Showing posts with label crazy. Show all posts
Showing posts with label crazy. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Gurau-gurau senda di petang hari. Senda ke sendu ?

Assalammualaikum.

Yeahhh baru balik dari training GST. Before this dah pernah jugak pergi tapi tak pernah-pernah lah aku nak paham. Tapi nasib baik hari ni paham jugak lah. Alhamdulillah. Apa-apa pun yang aku boleh simpulkan, lepas ni semua orang yang kerja dalam bidang account memang akan ada sangat-sangat banyak kerja ok. Hehehe bertabahlah ye semua ye. Aku tujukan benda ni dekat kakak-kakak opis aku sebenarnya. Muahahahaha.

So jangan stress-stress hari ni, jom kita relax kan kepala baca cerita dekat bawah ni. Jom jom.


Seorang isteri , ingin menguji suami nya ,apakah tindakan suaminya andai dia meninggalkan suami begitu sahaja tanpa apa2 sebab .Lalu si isteri menulis surat untuk si suami. 
"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya." 
Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.
Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.
"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya. Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang almari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca, "aku nampak kaki kau, bongok. aku keluar sekejap, beli roti. " " hahahaha !!!!






Muahahaha giloss !

Oklah bye !


Monday, December 1, 2014

Bunga Kek

Assalammualaikum !

Aku rasa kan minggu ni aku rasa penat and asyik-asyik rasa nak pengsan je. Disebabkan penat sangat-sangat, aku boleh mimpi cerita hindustan start dari awal sampailah habis cerita tau. Bila bangun pagi tadi rasa macam otak tiba-tiba blank and penat, rasa macam aku pulak yang jadi pengarah cerita tu. Ni semua maybe sebab nak siapkan order kek yang tak putus-putus and siapkan assignment yang semuanya kena submit dalam minggu yang sama jugak. Heii ! Lecturer ni tak tahu ke yang aku ni dahlah kerja, lepas tu nak siapkan tempahan kek lagi. Penat tau tak. Ahhhh ! Meroyan pulak tiba-tiba kan. Macam lah lecturer kau tahu plak kan yang kau ni banyak kerjakan. Tapi nak buat macam mana kan, dah nasib, aku yang pilih jalan ni semua kan. Ok stop ! Terima kasih ye sebab dengar luahan perasaan aku. Huahuahuahua !

Cerita pasal tempahan kek kan, aku rasa lah kan, orang ramai makin lama makin suka nak bagi gift dalam bentuk kek ni. Buktinya, ramai customer aku yang nak jadikan kek ni sebagai hantaran lah, hadiah hari jadi of course, present untuk pakwe makwe lah, yang paling sweet nak bagi hadiah untuk parents masing-masing. 

So, disebabkan dah tahu yang aku ni adalah pembuat kek yang tegar, bff aku selamba badak je order kek untuk buat hantaran tunang. Aku memang tak kisah kalau nak buat kek untuk hantaran bagai ni, yang aku rasa nak jerit nya sebab dia suruh nya hantar KL wei. Alamak uollls, aku ni terima tempahan kek area Seremban je, luar dari Seremban ni memang tak layan sangat. Cehhh berlagak sangat kan. Bukannya apa, dah nama pun kek kan, so macam-macam akan jadi kalau hantar jauh-jauh. Tersengetlah, krim cair lah, kek berubah-ubah warnalah. Macam-macam tau. 

Lepas aku dah explain semua benda ni dekat kawan aku yang sorang ni, dia still lagi nak tempah kek dengan aku. Apa nak jadi-jadi lah. Ok fine ! Disebabkan tak sampai hati and sayang dekat dia, aku berani ambil risiko nak hantar dekat KL. Kebetulan aku ada kelas minggu ni dekat Uitm Shah Alam. So memang aku proceed je lah order bff aku ni kan. 



So inilah hasil nya. Berhempas pulas buat kek lepas tu siapkan assigment pulak. Masa nak sampai KL tu, memang dah senget benget dah huruf tu semua. Gigih lah aku berhenti tepi highway susun balik. Last-last aku masuk kelas pun lambat, yelah mana tak nya, aku tunggu tempat lain, bff aku tunggu tempat lain. Bagus sangat kan. Hahahaha. Ohh lupa nak cakap, kek ni dalam dia chocolate moist je pun. Nak bawak jauh-jauh kek kena simple-simple hokayyy.


Muka puas dekat tepi highway lepas dah berjaya betulkan huruf yang senget benget.
Hehehehe.

Bila dekat dalam kelas pun aku dah macam orang mabuk dah, rasa penat sangat-sangat. Sebenarnya kan, aku rasa lah kan, bukan penat buat kek sangat pun, tapi penat sebab berlari sana sini. Yelah kan kejap buat kek, kejap buat assignment. Haaa ni lah padahnya kalau assignment buat last minute kan. Nasib baik kelas habis cepat, so jomlah kita balik Seremban cepat-cepat.


Apa hal ni woii ! Masa lepas simpang highway Nilai Utara kan, aku dah nampak dah kereta berderet-deret nak pergi arah Seremban and KL. Tapi alhamdulillah walaupun kereta berderet-deret tapi still berjalan and tak payah nak brake-brake pun. Exit je Senawang, tiba-tiba nampak keadaan macam dalam gambar atas ni. Woii woii aku dah nak sampai dah ni. Nak balik Paroi je pun. Ni mesti sebab nak elakkan jammed lah ni dekat highway PLUS kan, semua nak masuk LEKAS highway. Uwaaaa Tuhan masih suruh aku bersabar. So sempatlah aku selfie-selfie dulu.

So kesimpulannya, cerita aku ni tak adalah berkaitan kek sangat pun tetapi lebih kepada luahan perasaan je. Huahuahua. Terima kasih ye kepada sesiapa yang sudi nak baca sampai habis. Oklah nak pergi makan lah, lapar.

Bye !





Wednesday, October 22, 2014

Emak ni..saja je ingatkan kita. Malu tau.

Assalammualaikum.

Nampak tak rajin nak update sejak dua menjak ni. Nampak tak nampak tak ? Huahuahua. Sebenarnya aku tengah tunggu kek aku masak. Sementara nak tunggu dia mengembang dalam oven tu, dari boring tak ada buat apa-apa. Baik aku tulis apa yang patut dekat sini kan. Yelah esok kan cuti. Deepavali kan. Weehuu ! Bestkan duduk dekat Malaysia ni, time raya kita cuti, time raya Cina kita cuti jugak, time raya India pun cuti. Kalau ada sepuluh lah bangsa dekat Malaysia ni kan, mahunya sepanjang tahun cuti. Bestnya !

Oklah aku nak share satu cerita yang memang memalukan diri aku, tapi disebabkan cerita ni masa aku kecil, so apadehal. Aku nak cerita jugak. Mana tahu boleh jadi iktibar dekat orang lain, terutamanya budak-budak tadika ke, sekolah rendah ke. Budak-budak sekarang kan semua dah ada sebiji Ipong sorang satu kan. So manalah tahu, masa tengah Google cara nak memikat hati ketua pengawas, terjumpa pulak blog akak ni kan. Hehehe. *Tetibe*

Sekarang ni memang jadi rutin harian aku dengan emak aku, setiap malam memang keluar cari makanan. Yelah masing-masing kan rajin sangat nak memasak ni. So alternatifnya, kita tapau je dekat kedai tomyam. Then masa tengah tunggu makanan sampai, emak aku ni tiba-tiba je cakap macam ni, "Ehh jatuh budak tu nanti, ayah dia tak tengok ke tu, haa kakyong masa kecil-kecik dulu macam tu lah. Suka sangat jongket-jongket kerusi, sekali terlentang, tahu pulak melalak, Ingat tak! "

Gulp! Masa tengah syok-syok sedut teh o ais, boleh pulak emak aku kaitkan aku dengan budak tu. Apahal pulak emak ! Apa kena-mengena along dengan budak tu. Begitulah dialog aku kepada emak aku yang aku nampak macam kecil besar kecil besar je time tu. Aishhh ! Aku pun perhati je budak kecil tu. Secara tiba-tiba terimbau balik kenangan dulu. Tak silap aku umur dalam 4 or 5 tahun macam tu lah. Memang aku suka sangat jongket-jongket kerusi. Bajet bajet macam terror lah kan. Sekali haa kau terlentang ! Ambik kau. Sakit nya kepala aku bila jatuh terlentang tu pun aku still ingat sampai sekarang. Malu bila jatuh tu pun aku still ingat lagi. Nasib baik lah masa tu kecil lagi. So orang kesian lah kat kita sebab comelkan. Burggghh *mata ke atas tangan ke bahu* Cuba kalau dah besar macam sekarang ni kau jatuh kerusi, mahu seminggu orang dok mengata and gelakkan aku tau.

Korang tahukan macam mana jongket kerusi ni kan. Tipulah kalau tak pernah buat time kecil kecil dulu.Kejap aku bagi contoh:- (Gigih tau lukis pakai paint, gigil-gigil tangan i)



Ok lah, masa time ni kan elok je kau duduk kan. Tapi disebabkan rasa tak mencabar langsung, aku tukar pulak ke posisi macam dekat bawah ni:-


Haa aku jongketkan kerusi tu and sengetkan kan sikit. Kejap turun, kejap aku naik balik. Masa tu memang tak boleh nak cakap apa lah kan. Syok habislah time tu. Hahaha. Perasaan masa dapat bangun dengan selamat tu kan, memang masa tu, kau rasa kau sorang je yang hebat sebab kau rasa kau sorang je yang berjaya buat macam tu. Orang lain semua tak pandai. Huahuahua ! 

Bila nasib tak baik, haa terlentang lah kau. Pakej sekali dapat dengan kepala terhantuk dekat lantai, and tangan terseliuh. Tu lah bila emak ayah cakap jangan buat...jangan buat. Kau nak buat jugak. Sekarang rasakan. Eh emosi pulak, padahal diri sendiri punya salah. Hahaha.

Masa ni kan, memang melalak habis lah kan. Saja je buat-buat nangis sampai tersedu-sedu. Yelah orang ramai yang kesian kan time ni. Sebenarnya nak cover malu. Hahahaha. Ehh lupa nak cakap, masa ni aku guna kerusi plastik tau. Faham-faham je lah kerusi plastik ni kan lembut. Tu yang sampai terlentang aku jadinya. Ehh still nak salahkan kerusi kan, padahal diri sendiri yang salah.


Lebih kurang besar macam ni lah time aku jatuh terlentang dulu. Hehehe. Nanti anak aku nanti, aku nak ikat kaki dia kat kerusi tu. Biar tak dapat gerak and buat apa-apa. Hahaha.

So wahai adik-adik, akak nak nasihatkan. Kalau dekat kedai makan tu, elok-elok sikit perangai. Jangan jadi macam akak, tak semenggah perangainya. Oklah kek dah masak.

Bye !


Sunday, July 21, 2013

Benda pelik selalunya best kan !

Assalammualaikum !

Tahap kemalasan dah ada dekat tahap yang maksima aku rasa kalau berkaitan dengan update blog ni. Yelah mana tak nya, kemain banyak draft untuk blog aku ni. Baru buat ayat sikit, terus tak ada idea nak tulis apa. At last dibiarkan draft tu jadi pekasam kat dalam tuh tak berupdate.

Yesterday, aku tak berbuka dekat rumah. Tekak ni tiba-tiba je rasa nak makan burger samurai dekat mcd tuh. So gigih lah aku pergi Jusco semata-mata nak mencari burger samurai punya pasal. Hehehe ! Sampai-sampai sana around pukul 6 macam tuh lah. Tengok semua seat dekat mcd dah penuh. Nak tak nak aku pergilah merayau cari makanan yang lain sementara nak tunggu mcd tuh kosong balik. Sedih je masa berbuka makan waffle je tau. Takpelah, Alhamdulillah. Orang lain ada yang langsung tak makan tau. Insaf-insaf !

Then pergi jengah kejap dalam mcd then tengok ada seat yang kosong. Cepat-cepat lah aku cop tempat duduk tu and best friend aku pergi beli burger samurai yang sangat diidam-idam kan tuh.

Yeahhh akhirnya samurai burger dah berjaya berada didalam genggaman aku. Walawei memang sedap gile kot.

IMG_2091-e1347981917240

Aku jarang nak makan benda lain selain ayam goreng mcd dengan fillet of fish kalau pergi mcd. Tapi disebabkan pengaruh tv punya pasal, aku ambil risiko try samurai burger ni. Nasib baik sedap tau. Next time aku nak beli burger ni lagi kalau pergi mcd. Tuh pun kalau ada lagilah kan. Hehehehe !

Then ada satu benda or perangai pelik yang aku akan selalu buat kalau makan dekat mcd ni. Nak tengok tak apa benda pelik tuh ? Mehh sini aku tunjuk.

DSC_0077

Nampak tak apa yang aku try nak buat? Mehh aku zoom lagi untuk korang. Hehehe !

DSC_0078

Haaa dah nampak kan ! Selalunya orang makan fries ni dengan sos cili kan. Tapi aku punya sos special sikit. Lagi terasa nikmat dia kalau makan dengan sos sundae coklat ni tau. Aku tau dekat luar tuh ramai lagi yang selalu buang tebiat macam ni. Tapi percayalah, kepada sesiapa yang tak pernah buat macam ni. Tolonglah buat. Saya merayu sangat-sangat. Haaa boleh tak merayu macam tuh ! Percayalah anda semua tak akan menyesal.

Kalau celup fries yang biasa yang panjang-panjang tuh sebenarnya lagi sedap. Kau pacaklah banyak-banyak fries kau dalam sundae tuh. Memang terbaiklah. Tapi disebabkan samurai burger ni dapat fries yang jenis macam ni. Nak tak nak aku gigihkan jugaklah diri aku ni celupkan sebesar-besar kentang tuh dalam sundae coklat aku. Lagi sedap tau !

Semalam tiba-tiba rasa nak pakai pakaian yang ada macam-macam warna. So aku pergi je lah selamba pakai seluar merah dengan tudung oren. Hehehehe !

DSC_0082

Konon-konon boleh nampak lagi colorful lah kan kalau duduk di celah-celah baju yang ada macam-macam warna. Pipi tuh aku tak tahulah kenapa asyik nak cari pasal je. Makin puasa makin tembam pulak. Menyampahlah !

DSC_0061

Tengok aiskrim vanilla ni, tiba-tiba je rasa nak buat McFlurry oreo sendiri. Biskut oreo pun banyak lagi yang tinggal aku rasa. Oklah nak pergi masaklah ! Hari ni turn aku pulak yang masak. Mak aku cakap hari ni turn dia nak berehat katanya. Yelah apa-apa untuk emak yang tersayang !

Oklah bubye !

Thursday, October 18, 2012

Betul-betul..Semua perempuan kot merasainya ! Hehehe

Assalammualaikum !

Wahhh rajin ok update petang-petang buta ni. Errk ada ehh petang-petang buta. Selalunya yang aku dengar siang-siang buta and malam-malam buta. Kemain ok hupdate secara langsung dari PC office. Orang suruh buat kerja, aku pergi update blog. Hei ! Nampak busy ok bila orang tengok aku dari jauh. Dok ketuk ketak keyboard ni. Dari jauh nampak fokus je mengadap PC. Dengan meja yang bersepah dengan invois, stapler, highligter melambak-lambak. Oklah dah malas nak melalut panjang-panjang.

Mehh sini aku nak share sikit gambar yang aku rasa memang semua perempuan akan merasai dan melalui nya. Temasuklah aku. Jom jom layan gambar jom !







Yeahhh ! Semuanya aku pernah merasainya. Ok aku nak sambung buat kerja. Esok auditor yang sangat garang lah aku rasa akan datang. Uwaaaa ! Doakan ehh report aku bagus.

Bebboii !!!




Sunday, August 12, 2012

Tak terfikir pun nak buat macam ni. Pape pun memang comel . Auwww !

Assalammualaikum !

Apa khabar kawan-kawan? Gile gempak kan aku, konon-kononnya hari tu nak update lah kan menu berbuka sepanjang bulan ramadhan ni. Last-last, apa pun tak ada sebab perasaan malas tuh dah menguasai diri.

Oklah, straight to the point, aku nak share satu video yang memang masa mula-mula aku nampak dekat wall facebook aku, aku tak teringin pun nak tengok. Tapi disebabkan, deria pendengaran aku terganggu oleh gelak ketawa emak aku yang sekejap perlahan, sekejap kuat then kadang-kadang mengilai-ngilai membuatkan aku pun nak join jugak tengok sekali video apa yang mak aku dok gelak-gelak. Mehh join sekali mehh tengok video bawah ni.

Actually kalau korang tengok dekat youtube memang melambak-lambak video dari 3 suara ni.

Wahh ! Tak tahulah kenapa, aku memang suka betul tengok muka yang baju merah tuh. Penuh confident ok nyanyi lagu raya tuh. Hahahaha. Seolah-olah dia lah penyanyi yang sebenarnya. Yang baju silver tu pun memang handsome and jambu. Same goes to baju biru tuh, anyonyo cute nya muka dia.

Disebabkan dah terpengaruh punya pasal dengan video ni, hari-hari aku dok replay video ni. Memang tak muaklah. And disebabkan video ni jugak, dengan semangat nya aku masukkan lagu raya ni dalam handphone and jadikan ringtone. Walawei, bebudak 3 suara ni memang bagi pengaruh betul dalam bulan Ramadhan ni.

Maybe aku je kot yang terlambat tengok video ni, sebab dalam family aku pun, aku lah yang paling last tengok video ni. Korang pun mesti cakap aku dah ketinggalan zaman kan sebab baru sekarang terhegeh-hegeh nak cerita pasal video ni. Apa-apa je lah kan. Aku share apa yang aku rasa best.

Ehh esok dah hari Isnin kan, so this week memang busy yang teramat sebab aku kena habiskan semua kerja sebelum pergi bercuti raya. Diharapkan minggu-minggu terakhir ramadhan ni, kita berlumba-lumba beribadah. Amin !

Dalindareen8941 Now, I’m officially dah jadi Uitm student. Tapi bukan full time lah. Just buat part time or Pjj je. Masa pergi register hari tuh, aku tengok masing-masing ada yang bawak anak, ada yang bawak isteri/suami and yang penting semua yang datang tuh bawak kereta besar-besar. Dengan secara tiba-tiba terasa kecil nya diri ni. Takpelah yang penting niat nak belajar tuh. So lepas ni, blog aku maybe akan dipenuhi dengan cerita-cerita pasal aku study. Maybe ok ! Tuh pun kalau aku rajin lah.

Oklah di kesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari mintak maaf kalau ada terkasar bahasa selama aku berblogging ni. Dan aku nak ucapkan selamat menyambut minggu ramadhan terakhir dan Selamat hari raya Aidilfitri. Gila awal kan ucap selamat hari raya, sebab nya memang aku tahu minggu ni aku tak ada masa langsung nak update. Oklah kawan-kawan.

Bebboii !

Sunday, June 19, 2011

Cara nak kempiskan perut yang buncit or boroi ! So lepas ni aku nak try lah. Huhuhu !

Assalammualaikum !
Wahh ! Dengan secara tiba-tiba aku rajin pulak nak update pagi-pagi buta ni kan. Huhuhu ! Bukan apa, masa terluang harus digunakan dengan sebaik-baiknya kan. Lagipun nanti weekdays aku macam susah nak update. Hehehehe ! So tadi masa sesi menggodek-godek email yang aku tak pernah bukak, aku terjumpa lah satu email yang quite interesting bagi aku.

Email pasal nak kempiskan perut yang buncit. Siapa yang tak nak cuba ye tak. Huhuhu ! So aku malas nak cakap banyak. Jom kita tengok step-step dekat bawah ni:-

securedownload

Siapkan satu straw. Tak kisahlah kau nak guna straw bentuk apa pu. Yang gulung-gulung ke, yang straight ke. Tak kisah ! Asalkan benda alah tuh nama ehh straw. Huhu !


securedownload (1)


Potong straw tuh dalam 5 cm je. Jangan kau nak buat macam-macam pulak dekat straw tuh tau. Karang dibuatnya lubang-lubang macam seruling tuh, bukan straw lagi nama nya.


securedownload (2)


Ratakan salah satu hujung straw. Satu je tau. Jangan dua-dua pulak.
securedownload (3)securedownload (5)

Then tutup lubang straw dengan cellotape tuh tau. Make sure betul-betul tak ada ruang udara tau.
securedownload (4)securedownload (6)

So the games begin ! Tarik nafas dalam-dalam lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.
securedownload (7)securedownload (8)

Lakukan selama 3 minit sehari. Yang pentingnya disini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Nak lebih 10 saat pun boleh tapi takut biru pulak muka kau ! Hahaha.
securedownload (9)
Hasilnya diperolehi selepas 8 orang dok pakat ramai-ramai buat taktik ni. Hasil dia berbeza-beza tapi yang penting semuanya dapat kempiskan perut yang buncit.
securedownload (10)securedownload (11)

Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas. Tak percaya?! Cubalah…
Ok lepas ni aku nak cuba. Kalau tak menjadi jugak tak tahulah aku nak cakap apa. So kawan-kawan mohh lerr kita ramai-ramai cuba taktik kempiskan perut ni. Dahlah aku nak tidur.
Bebboiii !

Thursday, June 16, 2011

Matlutfi yang popular tuh nak jadi K-pop wannabe ? Ala-ala 24:7 tuh.. What ! Serius ke ?

Assalammualaikum !

Korang kenal Matluthfi tak ? Alah mamat yang vlog nya semua meletop habis kat youtube tuh ! Siapa yang tak kenal mehh sini aku sepak laju-laju sekor-sekor. Nak ! Kalau sesiapa yang hidup dah lama dengan internet and youtube memang akan kenal siapa mamat handsome ni. Tapi pada sesiapa yang tak kenal tuh. Ohh tidak mengapa. Kejap lagi aku perkenalkan dia dekat korang. Jangan risau.

Tapi sebelum tuh aku nak tanya lagi. Korang kenal tak group 24:7 dengan Gula-gula. Kalau tak kenal tuh, memang boleh dimaafkan lagi. Tapi sure tak kenal ni ? Kalau aku letak gambar bawah ni, agak-agak korang ingat lagi tak diorang semua ni?

224892_216700128356658_216664301693574_847078_7710679_n

225137_116098578473251_116094985140277_134961_4205553_n

See see dah ingat kan. Diorang ni memang popular kalau korang nak tahu. Yelah mana taknya, kononnya tak nak meniru K-pop pun. Tapi bila tengok dekat Youtube, tarian dengan lagu yang group-group ni pakai, lagu K-pop jugak. Aduhai pelik betul. Kalau tak kenal jugak, mehh sini baca balik entry aku yang sebelum ni. TEKAN SINI

But then aku dengar cerita, Matluthfi yang popular tuh pun nak jadi K-pop wannabe jugak ! Biar betul wei? Serius ke ! Relax wei. Takkan lah Matluthfi nak jadi K-pop kot ! Dia dah cukup popular kot dekat Malaysia ni.  Sebenarnya Matluthfi baru buat satu video yang memang membuatkan aku terbahak-bahak gelak tadi sampai kan rasa macam nak muntah lah sebab gelak banyak sangat. Huhuhuhu !

Tapi sebelum tuh, aku nak bagi warning awal-awal lah dekat peminat K-pop. Aku rasa dia buat video ni bukan sebab nak perli peminat K-pop tapi dia sebenarnya nak perli group yang aku letak gambar dekat atas tuh ! Hehehehe. Diorang kan popular ! Mestilah Mathlutfi pon nak tiru diorang kan. So mari sama-sama tergelak terbahak-bahak dengan aku ! Saksikan vlog terbaru dari Matluthfi. Hehehehe !

Matluthfi–New Album !

Serius kelakar nak mampos lah haii ! Kalau korang tengok sampai habis memang rasa nak ulang berkali-kali tau tak. Masuk ni, dah dekat 10 kali kot aku dok ulang-ulang. Lepas tuh relax kejap sebab penat gelak. Kejap lagi aku nak ulang balik. Hahaha !

Yang tak tahannya tuh, siap ada lagu bonus pakai music Doraemon lagi tuh. Aduhai Matluthfi, kenapalah kau ni kreatif sangat hah. Aku harap-harap bila kau dah balik Malaysia nanti, ramai producer and pengarah filem berebut-rebut offer kau untuk kerja dengan diorang. Huhuhu ! Oklah aku dah tak ada benda nak cakap lagi. Kejap lagi nak layan video ni balik. Apa-apa pun layannnnnnn !

Bebboiii !

Tuesday, June 7, 2011

500 orang follower ?? Terima kasih semua !

Assalammualaikum !

Sedar-sedar bila tengok blog balik, lama jugak aku tak dok meng-hupdate belog kesayangan ni. Bukan tak nak update. Nak ! Tapi ke-busy-an yang terlampau buatkan aku malas nak update. Bila dah lama tak update blog, macam-macam lah jadi dekat belog yang tak semenggah ni. Antaranya buffered earning aku dekat Nuffnang dah tinggal dua bijik je. Padahal sebelum ni ada empat buffered earning yang setia betul dengan belog aku ni. Yelah berbulan-bulan kot dia menempekkan diri dekat belog aku yang mengong-mengong ni.

Lepas tuh, bila dah lama tak bukak belog, buatkan aku tak tahu langsung isu semasa yang berlaku dekat belog ni. Antaranya pasal Adinda Evans. Who is she? Aku malas nak cerita. Korang rajin-rajinkan lah diri tuh untuk Google ehh ! Malas nak cetus kontroversi dekat sini. Huahuahua ! Boleh ?

Tapi yang paling best nya, even aku tak bukak blog lama mana pun, follower aku still bertambah and now dah cecah 500 orang dah pun. Bagi blogger otai, angka 500 ni nampak kecil je. But not for me lah ! Susah kot nak taruk orang baca and datang dekat blog kita ni tau. Lagi-lagi blog aku ni banyak sangat cerita yang tak berfedah, so bila follower semakin meningkat dari sehari ke sehari. Itu adalah satu perubahan yang positif. Hehehe. Biarlah lembab mana pon follower tuh nak naik but at least dia bagi perubahan jugak dekat belog aku ni kan. Hehehe.

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi dah ! Memang betul-betul dah tak ada idea pagi-pagi buta ni. 

Dalindareen7128

Gambar masa pergi holiday hari tuh ! Abaikan kenapa aku semakin debab dan semakin tombam. Makan tak boleh nak control wei sekarang ni ! Pahal entah. Huhuhu. Oklah aku pun dah nak tidur ni.

Sebelum tuh jom beramai-ramai dok Like gambar aku yang dekat bawah ni. Gambar ni untuk Project XL by Annas Easkey !

Dalindareen5653

Cara-caranya adalah :-

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe


Bebboii !

Sunday, May 29, 2011

Perlu ke Asmara @ Shah Jaszle seksi macam ni ?? Ahhh tak boleh terima lah dia dalam video klip ni !

Assalammualaikum !

Huahh ! Aku pun tak tahulah nak cakap apa. Memang terdiam terus aku tengok video ni. Kalau orang makan durian mahunya time syok-syok makan isi dia tuh, tercekik biji durian sekali. Terus kiookk ! Aishhh aku tak tahulah nak cakap apa artis zaman sekarang ni. So sebelum tuh mehh sini aku nak tunjuk video klip tuh.

Amaran ok ! Kepada sesiapa yang belum baligh dilarang untuk tengok video klip ni. Karang tak pasal-pasal mak bapak korang marah dekat aku sebab tengok blog ni yang tak ada ilmiah langsung. Hehehehe ! So nak tengok korang tercekik atau tak. Jom kita saksikan video klip dekat bawah ni.

Prema Yin-Marilah

Hah tercekik tak ? Tercekik tak !! Aku dah lama tercekik dah semalam. Mula-mula tak tahu pun pasal benda alah ni tapi aku tengok ramai blogger yang kecoh pasal benda ni. Apa yang aku dapat simpulkan, makin lama artis Malaysia dah macam orang Barat. Memang diorang ada hak nak buat sesuka hati diorang tapi haruslah fikir pasal sensitiviti orang ramai. Macam dekat Youtube tuh, ramai kot budak-budak yang dok search macam-macam. Kot lah terjumpa video ni, tak ke lain macam jadinya.

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Mood aku still tak stabil sebab aku baru tahu macam-macam benda.

Bebboii !

Thursday, May 26, 2011

Benda yang aku tak suka bila tengok wayang !

Assalammualaikum !

Ohhoiii ! Buat gaya M. Daud Kilau melaung. Boleh ? Hahaha !Hari ni aku berazam nak merajinkan diri buat entry sebijik dua then blogwalking and sambil-sambil tuh follow and main komen-komen dekat semua entry yang update hari ni. See gile rajin kan aku. Yelah aku nak balaslah dendam balik sebab lately ni aku banyak mendiamkan diri dalam dunia blog ni. Pasal apa ? Biarlah aku sorang je yang tahu. Hehehe. Tak ada benda yang serius pun.

So disebabkan sekarang ni dok berpuluh movie baru yang keluar dekat wayang. Aku nak share lah apa yang aku tak suka bila tengah ada dalam wayang which is mean masa tengah tengok movie lah. Hehehe ! Antara benda-benda yang aku tak suka ialah:-

Kepala orang yang duduk depan aku besar sangat sampai tak nampak skrin !

1_kepala_besar_part_01

Sumber Pakcik Google !

Hadoi ! Yang benda alah ni memang kepantangan aku lah. Kalau orang yang duduk depan aku ni statik je duduk dekat seat dia tak apa jugak. Ni tak ! Kejap lentok kepala dekat kiri, kejap lagi dok lentok kepala dekat kanan. Lepas tuh tegakkan kepala pulak. Aishhh tension nya lah aku yang duduk belakang dia ni. Kadang-kadang tuh aku yang penat ikut lenggok kepala dia. Kalau dia lentok kanan, aku lentoklah kepala aku belah kiri. And begitulah sebaliknya. Masa ni tak payah cakaplah. Memang mood aku dah spoil habis nak tengok wayang tuh. Berpeluh je aku time tengok wayang ni. Yelah dah panas hati punya pasal. Kesudahannya, aku tidur and tak tengok movie tuh langsung. Membazir duit aku tau.

Orang belakang yang letak kaki dekat belakang seat aku duduk then goyang-goyang kan kaki dia !

4089436934_0aa545f2b2

Aiishhh yang ni aku tak tahulah apa masalahnya orang yang dok belakang aku ni. Aku taulah kau tengah syiook tengok movie tuh tapi janganlah disebabkan terlampau menghayati jalan cerita tuh, dengan kaki-kaki kau sekali dok bergoyang-goyang. Kadang-kadang tuh kan bila aku dah tak tahan sangat. Aku buatlah hint macam toleh-toleh belakang kejap and tengok muka dia. Tak pun buat bunyi-bunyi sikit and goyang-goyang seat yang aku duduk tuh sendiri. Huh ! Alang-alang kau dah main shuffle kaki dekat seat aku, aku pun nak join sama jugak dok goyang-goyang kepala jugak. Tapi bila aku dah buat hint macam tuh, kejap jelah kaki orang belakang aku ni diam, lepas tuh bila dah sampai part yang best, dia dok goyang balik. Aiishhh ! Entah apo masalah ehh tah.

Seriously, aku memang tak akan letak kaki aku dekat seat orang depan and kalau boleh time aku keluar pun aku tak nak usik lansung seat dia. Sebab aku tahu macam mana perasaan bila diganggu oleh goyangan shuffle kaki dari orang belakang. Memang sakit hati. Nak tengok movie pun terus tak ada mood sebab otak dah mengong-mengong kena goyang dengan orang belakang. Hehehehehe !

Orang keluar masuk panggung wayang time movie dah start !

Aku tak tahu lah apa masalahnya diorang ni. Nak katakan pergi tandas tapi takkan lah berkali-kali nak keluar masuk tandas kan. Hadoii aiii ! Dahlah menghalang mata aku nak tengok skrin dekat depan tuh hah. Lepas tuh sibuk nak keluar masuk. Bila kau dah bangun tuh secara automatik aku akan terpandang dekat kau. So dengan secara automatiklah jugak aku terlepas scene-scene yang best nak mampos. Haiyoo ! Kau tau tak aku tension.

marah yang bermanfaat

Orang yang dok ber soksek-soksek time tengah tengok movie. or dengan kata lainnya, buat bising. Jadah tah !

Maybe benda ni dah biasa sangat korang nampak kot. Ada satu time tuh, aku tak ingatlah aku tengok movie apa. Ada sekumpulan budak perempuan, tak silap aku baru lepas sekolah lah kot. Dok buat bising bila duduk dekat seat masing-masing. Dahlah duduk depan sekali, lepas tuh nak buat bising pulak. Yang lagi syiooknya, bila group budak perempuan tuh bantai tergelak kuat-kuat, ada pulak group lelaki lain yang pergi boo group perempuan ni. Penyudahnya, group perempuan ni terus diam macam masing-masing tercekik popcorn je. Lepas tuh lepas movie habis, cepat-cepat diorang keluar dari panggung tuh. Tahu pulak malukan. Adoii pelik aku lah.

Tuhlah serba sedikit yang aku tak suka bila duduk dalam panggung wayang. Tapi tah kenapa malang sangat nasib aku, kalau tengok wayang mesti salah satu benda alah dekat atas ni terjadi dekat aku. Apa yang aku boleh buat just sabor je lah ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Dalindareen7111

Apa yang penting ~ kita sabor jelah ! Hehehe.

Bebboiii !

Sunday, May 22, 2011

Sana sini orang dok cerita pasal Nur Kasih The Movie. Aissshh ! Jelesnya aku.

Assalammualaikum !

Bila dah habis belajar ni, duit dekat dalam purse pun makin lama makin nipis. Kadang-kadang tuh yang paling sadis tuh, duit kertas tak ada langsung tau. Just duit syiling je yang ada. Sedih betul tau aku sekarang ni. Nak pergi cari kerja belum terbukak lagi hati ni. But most important is, aku tak tahu nak cari kerja apa lah. So bila member-member aku ajak tengok wayang or outing pergi mana-mana. Ayat yang sama aku akan cakap dekat diorang ialah “ Tak ada duit dok diam-diam. Jadi macam aku, tak ajak pun korang keluar” . See see punya emosi kan aku.

Tapi aku bertambah sakit mental bila dekat Facebook orang dok post status macam ni :-

“ Bestnya cerita Nur Kasih tadi. Tak rugi beratur panjang-panjang”

“ Terima kasih mak and ayah sebab belanja kita tengok wayang cerita Nur Kasih tadi. Apa-apa pun movie tuh best sangat”

“ Yeahhh ! Kejap lagi nak tengok movie Nur Kasih dengan minah binti gendut. Jom pergi ramai-ramai kawan-kawan !”

Hah ! Kau tension tak bila orang dok post pasal tengok wayang dekat Facebook kau. Bukanlah aku marah diorang dok post bagai macam tuh tapi aku tension sebab aku nak sangat-sangat tengok movie Nur Kasih tuh. Tapi duit tengah save. Uwaaaa ! Tak ada sesiapa nak belanja aku ke?

filemgambar.php

Ahhh ! Nak tengok cerita ni, nak tengok cerita ni. Aku tengok semua orang dok post kata cerita ni best nak mampos. Aku yang tengok review filem dia pon rasa macam cerita ni memang superb. Dahlah aku memang minat gile dengan Remy Ishak. Ahh sakit mental betul aku lah.

nur kasih the movie 2[14]

Yang buat aku gile meroyan lagi ialah sebab budak kecik yang comel si Mia Sara ni berlakon jugak. Wei asal kau tak keluar time aku still study dulu hah ! Kenapa semua cerita best-best nak keluar time aku dah habis study and tak berduit ni. Huh ! Emosi gile aku tau.

nur kasih 8 (1)

So disebabkan aku dah macam nak kena kanser otak sekarang ni, salah satu cara nak release tension aku ni. Aku tempek lah gambar banyak-banyak pasal Nur Kasih dekat sini. Sekurang-kurangnya tak adalah aku gile meroyan sangat kan. Hehehehe !

7nurkasihthemovie00

nur kasih

Auuwww ! Sweetnya. Mesti korang dah rasa aku ni macam dah terlebih sakit mental kan. Hehehe ! Aku still boleh kawal lagi. Just rasa tension nak tengok Nur Kasih ni melebihi paras normal dah.

So kepada sesiapa yang baik dengan aku, silalah bagitahu and share macam mana cerita ni ok. Best ke tak best. Tau-tau ! Kalau korang terlebih baik nak belanja aku, aku tak kisah jugak. Lagi aku suka adalah. Sekurang-kurangnya tahap ketensionan aku ni dah ada pada paras yang normal balik. Hehehe ! Dahlah tak tahu nak merepek apa lagi.

Dalindareen6654

Fazrul Hisham ! Datanglah Seremban, jomlah tengok Nur Kasih ! Ahhhhhh. (Gambar tak da motif )

Bebbboiii !

Monday, March 7, 2011

Yeah ! Akhirnya aku dah berjaya masuk and login gengblogger dengan sesuka hati aku. Suka nya aku ! Ekk over.

Assalammualaikum !

Sukanya aku hari ni. Masuk hari ni dah dekat sepuluh kali aku dok bantai baca semua entry yang ada dalam Gengblogger tau. Yelah nak dekat setahun kot aku tak melepak dalam Gengblogger sambil blogwalking and follow semua belog orang yang update. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan belog aku tapi setiap kali aku pegi webpage Gengblogger mesti aku tak boleh langsung nak login and akan jadi macam dalam gambar bawah ni:-

masalah-GB

Lepas tuh dia dok bantai kelip berkali-kali. Naik menyampah pulak aku nak datang Gengblogger. Tuh yang lama gile aku tak jenguk dekat Gengblogger. Rasa sedih jugaklah sebab dekat sini Gengblogger lah, belog aku mula ada follower and dikenali. Then jadi pulak benda macam ni, memang slowlah mood aku nak berblogging.

Benda ni semua jadi bila aku pergi format laptop. Before tuh memang ok je aku nak login. Senang sangat lah. Tak payah nak tekan apa-apa terus dia connect kan aku dengan facebook.

So semalam aku pergilah online pakai PC rumah aku and aku pun dok godek-godek lah Gengblogger yelah sebab lama sangat tak jenguk. Nak jugak tengok apa perubahan dia kan. Then aku terperasan ada orang buat entry pasal Masalah Login Gengblogger. Aku memang excited nak mampos terus je lah tekan link tuh. Kalau nak tengok belog tuh boleh tekan * SiNi *. Lepas aku baca semua solution dia untuk masalah ni. Barulah aku tahu. Masalahnya cinonet je. Aku tak set jam dekat laptop aku under Malaysia time. Aku pergi bantai buat masa Australia. patutlah tak dapat nak login ehhh.

Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat dekat Yoy’s Network sebab ajar aku macam mana nak elokkan balik laptop aku. Padahal bukan ada apa-apa pun, aku yang tak pandang dekat jam laptop aku ni. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih. So sekarang nak pergi godek-godek Gengblogger lagilah.  Aku dah ketagih balik macam setahun yang lepas. Huhuhu

Dalindareen5679

Peace Not War !

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Chewaah !

Bebboiii !

Sunday, March 6, 2011

Malam-malam buta ni teringin nak makan Hot and Roll pulak. Tak habis-habis dengan melantak, melahap, memakan dan sebagainya !

Assalammualaikum !

Alahai nak taip salam dekat atas ni pun berkali-kali backspace. Sebabnya tangan ni dah macam nak patah rasa nya sebab petang tadi main-main wrestling dengan adik aku sampaikan rambut aku segumpal tercabut dari kepala and now tangan aku dah ada lebam yang warna biru. Siapa yang menang? Ehh sibuk je nak tau ! Of course lah bukan aku yang menang. Wei perempuan nak lawan kederat orang lelaki, mana boleh kan. Lainlah kalau aku ni memang dah lama training dalam WWE tuh hah ! Memang sebelah mata je aku boleh kalahkan adik aku.

So bila dah sakit-sakit ni, tekak pun sama jugak menggedik-gedik nak makan macam-macam padahal tengah diet tuh. Ahh ! Takpe. Disebabkan balik rumah Seremban, so aku bagi chance dekat tekak aku ni nak makan macam-macam. Nanti dekat Melaka tak dapat dah nak makan macam-macam. Semuanya kena kawal sebab one word ni, DIET !

Oklah aku nak tanya korang, pernah tak makan hot and roll ? Apa dia? Panas dan pusing? Kalau rock and roll aku pernah dengar, kalau hot and roll pulak macam sipi-sipi je aku pernah dengar. Alah remaja-remaja sekarang yang advance macam aku, tak kan lah tak pernah langsung makan benda alah ni kan. Kalau aku dekat Melaka lah kan, memang benda panas dan pusing ni macam dah jadi benda wajib yang aku kena beli setiap kali keluar dating dengan boipren or kawan-kawan aku. Memang sedap tau. Lagi-lagi kalau chicken and cheese. Cett ! Tiba-tiba meleleh air liur aku ni fikirkan benda alah ni. What the fat !

Dalindareen4920

Sesiapa yang selalu lepak and buang masa dekat Dataran Pahlawan, Melaka macam aku memang akan kenal perempuan ni. Dialah yang bertanggungjawab nak buat benda alah panas and pusing tuh. Kalau perasan lah kan. Soalan hanya ditujukan kepada sesiapa yang selalu melepak kat depan Hot and roll ni saja ok ! Kalau korang perasan lah kan. Muka tukang buat Hot and Roll ni sepesen je aku rasa. Apa diorang ni memang 7 muka seiras dalam dunia tuh ehh ? Dari cashier sampailah tukang buat Hot and Roll, sama je ghoman ehh ! Huiissh, tak puas hati betul aku. Ekk motif !

Dalindareen4921

7 muka seiras tengah buat Hot and Roll aku ! Sedapnya. Bila tengok gambar ni, rasa macam malam ni jugak aku nak ajak boipren aku dating and cari benda alah ni dekat Melaka. Paling sedap aku pernah rasa cheese and chicken ni lah. Aku pernah rasa satay dengan black pepper beef. Tapi rasa dia tak boleh lawan benda alah panas and pusing cheese and chicken tau. Wuu ! Nak makan bnda alah ni sekarang.

Dalindareen4923

Dekat kiosk Hot and Roll ni dia ada sediakan dua jenis. Ada prata dengan crispy. Macam aku, aku tak pernah lagi rasa yang prata tuh. Tapi aku lebih prefer untuk makan crispy. Sebab nya bila dah sampai dekat tang bawah sekali yang hujung-hujung tuh. Auwww ! Memang heaven gile rasanya. Padat dengan inti dia je.

Dalindareen4927

Boipren aku kalau makan benda ni memang dia tak pandang aku langsung lah. Tapi nasib baiklah kan sebab bagus jugak untuk aku. Yelah dia tak pandang awek lain. Girlpren mana yang tak happy oiiit ! Boipren aku ni flavor apa-apa je dia bedal sebab dah kata naga kan. Kau sumbat lah cicak goreng ke, ayam goreng ke. Memang semua dia telan. Nasib baiklah batu dengan pasir dia tak telan.

Dalindareen5942

Tapi boleh dikatakan, kalau aku dapat Hot and Roll ni pun aku tak layan boipren aku. Baik aku melayan perasaan aku sambil main tarik-tarik benda alah panas and pusing ni kan. Eii ! Dekat Seremban ni mana nak cari ehh? Aku nak sangat-sangat makan benda alah ni. Esok jugak aku bangun awal pagi cari benda alah ni.

Oklah aku malas nak seksa perasaan aku lagi. So better aku tidur. Esok pagi-pagi nak hantar adik aku pergi sekolah pulak. So kepada sesiapa yang tak pernah langsung rasa benda alah ni. Please lah rasa. Memang sedap sangat wei ! Menyesal kalau kau tak rasa tau.

Bebooii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...