Saturday, March 5, 2011

* Our Memory Photo Contest *

Assalammualaikum !

Bila join contest ni kan, tujuan aku bukannya nak menang sangat pun. Tipulah kalau aku join, then tak ada langsung rasa nak menang kan. Tuh memang satu pembohongan yang besar lah kan ! Tapi selalunya aku join contest ni sebab nak ramaikan member blog aku ni then aku suka tengok ke-kreatif-an contestant lain yang jugak join satu-satu contest tuh. So tadi aku terbaca dekat shoutbox aku, blogger yang memang comel, cantik and terkenal ni tag aku dekat satu contest ni. Terima kasihlah eh * Nanad comel and cantik * sebab tag reen dekat Our Memory Photo Contest.

bez prent

Untuk tengok terms and condition dia, boleh kelik dekat owner contest ni dekat * SiNi * ataupun klik je dekat gambar atas ni ok. Tapi aku still nak tempek terms and condition dia. Biar panjang sikit entry aku ni. Ekk motif !

1. Macam biasa, u all kenalah follow blog I  dulu..if taknak follow,it's ok.. cuma susahlah bila I update ni..I mungkin tukar closing date cepat..hmm~

ok dah follow dah pon ! hehehehe

2. Tulis entry "Our Memory Photo Contest", Letak banner seperti di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini, Letak lah banner contest ni kat sidebar sekali tau!

ok entry dah buat, dah link kan pon, and dah letak banner contest dekat sidebar dah pun. Hehehehe

3. U all mestilah upload gambar u all..gambar tu mestilah ada gambar u all sekali..dan tulislah ayat yang paling simple kenapa u all pilih gambar tersebut. Contoh "I pilih gambar ni sebab I miss my friend a lotzz!!"

Ok dah masukkan tapi letak dekat bawah lah. Hehehehe

4. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger u all tau.. (",)

Aku nak tag siapa ehh. Oklah aku tag bff aku yang memang suka sangat join contest, siapa lagi kalau bukan :

5. Hadiah?? gerenti best !! of course anak patung comel lagi besar dariLovely Lace!!

Part yang ni memang aku suka. Siapa yang tak suka hadiah kan. Siapa yang tak suka meh sini aku lempang laju-laju. Nak tak !

6. Tarikh tutup 01/04/2011 !

So gambar yang aku nak tempek dekat sini boleh dikatakan memory jugaklah bagi aku sebab masa ni life aku memang tersangatlah gembira. So aku nak masukkan gambar ni untuk contest ni.

DSC01286

* non edited version *

Aku pilih gambar ni sebab ni masa semester dua aku dekat politeknik. Kiranya baru nak mengenal dunia luar lah. So caption aku untuk gambar ni ialah:-

“ Even there are many hard way we’ve been through together, our friendship will never end. I love you all !”

Betul cakap orang kan, memory  itu akan membuatkan kita lebih menghargai hidup kita yang akan datang dan kerana itu kita berusaha untuk mencipta memori yang lebih indah.So kawan-kawan ! Apa lagi meh lah join contest ni.

Bebboii !

Header baru yang aku buat khas menggunakan Photoshop ! Saya budak baru belajar. Apakomen korang dengan header baru aku ni?

Assalammualaikum !

Aceceh rajin pulak aku nak update entry lagi kan ! Cecite cecite kenapa ehh ! Sebenarnya tak ada apa-apa pun. Aku tengah tahan lapar ni. Disebabkan tak nak ingat dekat makanan, aku pun update lah entry. So simple kan jawapan aku. Ringkas, padat dan tepat. Ekk motif !

Sebenarnya semenjak dua bulan lebih ni, aku bertungkus-lumus nak belajar Adobe Photoshop. Ni semua sebab final year projek aku yang memrlukan aku design packaging yang akan group aku gunakan untuk new produk kitorang. Boleh dikatakan memang macam design budak-budaklah sebab aku ni nampak je kental tapi sebenarnya dalam jiwa aku ni still budak-budak lagi.

So disebabkan boring tak tahu nak buat apa tadi. Aku main-main photoshop design aku punya header. So aku nak korang komenlah macam mana header aku yang baru ni sebab aku pun baru je belajar photoshop. So memang tak semenggah sangatlah ghupenya header aku tuh tau. Tapi aku tak kisah korang nak komen negatif ke. Positig ke. Aku tak kisah langsung. Semua aku terima. So korang boleh tengok header baru aku yang dekat atas tuh.

Before ni pakai header yang member belog aku buat. Memang comel and kiut sangat. Aku suka. Tapi disebabkan nak try buat sendiri so aku tempek lah header baru aku kat sini. Ok mehh sini tengok header yang aku guna sebelum ni.

areen1

* Ni header lama*

saja2

* Ni pulak header baru. Penuh dengan warna pink ! *

So marilah datang singgah belog aku ni and nyatakan pendapat korang terhadap header baru aku ni. Sesiapa yang nak suruh aku but. Boleh saja ! Tapi aku ni budak baru belajar. So memang makan masa sikitlah. So jangan malu jangan segan. Bagilah pendapat anda ok !

Bebboiii !

Kadang-kadang saya bersyukur Tuhan kurniakan saya muka yang berminyak, badan yang tembam and peha yang besar. Hehehe !

Assalammualaikum !

Wah ! Awal pagi aku dah update belog tau ! Tak pernah-pernah pagi macam ni aku update kan. Tapi tak apalah kan. Perubahan yang positif kot. Aku semakin senang nak bangun awal dekat rumah Seremban ni. Kalau tak dulu mak aku membebel je kerjanya. Yelah rutin harian aku, setiap pagi aku akan bangun tepat pukul sepuluh. Dah kira lambat lah bagi seorang anak dara yang tak kahwin lagi macam aku ni kan. Ekk dah kata anak dara, mestilah tak kahwin lagi. Ceettt ! Siapa ajar kau bahasa Melayu ni Areen.

Sebenarnya bangun pagi ni pun sebab ada alasan yang kukuh. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak bangun awal. Karang last-last aku mengadap jugak lappy aku ni. Dok godek-godek facebook and blogwalking. Nasib baiklah aku kena hantar adik aku cek darah pagi ni. So nak bangun tuh macam tak liat sangat lah sebab dah ada reason kenapa perlu bangun awal. Finally aku sangat-sangat lah happy sebab doktor bagitahu yang adik aku dah bebas dari demam denggi. Alhamdulillah.

Bila dah jadi benda-benda yang menakutkan contohnya macam adik aku yang dari kurus menjadi semakin kurus sebab demam. Then darah yang keluar melambak-lambak dari hidung. And lastly result dari doktor yang sah mengatakan adik aku tak ada apa-apa. Benda ni semua buatkan aku dah pandai nak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi dekat aku.

Kalau difikirkan balik, sebelum ni memang hidup aku penuh dengan rasa tak syukur dekat apa yang Tuhan bagi. Yelah macam contoh. Nampak perempuan cantik sikit, mula aku menyesal dapat wajah yang aku dapat sekarang. And aku seboleh-boleh usaha macam-macam untuk jadi cantik jugak dengan pakai mekap, up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini sebab nak orang nampak yang aku cantik. Kadang-kadang boipren aku macam marah sikit dengan aku. Bukan marah sikit tapi banyak. Sebabnya aku tempek macam-macam dekat muka aku ni. Lepas tuh bila dah tumbuh jerawat heboh aku gebang cerita dekat dia sambil buat-buat muka sedih sebab jerawat dah tumbuh.

Muka aku ni jenis yang berminyak so bila tempek dengan mekap then aku berpeluh, muka aku akan nampak berkilat-kilat. Benda ni memang buat aku selalu merungut-rungut sebab bila nak tangkap gambar je mesti muka aku jadi berkilat gile sebab flash. Memang tension sampaikan aku beli macam-macam produk sebab nak hilang kan minyak dekat muka aku.

Dalindareen5697

See see berkilat gile kan muka aku. Kadang-kadang tuh aku macam tak suka nak berjemur tengah panas, tak nak duduk dalam bilik aircond sebabnya aku taknak muka aku berpeluh then berminyak. Wei apahal pulak duduk dalam bilik aircond muka kau berminyak pulak ? Kan sejuk ! So bila dah sejuk tuh muka akn jadi kering kan, tapi jenis aku lain, muka aku akan berminyak gile bila duduk dalam aircond. Lagi banyak dari berjemur tengah panas. Boipren aku selalu cakap dengan aku, dia dah terima aku seadanya tapi kenapa perlu nak jadi lebih cantik. Macam mana aku nak cakap ehh ! Benda ni semua satu kepuasan. Aku akan rasa selekeh gile bila tak mekap, tudung herot-merot, the most thing is bila muka berminyak. So bila dah pakai mekap and mekap tuh boleh tutup semua benda yang buruk even sekejap, tapi aku rasa puas. Paham tak !

Dulu masa kerja dekat hotel, aku selalu merungut dekat akak tempat yang aku kerja tuh. Aku selalu cakap dekat akak tuh “untungnya akak, muka tak berminyak langsung". Tapi last-last akak tuh marah aku balik sebab muka tak berminyak lah tak best sebab muka jadi kering sentiasa. Senang nak berjerawat, berparut then menggelupas. Satu benda lagi muka kering ni cepat berkedut. Akak tuh cakap untunglah aku dapat muka yang berminyak sebab muka berminyak susah nak berkedut. Lepas tuh bila pakai mekap nampak cantik je sebab muka glowing dengan adanya minyak tuh. Aku terdiam bila dengar akak tuh cakap. Ada jugak betul benda yang dia cakap. So sejak dari itu, aku memang suka sangat dapat muka yang berminyak even benda tuh kadang-kadang merimaskan.

120520101475

Gambar atas ni time aku praktikal dekat Hotel Royale Bintang Seremban as Purchasing Officer. Suka tempat kerja ni sebab kerja dalam aircond. So kau boleh nampak kan betapa berkilatnya muka aku kan. Hehehe !

Lepas tuh aku ni jenis badan yang tembam and bentuk macam buah pear. So that’s mean dekat bahagian badan aku yang atas kecil je but bahagian bawah dekat bahagian peha dengan punggung memang besar and selebar-lebarnya. Aku pun tak tahu kenapa bila aku makan banyak semua lemak tuh akan turun dekat peha aku. Memang nampak badan aku lebar sangat. So disebabkan itu macam-macam benda aku buat macam diet, joging and aerobik. Benda yang aku buat ni semua still lagi membuatkan boipren aku marah sebab dia tak suka aku seksa diri dengan diet yang entah apa-apa. Sebabnya dia jatuh cinta dengan aku pun masa aku tembam and gedebab so dia nak aku kekalkan benda tuh !

Dalindareen6350

See boleh nampak kan macam mana besarnya peha aku and tonggek nya punggung aku kan ! Aku memang rimas dengan semua ni sebab aku nak cari saiz seluar jeans memang susah sangat-sangat. Selalunya seluar jeans yang aku pakai selalu ketat dekat bahagian punggung and akan jadi longgar gile dekat pinggang.

Tapi bila aku tengok member-member aku yang memang underweight or dengan kata lain tersangatlah kurus usaha untuk menjadi gemuk. Aku rasa bersyukur sangat-sangat Tuhan kurniakan badan aku ni banyak lemak. Even benda ni kadang-kadang macam jadi bahan jenaka and buat kita jadi malu. Tapi sekurang-kurangnya badan aku nampak cantik bila pakai baju apa-apa pun. Cuba bayangkan orang yang terlampau kurus, nak pakai baju apa-apa pun longgar. Memang nak nampak fitting badan tuh susah sangat kan.

Tapi walau macam mana pun aku still berusaha nak dapatkan berat aku yang ideal and now so far dah turun dalam 5 kilogram and aku akan teruskan usaha tuh. Bak kata mak aku, senang nak cari baju kahwin nanti. Boipren aku pun dalam berat-berat hati pun, dia still ajak aku jogging setiap hari and aku harap aku akan dapat berat yang aku inginkan before aku habis belajar ni. Aminn !

Dalindareen5682

*Semoga peha aku, lengan aku, pipi aku,and perut aku yang buncit semakin mengecil. Aminn *

Boleh dikatakan macam-macam benda dalam hidup kita ni, yang kita tak sedar, akan timbulnya rasa tak bersyukur dengan semua nikmat yang Tuhan bagi. Aku pun macam tuh jugak. Memang terlampau banyak ! So marilah kita sama-sama bersyukur dengan mencucpkan Alhamdulillah kepada semua nikmat yang Tuhan bagi.

Dalindareen6432

Beboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...