Sunday, November 21, 2010

Aku suka betul dengan perempuan cantik!

Assalammualaikum!

Hari ni kepala aku rasa macam mengong-mengong sikit. Sebab apa? Sebab aku dah tidur punyalah lama dari petang sampailah ke maghrib. Haiyo0 apa nak jadilah dengan kau ni. Kalau bakal mak mentua aku ada blog, naya aku kena reject dalam diam-diam. Kalau dia ada facebook pun terus di delete nya aku dari friend dia. Lagi kejam dia terus blog aku. Haiishhh mintak-mintak lah bakal mak mentua aku takde semua ni..huhu. Lagi satu heboh nak kurus, tapi tidur tak hengat dunia jugak. Konon nak exercise nak buat sit up 100 kali..lupakan je lah !

Oklah dah penat aku meraban tak tentu hala ni, update blog pun macam dah malas-malas sikit sebab tak ada idea nak tulis apa so sementara aku dapat point nak update ni, aku nak hupdate banyak-banyak. tadi time boring-boring aku tengoklah blog yang memang best nak mampus tahap cipan mati terkejut, sapa lagi kalau bukan Cik Epal. suka aku tengok dia ni tau sebab dia comel tau. Bila dia dah kurus ni lagilah cantik je aku tengok. Aku kadang-kadang jeles je tengok orang comel lote ni tau. Rasa macam aku ni spesis terancam sebab aku tak cantik kan, so bila ramai sangat perempuan cantik, aku rasa terancam..hahaha..bley macam tuh!

Lagi satu aku minat gile dengan Fatin Liyana, sebabnya bagi aku dia memang tersangatlah cantik. Aku rasa kalau dia masuk Miss World ke hape mesti dia boleh menang punya. Gigit jarilah pompuan-pompuan yang lain tengok dia pakai crown. Even dia bertudung, tapi dia memang fashionable gilelah sebab kadang-kadang apa yang dia pakai aku tak penah tengok pun tapi cantik! 

DSC02514

Kalau sesapa yang teringin bebeno nak tengok betapa cantiknya Fatin Liyana ni, klik lah dekat link yang aku bagi ni Fatin Liyana ! Mak aku pun suka tengok dia ni sebab mak aku cakap dia kiut miut. Kecik hati jap! Then kadang-kadang tu mak aku suruh aku pakai macam si Fatin ni. Bayangkanlah betapa kuatnya pengaruh si Fatin ni dekat mak aku..hehe

Memang aku jeleslah dengan semua pompuan yang cantik-cantik. Kadang-kadang tu aku sampai mimpi-mimpi nak jadi pompuan cantik tau. Pompuan cantik lain yang aku minat sangat-sangat ialah:-

32

Sapa yang nak pergi blog dia bolehlah klik nama dia ni Nurul Ain. memang bagi aku dia tersangatlah cantik. Aku rasa kalau dia lalu dekat tempat yang ramai orang, memang tak berkeliplah mata orang tengok dia ni. Kalau aku pun tengok dia, mau sampai terpusing 360 darjah tengok dia ni. bagi aku muka dia ada iras-iras macam Lisa surihani sikit. Alah takkan tak kenal kot. Pompuan cantikkan, mestilah korang kenal, lainlah kalau aku ni ! Dia ni pun spesies yang memang fashionable macam Fatin Liyana lah. Ohh Goshh aku memang teringin sangat nak putih melepak macam kak ain ni, lagi satu aku nak mata yang cantik and glowing macam dia tau!

Haa! Dah sebut pasal Lisa Surihani, meh sini aku cerita pasal dia jugak! Lisa ni bagi aku, one of the most beutiful face. Muka dia even neutral tanpa mekap memang cantik. Bila dah mekap lagilah cantikkan..huhu

74462_494897308803_47778883803_7016130_8358635_n (1)

Ohh kenapalah cantik sangat kau ni kak lisa ! Kalau aku lelaki memang aku sanggup lah tunggu kau sampai bila-bila even kak lisa memang tak kenal aku pun. Wahh! Statement aku ni bukanlah menunujukkan yang aku ni lesbo ke hape! tapi memang aku suka sangat tengok perempuan cantik tau.

Ok this is the time for kakak comel kita yang ada mata besar bulat-bulat, sapa lagi kalau bukan kak heliza or kak ija kita.

65995_436143784190_651054190_5201505_7425042_n 

Ohh cantiknya mata kak ija ni. taknak kongsi rahsia ke beli contact lens dekat mana. Share-share lah kan..huhu! Eii rasa macam nak gigit-gigit pipi dia ni sebab comel sangat. Kalau dia update gambar dia dekat facebook, akulah orang first yang dok tenung lama-lama lepas tu konon-konon berazam nak jadi macam dia. Comel wei dia ! Lantak koranglah nak marah aku sebab banyak kali aku cakap dia comel, tapi memang serius, dia ni memang comel and cantik lah! I love u lah kak ija!

Rasanya dah terlampau banyak aku cerita pasal pompuan cantik nie! Aku harap-harap satu hari nanti aku akan jadi cantik macam dorang gak kan.

Dalindareen5082Dalindareen5081

See .. see aku memang nak jadi cantik macam dorang. Sebab aku tembam lah oiit. Motif berkata begini kan ! Sebenarnya tak tau nak masukkan gambar apa, aku masukkan je lah gambar aku yang ni. Oklah basah ketiak aku dah dari tadi dok menaip. Lepas ni maybe aku akan jadi rajin kot nak hupdate! Tengok je lah. Tunggu dan lihat..huhu !

16 comments:

EmanCloud said...

klu irine cantik x? hehe

saya yg dipanggil aReeN said...

eman:irine yang mana eyh? x kenal lah..huhu

ProfHariz said...

Anda pun cantik :P

http://profhariz.com

saya yg dipanggil aReeN said...

profhariz:ohh time kasih tapi x lah secantik dorg..huhu

Nanad. said...

reen pun cantik what. comel, tembam2. kurus sangat pun tak cantik tau.


btw, makan banyak buah ganti makan malam,sbb bila mkn buah, kite jdi kenyang n xkisah nak makan nasik. lgpun, mkn buah sihat n sedap :)

saya yg dipanggil aReeN said...

nanad:thx for ur advise.. ilove u lah..reen skang ngah amalkan mkn oat..dr siang sampai malam..huhu

Amoi MiyaSya said...

stiap org ade kcantikan masing2 :) hehhe .

saya yg dipanggil aReeN said...

amoimiya:betul2..termasuklah awak..cantik betul..huhu

as eleyana said...

haha.. klakar doh.. aku ingt aku sorg je yg suka tgk perempuan cntik.. smpi kwn2 aku ckp lesbian doh.. haha.. rupanya ada geng.. haha.. tp definasi cntik tuh subjektif n berbeza pd setiap org.. kdg2 aku tgk org tuh aku ckp cntik, kwn aku ckp x.. terpulang pd pandangan mata kasar msg2 kan.. kecantikan dlmn penting but still yg luarnya satu aset penting.. bhahaha.. u pown cantik.. sweet tau!!

saya yg dipanggil aReeN said...

as eleyana: hahaha memang subjektif pon..tuhlah mata kita masing2 kan...awww u pon sweet arr..aku suke!!!

atiqa aris said...

same la sy pon suke tgok popuan pkai tdong yg cantek2.sejuk mate memandang.kan kan?

atiqa aris said...

same la sy pon suke tgok popuan pkai tdong yg cantek2.sejuk mate memandang.kan kan?

rookie said...

besa nye mate

NinaAz said...

hikhik..u pown pe kurangnye...sweet jea!=) yang penting. kita mesti berkeyakinan dalam apa jua keadaan...hikhik

Anonymous said...

awk pun cntik..cuma kne kus skit lg cntik dr diorg

nazirulhazwan~ said...

sy suke neelofa;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...