Friday, February 18, 2011

Kenangan zaman sekolah rendah yang memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Assalammualaikum !

Wah sana sini aku tengok macam-macam yang berubah dekat Merlimau, Melaka tempat aku belajar ni. Yelah orang dah sibuk nak pilihan raya kan so macam-macam lah perubahan yang diorang buat. Lagi-lagi pilihan raya akan dibuat dekat poli aku, so bertambah popular lah poli aku ni. Aku tengok pun macam-macam dah poli aku ni dok renovate bagai. Ohh ! Time aku dah semester akhir ni lah baru kau nak renovate macam-macam kan. Dulu masa first semester aku masuk tak ada pulak nak renovate bagai. Sekarang aku dah keluar lah baru nak cantik.

Macam dulu pun time aku nak keluar dari sekolah pun, sama jugaklah keadaan nya. Time tuhlah nak cat bangunan sekolah, time tuhlah nak tambah bangunan lain, time tuh jugaklah nak tukar kerusi meja dari kayu ke plastik. Memang serius aku jeles gile lah tapi nak buat macam mana kan. Semakin kita membesar semakin canggih pulak dunia kan. Wah ! Dah macam hipotesis untuk subjek sains dah kan.

Boleh dikatakan memang banyak kenangan time aku sekolah rendah dulu. Even lepas dari darjah 6 je aku terus masuk sekolah berasrama, tapi kenangan time sekolah rendah lah yang paling aku ingat tau. Antara kenangan yang paling aku ingat :-

Gosok gigi tepi longkang sambil pegang cawan warna warni. 

gigi2

Ok yang dalam gambar ni tak ada cawan warna-warni tapi lebih kurang macam ni lah aku dengan kawan-kawan aku dulu. Dulu masa dekat sekolah, kalau ada doktor gigi yang datang, mesti kawan-kawan aku dah nangis-nangis nak balik rumah. Lain pulak dengan aku, punyalah semangat nak jumpa doktor gigi and setiap kali jumpa doktor gigi jugaklah, gigi aku kena tampal sebab berlubang. Setiap kali aku cakap dengan kau ! Kau ado ? Nan ado yolah !

Aku pun kadang-kadang pelik jugak. Binatang apa lah yang dok bantai buat gigi aku ni berlubang tau. Sampaikan doktor gigi dengan nurse yang datang sekolah aku tuh dah boleh recognize aku sebagai seorang budak perempuan comel yang giginya selalu berlubang. Budak perempuan comel? Kenapa tak puas hati dengan aku ke sebab aku cakap yang dulu nya aku ni seorang budak perempuan yang comel ? Suka hati lah nak percaya atau tidak. Aku cakap benda betul kau tanak percaya. Lantaklah !

Makan dekat tepi longkang bekal nasi yang berlauk sardin yang mak aku bagi dengan kawan-kawan aku !

180710 002

Still lagi dekat tepi longkang. Aku pun tak tahulah kenapa syiookk sangat aku nak duduk dekat tepi longkang ni. Maybe lagi nikmat kot menikmati bekal yang mak aku bagi tuh kot. Aku ingat lagi tau masa dulu, aku paling suka kalau mak aku bagi bekal. Tambah-tambah lauk yang dia bagi tuh lauk sardin. Memang tak fokus lah aku nak belajar. Time rehat je terus aku berlari pergi tepi longkang semata-mata nak makan bekal yang mak aku bagi tuh.

Kawan aku punyalah bersungguh-sungguh ajak aku main kejar-kejar, tapi disebabkan bekal nasi lauk sardin ni. Aku boleh buat bodoh je dengan ajakan kawan-kawan aku tuh. Last-last sebab aku tak nak join diorang main kejar-kejar, diorang pun sama jugak join aku untuk makan bekal yang mak aku bagi tuh. Memang haremmm betul lah kan ! Aku baru nak menikmati ikan sardin yang mak aku bagi, sekali kena share pulak. What the fat !

Lap hingus dengan kain tudung. Sila jangan geli ok !

pg1mp1

Hah ! Aku tahu kau akan geli punya dengan gambar yang atas ni tapi percayalah yang dalam gambar tuh bukannya aku ok ! Dulu masa dekat sekolah kan. Aku ni punyalah tak senonoh perangainya mesti akan lap hingus aku pakai tudung sekolah. Tak ada pulak inisiatif nak pergi mintak cikgu tisu ke, pergi pinjam kawan punya kain lap ke. Memang tak terfikir langsung tau.

At last mak aku mengamuk sebab balik-balik sekolah je mesti berkerak-kerak tudung aku. Yelah aku kan dah lap hingus dekat tudung kan so bila dia dah kering, berkerak-kerak lah jadi nya. Serius kalau aku ingat balik, aku sendiri jijik dengan diri aku sendiri. Hahahaha !

Baru nak mengenal erti monkey love or cinta monyet.

20101020-CintaMonyet

Memang kalau time sekolah dulu, memang aku tak tahu malu langsung nak luahkan perasaan dekat budak-budak lelaki yang aku minat. Aku ingat lagi, dulu aku ada minat abang darjah enam yang jadi pengawas dekat sekolah aku. Masa tuh tak silap, aku darjah empat kot. Disebabkan aku punyalah syiook dengan abang pengawas tuh, aku boleh selamba badak je pergi kelas dia and cakap dekat dia “ I Love You”.

Aku yang memang tak kenal erti malu tuh, terus tanya abang tuh, dia love aku jugak tak. Entah kenapa nasib aku baik time tuh, abg tuh pun cakap dia love aku jugak. Hahahaha ! Gile ekstrem aku kan. So start dari situ kitorang couple lah and lepas abang tuh habis darjah enam je, aku cari boipren lain pulak. Haiyo0 kecil-kecil dah ada tokoh nak jadi playgirl kan !

Aku pun sebenarnya dah tak berapa ingat benda-benda yang berlaku dekat sekolah rendah aku dulu sebab terampau banyak kenangan yang aku alami. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboiii !

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...