Friday, September 8, 2017

Zuhair dan Demam

Assalammualaikum.

Demam dengan budak-budak bawah dua tahun memang best friend sangat-sangat tau. Aku perasan Zuhair ni start dia 8 bulan lagi sampailah sekarang setahun 2 bulan, dia akan demam bila nak tumbuh gigi. Masa ni merengek dia tak payah cakaplah. Dari pagi merengek bawa ke malam lepas tu bawa ke pagi balik. Memamg stress sangat hakak tau. Tapi demi anak tercinta ku gagahkan juga cari ubat nak redakan demam anak tercinta ni.



Mula-mula aku akan try natural remedies dulu, or dengan bahasa melayu nya, petua orang dulu-dulu ataupun tanpa ubat lah. Antaranya ialah :


  • Pakaikan baju jaring-jaring. Tapi cara aku, aku buka kan terus baju Zuhair, tinggal seluar je. Then aku akan basahkan kain napkin and selubung Zuhair dengan kain napkin yang basah tadi. Masa dah selubung zuhair dengan napkin basah ni memang dia akan menggigil sikit.  Yelah demam kan. Memang sejuk sangatlah rasanya. Tapi setakat ni aku tengok Zuhair boleh tahan lagi. 
  • Sedut hingus guna nasal aspirator. Nasal aspirator ni macam bentuk straw.  Satu muncung untuk kita sedut,  satu lagi untuk masukkan dalam hidung dia. Memang bila biat benda alah ni dia akan mengamuk.  Tapi kau mintak husband kau pegang kan anak tuh.  Mih mih mih.
  • Lumur kepala dengan air asam jawa.  Benda alah ni aku akan buat bila suhu demam Zuhair terlampau tinggi.  Alhamdulillah aku buat okay je and memang suhu turun. 

Tu je lah kot natural remedies yang aku amalkan.  So far Zuhair ni kalau demam,  dia memang aktif.  And selera makan dia still sama je. Tak macam orang sakit pun. Tapi tengok mood jugaklah. Kalau asyik merengek je memang penat lah emak aku yang menjaga tuh. 



Kalau tak jalan juga,  memang aku akan tampalkan cool fever khas untuk baby.  And yang paling latest ni, disebabkan batuk Zuhair teruk sangat,  aku terpaksa ambil ubat dekat Klinik Pakar Sayangku Seremban.  Yelah dah sampai termuntah-muntah kan. Kesian aku tengok Zuhair macam tak cukup nafas bila batuk.  Nasib baik kakak opis yang kenalkan Klinik Pakar Kanak-kanak Sayangku Seremban. Zuhair pun memang sesuai dengan ubat tu semua.



Elok je demam terus makan aiskrim ye Zuhair. So far ni je lah yang aku amalkan.  Cara ibu lain-lain.  Jangan kau dok compare,  ehh aku buat cara tu tak ok pun. Ehh aku tak buat apa-apa pun,  anak aku baik sendiri je.

Macam aku cakaplah,  setiap ibu cara dia lain-lain.  Aku just share apa yang aku buat selama ni dekat Zuhair. Alhamdulillah cara ni semua berkesan. Kalau nak ikut-ikut,  tak nak ikut, terpulanglah.  Tiada paksaan untuk itu.  Huhuhu

Oklah bye. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...