Thursday, January 20, 2011

Aku dah tukar header blog ! So aku nak korang bagi komen ok ke tak header aku yang baru ni? Please !!

Assalammualaikum !

Haiyoo ! Kemain rajin aku update blog hari ni. Semuanya sebab otak aku yang dah meong-meong study untuk test esok. Study pulak Cost Control, bab yang kena menghafal and kira-kira. Boleh dikatakan aku memang slow gila kalau bab kira-kira ni. Start dari sekolah lagi aku dah memang slow bab kira-kira ni. Kalau hafal boleh lah. Tapi aku pelik kenapa time exam kat sekolah dulu bab Math aku dapat A yang Sejarah pulak aku dapat B. Pelik-pelik.

Hehehe ! Sengih-sengih kejap sebab kalau korang perasan header belog aku dah bertukar. Thanks dekat kawan blogger aku Ezan yang tolong buatkan header yang comel ni. Rasa macam sedih pulak nak tukar header yang lama kepada yang baru. Sebab header yang lama lah, dekat fb aku tak habis-habis kena panggil Areen Tembam by member blogger aku.

Mehh sini aku nak tunjuk header aku yang lama. Sob sob sedihnya. Dahlah semenjak dua menjak ni asyik selesema dengan batuk. Kejap ! Bagi aku sedut hingus aku jap. Srreetttt ! Ahhh puasnya sedut. Haiyo0 apasal tak senonoh sangat kau ni Areen !

Untitled

Auwww sedihnya aku tengok ! Rasa macam nak peluk-peluk supaya dia tak ter-remove dari header aku yang lama. Tapi tak boleh sebab ada kawan aku cakap. Header yang simple lagi menarik perhatian follower. So aku tukarkan lah dengan header yang baru. Aku tak taulah ok ke tak header aku yang baru ni. Sesuai ke tak dengan blog aku ? Mehh sini tengok header aku yang baru.

areen1

Nice kan kawan blogger aku buatkan. Bagi aku oklah comel jek dengan warna pink favourite aku. Tapi tak taulah kan pandangan korang. Aku saja kekalkan Areen Tembam sebab semua member blogger aku dah kenal aku dengan nama Areen Tembam..huhu.

So dekat sini aku nak tanya komen koranglah. Sesuai ke tak header blog aku ni. Manalah tau tak sesuai kan. Nanti aku boleh tukar dengan yang lain. Sekarang ni pon aku tengah bertungkus-lumus belajar Adobe Photoshop. Tak ada cikgu pun yang ajar aku tapi aku belajar sikit-sikitlah dari blogger-blogger yang buat tutorial pasal Adobe Photoshop ni.

So sila-silalah beri pendapat anda-anda semua pasal header aku yang baru ni. Lepas tuh bagilah pandangan korang jugak pasal apa yang tak sesuai dekat belog aku yang tak semenggah ni. Bagitau apa yang patut letak and apa yang tak patut aku letak. Boleh ehh ? Peluk cium untuk korang semua ! Ekk motif !!!

Bebboiii !

Saya Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka. Saya suka belajar dekat sini sebab ramai lelaki ensem. Ramai ke ?

Assalammualaikum !
Aduhai syahdunya bila hari ni tak ada kelas so boleh bangun lewat dengan sesuka hati nya. Bila dah terbangun ni barulah kelam kabut sebab rasa lapar and nasib baik lah ada bff saya yang tolong re-heat balik nasi goreng dua hari lepas. Gile tak gile kan pemalas nak mampos. Mampu re-heat jek. Masaknya malas. Then masa tengah blogwalking aku nampaklah entry dekat Blog Pilihan Malaysia pasal Sahabat Blogger-Pelajar Politeknik. So dengan semangatnya aku nak join lah dari tak ada benda aku nak buat dekat rumah sewa ni even banyak assignment nak kena submit. So mari kita mulakan !! Let’s go bebeyh !

Anda belajar di mana?
Ohh kalau nak tau aku adalah salah seorang student yang belajar kat Politeknik Merlimau, Melaka. Nak katakan poli aku ni kiranya dekat kawasan kampung lah jugak. Satu jam dari Bandar Melaka. What ! korang gelakkan aku ehh ! Hello, bukan ke mostly tempat belajar kita-kira semua memang dekat ceruk-ceruk kampung or pedalaman. So jangan nak gelakkan aku ok ! Nak katakan poli aku ni kira top jugaklah dekat Melaka ni sebab apa-apa event mesti nak buat dekat poli aku. Macam Sukma dulu, semua atlet duduk kat poli aku tau. Jadi tuan rumah lagi. Kau jangan main-main ok !

DSC_0019

Hah ! Ni lah tempat di mana aku belajar. Tempat di mana aku kenal dunia yang penuh pancaroba. Chewah ! Dekat poli ni aku ambil kursus Diploma Pengurusan Hotel and Katering. Memang boleh dikatakan kalau sapa-sapa yang badannya kurus keding bolehlah masuk poli aku and ambil kos aku ni sebab bila kau dah masuk kos aku ni dengan secara automatiknya kau akan jadi tembam ! Samalah macam aku. Sejak masuk poli ni badan aku macam di pam-pam. And poli aku memang korang akan nampak dulu bila dah masuk Merlimau. So tak payah lah kau buat-buat taknak jalan depan poli aku kan. Memang akan jumpa punya poli aku. Percayalah !

Politeknik Merlimau 05

So disini lah tempat aku selalu lepak-lepak bila kelas cancel or ada apa-apa event. Kalau dekat universiti orang akan panggil fakulti kan. Berbeza dengan poli, fakulti kitorang akan digantikan dengan Jabatan. So dekat poli ni aku belajar dekat Jabatan Hospitaliti lah. Ada banyak lagi jabatan-jabatan lain tapi malaslah aku nak cerita. Kan ni belog pasal aku so aku cerita pasal aku je lah kan.
Tempoh aku belajar dekat poli ni ialah 3 tahun and aku masuk masa sesi Julai 2008 and now aku dah nak habis belajar dah. Kiranya tahun ni lah aku habis belajar. Babai politeknik ku yang tercinta..sob..sob !

Gambar bersama rakan sekelas anda ?

Nak katakan sepanjang tiga tahun aku belajar dekat sini memang terlampau banyaklah gambar-gambar aku dengan member-member aku. So dengan rajin nya mehh sini aku tempek gambar aku dengan member-member aku start dari sem 1 sampailah aku sem 6 sekarang ni ha ! Sila jangan gelakkan muka aku yang tak semenggah ni ! Kalau nak gelak pun silalah gelak secara diam-diam. Jangan sampai aku tau. Now I presenting you the old version of Areen tembam ! until the new of Areen Tembam !. Tah apa-apa tah nak bagi announcement macam tuh !

Käý_çhümìll051



Hah ! Ni masa aku sem 1. Aku saja letak gambar aku yang jauh-jauh. Nanti tak ada lah korang nak guling-guling gelakkan aku kan. Masa ni sem 1 semua wajib kena duduk asrama. Aku ni manalah suka duduk asrama kan so nak taknak kena lah jugak duduk asrama. Masa ni boleh dikatakan life aku hanya dengan kawan-kawan bilik aku and asrama yang lain. Tak ada masalah nak couple-couple ni. Cehh !

DSC00141

Saja je aku letak gambar aku time sem 2 ni dekat-dekat. Nanti boleh lah korang gelak-gelakkan aku sambil makan popcorn kan. This time memang perangai masing-masing macam budak-budak. Yelah memang budak-budaklah kan sebab baru 19 tahun. Then budak-budak mana suka ceramah kan so terhasil lah gambar aku yang ghoman ehh macam ustazah dah. Gile aku nak keluar then lipat tudung macam ni ghoman ehh. Memang buang tebiat lah.

Image2670

Hah ! Time sem 3 ni lah muka aku dah berubah lah sikit-sikit. Bukan buat plastic surgery or cucuk botox ke hape. Tapi time ni kira dah expert sikitlah bab mekap. Kira kalau muka bangun tidur aku boleh lah ubah kepada muka yang dah mandi. Muahahaha ! Tapi bagi aku sem 3 yang paling best sebab kelas aku ada arrange satu event yang dinamakan Poli Idol then lecturer memang puas hati sangat dengan arrangement event kitorang. Kembang jap ! Ok dah kecut balik dah ! Masa ni wajib tau semua pakai baju P.Ramlee and saloma sebab dah kata temanya begitu. So kenalah ikut rules !

14032010591

Masa sem 4 ni lah paling sedih sebab aku dengan kawan-kawan aku kena praktikal. Tempat pun berbeza-beza so nak jumpa selalu pun memang lah tersangat susah. Then praktikal pulak 6 bulan. Haiy0o memang seksalah aku rasa. Masa time ni badan aku memang dah naik sangat-sangat dah. Yelah dah kata praktikal dekat hotel kan so makan je lah kerjanya.

Dalindareen2746

Sem 5 memang best lah sebab masing-masing baru habis praktikal kan so kira macam lepas rindulah jugak. Dapat duit ptptn je. Masing-masing macam tak ingat dunia berjoli.

Dalindareen5880

And now sem 6 kira sem yang terakhir. Tak lama lagi masing-masing akan bawak haluan masing-masing. Dah tak da nak jalan sama-sama, nangis sama-sama macam, gelak sama-sama macam sekarang. Nanti aku maybe akan further study dekat universiti pulak and akan jumpa ramai kawan lagi. So kawan-kawan dekat poli akan jadi kenangan yang paling best bagi aku. Sob sob sedihnya.

Pengalaman pahit dan manis anda di Politeknik ?

Kenangan paling manis maybe sebab aku dapat ramai kawan kot. Then bila aku dapat kenal boipren aku yang aku kenal dari sem 1 sampai lah sekarang. Ingatkan dulu konon-konon taknak bercinta sampai kerja nanti. Tapi bohong semua tuh ! Alih-alih aku terima jugak lelaki yang ngurat aku time sem 1 dulu. Sekarang dah jadi boipren aku forever ever after kot ! Insyaallah.

Dalindareen5684

Pengalaman pahit pulak bila aku gaduh dengan kawan-kawan rapat aku. Then semua dah berbaik dah sekarang. Kitorang pun happy je menjalankan tugas sebagai kawan-kawan yang rapat.
Oklah aku dah penat dah merepek dari tadi. Aku harap aku akan dapat habiskan sisa-sisa hidup aku dekat poli yang tercinta ni. Oklah bebboiii !

Monday, January 17, 2011

Salahkah saya nak pakai tudung yang cantik-cantik? Kenapa semua orang nak pandang-pandang saya ? Saya ada rupa macam hantu ke ?

Assalammualaikum !

Tajuk entry nak emosi kan. Tapi memang sebenarnya ni lah yang aku rasa bila aku pakai shawl yang warna pelangi or anting-anting yang biasa korang tengok tuh. Sebenarnya aku tengah emosi dengan internet berukband aku ni. Gile pulak lembab nak mampos malam ni. Dahlah aku kena hantar assignment esok. Lecturer aku nak tengok ! Berukband silalah laju. Aku betul-betul nak siapkan kerja ni.

Kadang-kadang tuh aku jeles jugak tengok perempuan cantik macam Fatin Liyana pakai shawl or tudung yang cantik-cantik. Tapi memang tak boleh nak samakan lah aku dengan dia. Dia tuh dahlah cantik then popular pulak tuh. Lagi sorang yang aku memang adore nak mampos ialah Datin ! or kak Iylia. Dia memang cantik even dia tembam tapi disebabkan confident dia tuh dia jadi macam cantik sangat-sangat. Meh sini aku tunjuk sikit gambar Datin ! yang memang vogue ni..huhu.

167761_10150093941984417_633369416_5808735_575732_n

164098_10150093942134417_633369416_5808739_676405_n

Cantikkan Datin ! ni. Memang aku minat sangat-sangat tengok muka dia. Belog dia lagilah aku suka nak baca. Tulisan dekat belog dia yang memang besar-besar huruf dia memang buat aku tak boriglah nak baca. Bukan semua blogger suka nak buat tulisan besar-besar kan. Tapi kak Datin ! ni dia berani and aku rasa tuh lah yang buat belog dia jadi istimewa sangat.

Seriously aku memang nak pakai cantik-cantik macam dorang ni. Tapi aku rasa macam confident level aku ni ada dekat level yang sebawah-bawahnya bila pakai macam ni. Rasa macam malu sebab badan aku yang tembam. Tapi bila aku tanya bff aku Wani, dia mesti akan respons “cantiklah areen, nanti ajar aku tau macam mana pakai shawl ni”. Boipren aku pun sama dia cakap ok je bila pakai shawl tapi tuhlah yang macam aku cakap. Confidentlevel au rendah. Sob sob. Meh sini aku nak share macam mana ghoman ehh rupa aku bila pakai shawl.

Dalindareen5610

Masa ni fist time aku keluar dating pakai shawl anting-anting ni masa dekat JJ Seremban.  Serius masa ni nak katakan aku rasa orang dekat JJ macam pandang pelik je dekat aku.  Dekat beratus-ratus kali jugaklah aku tanya boipren aku ok ke tak aku pakai shawl anting-anting ni. Dah kata boipren kan, takkan nak kutuk-kutuk awek dia kan. Tapi setiap kali aku tanya satu je lah jawapan dia. Comel !!! Memang masa time ni aku asyik ajak boipren aku pergi beli tudung baru sebab aku rasa malu pakai tudung macam ni. Tah apa-apa entah aku ni kan. Nak cantik tapi malu. Cuba be confident sikit. Boleh ?

Dalindareen5688

This time nak katakan memang aku asyik ikut belakang boipren aku. Konon-konon nak nyorok lah kan. Tapi kau kecik lah sangat kan Areen. Sampaikan boipren aku tarik tangan aku suruh jalan sebelah dia. Hah ! Tengoklah macam mana malunya aku ni. Padahal sebelum ni tak pernah pun kenal erti malu. Kalau korang perasan lah. Dah berapa kali dah aku letak gambar ni dekat entry aku yang sebelum ni. Saja je letak gambar ni ulang-ulang sebab aku suka dengan gambar ni. Belog aku kan ! So tak salahkan aku letak gambar yang aku suka.

Dalindareen5933

Boleh dikatakan shawl aku tak adalah banyak mana pun. Kiranya bolehlah dibilang dengan jari. takdalah banyak macam Fatin Liyana and Datin ! collection aku. tapi aku berharap yang satu hari nanti collection. Sebab tuh aku banyak pakai berulang-ulang shawl aku tuh semua. Yelah tak banyak collection lagi kan. Sob sob.

Then aku ada satu cerita. Pernah masa time aku keluar dating dengan boipren aku tuh. Aku ajak dia jalan-jalan dekat pasar malam dekat Melaka tuh. Motifnya sebab nak cari shawl yang cantik-cantik. Then aku singgah dekat satu kedai ni. Nak pergi tengok shawl pakistan yang ada dekat situ. Lepas tuh makcik yang owner kedai tuh tengah tunjuk cara-cara nak pakai shawl anting-anting dekat sekumpulan budak perempuan yang sebaya dengan aku.

Then tengah aku dok belek-belek shawl pakistan yang ada dekat situ, mak cik kedai tuh panggil aku. Aku yang macam blur-blur pun datanglah dekat dia. Then ada ke makcik tuh suh aku ajar budak-budak tuh pakai shawl macam aku tengah pakai dekat gambar atas ni. Gile tak gile. aku yang tengah menggeletar ni terus blah je dengan boipren aku. Boipren aku dah dok gelak-gelak kan aku. Lepas tuh tak habis-habis cakap kononnya aku banggalah kena puji dengan makcik kedai tadi.

Cehh ! Disebabkan malu gile terus aku tak jadi nak beli shawl pakistan yang ada dekat situ. Chett betul ! Frust punya pasal terus aku ajak boipren aku balik. Begitulah alkisahnya.

so sekarang aku nak nasihat korang-korang yang suka bebenor pakai shawl ni. Silalah ajar aku macam mana tips nak tinggikan confident level aku ni. Ehh ! Share lah dengan aku tau.

Oklah bebboiii !

Sunday, January 16, 2011

Budak-budak kecik zaman sekarang memang advance nak mampos ! Aku dulu time kecik-kecik dok umah jek tau ! Facebook pun tak kenal !

Assalammualaikum !
Tadi aku tengah godek-godek * Twitter * aku then aku terbaca tweet dari sorang kawan aku ni. Dia tweet “ 1 dari 3 orang budak sekolah pernah melakukan seks”. Advance tak budak sekolah sekarang ni? Time aku sekolah dulu, aku tau pasal benda-benda ni semua pun lepas belajar science time form 3 dulu. Tuh pun bukan tau detail pun. Just tau organ-organ yang terdapat dekat lelaki and perempuan je lah.

Masa tuh aku ingat lagi. Aku kan sekolah agama so  bila cikgu sebut-sebut pasal organ-organ apa yang ada dekat abdomen perempuan, semua budak lelaki pakat-pakat dok segar belajar science. Padahal sebelum ni tak pernah pun nak fokus dalam kelas. Kerjanya asyik dok kumpul air liur basi bergelen-gelen. Then yang part perempuan pulak, dah malu-malu. Sampaikan cikgu suruh semua duduk tegak sebab ada budak perempuan yang tunduk-tunduk kepala tak angkat-angkat. Cehh ! Aku mestilah malu jugak kan yelah first time kot tengok benda yang memang lain daripada yang lain ni. Selama ni aku tengok adik aku punya kecik je. Oupppss !

cdrstx

Lebih kurang macam gambar dekat atas ni lah aku malu-malu tau. Dah kata sekolah agama kan. So HARUSLAH ! bertudung labuh ye kawan-kawan.

Then sekarang ni dunia makin canggih kan. Dekat mana-mana kita boleh tengok orang dok godek-godek dorang punya Blackberry, Iphone lah. Disebabkan zaman yang terlampau canggih ni jugaklah hari tuh masa aku balik Seremban. Adik aku yang darjah dua tuh dah pegang handphone sendiri dah. Siap suruh aku topupkan. Yang tuh lagi tak tahan. Then boleh pulak adik aku dok bergayut dengan kawan-kawan sekolah rendah dia sampai habis kredit dia. Wahh ! Masyuknya jadi adik aku kan. Kecik-kecik lagi dah boleh merasa benda-benda yang canggih ni.

Cell-phone-for-kids

Alolo comelnya ! Tapi yang atas ni bukan adik aku tapi lebih kurang macam ni lah ghoman ehh bila bergayut dengan kawan-kawan dia. Pernah satu hari tuh mak aku bisik-bisik dengan aku cakap adik aku dah ada awek. Wahh ! What the… ! Then mak aku bagi dekat aku surat yang awek adik aku ni bagi. Ummakk aiii ! Gile kentang awek adik aku boleh karang ayat-ayat jiwang padahal baru darjah satu. Ayat bm pun still berterabur, gigi susu pun belum patah lagi. Tapi surat cinta mengalahkan aku yang tak pernah bagi surat cinta kat boipren aku tuh. Hurrm ! Malu jap. Ok ok meh sini aku tunjuk rupa adik aku yang kecik-kecik dah gatal padahal tak sunat lagi tuh.

Dalindareen5316


Hahaha ! Padan muka kak yong masukkan gambar adik yang versi pompuan punya. Biar takda awek nak melekat dekat kau so tak payahlah nak gatal-gatal lagi.

Then yang aku perasan lah kan. Budak-budak sekarang dah pandai dah main facebook. Tak kiralah baru lahir ke, baru sunat ke, baru patah gigi susu pertama ke. Tetap ada account fb. Termasuklah adik aku yang sorang ni. Bila aku tengah online fb je. Sibuk dok cakap add lah adik kak yong. Dah aku add suruh aku komen-komen gambar dia pulak. Banyak cantekk ! Komen gambar kak yong kau ni dulu. Baru kak yong komen gambar kau eh adik ku sayang.

Nak dibandingkan zaman adik aku dengan zaman aku yang dulu, memang banyak bezanya. Dulu aku mana dapat nak main playstation bagai. Stok-stok main game jenis yang tape tuh. Tape tuh dulu mahal. Dalam sekeping mau nya 20 hengget. Sekarang aku tengok dah 5 hengget dah.
Lepas tuh dulu aku mana merasa nak pegang handphone ni, form 1 baru aku rasa. Tuh pun handphone 3310 yang stok-stok kalau baling dekat anjing memang gerenti mampos anjing tuh. Time tuh kalau dah ada handphone canggih, kiranya kaulah yang akan jadi ketua dalam geng tuh sebab kau anak orang kaya. Yang dok pakai hp 3310, jadi je orang suruhan as long as budak yang kaya tuh nanti belanja kau.

nokia-3310

So korang boleh bayangkan macam mana besarnya handphone aku time tuh sampaikan bila time spotcheck dekat asrama aku tak tau dekat mana aku nak sorokkan sebab besar sangat..hahaha.
Bila zaman dah maju ni jugak makin ramai budak-budak sekolah yang advance pasal seks. Takut aku bila tengok berita budak sekolah lahirkan anak. Entah macam mana lah kan dorang nak lahirkan anak dorang tuh. Kecik lagi kot masing-masing. Boleh ke nak tanggung kesakitan tuh semua. Rasa macam banyak pulak aku membebel malam ni. Oklah harap-harap korang tak muak and termuntah hijau baca semua entry-entry aku.
Bebbbooii !

Betul ke cerita Khurafat best ? Orang ajak aku tengok tapi aku kecut sebab aku penakut. Boleh ?

Assalammualaikum

Woahhhh ! Heboh sana sini aku dengar orang dok cerita pasal movie Khurafat yang tah best tah tidak tuh ! Aku ni kalau nak tengok cerita seram, macam dah serik dah. Yelah aku bukannnya tengok sangat pun cerita tuh. Karang kejap lagi aku dok tutup-tutup mata. Kalau dulu aku jenis orang yang tutup telinga. Yelah tak dapat dengar suara pun jadilah asalkan dapat tengok cerita-cerita seram ni. Tapi sekarang ni, dua-dua aku tutup. Membazir gile kalau tengok wayang tau. So sekarang aku nak taulah. Best ke cerita Khurafat yang korang dok canang-canang tuh? Aku nak tau gak ! Jangan lah kedekut dengan aku. Mehlah share dengan aku.

 

khurafat1

Macam-macam eh Syamsul ni buat movie tau ! Dulu kalau movie bab-bab yang drift ni. Serahkan je lah dekat dia. Bab-bab kereta nak mahal-mahal and nak jadi hero. Bagi je lah dekat dia ni. Memang semua dia sapu habis lah. Takkan bagi can !! Then aku ni jenis kalau nak tengok cerita hantu mesti awal-awal aku kena kencing dulu. Kalau tak maunya aku terkencing dekat dalam panggung wayang tuh. Tak terkencing, aku terkincit..hahaha ! Kalau yang bab terkincit tuh aku rasa melampau lah kan. Kang syahdu jek orang bau aroma ke-kincit-an aku karang. Errk ! Ada eh ejaan ke-kincit-an ?

images (4)

Eei ! Kenapalah hantu jugak yang nak peluk kau ! Sah-sah kau memang hot lah sampaikan hantu pun memendam perasaan dekat kau. Tak mau lah aku tengok. Dengar lagi cerita-cerita kawan aku yang kata cerita ni banyak terkejut. Haiyo0 tak nak lah aku. Dulu nak katakan aku mana ada penakut macam sekarang ni. Boleh dikatakan aku lah yang selalu takut-takutkan adik aku and kawan-kawan aku dekat asrama dulu. Kalau dekat asrama lagi best. Aku siap-siap pakai bedak sejuk aku and tempek satu muka then aku sarungkan kain telekung. Pastuh siap-siapkan dengan torchlight sekali. Aku ni dulu katil bawah. Kan asrama dulu mostly katil dua tingkat or double decker kan. So aku punya katil yang dekat tang bawah tuh.

So bila dah prepare semuanya, aku startlah muncul perlahan-lahan dari bawah katil. Habis semua kawan-kawan aku yang tido dekat katil atas kena sergah dengan aku tau.

images (6)

Hah ! Lebih kurang macam sebelah kanan tuhlah rupa aku dulu-dulu. Best tau main-main takutkan orang ni. Lagi-lagi kalau ada geng nak takutkan orang, lagilah syiokk ! Beramai-ramai takutkan orang sampai pernahlah kakak dorm aku dulu demam sampai dua minggu sebab aku dok takut-takutkan. Even aku dah berkali-kali buat taktik yang sama dengan cara pakai telekung dengan bedak sejuk, tapi still budak-budak dorm aku boleh takut dengan aku tau. Pelik betul lah ! Agak-agaknya memang rupa aku ada macam hantu kot.

Nak katakan memang dulu kalau aku pergi toilet tengah malam bute pon, aku boleh hati kering pergi sorang-sorang. Selamba badak je buat bodoh bila dengar bunyi yang tah apa-apa dekat bilik air tuh. Lepas tuh aku boleh pulak takut-takutkan orang dekat tangga asrama. Cara aku = kain cadar warna putih+bedak sejuk. Nanti aku dok bungkuslah badan aku dengan kain cadar tuh then aku dok bertenggek dekat tangga asrama tunggu orang balik prep. Dulu aku dekat sekolah asrama agama, aku jahat. Orang pergi prep, aku dok melepak dekat bilik..hahaha.

So bila dah bungkus badan aku macam hantu pocong, mulalah budak-budak yang baru balik prep menjerit-jerit tengok aku diselang-selikan dengan kata-kata macam “ Bodoh kau ! Bangang kau ni !”. Tak pasal-pasal, free-free aku kena bodoh, kena bangang. Hahahaha !

images (5)

Aku pun tak ingat sejak bila yang aku boleh jadi penakut ni tau. Tapi yang aku ingat ada satu malam tuh. Aku study sorang-sorang. Yelah masa tuh kan nak PMR, so aku ni kan jenis study last minute. Orang lain dah lama tidur, aku study lagi. Then masa tuh aku dengar bunyi katil sebelah aku. Macam ginilah bunyinya “kreekk..krekkk..krekkk”. Memang bising nak mampus lah. Tapi aku buat bodoh lagi and tak pandang pun katil sebelah sebab masa tuh aku tengah khusyuk study bertemankan lampu koridor dan bunyi dengkuran kawan-kawan aku yang tido tak hengat dunia punya.

Bila aku buat bodoh je dengan bunyi tuh. Dia senyap then datang balik tapi bunyi tuh makin kuat. Kira bunyi dia macam dekat hujung telinga aku je lah. Bila aku pandang katil sebelah aku tak ada apa-apa pun.

Sebabkan aku rasa macam tak selesa and terganggu, aku stop kan lah study aku and tidur. Memang macam hampeh, sebab time tuh aku tak dapat nak lelap kan mata. And masa tuh jugaklah aku dengar ada suara macam ni. Suara dia lebih kurang macam nenek-nenek sikit. Bunyi dia macam ni:

“Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur, empat tak tidur lagi !”

Lepas tuh dia senyap. Masa tuhlah aku rasa badan aku macam berat and aku rasa sesak nafas sangat-sangat. Tak boleh nak bernafas langsung. Aku lemas gile and rasa nak nangis sebab aku tak tahan sangat sakitnya. And  masa tuh jugaklah ada benda warna putih lalu depan aku, aku memang tak nampak langsung apa benda tuh. Tapi yang penting warna putih. Lepas tuh sampai pagi aku tak sedarkan diri and bila kawan-kawan aku dok kejut-kejut aku, kawan-kawan aku tak bagi pergi sekolah sebab aku demam panas.

untitledl

Semenjak dari hari tuh, aku memang jadi penakut sangat-sangat. Sampaikan nak pergi mana-mana pun even nak pergi sembahyang dekat surau yang ada dekat asrama aku tuh pun aku ajak kawan-kawan aku teman. Takut gile sebab aku selalu terbayangkan benda warna putih yang aku pernah nampak tuh.

Kalau nak tengok cerita hantu pun, aku pastikan mak aku tengok sekali sebab nanti bolehlah aku lepas tengok cerita hantu, aku tidur dengan mak aku sekali. Then seboleh-bolehnya bila boipren aku ajak tengok wayang cerita hantu, aku akan elakkan sebab aku tak nak bila dah malam nanti aku terbayangkan yang bukan-bukan. Lagi satu, aku ni memang suka tengok cerita hantu tapi disebabkan aku dah jadi penakut ya rabbi, kalau tengok dekat laptop tuh, seboleh-boleh aku bukak screen window player yang paling kecik. Tak adalah seram sangatkan.

19946_1256363501147_1591398865_30633208_1297781_n

So aku nak korang share-share lah dengan aku macam mana ceritanya Khurafat ni sebab memang aku takkan tengok langsung dekat wayang. Nanti senanglah aku nak download kalau korang kata cerita ni best..huhu. So rajin-rajin kanlah diri anda untuk meng-share dengan aku ok ! Oklah bebboiiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...