Thursday, February 13, 2014

My Engagement Day- Part 3 (Lauk kenduri+Candy Buffet)

Assalammualaikum !

Terasa diri ni rajin pulak nak meneruskan perjuagan untuk menaip panjang-panjang sempena entry kenang-kenangan majlis pertunangan aku dua bulan lepas. So sekarang ni part 3 dah, and maybe akan ke part part yang seterusnya lah ye. Sampai part berapa, aku pun tak sure lagi. It depends on kerajinan aku nak menaip panjang-panjang lah ye. So sesiapa yang nak baca part 1 dengan part 2 boleh pergi dekat sidebar aku belah kanan ni ye and cari My Engagement Day. Gituueew ! Bajet retiss lah sangat kan. Macam lah ada orang nak baca ceritera kau kan. Hehehehe. Tak apa, tak nak baca pun tak apa, aku still akan taip panjang-panjang jugak.

Ok berbalik dekat topik lauk kenduri dengan candy buffet untuk majlis pertunangan aku ni. Aku start dengan cerita pasal lauk kenduri ok. Sabaq na sabaq naaa ! Kita cerita satu-satu. Kalau cerita banyak-banyak nanti serabut kepala kan. Oklah, untuk lauk kenduri memang aku tak masuk campur langsung sebab mak aku dengan ayah aku memang in charge 100 percent pasal benda ni. Biasalah kan, mak ayah kita lebih arif kan pasal benda ni. Lagi-lagi  untuk majlis yang besar macam ni. Untuk makluman, aku buat kenduri tunang aku ni sekali dengan kenduri sunat adik aku. So memang mak ayah aku jemput around 300 orang macam tuh lah. Bila kawan-kawan aku tanya, berapa ramai jemputan kau Areen, and then aku cakap lah 300 orang. Masa tuhlah banyak suara yang cakap, ehh ramai nya kau jemput Areen, baru kenduri tunang kot ! Buat kecil-kecil sudahlah. Aku mampu senyum je. Then aku cakap, kau datang dulu kenduri aku, nanti baru kau tahu kenapa jemputan sampai ramai macam tuh. Malas aku nak cakap banyak. Hehehe !

Bila dah sampai part lauk kenduri ni kan, aku memang serahkan bulat-bulat dekat mak ayah aku sebab dorang yang lagi tahu apa tetamu suka makan, berapa ekor ayam nak masak, berapa kilogram beras nak masak. Wahhh cerita macam lah masak sendiri kan, sebenarnya tak pun, family aku memang dah niat tak nak susahkan saudara mara. Kalau boleh biarlah dorang just datang makan-makan and then borak-borak dengan senang hati. Tak adalah kepala serabut nak fikir ayam dah habis, cordial dah tak ada, limau dah tinggal sebiji. Kannn !

So mak ayah aku decide nak ambil khidmat catering kawan rapat diorang. Pakcik ni aku dengan adik-adik aku semua panggil Pakcik Aji. Makanan dia memang sedap-sedap sebab tuh lah mak ayah aku beria nak guna khidmat pakcik Aji ni. Dia akan settle kan semua benda. So memang mak ayah aku suruh Pakcik Aji ni settle kan part khemah dengan lauk kenduri. Untuk warna tema khemah je mak ayah aku tanya aku nak warna apa, so aku memang dah lama nak nak sangat warna pink dengan biru ! Warna favorite sangat tau. Lauk-pauk pun pakcik Aji ni sediakan lauk-lauk kampung. Memang kena lah dengan semua tekak tetamu yang datang. So untuk lauk-pauk, pak cik Aji ni sediakan lauk :-

  • Ayam goreng berempah
  • Daging salai masak lemak cili api dengan bacang.
  • Ikan keli berlado.
  • Masak lemak labu
  • Tempe goreng + kacang + ikan masin
  • Ulam-ulaman + belacan.
  • Puding cendol
  • Buah-buahan

Wahhh terliur tiba-tiba pulak bila ingat kesedapan lauk-lauk ni semua. Uwaaa nak masak lemak labu, nak ikan keli sekarang !! Then nenek aku pulak tambah daging salai masak lemak cili api jugak and pulut kuning sambal. Dah niat katanya. Hehehe minta-minta murah rezeki uwan lepas ni ye uwaann !

DSC_0096DSC_0097  DSC_0093

     DSC_0091 DSC_0092

DSC_0098

Alhamdulillah lauk semua cukup and aku memang harap sangat semua orang balik kekenyangan. Mak aku lah yang tak tahan, tak boleh tidur malam katanya sebab fikir pasal kenduri. Takut lauk tak cukup katanya. Aduhai, kalau kenduri macam ni tak boleh tidur, nanti aku kahwin nanti tak tahulah macam mana dengan mak aku ni. Jangan masa tengah tidur tiba-tiba bangun pergi kira berapa ekor ayam nak masak sudah. Ngigau lah katakan. Aishhh mak ni risau sangat. Mak baca blog along kan, haa along tahu mak baca, so along nak pesan, tak payah nak risau sangat lah ! Rileks luuu, sap kok luuu. Tetiba kan. Hehehehe !

Oklah kalau sesiapa yang perlukan khidmat pakcik Aji ni, memang aku recommend sangat-sangat lah. Aku rasa pakcik Aji ni McGyver lah, tak pun  Superman, sebab semua benda dia boleh buat tau. Khemah, masak lauk, pelamin, even kau nak buat makan-makan dekat sekolah pun boleh tau. Dia merelakan diri untuk buat. Huhuhu. Lauk dia memang terbaik lah, sedap gile kot, aku tak berani nak recommend kalau benda tak sedap ni, so sebab sedaplah aku berani nak bagi contact number Pakcik Aji ni, popular lah pak Cik Aji lepas ni. So sesiapa yang berhasrat nak guna khidmat katering pak cik Aji boleh contact dekat nombor ni :- 019-621 8969

So next story please !! Aku memang excited gile kot nak cerita pasal Candy buffet aku ni sebab benda ni semua dibuat bersama-sama dengan member-meber office aku yang lain. Kitorang dah deal macam ni tau, time kenduri aku dorang yang akan buat untuk aku, nanti kahwin dorang, aku punya turn pulak buatkan candy buffet untuk dorang. Time aku kahwin nanti tak tahulah siapa nak buat. Yelah masa tuh masing-masing dah kahwin, tinggal aku je yang tak kahwin. Buatnya dorang bawak perut time tuh, tak ke naya nak suruh suruh ibu mengandung kan. Wahhhh !

DSC_0043 

Masa buat kenduri tunang ni kan, aku memang terharu sangat sebab ramai sangat yang nak sponsor and tolong aku macam-macam. Boleh katakan rezeki time tuh alhamdulillah melimpah-ruah lah. Contoh paling terdekat candy buffet aku ni lah, kalau nak tahu, semua barang untuk candy buffet ni 100 percent di sponsor member-member office aku. Sob sob terharu sangat-sangat tau. Lap hingus kejap ! Sampaikan ada akak kepada member office aku si Bibiey willing to sponsor home made coklat untuk candy buffet aku ni. Kak Balqis yang sanggup belikan lolipop. Bella yang sanggup beli sumi yang jelly warna warni tuh. Kak Safura yang sanggup habiskan duit sewa chocolate fountain. Dapat murah pulak tuh. Kak Erna yang sanggup buat semua riben-riben tuh. Bos yang sanggup bagi kek free. Semualah budak office, terima kasih sangat-sangat. Aku beli alas meja dengan pasu je kot ! Tuh pun beli dekat Nagoya and mintak kan makcik belakang rumah jahit tepi. Lima hengget je pun ! Meja pun Bibiey yang bagi pinjam.

Bekas-bekas kecil yang isi lolipop dengan biskut tuh pun Bibiey dengan rela hati nak belikan. Haaaa nanti korang kahwin aku pulak yang buatkan, Insyallah ada rezeki lebih aku sponsor banyak-banyak ok. Limited untuk candy buffet je. Pelamin ke, kambing golek ke, aku tak tahu ok ! Malas nak ambil tahu. Huhuhu.

DSC_0045

DSC_0099

D3S_5704

D3S_5719

D3S_5712

D3S_5707

D3S_5709

Ok memang tak secomel candy buffet yang lain tapi aku memang puas hati sebab semua dekat atas meja ni habis. Budak-budak pun suka sangat ulang-alik dari candy buffet ni. Alas meja aku yang pink tuh pun tiba-tiba ada corak polkadot coklat tuh. Tak apalah, asalkan budak-budak suka. Mak budak pun tak kurang jugak, sama berderet je aku tengok beratur dekat situ. Huhuhu. Alhamdulillah, orang kata rezeki nak ke arah perkahwinan tuh Insyallah ada. Jangan lah takut-takut. Ni yang mak aku selalu pesan sebab aku selalu sangat cakap dengan dia yang aku takut duit tak cukup untuk majlis kahwin aku nanti. Semoga dipermudahkan. Amin.

Oklah sampai sini saja part 3 aku ni. Aku dah tak ada idea nak taip apa dah. Tunggulah part yang seterusnya ok.

Bye !

 

To Be Continue…. Soon…Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...