Tuesday, March 31, 2015

Resipi : Masak lemak sardin campur kentang. Nyum nyum

Assalammualaikum.

Ikutkan baru dua kali je sepanjang 25 tahun aku hidup ni, aku masak gulai sardin ni. Biasalah, lauk-lauk ni malas sikit, kalau kek-kek aku rajin nak buat. Haa gulai bukan kari ok. Kalau dekat Negeri Sembilan, gulai tu maksudnya masak lemak. Kalau dekat utara gulai tu maksudnya kari. Sebab aku pernah berdebat dengan Sham pasal perkataan gulai ni. Masing-masing nak mempertahankan jawapan masing-masing. Yelah Sham ni asal nya Perlis, aku ni pulak Negeri Sembilan. Memang bergaduh je lah kalau bercakap pasal gulai. Padahal memang jawapan dua-dua betul. Dua-dua boleh diterima pakai. So nak elakkan dari bergaduh, memang tak ada lah aku nak sebut gulai depan Sham. Begitulah sebaliknya. Memang kitorang akan sebut masak lemak ataupun kari. Hehehehe. 

Mula-mula tu masa bangun pagi aku nampak emak aku beli santan. Confident je lah aku tanya, emak nak masak apa hari ni. Then emak aku cakap, nak masak gulai sardin hari ni kakyong. Aku pun happy je lah dalam hati. Yeahh tak payah masak !! Entah macam mana, lepas aku mandi and kemas-kemas kan dapur kejap, sekali emak aku bersuara, emak rasa nak makan gulai sardin yang along masaklah. Nak tengok kakyong menggulai pulak lah hari ni.  Lepas tu buat muka comel + kesian. Aku ni takkan lah nak cakap tak nak masak pulak kan, anak derhaka nama tu. Nak tak nak aku iya kan je lah. Nasib baik sayang tau. 

So aku nak share lah resipi gulai sardin atau pun masak lemak sardin yang super simple and super senang nak masak, Pejam mata pun boleh masak. Ok pejam mata tu tipu sebab santan tu kena kacau je. Kalau tak hangus nanti. Free free je dapat jelingan maut dari emak aku. Jom tengok resipi gulai sardin yang super simple ni jom !



Bahan-bahannya adalah :-




Santan sebiji

Kunyit hidup besar ibu jari

Cili api 5 batang (banyak mana pun boleh, ikut pedas yang korang nak)

Kentang 2 biji 

Satu tin sardin


Nak buat masak lemak sardin cara yang aku buat ni memang senang je. Bahan-bahan pun simple je. Emak aku memang dah ajar cara masak lemak guna 3 bahan je. Ada orang siap letak bawang lah, buah keras lah. Macam-macam. Tak kisah pun sebenarnya, ikut selera masing-masing lah. Tapi yang aku akan ajar ni memang pure resipi Negeri Sembilan punya. 



Cara-cara memasak :-



Tumbuk kunyit dengan cili api sampai lumat. Maafkan lah cili api yang kecut tu. Hahaha




Haaa gini lah rupa nya lepas dah ditumbuk dengan sepenuh hati sampai lumat. Sekajap aku berdiri, sekejap aku mencangkung. Memang berusaha betul lah nak hancurkan cili api yang kecut and kering tu. Muahahaha.




Letak kuali atas stove and tanpa bukak api lagi, masukkan santan and campuran cili api + kunyit hidup tu. And kacau-kacau sikit. Ingat tau jangan bukak api lagi.




Still lagi dalam keadaan api yang tak dibuka lagi, korang masukkan kentang pulak. Lepas tu kacau-kacau sikit.



Dah kacau-kacau baru lah boleh bukak api.  Make sure masak kentang sampai empuk ye tawan-tawan. Ehh ehh tiba-tiba je pelat apahal !




Bila kentang dah empuk, boleh lah masukkan sardin. Letak garam and perasa.




Dah siap !


Boleh makan dengan nasi panas. Lepas tu tambah kicap. Nak makan dengan roti gardenia pun lagi lah sodap.

Perghh perghhh !
 Meleleh air liur aku sekarang ni. Haiyoo.

Sekian sahaja. Senang je kan resipi aku bagi ni kan. Trylah. Confirm tak menyesal.

Oklah bye !

Friday, March 27, 2015

Kenapa mesti senyum kepit, tak nampak gigi?

Assalammualaikum.

Pernah tak, setiap kali nak selfie atau pun nak tangkap gambar secara berkumpulan, rasa free je nak senyum lebar-lebar nampak gigi tanpa risaukan apa-apa? Kalau ada sesiapa yang pernah tu, bertuahnya anda sebab mempunyai gigi yang cantik dan susunan yang teratur. 




Tiba-tiba rasa sebak, sebab since daripada sekolah lagi aku memang tak ada confident nak senyum lebar-lebar nampak gigi. Mesti nak senyum kepit. Pernah tak tengok orang senyum kepit? Kalau tak pernah meh sini aku tunjukkan contoh.  Kalau yang dah tau tu, duduk diam-diam ok.











Antara gambar-gambar di atas, ada tak you all nampak sebarang senyum yang menunjukkan gigi? Memang tak ada kan. Mostly gambar-gambar yang diambil mesti senyum tutup mulut and itulah yang dinamakan senyum kepit. So dah dapat kan gambaran senyum kepit macam mana kan.

Kenapa mesti nak senyum kepit ?

Jawapan nya sebab gigi aku tak tersusun and aku memang tak ada confident langsung nak selfie dengan menampakkan gigi yang tak tersusun ni. Bukannya tak bersyukur sebab ada gigi yang tak tersusun cuma confident level tu tak ada lagi. And sampailah sekarang aku masih selesa dengan senyum kepit.

Setiap kali emak nampak aku nak selfie, mesti akan ada dialog macam ni :


" Kalau nak selfie je mesti kaklong senyum tutup mulut kan, kenapa tak senyum tunjuk gigi? Cuba ubah sikit cara senyum tu "


"Nak buat macam mana emak, memang along tak boleh nak tunjuk gigi ni. Tak cantik ! Memang tak boleh nak ubah dah cara senyum tu. Huhuhu" 


Masa sekolah dulu, memang rasa confident je nak gelak lebar-lebar. Bila senyum pun memang nampak happy je. Budak budak lagi kan. Yelah senyum nampak gigi kan. Senyum yang tak control. Kalau senyum kepit ni, memanjang je orang cakap aku ni cover ayu lah, itulah inilah. Nak dijadikan cerita macam mana bermulanya season senyum kepit ni, ada satu hari tu masa form 3 tak silap, setiap petang memang ada training netball. Haa jangan tak percaya hakak ni dulu player netball tau.

Nak dijadikan cerita, masa tengah-tengah training tu, ada lah abang-abang senior yang duduk lepak dekat tangga nak tengok we all ni semua training netball petang-petang. Cuci mata lah kononnya kan. Biasa lah bila training kan, tak dapat sambut bola gelak, dapat sambut bola gelak, nak baling bola pun gelak. Memang time tu tak ada perasaan langsung nak cover-cover even nampak abang-abang senior yang hot duduk dekat tangga dekat dengan court netball. 

Entah macam mana, kawan aku baling bola and bola tu tersasar dekat longkang yang dekat dengan tangga abang-abang senior tu duduk. Aku ni yang memang selamba and bajet-bajet gangster time sekolah pun pergilah ambil bola yang dekat longkang tu. Dulu je gangster, sekarang ni dah jadi perempuan melayu terakhir dah. Cehh muntah. Hahaha.

Masa tengah ambil bola ni, abang-abang senior ni dok lah seru-seru nama aku. By the time diorang panggil, aku pun automatiklah senyum. And ada satu ayat yang sampai bila-bila aku akan ingat bila abang-abang senior tu cakap , 

" Ehh gigi Azreen rongak lah " 

Bila dah dengar ayat macam tu, entah kenapalah aku sentap sangat padahal abang senior yang cakap tu memang rapat dengan aku and hari-hari bila jumpa dia aku akan selamba je gelak lebar-lebar depan dia. Rasa sedih sangat masa tu bila ada orang mempersendakan gigi aku masa tu. Sejak itu jugak, aku jadi tak berapa nak mesra dengan abang senior tu. And sejak itu jugak bermulalah senyum kepit aku. 



Happy tak bila tengok gambar ni? 

Rasa ceria je kan tengok kitorang berdua time ni.  Cehh !

Best betul zaman sekolah and kawan aku yang sebelah tu pun tak lama lagi nak jadi emak orang dah.




Aku rasa gambar time sekolah lah yang paling banyak tunjuk gigi.  

Yelah time tu kan budak-budak, confident level tu tinggi. Kalau bercinta pun, hanyalah cinta monyet. Hari ni bercinta, sebulan dua lepas tu putus lah. 


Kadang-kadang tu memang aku teringin jugak nak senyum lebar-lebar nampak gigi macam time sekolah dulu. Rasa bebas je nak huha huha gelak lebar-lebar. Pernah lah aku suarakan keinginan nak pakai braces sebab nak buatkan gigi ni tersusun balik. Tapi bila dah kira-kira cost nya, terus rasa tak mampu and padamkan niat terus. Mahal weii ! Sangat tak mampu ok.

Pernah jugak lah sekarang ni saja-saja nak selfie sambil tunjukkan gigi. Lepas tu bila tengok gambar sendiri balik, terus rasa tak cantik and delete gambar tu terus. Ada lah satu gambar yang aku welfie dengan Sham. Tu pun satu je kot yang aku rasa confident nak post dekat instagram. Huhuhu.



See see boleh nampak kan gigi aku yang salah parking tu. And dari jauh memang nampak macam rongak. Perkataan rongak yang disebut-sebut abang senior aku tu lah yang buatkan aku senyum kepit sampailah sekarang. Padahal masalah gigi aku ni tak ada lah serius mana pun. Cuma confident level tu memang tak ada langsung. Nak buat macam mana kan.

So thanks a lot to Nuffnang sebab anjurkan contest "Make Your Dream Smile a Reality " dengan menggunakan kaedah Invisalign. Bukan braces ok. Kalau guna braces, orang akan panggil kita dengan gigi besi. Tapi kalau guna kaedah Invisalign, orang tak akan nampak apa-apa pun dekat gigi kita. Memang clean and clear.



Haa gini lah rupa nya Invisalign Treatment. 

Memang tak nampak pun macam kita ada pakai sesuatu dekat gigi. Senang nak tanggal and dibersihkan. Memang semua senang lah. 


Once again, thanks a lot Nuffnang  sebab buat contest ni and hopefully aku terpilih untuk buat Invisalign treatment ni. Kalau dapat, boleh lah aku senyum lebar-lebar tunjukkan gigi masa kahwin nanti. Hopefully. 


Oklah bye !




Wednesday, March 25, 2015

Menikmati Japanese Cream Puff yang gebusss !

Assalammualaikum.

Semalam masa tengah stress-stress kerja, handphone pun berbunyi menandakan mesej masuk. Cewahh skema sangat ayat kan. Biarlah, sesekali nak jugak guna ayat karangan. Tak adalah asyik merepek meraban guna bahasa rempit. Gituueww kan. 

Bukak je handphone tengok ada wechat mesej, ehh kawan sekolah rendah mesej lah. Lama betul tak jumpa padahal rumah sejengkal je pun. Kawan aku yang nama Hanan ni pun tanya, Azreen Azreen Azreen... (nada manja tetibe) Apahal entah tiba-tiba je aku baca macam tu. Azreen.. kau nak rasa Japanese Cream Puff tak ? Hok aloh, pobondo ehh tu? Hanan pun explain, dessert ni macam cream puff biasa tapi rasa dia memang totally lain dari cream puff yang biasa tu. Aku pun setuju je lah kan nak rasa sebab malas nak layan Hanan explain panjang-panjang. Muahahaha jahat tak ! Gigih lah Hanan datang rumah aku malam-malam sebab nak hantar cream puff punya pasal. 



Ohh macam ni rupanya Japanese Cream Puff. Memang first time lah aku tengok. Nak makan pun excited je. Nampak comel je. 




See see besar jugak tau Japanese Cream Puff ni. Aku nampak macam ais krim goreng pun ada time ni. Muahahaha ampun kan lah kawan kau ni Hanan. Aku ni memang peminat tegar ais krim goreng. Huhuhu.





Sebab kan dah berborak dengan Hanan punyalah lama dekat luar rumah, aku pun terlupa nak simpan Japanese Cream puff ni. So cairlah filling dalam cream puff ni. Tapi even cair pun, still Ya Allah sedap sangat ni ! Cuba tengok lelehan filling Japanese Cream Puff ni. Perghhhh terliur lagi sekali. Tak puas tau, rasa macam nak lagi je.





Stress nya aku tengok filling Japanese Cream Puff ni. Tak puas nya makan. Nak lagi, nak lagi dan nak lagi. Sejujurnya aku memang tak suka sangat cream puff yang biasa tu. Sebab bila dah sejuk, rasa macam makan roti lemau je. Ehh ada ehh roti lemau. Tapi bila makan Japanese cream puff ni, memang totally tanggapan aku tu salah. Contoh macam pagi tadi lah, aku breakfast dengan Japanese Cream puff ni tau. Tapi still lembut and filling dia tak keras pun macam cream puff yang kita biasa makan tu. Kelas tak breakfast macam mat saleh? Huhuhu.

So kalau sesiapa nak order atau nak cuci-cuci mata dulu nak tengok Japanese Cream Puff ni boleh lah search dekat Instagram kawan aku ni. Memang confirm tak menyesal. 




PHONE NO: 014 261 3523


Oklah bye !



Tuesday, March 24, 2015

EAT SHOP GO ON 2 WHEELS IN TAIWAN ! Let's Go and Hurry Up.

Hi everybody,



Eat, shop & go on two wheels in Taiwan!
Before that grab the best travel deals at Taiwan Travel Fair





Whether you are considering a first or subsequent visits to Taiwan, there’s never a better time to tour the island than in 2015! Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur (TTBKL) is organising its first-ever Taiwan Travel Fair in Malaysia. With the theme of “Time to Enjoy Life”, it will be held at 1 Utama Shopping Centre, where the public can get the best deals for Taiwan travel at this one-stop event from 25 to 29 March 2015.

With the first Taiwan Travel Fair, TTBKL hopes to present great value travel deals to Malaysian families. They have tied up with top Taiwanese and Malaysian travel agencies to offer a variety of exciting packages and the most attractive travel deals for all destinations in Taiwan. This also includes customised packages or tours specially-catered for Muslim visitors. 

For visitors of the fair who purchase any tour package from participating agents, they stand a chance to participate in a lucky draw for every RM500 spent. Prizes include Taipei return flight tickets sponsored by China Airlines and Eva Airways; and East Asia cruise on Star Aquarius, Star Virgo and Aquarius liners sponsored by Star Cruises. So do make a date with us and visit the Taiwan Tourism Fair to bring back these fabulous prizes!










The Taiwan Travel Fair will be held at the Oval concourse in 1 Utama Shopping Centre from 25 to 29 March 2015. Opens 10 am daily. For more information, visit https://www.facebook.com/tbrockl !


Based on a survey conducted by Taiwan Tourism in 2012, the top attractions for inbound tourists are sights and sceneries, food and shopping. As such, the Taiwan Travel Fair will also highlight three major experiences under the theme of “Time to Enjoy Life”:


                                                             Time to Eat !!



When it comes to food, Taiwan has it all. Dine like royalty without paying a king’s ransom for it. From juicy seasonal fruits, sumptuous traditional Chinese dishes, healthy vegetarian dishes, icy desserts to creative tea drinks, Taiwanese cuisine makes full use of local ingredients and age-old techniques to surprise and satisfy your palate. Don’t forget the world-famous night markets, filled with the enticing aromas of delicious street food and snacks!




Time to Shop !!


Taiwan is a shopaholic’s dream come true, with many large shopping centres and chain department stores in all four corners of the island. Shop for anything you want, from high-quality made-in-Taiwan 3C products, to famous highland tea and handmade weaving's.  For the fashion lover, all kinds of affordable clothing, leather goods and branded products are at your fingertips.  In Taiwan, you are sure to find just about everything you want.


                              

                             Time to go on Two Wheels !!





~END~

for more images on Taiwan click

Happy 8th Birthday Nuffnang !!


Assalammualaikum

Aku dah berkecimpung dengan dunia blog ni dah lama. Since 2008 lagi, masa tu pun facebook baru nak start fofuler. Aku ingat lagi, dalam tempoh beberapa tahun dari 2008 sampailah 2011, memang blog ni tempat aku meluahkan perasaan. Kira nya macam diari harian lah, tapi bukan diari yang buku tu, ni diari online. Kelas ko ! Yelah kejap-kejap cerita pasal pakwe, kejap-kejap cerita pasal hari ni makan apa, apa yang terjadi dekat dalam kelas, apa yang aku makan time berbuka. Siap update menu berbuka setiap hari lagi. Bila difikirkan balik, macam tak matang pun ada, semua benda nak cerita dekat blog kan. Aku rasa macam nak delete je semua entry-entry lama, tapi macam sayang pulak. Hahahaha. Tapi entry-entry ni semua lah yang buatkan blog aku ni ada follower dia yang tersendiri. Cehh perasan sangat, padahal tak ada pun orang suka dengan blog kau kan Azreen Zunairah.

Memang aku berblog since 2008 lagi tapi still baru lagi dengan Nuffnang. Yelah dulu mana lah tau dengan berblog ni kita boleh kumpul side income. Ingatkan tulis pasal diri sendiri saja-saja je. Apa ekk Nuffnang ni? Nuffnang ni boleh dikatakan macam Blog Advertising Community lah. Once kita register, automatically Nuffnang akan bagi kepercayaan untuk letak macam-macam iklan dari advertising company yang lain dalam blog kita. Dengan syarat, kau memang aktif berblog. Macam aku yang suam-suam kuku ni, kejap update kejap tak, memang jarang lah nak tengok iklan kelip-kelip dalam blog aku ni. Sejak dua menjak ni je makin rancak Nuffnang bagi macam-macam CPUV dekat aku. Hehehehe. So kalau sesiapa nampak iklan Nuffnang dekat kiri kanan atas blog aku ni, jangan lupa main klik-klik ye. Hahaha. Siap pesan tu. Gitueeew kan.

Bila kita dah join Nuffnang community ni, dengan secara tak sengaja kau akan ada ramai kawan dalam bidang yang sama. Contoh macam sekarang ni lah, aku rasa baru dua kali je aku jumpa Kak Anil, owner kepada blog Anil Wanina. Tapi macam dah lama je kenal, sebab kitorang masing-masing sama kepala. Memang aku pun tak expect pun yang aku akan rapat dengan orang yang baru aku kenal. Sebabkan, aku memang susah nak rapat dengan mana-mana orang yang aku baru kenal. Aku kena perhati dulu perangai dia, ok ke tak, baru aku boleh decide boleh rapat ke tak. Hahaha ngada-ngada sangat. Tapi itu lah aku. Lain orang lain cara pembawakkannya.

So masa last week, Kak Anil wassap aku, Areen nak pergi Nuffnang punya birthday tak Sabtu ni? Aku cakap je lah, ikutkan memang nak pergi, tapi sebab tempat birthday party tu macam tak sesuai dengan jiwa rasa takda intention nak pergi. Lepas kena pujuk-pujuk dengan Kak Anil, terus setuju sebab dah termakan pujuk rayu kak Anil. Hahahaha. Gigih bangun pagi-pagi jemput Kak Anil dekat rnr Nilai and gerak pergi KL. 



Temanya 1960's katanya. Aku redah je lah pakai baju apa yang ada. Nak nampak comel sikit, pakailah headband comel-comel. Tapi comel ke ? Erkk !



Disebabkan kat dalam gelap, peng cahayaan tak cukup, dekat luar je lah kitorang pulun bergambar. Hehehe.




See see kan aku dah cakap dekat dalam gelap, nak tangkap gambar pun macam tak ada semangat je. Tapi gigihkan jugak nak bergambar sebab aku suka sangat-sangat dengan kek birthday Nuffnang ni. 




Tadi gelap ni oren pulak muka aku kan. Lantaklah ko nak. Hahahaha

































Welfie dengan kak Anil dalam kereta pulak. On the way nak balik sebenarnya ni. 


Akhir kata, memang enjoy sangat pergi birthday party Nuffnang ni. Ada rezeki jemputlah saya dengan Kak Anil lagi ye. Hehehe. Even tak kenal pun semua blogger-blogger yang lain. tapi kitorang semua mesra macam dah lama je kenal. Happy Birthday Nuffnang !!!!!

Oklah bye.




Sunday, March 22, 2015

Tersentuh.

Assalammualaikum.

Hari ni first class untuk part 6. Woi kejap je dah part 6, aku rasa macam baru je aku masuk semester 1 hari tu. Tup tup dah masuk part 6 dah. Cepatlah grad dah tak sabar dah. Hanya tuhan je yang tahu macam mana susah payah nya aku nak harungi perjalanan hidup sepanjang study pjj ni. Rasa macam baru je kenal dengan member-member rapat dekat uitm tu, tup tup tadi masa masuk kelas, salah seorang bff aku dekat Uitm dah bertudung. Alhamdulillah. Heboh lah masa dalam kelas tadi asyik cakap, wei dah sem 6 dah wei. Dah tua dah wei. Bff aku yang lain semua ambil 3 subjek je sem ni, just aku yang yang ambil empat subjek. Hati kena kental woo kalau nak grad cepat. Huhuhu.

Cerita pasal empat subjek yang aku ambil this sem, salah satu subjek yang aku ambil ialah Personal Development and Ethics and aku memang suka sangat-sangat lecturer yang ajar subjek ni, Puan Hajah Norlia sebab puan ni adalah motivator at the same time public speaker. Puan Norlia ni memang selalu involve dalam macam-macam event motivasi. So paham-paham je lah bila motivator dah bersuara kan. Memang rasa best je bila dengar dia cakap. Contohnya macam tadi lah, sambil dia cakap pasal topik-topik dalam subjek Personal Development ni, sambil dia bercerita. Tapi bukan cerita merepek-repek hokayy. Semua cerita dia memang ada unsur-unsur motivasi. So dengan secara rasminya aku memang suka sangat dengan subjek ni.

Apa yang buatkan aku tersentuh sangat-sangat bila dia bincangkan pasal berbuat baik dengan enemy kita sendiri. Well hello enemy , musuh, orang yang buat kita sakit hati kan. Macam mana nak berbaik dengan dia pulak kan. Lagilah kalau enemy kita tu dah buat satu benda yang sangat-sangat teruk dekat kita. Lagilah kita ingat kan. Memang susah sangat nak maafkan. Sampai bila-bila ingat. Perempuan ni satu je lah, contoh macam aku lah paling senang, kalau ada orang dah buat aku sakit hati, memang sampai bila-bila aku ingat. Kalau lelaki aku tak tahu lah kan.

So Puan Norlia tu cakap, itu yang silap. Agama mana-mana pun lah memang tak pernah ajar untuk membenci musuh. Secara jujurnya memang kita susah nak maafkan orang yang pernah buat silap dengan kita. Tapi nobody is perfect. Sedangkan diri kita ni banyak cacat cela, macam tu jugak lah orang lain. 

Puan Norlia bagi satu contoh masa zaman Nabi Muhammad dulu, ada seorang pengemis iaitu nenek buta yang beragama Kristian yang memang sangat-sangat bencikan Nabi Muhammad. Even nenek ni buta and memang tak pernah nampak muka Nabi Muhammad, nenek ni still benci and fitnah macam-macam pasal Nabi Muhammad. Tapi Nabi Muhammad tak pernah marahkan nenek yang buta itu. Sedangkan Nabi Muhammad ni lah yang bagi makanan and suapkan nenek buta ni dengan penuh kasih sayang sampai lah Nabi Muhammad wafat and sejak itu tak ada orang pun yang sudi suapkan nenek yang buta tu. 

Bila Saidina Abu Bakar nak ambil alih tugas Nabi Muhammad selepas kewafatan Nabi Muhammad untuk suapkan nenek yang buta tu, terus nenek tu menolak sekeras-kerasnya sebab cara suapan yang diterima tak sama macam sebelum-sebelum ni. Saidina Abu Bakar berterus terang yang beliau bukan lah orang yang biasa menyuap nenek yang buta tu tapi dia adalah sahabat kepada orang yang setiap hari menyuap makanan kepada nenek yang buta itu, Nabi Muhammad. Nenek yang buta tu terkejut dan menangis. Bersaksikan Saidina Abu Bakar, nenek yang buta tu terus memeluk agama Islam kerana kemuliaan dan kesabaran Nabi Muhammad terhadapnya.

Memang satu kelas senyap lepas Puan Norlia habiskan cerita tu. Sunyi sepi je kelas masa tu and tiba-tiba je aku rasa air mata aku meleleh. Tapi cover-cover baik punya sambil gosok-gosok kan mata. Konon pedihlah kan. First time hokayy aku menangis dalam kelas. Masa ni aku terfikir, Nabi Muhammad yang sebaik-baik manusia tu pun tak pernah berdendam dengan orang. Habis aku ni ? 

Yang buatkan aku lagi tersentuh bila Puan Norlia cakap, semua orang ada buat kesilapan sebab manusia ni memang dijadikan untuk buat silap and belajar dari kesilapan yang dibuat. Dari situ lah kita boleh perbaiki diri kita untuk jadi yang lebih baik. Masa ni aku terfikir, memang aku cepat maafkan orang, tapi betul ke hati aku ni betul-betul ikhlas dah maafkan semua orang. Alasan klise yang kita biasa dengar, ' aku ni manusia ada perasaan, bukan robot". Bagi aku, ye memang kita semua dikurniakan tuhan untuk ada perasaan tapi cara diri manage perasaan kita tu yang tentukan akhlak kita. Terpulanglah nak manage untuk jadi negatif atau pun positif. Semua jawapan tu ada dekat diri kita sendiri.


Tepuk dada tanya selera

Oklah bye !

Wednesday, March 18, 2015

Ngedate makan bento di Sushi King

Assalammualaikum.

Semalam entah apa lah angin kus kus yang melanda badan aku ni. Macam-macam benda aku nak makan. Kejap rasa nak makan dominos, kejap rasa nak makan kenny rogers, kejap nak makan sushi. Pelik sangat sebab selalunya kalau angin kus kus datang, aku asyik nak makan coklat je. Tapi entah kenapa aku memang tak ada keinginan langsung nak makan coklat. Eii mengada-ngada betul angin kus kus ni, padahal tengah diet. 

So disebabkan tekak ni nak sangat-sangat lah makan bento dekat Sushi King. Before balik kerja semalam, aku call lah emak aku. Mak jom makan sushi, kita makan bento. Emak aku pun bila dengar aku nak belanja, terus je dia on. Muahahaha. 

Sampai-sampai je dekat Sushi King terus je cepat-cepat ambil menu and buntang-buntang mata aku dengan emak aku nak pilih bento idaman. Selalunya aku ambil masa yang lama ok nak makan apa dekat sushi king tu. Tapi disebabkan keinginan tu membuak-buak, cepat je aku order. Hahaha. Keinginan ni terjadi bukan sebab aku lapar tau, tapi entah. Tak lapar pun, just rasa nak makan bento sangat-sangat. Eii ngada-ngada betul. 



Welfie dulu dengan emak, padahal time ni memang tak ada nafsu nak bergambar pun. Asyiklah fikir, bila bento nak sampai ni, bila ni wei ? Lambat gilosss. Haaa over tak.




Bento set aku.

Keinginan mengatasi segalanya. Diet pun dilupakan. Habis tau aku makan. Selalunya kalau keluar dengan Sham mesti aku suruh dia yang habiskan. Bukan faktor malu. Tapi memang tak boleh nak habiskan. Tapi dengan emak aku ni relax je aku habiskan. Huhuhu. Gelojoh sangat perangai kan.

Daging dengaan telur tu memang sangat sedap ok. Emak aku cakap macam daging masak kicap je. Tapi dia yang beria ambil banyak-banyak daging tu. Alah mak, daging masak kicap je pon !





Bento set emak aku.

Memang nampak sikit je kan emak aku makan, tapi banyak lauk-lauk aku yang dia cilok. Sebab tu licin je kot kitorang berdua makan. Hehehe. Benda alah yang warna kuning tu macam pickle atau jeruk apa entah. Aku memang tak boleh nak telan, tapi emak aku relax je kunyah-kunyah macam makan petai jeruk favourite dia. Muahahaha.




Cehh berhemah sangat muka tu emak. 
Cuba along tangkap muka time makan. Tak payah cakap emak aku, anak dara dia ni pun sama je. 


Ok sekarang ni keinginan dah dipenuhi and aku pun tak ada lah rasa nak makan bento lagi. Yeayy impian tercapai. Huhuhu. Lepas ni kena diet dengan serius woii, no more bento no more sushi. Lagi berapa bulan je ni. Tahan tahan.

Oklah bye !


Monday, March 16, 2015

Butterfly Project Event : Pimp My Chu Lip Lipbalm by Mentholatum di Kare Cafe, One Utama

Assalammualaikum

Siapa yang suka bibir kering ? Mesti tak ada sesiapa yang suka kan. Dah lah kering lepas tu mesti rasa bibir tu macam kasar je kan. Eiii tak best langsung kan. Rasa macam tak cantik je jadinya.

Disebabkan nak bibir sentiasa moist dan tak kering, hari Sabtu 14 Mac lepas, aku beranikan diri untuk join event yang dianjurkan sepenuhnya oleh The Butterfly Project. Nama event ni pun comel sangat, Pimp My Chulip bersempena dengan produk keluaran Mentholatum yang baru iaitu Chu Lip lipbalm. Dah lah nama pun dah comel, then event ni pun diadakan dekat tempat yang memang comel, bertempat di Kare Cafe, One Utama. Thanks Mamasan Tammy sebab invite I. Hehehe




Credit : Sumber Google

Beginilah jadinya kalau aku dah excited tengok benda-benda comel. Semua benda aku lupa. Sampaikan nak tangkap gambar Kare Cafe pun aku boleh lupa. So kita guna pakcik Google je lah. Hehehe.







Comelkan decoration dalam Kare Cafe ni. Bila dah rasa semua benda comel, semua tempat aku nak tangkap gambar. 

Tujuan utama Event Pimp My Chulip ni diadakan adalah untuk memperkenal kan apa bendanya Chu Lip ni. Haa mesti korang pun blur-blur lagi. So meh lah aku bagitau, senang cerita kan, Chu Lip ni adalah lip balm. Tapi kenapa nama dia Chu Lip ?

Kalau nak tahu, Chu Lip ni maksudnya cium atau kiss. Haa tau dok apa cium apa kiss? Tipulah kalau cakap tak tahu. Mih mih mih. So memang senang sangat nak bawak Chu Lip ni pergi mana-mana. Campak dalam handbag, rasa bibir kering, terus kiss je Chu Lip. Memang senang sangat kan.

Dah nama pun event ni, Pimp My Chu Lip. So semua butterfly diarahkan untuk design Chu Lip ikut kreativiti masing-masing. Masa ni aku dah cemas dah. Wei design apa lah nak buat ni ? Aku tak kreatif woi. 





See see macam-macam kan barang yang ada untuk kitorang semua design Chu Lip masing-masing.
Nampak tak ada telur warna pink, hijau, purple tu ? Itulah Lip balm yang bernama Chu Lip. Haa comelkan. Aku rasa ni lah first time aku tengok lip balm bentuk comel macam ni.

Masa ni aku memang dah aim, aku nak Chu Lip warna pink jugak, tak kira nak jugak. Lepas tu nak riben banyak banyak. Nasib baik dapat sebab masa ni masing-masing dah berebut ambil barang-barang comel ikut taste masing-masing.






Mana tak gile jadinya bila nampak semua benda comel ni. Aku rasa macam aku nak letak semua je item-item comel ni dekat Chu Lip aku. Muahahaha tamak ! Comel gile kot.




Gambar perasan diri cantik haruslah diselitkan okeyh !


Before kitorang semua start untuk design Chu Lip masing-masing, semua butterfly diberi peluang untuk tengok design-design Chu Lip sekitar kafe. Sambil-sambil tu boleh lah cari ilham nak buat design apa kan. Huhuhu.









Comelnya !! Macam mana lah dorang ni boleh creative sangat design Chu Lip sampai jadi macam ni. Kalau aku memang tak pandai lah kan nak lukis macam-macam. Dekat sini aku tabik sesiapa yang kreatif sangat design Chu Lip sampai jadi rupa macam ni. Anda memang tersangat-sangat lah kreatif. 

Tahniah !



Memula tu dah berangan dah, nak letak rambut biru dekat Chu Lip aku nanti. Tapi disebabkan tak berapa nak kreatif, impian yang sungguh mendalam itu hanya disimpan rapi. Sob sob. Cewahh skema sangat ayat. 




Blogger yang memang cantik : Najlaa' Aqilah




Event Chu Lip ni memang sangat menitikberatkan elemen-elemen warna. Dekat mana-mana pun mesti nak colourful sampaikan file folder dengan cawan pun dah colorful. Macam tahu-tahu je yang iolls ni minat dengan polkadot. Hehehe.





Masa ni adalah penerangan tentang produk Chu Lip. Memang tak sangka yang produk ni semua dari Jepun. Patutlah design dia comel-comel. Then kitorang semua kena design Chu Lip ikut kreativiti masing-masing and terus upload gambar dekat website Chu Lip sebab ada contest Pimp My Chu Lip yang berlangsung dari 5 March hingga 31 March. Kalau rasa nak menang Ipad Mini and produk Chu Lip ni boleh join.




Hasil tangkapan. 

Tadi beria sangat kan nak ambil semua item tapi last-last ni je yang aku dapat. Nasib baik sempat ambil rambut blonde dengan riben polkadot tu. Chu Lip warna pink pun aku sempat ambil. Yeahhh !

Dan hasilnya....

Jeng... 

Jeng....

Jeng.....

Jeng.....

Jeng.....






Hahahaha jangan gelak ok ! Aku tahu tak cantik. Gigih tau buat tocang dekat rambut blonde tu. Muahahaha. 





Kak anil punya. Salah seorang blogger yang memang kuat tergelak. Dia tengok dia punya Chu Lip sendiri pun boleh tergelak. Padahal aku rasa comel je.  Hahahaha




Bergabung Meletop !!!








Ni lah Kak Anil yang aku cakapkan tu : Tekan sini untuk baca blog Kak Anil






Masa nak letak Chu Lip yang aku design tu, time ni macam dah pasrah je sebab ada ramai lagi yang design Chu Lip lagi cantik dari yang aku buat. Muahahaha pasrah je lah wei. 




Menyoroklah kau wahai Chu Lip berambut blonde. Jomlah kita membawa diri. Sob sob. Hahaha



Bila dah pasrah tu, perut pun tiba-tiba je rasa lapar. So aku dengan Kak Anil memang terus terjah tempat makanan. Hehehehe, Rosaklah diet guwee !



Spaghetti Bolognaise + sandwich salmon + donut gebu + cupcake sedap.

Pinggan polkadot tu memang sangat-sangat menaikkan selera aku. Nak beli jugaklah nanti. Letak satu dekat rumah.

Semuanya sedap-sedap ok ! Lagi-lagi sandwich salmon tu. Uwaa meleleh pulak air liur time ni. 





Hahaha sempat lagi pose. Masa ni aku dengan Kak Anil dah ambil makanan for second round. Lapar punya pasal. Huhuhu.



Bruschetta + fruit salad + donut gebu.

Abaikan pinggan yang atas tu, kan aku cakap ni second round. 
Muahahaha




Sesambil makan tu, organizer Chu Lip pun umumkan pemenang design Chu Lip paling kreatif. Aku memang dah out of the list lah kan. Apa-apa pun sesiapa yang short listed tu memang semuanya cantik-cantik. Geram je aku tengok. Kenapa lah aku tak kreatif macam dorang. Huhuhu. Best tau hadiah yang dorang dapat. 




Ni semua antara Chu Lip yang tak bernasib baik. Cuba cari aku punya menyorok dekat mana. 
Tak cantik 
Muahahaha.




Welfie dengan kak Anil haruslah ada. Masa ni Najlaa pun dah balik sebab dia ada event lain kena attend. So memang tak sempat nak welfie dengan Najlaa. Sedih.





Chu Lip ni ada empat jenis tau :

Purple : Arabian, Floral Shower

Pink : NY, Brilliant My Way

Dark Pink : Paris, Perfect Memories

Green : Nordic, Fancy Nostalgia.

Dekat mana nak cari Chu Lip lip balm ni ? Alah senang je, semua Chu Lip ni ada jual dekat Watson. Harga pun murah je, RM 25.90 and bila dah beli Chu Lip jangan lepas kan peluang masuk contest "Pimp My Chu Lip" dekat website Chu Lip. Kena cepat tau sebab contest ni berlangsung sampai 31 March je.  Mana tahu bila dah join tu, ada rezeki korang berpeluang menang Ipad Mini pulak kan. Huhuhu. 

Date of Contest : 5th March 2015 - 31st March 2015

Jom join cepat, cepat, cepat !


Memang best sangat bibir bila pakai Chu Lip tau. Aku baru test pakai yang Paris and so far memang bibir aku moist je sampai lah ke malam. Jom cepat-cepat grab Chu Lip dekat Watson yang terdekat ok. Huhuhu


Apa-apa info yang lebih lanjut boleh klik je dekat link yang aku bagi dekat bawah ok.




Oklah bye !







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...