Sunday, March 1, 2015

DWJ Hotel , Boutique hotel yang Super Best dekat Ipoh, Perak

Assalammualaikum!

Teringat tau masa kecil-kecil dulu, kalau pergi travel mana-mana je mesti ayah akan ada masalah dalam nak cari tempat penginapan untuk kitorang satu family. Yelah kan, masa bercuti tu tentu-tentulah cuti sekolah kan, peak time, so memang bilik selalu je full house. Cuba nasib nak booking chalet pulak, pun still penuh jugak. Nak tak nak ayah sumbatlah kitorang semua dekat hotel bajet je. Kenapa tak booking online je ? Hello, dulu manalah ada online booking bagai ni semua kan. Semuanya nak kena call hotel tu terus kalau nak booking bilik. Tak pun cuba-cuba nasib, time dah sampai baru nak booking bilik. Kalau nasib baik dapatlah, kalau tak bernasib baik. Haaaa sumbatlah diri masing-masing dalam hotel bajet kan. Bila dah peak time tu, of course lah harga pun dengan beraninya mencanak-canak naik kan. Sedih !

Tapi kan, sekarang ni melambak-lambak hotel yang tawarkan harga bilik pada kadar yang paling paling paling murah. Haa amek ko, sampai tiga kali aku cakap paling murah. Maksudnya memang betul-betul murah lah kan. Satu-satunya hotel yang tawarkan harga yang paling berpatutan and bagi aku mampu lah, yelah kan, aku ni gaji sikit je, so semua benda mesti nak bajet, nak murah adalah hotel :-


Yeahhh! Jerit-jerit sambil pukul drum kuat-kuat.



Sumber : Credit here

Kenapa aku pilih DWJ hotel dekat Ipoh ni ? 

Haaa semua mesti pelik kan, macam manalah orang Seremban macam aku ni boleh jumpa DWJ hotel ni. Dekat Ipoh pulak tu. Jauh tu. Actually masa aku dok tengok-tengok dekat Agoda, aku saja-saja lah search pasal hotel-hotel yang ada dekat Ipoh. Sekali terjumpa pulak DWJ hotel ni. Yelah kan iollss kan tak lama lagi nak kahwin, so survey-survey lah tempat-tempat yang best untuk kitorang terjah lepas kahwin nanti. Hehehe malulah nak cerita. Tapi aku nak cerita jugak, hahahaha. Peduli hape kan. Yelah aku dengan Sham plan nak terjah Langkawi lepas kahwin nanti, so mana lah tau kan, kot-kot lah Sham penat drive dari Seremban, aku decide lah nak rehat dekat mana-mana hotel dulu sebelum aku biarkan Sham drive sampai Langkawi nanti. Haaa pikir lain lah tu kan. Astaghfirullahalazim. Hahahaha



Celah mana DWJ hotel ni ?

Disebabkan aku ni expert sikit bab-bab meng-google maps ni kan. Aku dah tahu dah dekat ceruk mana letaknya DWJ hotel ni. Actually tak adalah ceruk pun sebab DWJ hotel ni memang terletak betul betul dekat tengah bandaraya Ipoh. So memang tak payah risau lah kalau tak jumpa nanti. Waze kan hado ! Google maps pun hado ! Kalau tak ada jugak segala waze dengan google maps tu, mehh sini aku tunjuk map DWJ hotel ni dulu.



Sumber : Credit here

Dari maps yang aku tunjuk ni pun, aku rasa korang dah boleh agak kot dekat mana letaknya DWJ Hotel ni kan. Memang betul-betul tengah bandar and kalau tak jumpa jugaklah kan. Aku tak tahu lah nak cakap apa dah. Cara paling last aku boleh bagi. Tanya je orang-orang Ipoh. Jangan malu-malu hokkayy ! Malu bertanya sesat jalan nanti. Ehh tetibe kan.



Sumber : Credit here

Tengok je dah colourful kan. Apatah lagi time tu aku travel dengan hati yang berbunga-bunga cinta, layu dipusara. Ehh tetibe lagi kan. Suka bebenor nak melalut kan. Jangan tak tahu tau, DWJ hotel ni jugak dapat The Best Budget Hotel 2012 award dari Tourism Perak tau. Haaa jangan main-main ok. Ni yang buatkan semangat nak stay dekat situ meluap-luap tu kan. Haaa skema + over sangat ayat aku tu kan.


Sumber : Credit here

Even DWJ hotel ni taklah se gah hotel-hotel 5 star yang lain, tapi boleh tahan popular jugak hotel ni kan. Kalau tak, takkan lah Menteri Besar Perak yang turun padang nak rasmikan DWJ hotel ni kan. Kelass sangat. Huhuhu. 

Aku dah survey dah apa kemudahan yang ada dekat sekelilinh DWJ hotel ni, boleh tahan banyak jugaklah. Antaranya ialah :-


  •       Bank

-          CIMB
-          AmBank
-          Maybank

  •       Hospital

-          Pusat Perubatan Ar-Ridzuan
-          Hospital Raja Permaisuri Bainun

  •       Kompleks Membeli Belah

-          Angsana Mall
-          Ipoh Parade

  •       Kolej dan Universiti

-          Institut Teknologi Perak (ITP)
-          Kolej Poly-Tech MARA
-          Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

  •       F & B Outlets

-          Ipoh Hainan Chicken Rice
-          David’s Diner
-          Restoran Simpang Tiga
-          Restoran Assam House
-          Subway
-          Secret Recipe
-          Nasi KandarVanggey
-          Pesanjung
-          Restoran M. Salim
-          Old Town Kopitiam
-          Dim Sum Café
-          Moven Peak
-          RestoranMacoy European
-          Dubliners Café
-          Berlin's Bier Houz
-          Healy Mac’s Irish Bar
-          Thumb’s Café
-          Burger Camp
-          Restoran Cili Hijau
-          Restoran Anjung Seri 



Haaa banyak kan. Expert tak aku. Aku benda lain dah tak pandang dah. Yang aku nak cari tempat makan je. So tak payah risaulah kalau lapar ke, rasa nak makan nasi kandar ke malam-malam. Boleh je jalan-jalan sekeliling DWJ hotel ni. Bestnyaaaaaaa !


  


Sumber : Credit here

Alahai cantiknya lah interior hotel DWJ ni. Sejuk mata memandang. memang memikat kalbu betul. Nampak mewah sangat-sangat. Rasa macam tak sabar pulak pergi Ipoh. Oppsss pikir lain lagilah tu kan. Aiipp aipp tak baik tau.



Sumber : Credit here

Haa yang ada katil double decker ni adalah Family room. Memang luas sangat-sangat. Kalaulah ayah aku sihat, boleh aku bawak dia jalan-jalan dekat sini. Alah boleh je bawak ayah aku jalan-jalan dekat sini. Dia sakit ke, tak sakit ke, still suka berjalan and travel. Tak payah susah-susah nak cari hotel lain lagi kan. Semua benda dah memang cantik je tersusun.




Sumber : Credit here

Bilik ni pulak adalah Deluxe Room. Macam tak percaya je DWJ hotel ni ada bilik luas macam ni. Bila tengok dari luar hotel macam kecil je dalam dia. Cuba try test masuk. Haaa terkejut tenuk jadinya. Dahlah luas, cantik pulak tu. Hehehe bestnyaaa ! Sesiapa yang plan nak honeymoon dekat Ipoh boleh lah datang DWJ hotel ni and book lah Deluxe room ni ehh. Saja nak bagi cadangan. Aku ni lambat lagi. Mihmihmih.





Sumber : Credit here

Bilik air pun luas. Selalu tu kalau mana-mana hotel bajet kan, toilet ni tak berapa dititikberatkan sangat. Asal boleh je. Tapi bila aku tengok DWJ hotel ni punya bilik air. Expectation buruk dekat hotel budget pun berubah. Dah macam standard 5 star hotel dah aku tengok toilet DWJ hotel ni.





Sumber : Credit here

Kalau sesiapa yang suka travel sorang-sorang tu boleh lah try Single Room ni. Memang untuk kau sorang tapi aku tengok luas dia macam boleh letak lagi satu je katil single dekat situ. Oklah kan. Nak sembahyang pun senang. Ruang yang disediakan pun boleh tahan luas lah untuk korang yang suka travel single mingle tu. Kalau aku tak lah kan. Mesti nak kena ada orang teman. Hehehe ngada-ngada sangat kan.




Sumber : Credit here

Haaa amek ko. Standard room pun dah mewah macam ni. Aduhai nak book bilik mana ni. Semua cantik-cantik. Harga standard room ni pun murah je tak silap aku. Tak cecah 200 hengget pun. Haa murah kan. Sesuailah untuk aku yang suka bajet-bajet ni. Huhuhu.



Sumber : Credit here

Cantiknya lahaii ! Rasa nak menangis tengok cantik sangat. Tilam dia pun gebu je aku tengok. Ni baru Superior standard room tau. Aku tak boleh nak bayangkan kalau-kalau DWJ hotel ni provide billik lagi mewah. Mau pengsan aku sebab cantik sangat.




Sumber : Credit here

Anyonyo omeynya ada towel bentuk swan. Nak bukak pun rasa sayang je. Memang aku suka sangat-sangat dengan DWJ hotel ni. Memang puas hati sangat-sangat semua ada, apa je yang tak ada. Kau suka online, main facebook, DWJ hotel ni ada sediakan WIFI. Kau nak blow rambut and buat gaya-gaya blow rambut macam dalam iklan sunsilk, DWJ hotel ni ada sediakan hair dryer. Rasa bosan main handphone and nak tengok Karoot Komedia, DWJ hotel ni ada sediakan kemudahan Astro. Tak tahu nak letak kereta dekat mana? Jangan risau, DWJ hotel ni memang ada macam-macam. Silap besar lah kalau dia tak sediakan parking. Percuma uollss. Tak payah bayar pun. FOC je pun. Huhuhu. Jimat duit aku nyahh ! So apa lagi yang kau nak kan. Semua kemudahan ada. 

Tapi aku nak cakap awal-awal lah, DWJ hotel ni memang tak provide breakfast, lunch dengan dinner. Memang betul-betul sediakan perkhidmatan bilik je. Makan-makan ni tarak. Kalau nak makan-makan jugak, sekeliling hotel tu kan banyak. Yelah kan, harga bilik pun murah so jangan ada too much high expectation dengan apa yang kau bayar tu ok. Bagi aku, tak ada hal pun. Alah kat mana-mana boleh makan. Pandai-pandai lah cari kan. Macam tak reti-reti. Huhuhu

Oppss lupa pulak nak cakap, sekarang ni ada promotion besar-besaran DWJ hotel ni tengah buat tau. Aku pun sama terjebak jugak dengan promotion bagai ni. Antara promotion dia adalah :-

Special Deals
  1. 10% off for government sector
  2.  RM10 off for corporate
  3. 10% off for retirees and senior citizens (age 55 and above only)
  4. 10% off for members
  5. 15% off on birthday
  6. 20% off if above 10 rooms or 10 days



Promotion (23rd February- 23rd March 2015)
  •           10% off for students. 


So nak tunggu apa lagi kan. Banyak sangat dah diskaun DWJ hotel ni bagi tau. Dahlah harga dia murah. Bagi diskaun lagi. Alamak oiii berbaloi-baloi ok. So kalau nak tahu maklumay yang lebih lanjut, boleh klik je dekat website DWJ hotel dekat bawah ni.





Jom jom kita try !

Gambar ni tak ada kena mengena dengan DWJ hotel, harap maklum. Sekian. Hahaha

Oklah bye !






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...