Monday, November 10, 2014

Jom makan ikan bakar yang best dekat Melaka !

Assalammualaikum !

Aku memang suka sangat jalan-jalan dekat Melaka. Ditakdirkan lepas SPM aku dapat sambung study dekat Politeknik Merlimau, Melaka. Then ditakdirkan lagi sekali, adik aku pun sambung belajar dekat Melaka jugak. Maybe tuhan tahu kot yang aku ni suka sangat-sangat dengan Melaka kot. Bagi akulah kan, Melaka lah paling best nak jalan-jalan and ronda sakan, sebab macam-macam ada. Lagi satu dekat pulak tuh kan dengan Seremban. Haaa lagi semangatlah kan nak meronggeng dekat Melaka tuh haa. 

Bila weekend je mulalah emak aku tanya nak pergi mana ehh minggu ni. Boring lah, rancangan tv tak best lah, minggu ni pelajar AF nyanyi tak best lah , cerekarama tak best lah. Macam-macam lah kan. Cakap jelah nak suruh aku bawak dia jalan-jalan kan. So disebabkan ayah aku nak belanja kitorang satu family makan terus aku cakap, kita pergi tengok Imran lah emak, lepas tu kita makan ikan bakar. Yeahhh ! Ohh sebelum tu aku nak ucapkan congrats dekat Firman sebab jadi Juara AF. Tapi apa-apa pun aku still suka Ewal jugekk.

After dah ambil Imran dekat rumah sewa dia, kitorang semua terus pergi Mahkota Parade. Yelah wei, dah lah tengah hari, panas pulak, perut pun dah tendang-tendang. So disebabkan nak tempat sejuk punya pasal, aku decide nak makan dekat Mahkota Parade je. Tapi kau tahu je lah kan Melaka macam mana bila hari sabtu kan, Ya ampunn ! Jammed wei. Tapi aku redah lah jugak sebab dah lapar sangat kan. Kalau tak, memang tak ada adanya aku baik hati nak redah jammed tu semua. 

Lepas dah kenyang makan semua, bawak pulak emak ayah aku jalan-jalan dekat laut yang depan Mahkota Hotel tu. Alah dekat je pun. Tapi tiba-tiba je jadi jauh sebab meredah jammed segala tu.



Dah dapat port yang redup sikit untuk parking kereta, aku terus ajak emak aku selfie-selfie kejap dekat tepi laut tu. Ok fine angin yang bertiup kencang dah nampakkan perut aku yang buncit tuh. Uwaaa harus diet nie, macam mana nak kahwin !  *mata ke atas tangan di bahu lidah terjelir* khennn 


Adik apahal adik ? Mata sebelah terbukak tertutup ni. Hahaha masa ni adik aku heboh tak nak keluar kereta. Nak duduk dalam kereta je. Heboh panas. Bila emak aku paksa tangkap gambar, haa macam ni lah jadinya. 

So disebabkan boring gile tak tahu nak buat apa dekat laut tu, Imran cakap nak balik rumah sewa dia kejap sebab nak letak barang-barang yang emak aku bawak. Nasib baiklah dekat tau. Kalau tak, memang tak nak lah aku pusing jauh-jauh kan.


Sementara tunggu Imran punggah barang dalam rumah sewa dia, belanja selfie dengan ayah sepam dua. Nasib baiklah ayah aku nak layan anak dara dia ni selfie. Sekarang ni aku nak pengaruh hidup semua orang supaya suka selfie macam aku jugak. Huahuahua.

So masa yang ditunggu-tunggu. Perut pun dah rasa lapar balik. Yelah time tu pun dah pukul 6 lebih kot. Sikit je lagi nak maghrib, memang patutlah kan perut ni berdengung-dengung kan. Hehehe. Marilah kita menambahkan lemak-lemak di badan dengan jayanya ohoooii (buat gaya M.Daud Kilau sikit sambil kibas kibas tudung).


Sumber : Encik Google

Masa aku sampai, time ni memang dah gelap dah. So memang tak dapatlah nak tangkap gambar entrance clean and clear kan. Aku satu family memang suka sangat makan dekat sini. Sebab tak ramai orang sangat, kawasan pun bersih, toilet bersih, makanan dia pun sedap. Tempat ni betul-betul dekat Umbai and memang ada signboard tunjuk tempat ni. Janganlah risau ok. Kalau risau jugak, cuba try google Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai dekat maps tu. Confirm jumpa. Hehehe. 



Pilih jangan tak pilih. Dekat sini memang banyak sangat kedai dia. So kena pandai pilih lah kan. Family aku setiap kali makan ikan bakar, tak ada benda lain yang kitorang ambil. Mesti ambil ikan siakap. pepahat, udang dengan sotong. Memang tak ada benda lain lah, tapi we all tak pernah pun muak. Gitewww ! Masa ni emak aku dah warning awal-awal, dia tak bagi kitorang ambil banyak-banyak. Yelah mana tak nya, before ni kitorang ambil ikan sampai dua ekor, satu bakar satu masak sweet and sour. Penyudahnya tak habis pun. Haa tuh lah tamak lagi kan.

Sementara tunggu lauk-lauk tuh masak dulu. Aku merayau lah dekat sekeliling kawasan tu. Kalau nak ikan fresh pun boleh, ada kolam dekat tepi tu so korang memang boleh tangkap ikan yang hidup-hidup tu then masak. Nyum nyum !


Ni lah Imran !! Adik ketiga yang paling handsome. Erkk muntah. Tapi dia memang sangat caring lah kan dekat kakak dia sebab kan dia selalu tanya, bila kakyong nak kurus ni, tahun depan nak kahwin dah. Ok fine fine !


Belanja selfie sikit. Sementara nak tunggu makanan, perkara wajib dia ni lah kan. Alah korang ni macam tak biasa kan. Choiii.


Budak kecik ni entah kenapa lah kan dia asyik nak moody je hari tu. Makan otak-otak pun tak nak ajak aku. Sedar-sedar masa aku mintak nak sikit. Habis dah sebakul. Heii adik, moody-moody pun lapar ehh.


Angah yang comel mucuk-mucuk. Kerja asyik nak makan ikan bakar je. Kalau tak ada ikan bakar, asyik nak udang butter je. Aishhhh tak ada kerja lain. Nasib baiklah dekat rumah angah mintak ayam goreng je, kalau tak jenuh nak buat ikan bakar dengan udang butter hari-hari tau.


Phewwiitt sikit ! orang yang belanja kitorang hari ini. Terima kasih ayah. Ada rezeki lebih belanja kitorang lagi. Sayang ayah dengan emak.

Tengah syok-syok tangkap gambar, makanan pun sampai. Masing-masing dah tak sabar dah nak makan. Tengok akak yang bawak lauk tuh pun macam nak telan je, Yelah lambat sangat letak atas meja. Rasa macam aku nak je ambil sendiri dari dulang tuh. Keh keh keh pelahap sangat kan.


Sotong masak pedas. Imran yang nak. Aku tak layan sotong-sotong ni. Huahuahua !


Pepahat yang nyum nyum. Siapa pernah makan benda ni angkat kaki cepat !!


Udang butter. Tak sempat aku nak tangkap gambar, dah tinggal 3 ekor je. Masing masing dah ambil sotong ni dulu.


Ikan siakap bakar cicah sambal kicap.


Kailan ikan masin dia pun sedap.




Nasi lemak dia walaupun kecil je, tapi sambal dia yang secoet tu buatkan perut aku kembung sebab minum air je. Pedas gile wei ! Tebal bibir jadi nya.

So total semua benda yang kitorang makan hari tu, just RM150.00 je. Tuh pun jadi banyak sebab adik-adik aku ambil berpinggan-pinggan nasi. Extra sotong goreng tepung lagi. Tapau nasi lagi. Mana tak nya. Imran nafsu makan tu kan, entah macam apa entah. Macam ada jin je dekat dalam badan dia tu. Huahuahua. Then kitorang siap dapat voucher 10 % lagi. So terus lah redeem masa nak bayar tu. Save 15 hengget tau. Overall semua puas hati lah. Makan pun sampai dah tak larat-larat nak jalan. Kenyang sangat.

So kepada sesiapa yang nak pergi dekat tempat ni, cuba korang cari perkampungan ikan bakar ni. Area Umbai je and yang penting jangan ikut highway tau. Ikut jalan lama arah ke Muar tu. Kalau tak tahu jugak, mehh PM aku dekat Facebook. Nanti kita ceritainn yaa dong !

Oklah bye !












Friday, November 7, 2014

Zaman kanak-kanak yang best !

Assalammualaikum !

Huarggggghh ! Nguap dulu awal-awal. Senonoh sangatlah kan perangai anak dara macam tu kan. Malam tadi busy buat kek punya pasal, sedar-sedar dah pukul 4 pagi. So redha je lah pergi kerja dengan mata panda. Kalau mata dah berpanda-panda, memang sah-sah le aku malas satu hari. Nasib baik hari ni hari Jumaat tau. So boleh bersenang-lenang dekat rumah Sabtu Ahad ni. Tapi tak boleh jugak, sejak dua menjak ni, memanjang lah aku busy buat kek yang orang order. Semuanya nak gambar Elsa dengan Anna. Yelah demam projenn kan ! Aishh tak baik merungut, rezeki anak-anak tu. Alhamdulillah.

Eh ! Tak lama lagi cuti sekolah kan. Lama pulak tuh ! Kan best kalau cuti untuk orang yang kerja office macam aku ni panjang macam tu jugak. untung sesiapa yang jadi cikgu. Saya sangat jeles ok ! Yelah mana tak nya wei, dah lah cuti panjang, lepas tu gaji pun sedap-sedap je masuk. Arghh stress lagi sekali.

Bila dah cuti sekolah ni, bermulalah rutin bila balik kerja je, adik aku akan muncul dekat pintu kereta lepas tu tanya soalan macam ni sambil tinjau-tinjau satu kereta " kakyong tak ada beli apa-apa untuk adik ke, adik laparlah. ". Kalau nasib baik, adalah aku belikan something and mulalah bercahaya je muka tu sambil tunjukkan gigi dia tu. Kalau putih tak apa. Dah lah kulit pun ala-ala Ballotelli je aku tengok. Kalau nasib tak baik, mulalah cakap " Sampai hati kakyong tak ingat kat adik," Lepas tu buat muka macam nak nangis. Ingat lawalah agaknya. Last-last bila aku tanya emak aku, adik tak makan ke? Emak aku jawab, tak makan apa menda nya, Melantak je emak tengok dia dari tadi. Haaa kan ! Terus perasaan simpati tu hilang. Lepas ni memang malas dah kan aku nak beli jajan semua. Mihmihmih.

Zaman kanak-kanak lah yang paling best aku rasa. Rutin harian start dari pagi, bangun mandi pergi sekolah, balik sekolah emak dah sediakan makanan, campak bag. Tak sempat-sempat tanggal baju sekolah terus pergi makan. Lepas tu petang relax kejap tengok tv, pukul 5 kita pergi main ! Ohh bahagianya hidup. Limit main sampai pukul 7, kalau lebih dari tu, siaplah nak kena jerit dengan emak kan. Lepas maghrib, buat kerja sekolah, tuh pun kalau ada lah kan. Kalau tak ada melepak balik depan tv.

Macam aku, kenangan dengan kawan-kawan masa kecil banyak yang aku tak ingat. Yang paling aku ingat sampai sekarang adalah benda ni :-



Nyam nyam. Benda alah ni dari kecil sampailah sekarang ni, pantang jumpa je mesti nak beli. Dulu aku ingat lagi, harga dia dalam 50 sen je kot. Sekarang ni, bila beli kat 7E, 2 hengget lebih dah tau. Memang rasa nak terjojol biji mata tengok harga dia. Tapi nak buat macam mana kan, nilai 50 sen dulu tak sama dengan nilai 50 sen sekarang.


Haa nampak tak, nampak tak. Memang menggiurkan rupa mu wahai nyam nyam. Hehehe ! Aku suka habiskan biji-biji tu dulu lepas tu baru makan coklat dia.


Jadi model nyam-nyam kejap. Bila tengok gambar ni terus rasa nak beli nyam-nyam pulak. Aiishh nafsu makan memang menjadi-jadi sejak dua menjak ni. Macam mana nak pakai baju pengantin ni woii ! Badan dah mengembang dah ni.

Kanak-kanak zaman dulu memang berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang. Dulu mana ada nak memerap je dekat rumah. Petang-petang kalau tak main kahwin-kahwin, mesti tak sah. And kalau hujan, mesti nak main air dekat longkang besar depan rumah aku tu. Darjah 6 dah pandai bawak motor, pergi merempit dengan geng-geng sekolah. Hehehe.

Budak-budak zaman sekarang ni, 24 hours dok berkepit dengan tab lah, dengan handphone lah. macam-macam. Tapi tak boleh nak salahkan diorang jugak. Dunia dah semakin canggih, so permainan pun jadi canggih lah kan. Huhuhu !

Sekarang ni pun kalau nak check result pun dah boleh online je tau. Macam aku dulu, habis je periksa mesti cikgu bagi report card tau. Suruh emak ayah kita sign. Tengoklah kalau result aku ok, aku tunjuk. Kalau tak ok, aku tirulah sign diorang. Huahuahua. Zaman jahat dulu-dulu. Yelah wei, result tak ok kan, takut lah nak tunjuk. Silap-silap kang, kena marah dengan mak. Hehehehe.

Budak-budak sekarang lagilah susah, tak boleh nak tipu and bagi alasan macam-macam lagi sebab parents dah boleh tengok result diorang secara online tau. Haaa nasib baiklah time akak dulu,  tak ramai sangat orang yang pandai online. So kepada sesiapa yang nak check result anak ke, adik ke, jiran sebelah rumah ke, boleh lah klik dekat gambar bawah ni :-



Aku tak tahulah aku yang lambat ke update pasal benda ni, tak tahulah kan. Tapi yang penting emak aku dah lama tahu dah pasal check online ni. Huahuahua. Oklah aku mengaku yang aku lembss sikit.

Oklah bye !

Friday, October 24, 2014

RESIPI : Jeruk mangga asam boi yang super duper sedap.

Assalammualaikum !

Sekarang ni kan meletop-letop orang dok buat jeruk mangga asam boi ni tau. Siap jual lagi pun ada. Tapi disebabkan aku ni kedekut, so better lah aku buat sendiri kan. Aku start perasan pasal benda alah ni masa ada sorang kawan dekat facebook share pasal dia buat jeruk mangga ni. Time tu memang tak payah nak cakap lah kan. Memang air liur dah bertakung je aku rasa. Tapi time tu ok lagi, aku still boleh bertahan, tak terpengaruh langsung dengan anasir-anasir jeruk ni. Huahuahua. 

Tapi bila semalam ada lagi kawan facebook dok post pasal jeruk mangga ni, aku memang dah tak boleh tahan dah. Dekat instagram pun dah berderet-deret orang jual jeruk mangga ni sebotol sepuluh hengget. Tak boleh jadi ni, balik kerja ni aku mesti buat jugak. Aku kena cari buah mangga jugak. Nasib baiklah officemate aku, kak balqis, dia memang ada stock buah mangga dekat depan rumah dia. So dengan baik hati, dia pun sedekah dekat aku seplastik besar buah mangga. Tapi dengan syarat kena bawa datang office esoknya. Apa-apa je lah kan. Mangga yang kak balqis bagi pun semua besar-besar and lemak-lemak gitu. Terima kasih sangat lah kan sebab rela nak sedekah buah mangga dekat saya ehh ! Yang penting sekarang ni, azam tengah tinggi nak buat jeruk mangga sendiri. 

Dah jom kita tengok bahan-bahan dia:-

Mangga muda + mangga separuh masuk (warna hijau nak ke kuning)
Asam boi satu peket
    Gula pasir (10 sudu)
Cili api 10 biji (hiris nipis) 
Garam secubit



Aku guna mangga yang panjang-panjang ni sebab rasa dia lagi lemak-lemak. Kalau yang mangga epal tu rasa dia masam yang amat. Aku buat dalam 10 biji macam tu lah, but aku tambah jugak dengan dua biji mangga epal. Before kupas kulit mangga ni, make sure basuh dulu tau kulit dia bersih-bersih. Hilangkan getah dekat kulit tu semua, baru kupas tau. Ingat !


Ni lah cara potongan pemalas namanya. Kalau cara potong yang rajin jenis yang panjang-panjang tu. Tapi bagi aku lah kan, cara potongan pemalas ni lagi sedap kot. Huahuahua ! 


Then gaul-gaul dengan hirisan cili. Kalau rasa tak nak pedas, letaklah cili tu sikit je. Macam aku ni, aku suka yang pedas, tu sebab selamba je campak cili banyak-banyak. Hehehe


Letak asam boi sebanyak mungkin yang korang nak. Aku letak dua peket sebab mangga yang aku hiris banyak. Hehehe ! Jangan lupa gaul-gaulkan tau.


Lastly, letak gula and garam. Gaul-gaul sampai sebati and biarkan semalaman. Esok dah boleh makan dah. Kalau nak lagi sedap, peram lah dua hari sampai keluar air buah tu. Sedap ! Gerenti marbeles.

Aishhh dugaan betul lah kalau buat entry pasal makanan ni, mesti air liur rasa nak menjejeh je.

Ok selamat mencuba.

Bye !

Wednesday, October 22, 2014

Emak ni..saja je ingatkan kita. Malu tau.

Assalammualaikum.

Nampak tak rajin nak update sejak dua menjak ni. Nampak tak nampak tak ? Huahuahua. Sebenarnya aku tengah tunggu kek aku masak. Sementara nak tunggu dia mengembang dalam oven tu, dari boring tak ada buat apa-apa. Baik aku tulis apa yang patut dekat sini kan. Yelah esok kan cuti. Deepavali kan. Weehuu ! Bestkan duduk dekat Malaysia ni, time raya kita cuti, time raya Cina kita cuti jugak, time raya India pun cuti. Kalau ada sepuluh lah bangsa dekat Malaysia ni kan, mahunya sepanjang tahun cuti. Bestnya !

Oklah aku nak share satu cerita yang memang memalukan diri aku, tapi disebabkan cerita ni masa aku kecil, so apadehal. Aku nak cerita jugak. Mana tahu boleh jadi iktibar dekat orang lain, terutamanya budak-budak tadika ke, sekolah rendah ke. Budak-budak sekarang kan semua dah ada sebiji Ipong sorang satu kan. So manalah tahu, masa tengah Google cara nak memikat hati ketua pengawas, terjumpa pulak blog akak ni kan. Hehehe. *Tetibe*

Sekarang ni memang jadi rutin harian aku dengan emak aku, setiap malam memang keluar cari makanan. Yelah masing-masing kan rajin sangat nak memasak ni. So alternatifnya, kita tapau je dekat kedai tomyam. Then masa tengah tunggu makanan sampai, emak aku ni tiba-tiba je cakap macam ni, "Ehh jatuh budak tu nanti, ayah dia tak tengok ke tu, haa kakyong masa kecil-kecik dulu macam tu lah. Suka sangat jongket-jongket kerusi, sekali terlentang, tahu pulak melalak, Ingat tak! "

Gulp! Masa tengah syok-syok sedut teh o ais, boleh pulak emak aku kaitkan aku dengan budak tu. Apahal pulak emak ! Apa kena-mengena along dengan budak tu. Begitulah dialog aku kepada emak aku yang aku nampak macam kecil besar kecil besar je time tu. Aishhh ! Aku pun perhati je budak kecil tu. Secara tiba-tiba terimbau balik kenangan dulu. Tak silap aku umur dalam 4 or 5 tahun macam tu lah. Memang aku suka sangat jongket-jongket kerusi. Bajet bajet macam terror lah kan. Sekali haa kau terlentang ! Ambik kau. Sakit nya kepala aku bila jatuh terlentang tu pun aku still ingat sampai sekarang. Malu bila jatuh tu pun aku still ingat lagi. Nasib baik lah masa tu kecil lagi. So orang kesian lah kat kita sebab comelkan. Burggghh *mata ke atas tangan ke bahu* Cuba kalau dah besar macam sekarang ni kau jatuh kerusi, mahu seminggu orang dok mengata and gelakkan aku tau.

Korang tahukan macam mana jongket kerusi ni kan. Tipulah kalau tak pernah buat time kecil kecil dulu.Kejap aku bagi contoh:- (Gigih tau lukis pakai paint, gigil-gigil tangan i)



Ok lah, masa time ni kan elok je kau duduk kan. Tapi disebabkan rasa tak mencabar langsung, aku tukar pulak ke posisi macam dekat bawah ni:-


Haa aku jongketkan kerusi tu and sengetkan kan sikit. Kejap turun, kejap aku naik balik. Masa tu memang tak boleh nak cakap apa lah kan. Syok habislah time tu. Hahaha. Perasaan masa dapat bangun dengan selamat tu kan, memang masa tu, kau rasa kau sorang je yang hebat sebab kau rasa kau sorang je yang berjaya buat macam tu. Orang lain semua tak pandai. Huahuahua ! 

Bila nasib tak baik, haa terlentang lah kau. Pakej sekali dapat dengan kepala terhantuk dekat lantai, and tangan terseliuh. Tu lah bila emak ayah cakap jangan buat...jangan buat. Kau nak buat jugak. Sekarang rasakan. Eh emosi pulak, padahal diri sendiri punya salah. Hahaha.

Masa ni kan, memang melalak habis lah kan. Saja je buat-buat nangis sampai tersedu-sedu. Yelah orang ramai yang kesian kan time ni. Sebenarnya nak cover malu. Hahahaha. Ehh lupa nak cakap, masa ni aku guna kerusi plastik tau. Faham-faham je lah kerusi plastik ni kan lembut. Tu yang sampai terlentang aku jadinya. Ehh still nak salahkan kerusi kan, padahal diri sendiri yang salah.


Lebih kurang besar macam ni lah time aku jatuh terlentang dulu. Hehehe. Nanti anak aku nanti, aku nak ikat kaki dia kat kerusi tu. Biar tak dapat gerak and buat apa-apa. Hahaha.

So wahai adik-adik, akak nak nasihatkan. Kalau dekat kedai makan tu, elok-elok sikit perangai. Jangan jadi macam akak, tak semenggah perangainya. Oklah kek dah masak.

Bye !


Monday, October 13, 2014

Skincare yang saya suka pakai.

Assalammualaikum.

Sejak dua menjak ni kan, rasa semangat je nak bagitahu macam-macam dekat blog ni. Macam-macam nak story. Nak share pasal apa yang aku makan hari-hari lah, nak cakap pasal jiran sebelah dah renovate rumahlah, nak cerita pasal nampak pakwe handsome masa tunggu traffic light hijau lah. Macam-macam ok ! Tapi kesudahannya aku bantai kroohh krooh dekat dalam bilik. Terus terbang azam yang satu tu.

So sementara aku masih bersemangat ni, aku nak share lah apa yang aku pakai selama ni yang membuatkan kulit aku dah tak bermasalah lagi. Dekat muka bumi ni, semua sedia maklum kot, tak ada satu pun yang sempurna. Macam aku, aku bukan lah sejak azali kulit licin bagai telur rebus yang dikupas-kupas. Gitu ! Masa aku sekolah rendah and sekolah menengah, kulit aku memang teruk lah sebab pertumbuhan jerawat memang sangat pesat. Kau kata je lah jerawat apa je yang tak pernah tumbuh, jerawat batu, jerawat nasi, jerawat yang bernanah tu. Semua pernah tau. Sampai kan, masa sekolah menengah kulit aku gelap sebab banyak parut-parut jerawat lama. Masa time tu, nak cari pakwe pun malu.Mihmihmih eh salah gelak pulak Sob sob sob.

Then masa dah habis belajar and start kerja, aku dah slowly slowly pandai and rajin dah nak pilih skincare yang sesuai. Alhamdulillah sekarang ni pun jerawat memang dah jarang-jarang tumbuh and kulit pun dah cerah balik.Kalau tumbuh pun, selalunya sebiji, tu pun sebab ABC (Allah Bagi Cuti). Hehehe ! Skin care yang aku selalu guna ialah :-

Bio Oil 


Aku start amalkan Bio Oil ni tak silap tahun lepas kot, kalau tak salahlah. Bio oil ni memang amat-amat berkesan kalau nak hilangkan parut jerawat. Orang ramai cakap yang Bio oil ni mahal, and yes memang mahal pun tapi still affordable. Alah bukan nya sekali beli, malam tu jugak korang habiskan.Masa time dapat gaji tu beli lah. Boleh pakai lama kot. Macam aku, tiap-tiap malam aku sapu dekat muka sebelum tidur. So bangun pagi esok tu akan rasa kulit tu licin and tegang je. Mulalah feeling-feeling macam Adira, tak pun Che Ta. Huahuahua feeling macam Che Ta tu over. Tak payah nak pakai banyak-banyak. Cukup kalau sekadar letak setitik atau dua titik dekat tangan then sapu dekat muka. Ada paham ! Aku syor kan pakai time nak tidur lah sebab bangun tidur terus basuh muka. Kalau pakai time nak pergi kerja, takut tak selesa je nanti, muka tu berkilau-kilau and melekit nanti. Kalau confident takpe. Bagi yang student, kalau tak mampu belilah yang botol kecil sebab Bio oil ni memang confirm cukup punya. Silap-silap boleh guna setahun tau. Tapi macam tipu je student sekarang ni tak mampu, beli Ipong mampu je. Akak yang kerja ni pun tak mampu lagi nak pakai Ipong dik oii !

Ok kita ke skincare yang kedua ok.

Garnier



Kulit aku memang serasi yang amat dengan semua produk Garnier. Yang buat kan aku lagi suka, Garnier ni semua produk memutihkan kulit. Aku memang suka segala benda yang berkaitan dengan putih memutih ni. Tapi aku jenis tak berani nak cucuk segala jenis hazabedah macam collagen ke, vitamin C dekat muka aku ni. Nak makan pun aku tak berani. Cukuplah sekadar sapu-sapu dekat luaran je. Alhamdulillah sekarang ni, kulit pun dah tak kering. Kalau tak dulu, mesti dekat tepi hidung kering. Lepas tu dah macam taik hidung je aku tengok. Sekarang alhamdulillah ok dah. Tak ada lah selicin Adira tapi bolehlah. Dah dua kali mention Adira ni kan, nampak sangat memang minat minat minat sangat dengan Adira. Mihmihmih.

Ok ni bukan entry berbayar ye, cuma aku rasa nak share apa yang aku pakai. Manalah tahu kan, korang boleh try and serasi pulak dengan kulit korang. Sharing is caring kan katanya. Sorry lah tak boleh nak letak gambar before sebab memang tak ada gambar dulu-dulu. Yelah dah tau muka tak cantik kan, nak tangkap gambar pun tak ada selera. Hehehe. So aku tempek muka yang latest je lah ehh.



Selamat mencuba. Bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...