Monday, January 31, 2011

Kenapa ehh orang yang nama Liyana or Yana or Nana or yang seangkatan dengannya mesti comel-comel ? Korang perasan tak benda ni or aku je yang perasan ?

Assalammualaikum !

Ahhhh ! Meroyan kejap. Semuanya adalah kerana belog yang aku lama gile tak update ni. Tak tau lah kenapa malas bebenor nak update dah sekarang ni. Entah apa lah nak jadi kan. Semangat nak update tuh memang ada tapi bila dah bukak laptop and dah start nak menaip. Dengan secara tiba-tiba aku jadi terkuap-kuap macamlah ngantuk sangat. Tambah-tambah pulak sekarang ni hujan tak berhenti-henti. So memang sedap lah aku melepak ! Nak mandi pun aku rasa takut sangat. Motif ! Nak takut pulak kan.

Ok ok ni aku nak tanya ! Korang perasan tak orang yang namanya Liyana or Nana or apa-apa lah nama dia tapi mesti ada na..na.. jugak, mesti diorang comel kan. Tak comel mesti cantik or gorgeous. Benda ni memang dah lama lah aku perasan and bila aku tanya boipren aku ye ke tidak, mesti dia jawab “ ahh semua orang sama je, bukannya orang yang ada nama Liyana je yang comel”. See see korang tengoklah betapa tak supportive nya boipren aku ni terhadap opinion si girlpren nya ini. Sob sob sedih !

Tapi ini serius ! Sejak dari sekolah aku hidup sampailah sekarang ni. Setiap kali aku jumpa orang yang nama Yana mesti comel nak mampos lah ! Korang tak percaya jugak. Mehh sini aku bagi contoh- contoh orang yang bernama Liyana or Yana or Nana or apa-apa je lah yang sememang nya comel gile, cantik gile and gorgeous gile. Semua nak gile kan ! Ok calon-calonnya adalah :-

fatin liyana4

Yang ni memang tak payah aku kenalkan lagi lah. Sapa yang tak kenal pempuan cantik manis ni, meh sini datang kat aku and kerat jari aku. Gile kau tak kenal. Punyalah popular pempuan ni sampaikan photographer berebut-rebut nak buat photoshoot dengan dia, kau boleh tak kenal ! What the fat ! Kalau orang yang dah lama hidup dengan blogger ni memang kenal sangat dengan Fatin Liyana ni. Lagi-lagi dia orang Nogori Sombilan ! Lagilah den banggo sobab ramai budak yang popular semuo ehh dari nogori den ni ha ! Den yo yang tak popular macam yang lain sobab ehh den pemalu orang ehh. Boleh ? hahaha

liyana jasmay5656

Hah ni pulak calon yang kedua ! Kenapa ehh aku letak Liyana Jasmay lepas Fatin Liyana ? Entah ! Maybe aku rasa Fatin Liyana lagi popular dari Liyana Jasmay ni kot. Apa-apa pun Liyana Jasmay ni memang comel nak mampos lah ! Aku memang suka dengan dia. Lantak koranglah nak cakap apa tapi memang aku dah lama adore Liyana Jasmay ni. Bila aku dengar ramai yang pakat tak minat dia dok bantai cakap dia ni gediklah, tak cantiklah. Memang sangat tidak beradab lah ehh disitu. Kalau dia tak gedik macam mana dia nak popular. Pastuh kalau dia tak lawa macam mana pulak semua magazine kat Malaysia ni mesti pakat nak tampal gambar Liyana Jasmay ni. Haihhhh ! Aku angin betul lah.

166124_1846885733322_1276046289_2674143_5643537_n

Ok calon yang ketiga ialah Liyana Azizan ! Siapa pempuan ni? Artis ke ? Kalau artis kenapa tak pernah nampak pun ! Lah rilekks luu ! Dia ni bukan artis or sapa-sapa lah tapi yang penting dia adalah orang yang paling penting dalam hidup aku. Kiranya bff dunia akhirat lah. Aku kenal dia ni masa dekat sekolah teknik ert dulu. Kitorang punya style kalau gaduh mesti tak bercakap lepas tuh bila salah sorang nak pujuk, selalunya yana ni lah yang pujuk aku, mesti dia akan bagi aku hadiah. Bestkan ! Yana ni memang kalau tangkap gambar, mesti stok stok muncungkan bibir. Aku tak taulah kenapa tapi maybe tuh style dia supaya tak menampakkan pipi dia yang kembung kot ! Hahaha jangan marah wei ! Kitakan bff.

168074_188332897861193_100000534537371_579952_5092589_n

Hah ! Yang ni pulak calon yang keempat. Dia ni pun bukan artis tapi dia adalah salah sorang yang bernama Yana yang memang comel nak mampos. Nama sebenar pempuan ni Farhana tapi aku tak taulah kenapa orang dok panggil-panggil dia Yana sampai aku pun dok melekat panggil dia Yana. Aku kenal Yana ni dekat poli and entah macam mana aku boleh jadi rapat gile dengan dia sebab setiap kali nak start kelas mesti dia nak peluk aku dulu. Katanya ambil feel nak belajar ! Haiyoo pelik betul lah !

Bila aku cakap dekat boipren aku kan yang bunyinya macam ni , “ Kenapa ehh semua yang nama Yana mesti comel-comel?” Boipren aku pun balas “ Mana adalah  ! Kebetulan je semua tuh .” Haiyo0 menyampah betul lah aku cakap dengan dia.

Lepas tuh kalau korang perasan lah, orang yang namanya Yana ni mesti kulitnya putih mulus haluuuussss ! Kan kan betul tak apa yang aku cakap? Ahh lantaklah tapi memang aku nak cakap memang betul sebab mostly orang yang aku jumpa semuanya putih je. Jeles betul aku tau.

 

Oklah aku dah tak tau nak merepek and meraban apa lagi. Thanks ehh korang sebab sudi membaca belog yang tak semenggah ni. Beboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...