Monday, August 21, 2017

Happy Birthday husband Fazrul Hisham

Assalammualaikum..

Lamanya tak bersiaran dalam blog ni.  Makin berhabuk dah rasanya.  Bulan Ogos ni rasanya bulan yang paling best kot sebab bulan ni birthday aku,  birthday husband and our annivesarry jugak. Bulan lepas dah celebrate birthday Zuhair yang 1 tahun. Tapi tu entry lainlah, nanti aku share dekat mana aku tempah kek birthday Zuhair semua tu okay.  Janji!!  (sambil angkat tangan janji)

Sekarang ni nak cerita pasal birthday husband aku dulu okay.  Kita cerita satu-satu okay. Actually untuk birthday husband aku ni memang everything from A-Z aku planned last minute. Mana tak nya busy kerja wei. Memang tough week untuk aku tau masa tu. Dengan birthday aku sekali aku lupa. Tup tup dapat whatsapp dari husband, datang ofis ada orang wish and then balik kerja ada orang bagi kek. So disebabkan husband aku dah suweet muweet dengan aku bagi kek coklat bagai, so aku pun nak lah balas khen.

Laju-laju scroll instagram yang buat surprise birthday delivery lah, candle light dinner lah. Tapi nan hado ! Semua over budget wei. Tsk tsk tsk sedih. Alamak macam mana ni, masa dah suntuk sangat ni. Last-last aku whatsapp ex office mate aku dulu, tanya dia dekat mana dia buat candle light dinner untuk tunang dia. Bila dah borak-borak semua, dia bagitahu lah yang dia buat dekat Restoran Kemangi (restoren banyak nyamuk, hahaha) lah tempat yang dia pergi tu, sejengkal je dari rumah aku. Lagilah senang kan. Upah pun murah je untuk deco candle light dinner termasuk makanan. Oklah set dekat sini, malas nak fikir tempat lain.


Overall makanan bagi aku sedap. Decoration dia pun cantik. Balik kerja tu aku laju-laju pergi restoran ni hantar kek birthday and order makanan. Before ni, aku memang pernah makan sini dengan husband aku masa mengandungkan Zuhair. Tapi maybe simptom ibu mengandung kot, makanan dia tak kena dengan selera aku. Tapi kali ni sedap pulak makanan dia sampaikan husband aku cheat lah diet dia hari tu. Ke aku yang lapar? Erkkk. Lagi satu restoran ni siap bukak lagu birthday kuat-kuat tau masa kitorang mula-mula masuk. Segan pun ada, yelah semua orang pandang kan. Tapi buat muka tak tahu je.

Ok pasal surprise delivery pulak, ni pun puas aku scroll-scroll instagram, sekali jumpa ig @debuchuevent , korang try search dekat instagram nama ni. Servis pun cepat je. Siap dia suggest dekat kita ikut budget kita. Memang puas hati sangatlah.


Hahaha mulut kembung sebab time mengunyah orang buat surprise lagi.
Happy Birthday Fazrul Hisham !!




Coklat ni pun aku yang request nak coklat apa sebab yang makan nya nanti aku. Bukan husband aku. Husband aku kan diet. Kononnya. Huhuhu



Yeahh papa Zuhair tak diet hari ni. Bagi aku decoration dia memang cantik. Tapi bagi orang yang bawak baby macam aku ni, aku nasihatkan kalau nak buat surprise, buat dekat rumah je lah. Anak aku makan macam dekat rumah sendiri je, habis berterabur semua makanan. Tak da masa nya nak melawa sangat.




Kek birthday keluar pun, still restoran tu bukak lagu birthday kuat-kuat. Zuhair dah ngamuk-ngamuk dah tu sebab nak raba semua benda yang ada dekat meja tu.




Apa-apa pun dengan aku-aku seronok buat birthday surprise ni. Time couple dulu mana pernah buat wei. Mampu pandang. Ni ada rezeki lebih kita share-share lah kan.



Place : Restoran Kemangi (waze je, betul-betul depan Kompleks Belia dan Sukan Paroi)

Surprise delivery: instagram @debuchuevent


Oklah bye !










Friday, April 14, 2017

Momento Pictography: Recommended Photographer untuk majlis perkahwinan, Bertunang, Aqiqah dan dll.

Assalammualaikum.

Rasa macam dah lama je tak merepek meraban dalam blog ni. Sejak jadi mak mak ni aku memang sangat-sangat busy lah rasanya. Tapi tak busy sangat pun sebab handphone sentiasa ada je dekat tangan. Busy update pasal business je. Ehh kejap je dah pertengahan bulan April kan. Akhir bulan depan dah puasa. Wushh memang cepat sangat lah. Lepas tu raya. Yeahhhh ! Bila dah raya ni memang berduyun-duyun lah jemputan orang kahwin kan. Mana nak pergi open house raya lagi, mana nak pergi rumah orang kahwin lagi. Kiranya tak boleh nak diet lah time ni. Ehh diet ke aku selama ni. Huhuhu.

Cerita pasal kahwin ni kan, saja je lah kan nak throwback masa aku nak kahwin tahun 2015 yang lalu kan. Aceceh. Boleh dikatakan preparation yang paling kritikal nak buat ialah masa nak choose photographer yang terbaik untuk wedding aku tu. Yelah wei, kalau photographer yang kau ambil tu cantik gambarnya, memang cantiklah kejadian album kahwin kau tu. Kalau tak, silap-silap album pun tak dapat. Dah banyak kes dah aku dengar, even photographer yang artis-artis selalu hire pun ada masalah macam ni. Bila artis-artis yang hire, kemain positive je feedback, album dapat cepatlah, tak sampai sebulan lah. Tapi bila rakyat marhaen macam aku yang hire, terus setahun tak dapat album. Padahal dah buat fully payment dah. Photographer mana ehh ? Biarlah rahsia,maybe korang tahu or maybe korang tak tahu. Pandai-pandai google ehh.

Okay berbalik pasal photographer ni, lepas ditapis sorang-sorang dari sudut harga, kualiti gambar, dan servis yang terbaik, aku decide nak ambil servis Momento Pictography. Masa ni pun aku ada office mate yang akan kahwin bulan yang sama dengan aku. So memang bekerja keras lah kitorang nak pilih photographer. Lepas dah tengok hasil kerja dorang ni, memang terus aku and office mate decide nak hire Momento Pictography as our photographer. dorang pun jenis sempoi and boleh masuk kepala dengan aku. Kiranya geng masuk air jugak lah. Kan Deqno and kak Ikin, Kelass gitueww ! Meh aku tunjuk hasil kerja tangan photographer yang aku hire ni.









So far alhamdulillah, memang aku puas hati sangat dengan album and kualiti gambar yang diberi. Bila dengan team dorang ni, memang kita akan rasa tak malu langsung. Jangan lah risau kalau korang tak pandai bergaya ke, tak pandai nak posing ke. Memang dorang akan tunjuk satu-satu sampai dapat hasil yang cantik. Trust me.


Lepas tu, bila tengok orang lain buat maternity photoshoot, aku pun ngada-ngada jugak nak buat. Padahal tak tahu badan dah macam belon. Jalan pun macam penguin dah. Untuk maternity photoshoot pon aku ambil team Momento Pictography ni jugak. Hehehe. Aku ni kalau orang kenal satu je, bila dah selesa dengan orang tu, memang orang tu je lah aku ambil sampai bila-bila. Hahahaha. Meh aku share sikit gambar time maternity photoshoot tuh.








Haaa nampak tak perbezaan masa kahwin dengan masa mengandung. Ke sama je ?? Hahahaha. Bila budak kecik dalam perut keluar pulak, tiba time nak buat majlis cukur jambul dengan aqiqah dia pulak. Masa ni pun aku panggil team Momento Pictography jugak. Haaa nampak tak kesetiaan aku dekat team dorang. Tu pun nasib baik dorang nak layan walaupun aku request last minute. Hemohemohemo. Jom layan gambar lagi.






So dah tengok dah hasil kerja team yang aku hire ni. So far harga service dorang pun berpatutan and insyallah dorang boleh nego sampai jadi. Kan Deqno. Hahahaha aku promote ni. So sesiapa yang nak kahwin atau buat majlis apa-apa je lah, teringin nak hire photographer, aku sangat sangat suggestkan team dorang ni. Kalau nak detail lanjut boleh klik dekat link facebook yang aku bagi dekat bawah ni okay ! 





Bye !

Tuesday, March 28, 2017

Pengalaman bersalinkan Budak Kinting, Mohamad Zuhair Anaqi

Assalammualaikum.

Pheewww baru dapat bernafas. Dari pagi busy haa kat dalam rumah ni. Saja nak cakap konon busy sangat lah tuh kan. Iollss cuti hari ni. Hahaha. Ok berbalik kepada tajuk ye. Aku memang dah lama tau peram pasal cerita bersalin ni. Siap buat notes lagi dalam hp kekonon bila free nak update pasal cerita ni. Budak kinting pun dah 8 bulan dah haa. Tapi pengalaman ni semua memang aku tak kan dapat lupakan sampai bila-bila uolls. Kenapa aku panggil budak kinting? Tungguuuuuu. Sabarlah aku nak cerita lah ni. Tau korang tak sabar nak baca cerita aku ni kan. Hahaha gitueewww.

10/07/2016

Pada 10/07/2016, masa ni aku baru je lepas jalan-jalan raya. Memang sakan berjalan walaupun aku dah rasa sakit macam nak bersalin. Masa ni dah debar-debar dah, alamak esok 11/07/2016 due date aku, so malam tu memang aku tak boleh nak tidur sangat. Kejap mengiring kanan, kejap terlentang. Lepas tuh mengiring kat kiri plak. Tepat pukul 12 malam, 11/07/2016 tu memang genap kandungan aku dah 40 minggu. Masa tu aku memang dah prepare fizikal dan mental. Kalau nak sakit pun sakit je lah. Aku redha dah. Masalahnya aku sendiri tak tahu macam mana rasa sakit bersalin tu. Yelah anak first kan, mana ada pengalaman apa-apa.

11/07/2016

Tepat jam 3.30 pagi, aku rasa macam ada cecair jernih keluar, aku ingatkan aku terkencing. So aku biar je lah and pergi kencing macam biasa. Sakit tu still ada, tapi aku boleh tahan lagi. Tapi cecair tu still continue mengalir. Air tu tak ada lah keluar banyak, sikit-sikit je. Masa tu dah pukul 5 pagi, cecair tu still mengalir sampaikan aku decide nak pakai pad terus. Masa ni pun aku dah kejut husband aku, aku cakap dah rasa lain macam and cecair keep on keluar je dari pukul 3.30 pagi tadi. Lepas dengar je aku cakap macam tu, terus husband aku ajak pergi hospital terus. Takut cecair yang keluar tu sebenarnya tanda aku nak bersalin. Or dengan tepatnya air ketuban dah pecah. Tapi aku still lagi degil nak menang tu, siap cakap tak !! Bukan air ketuban, kalau air ketuban mesti memancut-mancut dia keluar. Hahaha macam lah pernah ada pengalaman bersalinkan. Haa tu lah dia, orang yang tak ada ilmu bercakap. Aku leteww ! Husband aku pun ada degil dia, terus suruh aku mandi and siap-siap nak pergi hospital. Emak ayah aku yang bangun untuk Subuh pun terus suruh aku pergi hospital cepat-cepat. So pukul 6 pagi, aku pun pergi hospital dengan perasaan yang tak tahulah nak cakap macam mana.

Sampai dekat hospital, tunjuk buku pink dekat nurse, terus nurse suruh baring dekat katil. Nak tengok and check keadaan baby semua. Boleh pulak masa nurse nak check blood pressure aku, BP aku terus tinggi mendadak sampaikan nurse siap cakap, awak nervous sangat ni. Cuba relax. Alahai nurse hoii macam mana nak relax, nak bersalin kot. Dahlah first time ni. Nurse pun suruh aku baring-baring kejap main handphone. Aku memang dah tak boleh relax dah. Dahlah sakit, debar-debar lagi. Dalam setengah jam macam tuh nurse datang check. Tapi blood pressure aku still high lagi. Aduhh ! Doktor cakap kena induce sebab darah aku tinggi sangat. Terus kena tahan wad and duduklah aku kebosanan dekat wad tu. Sakit tak? Of course sakit tapi bukan kerap sangat pun datang..dia rasa macam senggugut tapi 10 kali ganda dari tu. Tapi aku boleh tahan lagi.

12/07/2017

Pukul 3 pagi dengan secara tiba-tiba je aku rasa air banyak sangat keluar. Tapi aku diamkan lagi sebab aku tengok nurse tu dok marah-marah patient depan katil aku. Pasal apa aku tak ingat. So aku hold dulu biar nurse tu cool dulu sebab aku pun takdalah rasa sakit sangat. Masa ni aku dah whatsapp husband aku suruh dia datang. Kengkonon nak suruh dia bancuh milo+majerin. Orang kata boleh lancarkan laluan bersalin. Entah ye entah tidak. Hahaha. Husband aku datang je 3.30 pagi tu terus aku bagitau nurse yang air ketuban macam dah pecah sebab dah pakai pad pun still penuh. Masa ni nurse tak bagi aku kencing dah sebab dia takut aku terberanak pulak dalam bilik air. Hahaha. Boleh pulak cenggitu kan. Masa ni jugak doktor buat proses seluk menyeluk. Aduh malu tak boleh nak cakap apa lah kan. Sebab doktor lelaki kan. Tapi aku redha je lah sebab husband aku ada tengok sekali. Doktor seluk je terus tengok bukaan aku dah 4 cm. Time tu jugak dia suruh nurse bawak aku pergi labour room. Masa ni jantung dah dup dap dup dap. Nervous sebab takut darah aku naik and satu lagi takut nak bersalin.

Sampai dekat labour room, aku pun tak ingat berapa ramai doktor senior and doktor pelatih yang seluk nak tengok bukaan aku dah berapa cm. Still jugak dari 4 cm - 7 cm tak gerak-gerak. Masa tu tak payah cakap lah sakit macam mana. Ohh lupa nak cakap, aku kena masuk ubat induce sebab darah aku tinggi sangat. Haishh tak taulah kenapa padahal masa checkup setiap bulan tak ada pulak darah tinggi nya. Nak buat macam mana kan, Allah dah susun baik-baik punya. Hehehe. Siapa je lah aku yang nak pertikaikan. Masa ni aku dah memang cuak habis, apasal lah bukaan tak sampai-sampai 10 cm. Dari pukul 3.30 pagi sampailah pukul 12 tengah hari aku tahan sakit contraction ni. Tambah lagi doktor dah masukkan ubat induce memang gigil-gigil dah badan aku tahan sakit contraction yang datang setiap 30 saat. Tepat je pukul 12.30 tengah hari jantung baby dah drop, masa ni terus sepuluh doktor kot tak silap aku, dari pakar bius, pakar bedah, pakar ubat apa lagi entah aku tak ingat. Explain dekat aku and suami slow-slow yang aku kena emergency ceaser sebab nak selamatkan baby. Aku masa tu dah jerit dah dalam hati. Bedah je lah doktor saya dah tak tahan sangat ni!!! Lepas dah sign semua surat-surat terus laju-laju doktor tolak aku dalam OT room which means bilik yang aku paling nak elak dari awal mengandung lagi,bilik bedah.

Dalam OT room tu, memang sejuk sangat wei. Masa ni pakar bius suruh aku duduk pegang lutut sebab dia nak bius separuh badan dekat tulang belakang. Berkali-kali lah dia tanya ada rasa lenguh tak. Aku still cakap takda. Contraction tak payah cakaplah, aku memang nak menangis dah time ni. Tapi aku tahan je lah. Saat yang paling aku tak boleh lupa bila doktor pasang tiup kencing. Ya Allah ngilu nya. Aku lebih rela rasa contraction dari kena pasang tiub kencing. Dah pasang tiub kencing semua, doktor cubit-cubit perut aku and peha nak test aku rasa ke tak. Belah kanan ok je memang tak rasa apa-apa. Once dia toreh yang belah perut belah kiri je, aku terus rasa pedih yang amat and at the same time aku bau benda terbakar. So masa tu aku taulah yang bius aku tak jalan belah kiri masa doktor belah perut aku. Aku sah meronta-ronta jerit nangis semua lah, masa ni doktor pun sedar yang bius tak jalan dekat belah kiri. Aishhh kesat air mata jap ingat time ni sebab akh rasa macam aku nak mati je time tu. Aku memang ingat slowly aku macam nak tidur tapi doktor cepat-cepat kejutkan aku and tambah ubat bius. Memang pengalaman ngeri sangat sebab sepanjang doktor belah perut aku tu aku menjerit sebab sakit kena potong. Doktor tambah ubat bius lagi nak tenangkan aku, and masa ni aku siap mimpi pergi jalan raya rumah sedara mara bagai. Hahaha. Tiba-tiba je tersedar sebab doktor kejut kan aku nak tengok jantina bayi tak. Then doktor tanya boy ke girl. Aku jawab boy. Lepas tu aku tak ingat apa-apa dah. Aku mimpi jalan raya rumah sedara aku balik. Hahaha gila.

Aku habis operate dalam pukul 2 tak silap, sebab time tu pun aku dengar doktor tu cakap pasal dia dah lepas lunch time sebab nak operate aku. Choiii betul. Keluar dari OT room tu dalam pukul 4 kot entah aku tak ingat pape dah lepas tu. Apa-apa pun alhamdulillah aku dah selamat bersalinkan si kinting. Tapi sekarang si kinting tak kinting lagi dah sebab husband aku dah cukur rambut dia. Sekarang dia dah jadi abang sado dah.





Beboiiiii !





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...