Friday, April 15, 2011

Makanan yang aku rasa korang tak akan makan sebab rasa sayang yang melebih-lebih !

Assalammualaikum !

Haiisshh ! Apalah nak jadi kan. Dok update belog yang tak semenggah ni. Study nya tak pun. Adalah study sikit lepas tuh aku tutup and simpan notes balik. Tak tahu kenapa kepala hotak aku ni tak boleh nak terima lagi nota-nota ni semua. Padahal esok je aku akan sit for MUET exam. Next week hari Selasa pulak aku punya final exam menanti. Adoi !! Bila nak insaf ni. Otak aku ni tak habis-habis set, alah buat apa nak baca awal-awal, nanti kau lupa balik.

So bagi nak menghilangkan ketensionan aku ni, mehh sini aku nak tunjuk something yang buat korang sayang gile nak makan. And maybe korang akan rasa lapar dengan serta merta. Mehh sini ramai-ramai layan gambar yang aku dok nak tunjuk ni:-

5552825957_cbfb2b73c1_b

See see ! Sweet gile kan benda alah ni. Hah ! Yang ni lah dinamakan Bento. Sejenis makanan yang orang Jepun selalu bawak. Kira macam bekal lah. Dalam gambar ni part yang aku suka gile adalah tempe yang berbentuk bear tuh ! Serius comel gile wei. Kalau aku lah kan, takda maknanya aku nak makan Bento ni. Sayang kot sebab cantik sangat. Hehehe !

5433392295_0d8fcc7b70_b

Wei apahal kau comel sangat ni ! Nak bagi orang makan ke tak nak ni ? Aku pulak rasa tension sebab kalau aku lah kan, for sure memang aku dok tenung je benda alah ni. Kalau ada orang makan Bento aku ni, mahunya terjadi amukan dari aku. Huh ! Jangan main-main ok.

4970630920_841cb2026a_b

Hah ! Yang ni pulak Bento yang dibuat khas sempena Hari Raya. Serius memang kreatif gille orang yang buat benda alah ni. Kau rasa-rasa lah kan ! Budak-budak lebih prefer duit raya or bento ni? Hah ! Jawab..jawab !

5576501998_9c132c52cc_b

Alahai tomey nya ! Menitik air mata darah aku kalau ada orang makan. Silap-silap aku boleh bertukar jadi Kak Limah sambil nyanyi lagu Enjet-enjet semut. Siap medley dengan lagu Soley soley lagi tuh ! Huh jangan main-main dengan aku tau.

5620411963_583cf5a9bc_b

Ya Allah cantiknya ! Kenapalah buat sebegini cantik kalau nak bagi orang makan. Nanti aku dah habis belajar nanti, aku nak bukak kedai khas untuk decorate bento lah. Tuh pun tengoklah jugak aku ni kreatif or tak kan. Silap-silap apa yang aku buat tuh sama je rupanya dengan nasi campur. Baik tak payah ! Cett.

4959097661_f7ac3d9a9a_b

Selain bento yang isinya semua nasi pulut tuh. Ada juga bento yang diisi dari pelbagai jenis spaghetti. Alah kau buatlah masin macam mana pun makanan kau tuh. Tapi kalau kau decorate lawa macam dalam gambar atas ni. For sure memang ramai orang yang tertarik untuk makan.

Mesti korang tanyakan. Dekat manalah aku dok copy gambar-gambar ni semua. Actually gambar ni semua aku dapat dari satu belog perempuan Indonesia yang memang pandai gile buat benda alah bento ni. So kepada sesiapa yang nak tengok macam-macam jenis bento yang dia buat, boleh lah klik dekat link yang aku bagi kejap lagi ok. Yang dekat atas ni, sikit je aku tempek. Karang nampak bebenor aku dah tak ada kerja lain dari dok copy gambar orang kan. Sabor je lah !

Klik dekat bawah ni kalau nak tengok Bento:

>      >       >        >        >     TEKAN

So ok lah aku nak pergi study untuk MUET aku esok. Doakan aku dapat buat ehh kawan-kawan ku sekalian. Aku harap aku dapat apa yang aku nak. Wei doakan aku tau ! Harap aku dapat buat essay yang panjang berjela esok and harap-harap telinga aku ni tak pekak lah untuk dengar listening test esok. Amin !

Dalindareen2950

Agak-agak korang, muka aku ni ada tak ciri-ciri pengusaha bento yang berjaya ? Huhuhu. Boleh ?

Bebboiii !

Segmen: Ketika Aku Kecil !

Assalammualaikum !

Hari ni aku nak merajinkan diri aku untuk update belog yang tak semenggah ni lagi. Even exam memang dah due tak lama je lagi, tapi belog ni memang kuat pengaruh dia sampaikan buku-buku pun kejap je aku pandang. Haissh apa nak jadilah ni kan. So kawan-kawan, bagi sesiapa yang boring tahap nak gigit karpet yang bangla jual tuh, mehh sini join aku buat segmen dekat bawah ni okey :

renew2

* sesiapa yang nak join boleh klik dekat gambar atas ni ok !

5 perkara nakal yang dilakukan semasa korang kecil dulu!

  • Masa darjah tiga, aku kena puasa penuh, tapi sebenarnya tak puasa penuh pun sebab setiap masa nak masuk dalam bilik air untuk minum air paip. Gile heaven !
  • Masa darjah lima, baru start pakai tudung pergi sekolah, but then sampai sekolah je terus bukak. Alasan sebab panas and nampak buruk.
  • Pergi kejar anak kucing and pukul-pukul dia. Memang gile kejam aku dulu. Lepas tuh kena cakar dengan ibu kucing and sampai sekarang aku trauma dengan kucing. Huahuahua !
  • Masukkan kasut sekolah dalam washing machine mak aku. Lepas tuh stuck and rosak, aku buat dek je.
  • Masa lima tahun, masa tengah main-main dengan member taman, ada seorang pakcik motor ni buang puntung rokok then aku dengan kawan-kawan aku berkejar dekat puntung rokok tuh and hisap ramai-ramai. Lepas tuh batuk pun ramai-ramai. Serius tak sedap ! Sebab tuh aku tak suka orang merokok.

5 permainan yang dimain masa korang kecil dulu!

  • Of course main baling selipar, and aku selalu jadi orang first yang out dari game tuh sebab aku tak kuat lari. Huahua !
  • Masa darjah enam, baru pandai bawak motor then aku jadi rider kawan-kawan lelaki aku yang nak pergi dating dengan awek dia. Aku pun dating dengan boipren sekolah rendah aku sambil naik motor.
  • Main batu seremban yang buat dari bantal kecil yang isi kacang or beras tuh. Lawan dengan budak lelaki sampai bantal kecil tuh koyak-koyak.
  • Masa darjah satu, main kahwin-kahwin dengan member taman aku and of course aku jadi pengantin perempuan. Kain veil aku yang letak atas kepala tuh pulak, alas meja rambu-ramba mak aku.
  • Main mekap-mekap dengan kawan-kawan aku. Penyudahnya, muka aku berjerawat batu masa darjah enam.

Pengalaman pahit semasa korang kecil?

  • Kena rotan dengan mak pakai hanger besi sampai bengok-bengkok hanger tuh. Sebabnya adalah aku balik rumah lepas Maghrib.
  • Mak aku tak bagi masuk rumah sebab pun balik lepas senja. So sampai ke tengah malam lah aku duduk menangis dekat luar.
  • Pernah buat adik aku lemas and gelak dengan gembira bila tengok adik aku tecungap-cungap dekat pantai Pangkor. Penyudahnya, aku pun lemas jugak. Cett !
  • Jatuh pokok sebab nak ambil buah rambutan dekat kampung. Masa tuh badan aku gile sakit tapi cousin aku semua gelakkan je aku.
  • Kena rembat dengan tongkat onyang aku sebab pergi sorokkan makanan dia. Sekarang onyang aku pun dah meninggal. Tiba-tiba rasa menyesal yang amat.

11032010512

Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...