Monday, November 22, 2010

Tips nak dapatkan kulit putih melepak yang cantik!

Assalammualaikum!
Tadi bila aku dok bantai belek-belek muka aku dekat cermin, aku tanya lah dekat cermin:-
“mirror mirror on the wall, sapa yang paling cantik dekat dunia ni?”
mirror tu balas balik apa yang aku cakap, ohh aku memang tersangat terkejut lepas tu tercekik pisang yang aku tengah makan bila dapat tahu jawapan dia yang berbunyi macam ni:
“ Buat masa ni aku rasa Megan Fox sebab bagi aku dia yang paling seksi and cantiklah! Nah..plinggg ! Aku bagi gambar Megan Fox sekeping dekat kau. Jangan kecik hati pulak dengan apa yang aku cakap tadi !”
megan-fox-red-04
Pebenda aku meraban tak tentu hala ni. Gila ke hape cermin dalam bilik aku ni nak bercakap. Kalau memang betul lah cermin dalam bilik aku ni bercakap, aku lah orang first yang meraung-raung and lepas tu tergelak lepas tu diam pulak. Sebabnya memang gile lah kalau cermin aku bercakap. Dahlah cermin dalam bilik aku ni da macam-macam tanda ada. dari tanda taik hidung yang aku lekat-lekatkan sampailah kesan lipstik aku. Semua adalah. Lama dah tak polish !
Sebenarnya aku tengah kecewa sebab muka aku ni berlambaklah jerawat lepas tu punyalah nampak malap semacam. Aku pun tak tau kenapa. Nak katakan aku berjemur dekat luar, tak ada pun. Nak jemur kain kat luar pun susah apalagi kalau nak berjemur kat luar tau. Tadi sebab nak sangat tau petua yang boleh putihkan muka, aku bantai google merata tempat. Dekat bawah katil pun aku bantai cari petua. Jangan fikir bukan-bukan pulak, aku cari balik majalah-majalah yang ada banyak petua bawah katil aku lah ! Aissssshh suka nak fikir macam-macam tau !
gambar timun
Eh apasal aku tempek gambar timun tiba-tiba ! Nak tau tak sebenarnya timun ni salah satu bahan untuk memutihkan kulit tau. Kalau korang nak try, bolehlah try petua ni. Memang aku pernah tru dulu tapi tak konsisten kan so hasil dia macam tak memuaskan sangat. Tapi putih jugaklah kulit aku ni nak dibandingkan dengan time sekolah dulu. Ok petua dia ialah:-
  • Isi timun diparut or dicincang or dihancurkan or apa-apa jelah. Asalkan jangan sebiji terus kau pergi tempek dekat muka kau tu. Apa pulak rupa nya kang!
  • Lepas tuh, campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau. Jangan pulak orange sunquick kau pergi bubuh dekat dalam isi timun ni..hahaha.
  • Then tunggu dia sampai kering lepas tu bolehlah bilas dengan air bersih or air suam.
  • Buat setiap malam kalau nak cepat hasil dia.
Aku memang suka kalau bab-bab petua ni. Semua kalau boleh aku nak buat. tapi kadang-kadang tu macam malas jugak. Yelah dah namanya petua orang-orang lama kan, so nak buat semua manual. Takda yang express!
st_colgate_f
Hah ! Apahal pulak dengan gambar colgate ni ? nak tau tak sebenarnya colgate boleh hilangkan jerawat tau. Serius tak tipu. Ni semua mak aku yang suruh bila aku dok bising-bising dekat dia yang muka aku dah banyak jerawat. Aku dengan rasa tak percaya lagi ni pergilah try. Wei pedih nak mampus kot ! Berair-air mata aku tahan beranngin dia. Mana lagi dengan muka aku yang pedih. Tapi best wei, esoknya jerawat aku terus kecut and hilang. And lepas tu heboh mak aku bising sebab colgate dekat rumah cepat nau habis ! Hahaha sapa suruh kan aku tpek colgate. So korang bolehlah try semua petua yang aku bagi ni. Memang aku sure mujarab. Tak tipu punya. Oklah tu je kot tips yang aku nak share kat korang. Aku nak pergi tepek colgate kat jerawat aku jap sebab besok nak dating ngan boipren aku. dan dan time ni nak tumbuh banyak pulak jerawat ni. Bebboiii

13 comments:

deqdeq said...

best nih..boleh cuba petua nak putihkan kulit....mudah dan senang...tima kasih..

saya yg dipanggil aReeN said...

ok2...welcome..trylah..memang berkesan yang amat..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

ok2...welcome..trylah..memang berkesan yang amat..huhu

deqdeq said...

lepas nih share lagi ok petua2 yg best...

tatamie said...

nak try gak la...mana tau berkesan..teringin nk putih kan kulit ni...

tatamie said...

nak try gak la...mana tau berkesan..teringin nk putih kan kulit ni...

damha said...

reen boleh juga cuba ubi sengkuang yg diparutkan halus2...kulit akan putih n gebu...he3333

Azreen Zunairah said...

damha: ye ehhh !! maceh2..hahaha

fikah mus said...

Colgate tu, nak guna yg jenis apa??
XD

Anonymous said...

Nk try la. Best je tngok

tip kecantikan said...

perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat. tq


Rahsia Kulit Gebu

Bali Tour said...

terima kasih atas informasinya

Anonymous said...

I GUNA AURAWHITE 900 000MG BEST SSANGT MEH LA GUNA UTK MOITURE, PARUT N MCM2 LAGI LA X DIRAGUI KLU GUNA BAIK PUNYA BARANG ...I BELI NGN KWN MURAH KOT SKLI NGN POSTAGE RM110 JER ..CEPAT DAN SENANG X YAH NK G KEDAI .. JAP KLU SSAPA NK I BG NO DYE WS JER TNYE 01152897268 jenama KCOLLY PON terbaikk JUGAK.. KWN GUNA REVIEW BAIK JUGAK ..BUKAN APE SBB EXITED HARGA BOTH SAME ..PROMOSI KTENYE..HEHE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...