !

Korang pernah tak ada abang angkat, adik angkat, or kakak angkat ? Terangkat tak ? Huhuhu !

Assalammualaikum !

Huh ! Gusi yang membengkak secara tiba-tiba buatkan aku malas nak senyum, malas nak bercakap and malas lah nak kacau bff aku. Sakit yang amat sampaikan rasa macam nak lempang je orang. Tadi aku tanya bff aku si Wani, dialognya lebih kurang macam ni lah bunyinya:-

Areen Tembam: Wei Wani sakitnya gusi aku ni. Nak lempang kau boleh tak ?

Wani si Bff : Kau lempanglah aku ! Aku lempang kau balik nanti.

Haiyoo semnejak dua menjak ni, Bff aku ni semakin mengganas dengan aku. Kejap-kejap cubit aku, kejap-kejap tampar aku. Entah kenapa entah. Tahulah dah nak habis belajar kan. Kalau ye pun nak balas dendam, janganlah sampai macam tuh sekali kan. Huhuhu.

Oklah panjang bebenor dah aku ni melalut. Mehh sini aku nak tanya. Korang dulu time sekolah ada tak abang angkat or adik angkat or kakak angkat ? Cecite kat aku. Ok mohh le aku cerita. Dulu time sekolah agama Port Dickson dulu, aku adalah seorang kakak angkat tau. Tuh pun kakak angkat aku siap nak hantar notes bagai dekat aku sebab nak suruh aku ni jadi adik angkat dia. So bila dah declare tuh, memang rasa heaven gila lah. Sebabnya aku selalu dapat makanan macam coklat Cadbury. Lepas tuh dekat kertas pembalut tuh mesti ada ucapan dari kakak angkat aku tuh. Auwww ! Memang sweet gile. Kalau dia balik rumah dia, mesti dia akan bawak untuk aku makanan yang dia masak. Memang nak cakap aku gemuk sebab makanan yang dia bagi tuh je lah.

symbol-sign-male-female

Hah ! Yang tuh cerita pasal kakak angkat, mohh dengar pasal abang angkat aku pulak. Dulu masa dekat sekolah agama, kalau lelaki dan perempuan ada hubungan apa-apa. Memang siaplah kau ! Ustaz aku siap buat surat cerai tuh yang tak tahan. So aku dulu ada lah jugak admire dekat seorang abang dari kumpulan nasyid sekolah aku yang memang top lah jugak dikalangan junior-junior macam aku. Aku pandang dari jauh je lah sebab kawan-kawan aku boleh dikatakan semua minat dia.

Satu hari ni, masa tuh aku tengah training netball, aku dulu wakil sekolah and negeri tau. Nada riak kejap. Tapi kalau korang tengok badan aku sekarang mesti tak percaya yang dulu aku ni budak sport kan. So berbalik kepada cerita, masa aku tengah training tuh, abang nasyid yang aku minat tuh pun turun padang jugak. Memang dasarlah ! Yelah ambil kesempatan tengok perempuan terlonjak-lonjak and terlompat-lompat kan.

Then masa tuh boleh dikatakan semua budak netball main dalam keadaan yang ayu nak mampus sebab abang nasyid tuh ada termasuklah dengan aku. Cett ! Entah apa-apa je kan. Sampaikan cikgu aku dok jerit-jerit suruh kejar bola pun, aku still berlari dalam keadaan ayu. So korang bayangkanlah, budak yang tengah berlengas dengan peluh, berlari sambil tunjuk ayu. You got what I mean? Hahaha. Serius memang buruk nak mampos ! Then abang nasyid tuh berambus dari situ sebab cikgu aku suruh. Hahahah keciwa !

Masa dah habis training ni, ada seorang abang nasyid yang kawan kepada abang nasyid yang aku minat tuh panggil aku. Aku macam nervouslah jugak kan. Then abang nasyid tuh bagi aku seketul coklat Cadbury yang paling besar gedabak tuh. Masa tuh kalau kau dah dapat coklat Cadbury dari seorang lelaki dekat sekolah aku tuh, memang kau akan faham terus yang abang tuh nak jadikan kau adik angkat or girlfriend dia. Aku time tuh memang frust habis lah sebab bukan abang nasyid yang aku minat tuh bagi coklah dekat aku. Tapi kawan dia pulak yang bagi. Masa tuh mentality budak-budak yang baru nak up macam aku akan cakap, alah, abang tuh tak handsome. Tak nak lah buat abang angkat ! Serius what the fat wei aku time tuh ! Hahaha.

Picnik collage

So korang bayangkan macam ni lah ! Aku nak abang nasyid yang hot dan handsome macam Pasha ungu yang sebelah kiri tuh. Tapi sekali dapat abang nasyid yang muka macam unknown person macam sebelah kanan tuh. Kau rasa kau kuciwa tak time tuh? Hahaha. Masuk-masuk je dorm semua kawan aku tanya kenapa muka aku masam and masa tuh jugak aku bagi kawan-kawan aku coklat yang abang nasyid tuh bagi. Siap suruh diorang habiskan lagi. Huhuhu tak boleh tahan.

Sekali tuh satu dorm aku menjerit and kecoh-kecoh. Semua terus terkam aku and siap cakap and melaung-laung “ Aku tak percaya !!”. Gile ke hape ! Masa tuh jugaklah baru aku tahu dekat pembalut coklat tuh ada ucapan yang abang nasyid tuh tulis. Yang buatkan aku lagi terkejut, bukan abang nasyid yang sebelah kanan tuh yang bagi. Tapi sebenarnya abang nasyid yang muka macam Pasha Ungu tuh yang bagi. Kawan aku ada yang siap tak nak bertegur dengan aku lah bila aku declare dengan abang nasid tuh. Yelah, tak boleh terima kenyataan punya pasal. Hahaha. And aku memang betul-betul terangkat dengan dia sebab aku declare dengan dia as couple sampailah aku form 5. Sekarang pun, even dah tak ada apa-apa, dia still contact aku and chating-chating dengan aku dekat FB.

Bila dah masuk Form 4, aku tukar sekolah teknik pulak. Masa ni kalau ada relationshiop dengan kakak angkat and abang angkat, aku rasa macam extreme sikitlah. Yelah dulu masa aku dekat sekolah teknik, kakak angkat aku sepanjang masa nak dating dengan aku dekat tangga asrama. Abang angkat aku pulak, tak habis-habis call aku. Ouppss ! Kantoi dekat asrama bawak handphone kan. Hehehe.

Tapi aku rasa ada kakak angkat, abang angkat and adik angkat dekat sekolah agama lah paling best. Sebabnya kakak and abang aku memang take care gila dekat aku. Even adik angkat aku pun siap bagi makanan macam-macam dekat aku. Haiishh ! Muka aku ni agaknya memang mintak simpati makanan je lah kan. Hahahaha.

Sorilah ehh ! Kali ni entry aku memang panjang sangat. Aku tahu mata korang pun dah berpinar kan. Oklah aku dah nak start pulun study balik. Doakan aku ehh !

290520101661

Bebboiii !

 

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Assalammualaikum !

bersantai8

Siapa yang rajin nak join segmen abang Ben handsome ni boleh klik dekat gambar atas ni ok ! Atau pun tekan dekat link bawah ni ok !

>     >     >      >      >       >       >       >       >  TEKAN

Soalan yang perlu dijawab dengan mudah dan tanpa ragu-ragu sambil korek telinga adalah seperti dibawah :-

Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog ? Dan sumber inspirasi anda?

Actually dunia blogging ni aku dah start lama dah since 2008 and masa tuh yang jadi inspirasi aku untuk jadi semangat gile buat belog ialah insan terpilih dekat bawah ni :-

Untitled

Blog Kak Yenadey !!

See see cute kan blog kak Ynaa ni kan, sama dengan tuan punya belog ni. Dulu aku memang excited sangat nak buat belog sebab bila baca semua cerita yang kak Ynaa tulis, rasa macam terbang-terbang di awangan. Kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak tergelak. Masa tuh kak Ynaa dia gunakan Blogspot lagi. So masa tuh dia memang banyaklah cerita pasal life dia dengan ex-tunang dia. Memang sweet gile. Sampaikan masa Kak Ynaa ni cerita kenapa dia putus tunang, aku siap dok sreettt sreettt sedut hingus sebab menangis sekali. See ! Boleh nampakkan macam mana dia bagi pengaruh yang besar dekat aku dalam dunia belog ni.

Now, dia dah pakai wordpress. And aku still suka semua entry yang dia update. Kadang-kadang dok tertunggu-tunggu bilalah dia nak update entry baru. Kak Ynaa ! I love u. So stop sampai sini je story mory !

17155_281592222474_119697087474_3550828_3284938_n

Untuk kak Ynaa, sorry sebab copy gambar akak dari FB akak. Apa-apa pun akak akan sentiasa menjadi sumber inspirasi kita dalam dunia blog ni. Terima kasih banyak-banyak sebab sedikit sebanyakbagitahu macam mana life berblogging ni. Semoga akak sentiasa hidup dalam keadaan yang ceria. Aminn !

Bebboiii !

Friday, April 22, 2011

The Finale Episode of Doraemon ! Sob sob sedihnya. Cer tengok !

Assalammualaikum !

Malam ni memang perasaan aku bercampur-aduk diantara rasa happy and sedih. Huh ! Macam mana tuh boleh rasa dua perasaan dalam satu masa kan. Entahlah lately ni aku rasa macam-macam yang aku dok fikir dalam kepala hotak ni. Kadang-kadang aku rasa aku macam dah jadi orang lain je. Ehhh ! Tak faham ehh korang. Takpelah ada masa nanti aku cerita. Tapi yang penting aku bukannya jadi alien or whatsoever. Aku still manusia, just perasaan ni je. Apa kau merepek ni wei Areen ! Yelah yelah aku tak cakap apa-apa lagi. Cettt !

Tadi aku dok godek-godek youtube sebab nak cari cerita kartun Sailormoon punya pasal. Tapi last-last aku terjumpa cerita pasal Doraemon. Mesti korang akan cakap macam ni kan. Eleh kalau setakat cerita Doraemon, aku pun pernah tengok. Siap ada koleksi DVD lagi tuh. Ye aku tahu kau hebat ! Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal final episod cerita Doraemon ni.

Actually aku sebenarnya tak tahu pun pasal kewujudan final episod Doraemon ni. Yelah aku mana layan sangat Doraemon ni. Yang aku layan Sailormoon je. Tapi entah kenapa bila aku tengok final episod Doraemon ni. Aku rasa sedih sangat. So aku nak bagi korang tengok dulu. Nanti komen lah ehh !

Sedihnya- Final Episod Doraemon !

Bila aku dah tengok cerita Doraemon ni, aku rasa macam sedih sangat ! Aku pun tak tahu kenapa emosi aku terlebih sangat sampaikan meleleh air mata aku. Seorang kawan sanggup bersusah payah untuk kawan rapat dia. Aku rasa bersyukur sebab aku ada seorang kawan yang sanggup buat macam-macam untuk aku. Tapi lepas dah habis Diploma ni, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Tak dapat dah aku nak menangis depan dia, nak mengumpat dengan dia, nak menyanyi dengan dia, nak baca komik dengan dia. Yang paling penting, aku akan rindu semua yang ada dekat diri dia.

Aku harap sangat, kalau aku ada rezeki untuk sambung degree nanti, Tuhan akan bagi aku kawan yang betul-betul exactly the same macam kawan aku yang satu ni. Amin ! Dah lah, tuh yang aku malas nak layan sedih ni. Memang aku akan jadi teremosi lebih je. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku nak pergi layan cerita Sailormoon.

Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...