Friday, February 8, 2013

Kenapa bila senyum saya tak tunjuk gigi and kenapa saya senyum kepit-kepit mulut?

Assalammualaikum !

19012013122

Waaaaaa ! This week tersangatlah tension dengan kerja. Supplier semua cina so disebabkan semua nak raya, aku terpaksa bertungkus lumus buat semua cheque untuk supplier, gigih mengecop invoice seolah-olah aku ni pekerja post office or maybe kastam, pening-pening duduk dalam van hotel sebab bos KL reject cheque yang aku hantar, mengada tau. Ingat KL dengan Seremban dekat !!

Tapi nak buat macam mana, that’s how life. We repeat, and repeat, and repeat the same thing. Memang totally different study dengan kerja. Kalau study, bila time final exam, dengan secara tiba-tiba kau terlupa formula nak buat balance sheet, then terus tinggalkan soalan tuh dengan jawapan setengah jalan. Nak tambah perisa lagi, buat note kecik dekat bawah tuh, buat ayat, “ Puan, jangan failkan saya ehh, saya dah cuba sedaya upaya, tapi saya tak ingat jugak, kasihanilah saya puan”. Lepas tuh hantar paper dengan senang hati sebab confident memang tak fail.

Cuba kalau time kerja, ada benda tak siap, memang kena bersiap sedia lah menadah telinga untuk dimaki hamun keesokkan harinya. Sampai mati lah kerja, kerja, kerja. Ehhh apasal aku emosi sangat ye sekarang ni. This week jugak adik aku buat dada aku berdebar-debar and jantung rasa nak pecah. Tiba-tiba je masuk hospital sebab muka dia senget sebelah. Dah macam time ayah aku mula-mula kena stroke dulu je. Mintak-mintak dijauhkanlah. So nak tak nak kena rujuk pakar jugak. Pergi hospital balik and makan waffle hospital yang sedap. Ehh ?

Ok fine jangan marah ehhh. Memang dah tersasar jauh dah dari tajuk utama kan. Bukan apa, sekadar nak meluahkan perasaan je. Sesiapa yang follow aku dekat twitter memang dah sedia maklum dengan semua luahan perasaan aku ni. Hehehehe !

So kita senyum balik sekarang. Mulut tuh kepit sikit. Aku pun tak tahu sejak bila and sebab apa aku mesti tak akan tunjukkan gigi masa senyum. Dulu time sekolah elok je tunjuk gigi taring and rongak masa ambil gambar kelas. Disebabkan pakai kodak, terpaksa lah tunjuk betapa gigihnya kau senyum supaya pada masa 10 tahun akan datang, orang still akan kenal kau lagi. Tapi sekarang dah tukar cara senyum, tak tunjuk lagi gigi . Acane ehh ?

19012013147

See see mesti nak kepit je mulut tuh. Ramai orang cakap aku macam control bila senyum tutup mulut. Sebenarnya bukan control ok. Sebenarnya nak sorokkan semua gigi-gigi tuh sebab rasa tak yakin je nak tunjukkan gigi yang tak cantik ni. So solution nya, bila tangkap gambar, senyum lebar-lebar and kepit mulut. Haaa baru gambar nampak cantik. Hehehe prasantan habis !

Oklah pasal senyum je nak bagitahu, memang takda motif langsung entry ni kan. So mahu tidurlah, esok nak bawak adik pergi jumpa pakar. Pray for him ye semua ! Mintak-mintak dijauhkan lah dari segala penyakit buruk. Amin.

20012013187

Tiba-tiba mengidam nak makan ice cream strawberry cheesecake ni lagi. Mana nak cari Baskin Robin kat Seremban ni. Uwaaaa ! Sedapnya.

Ok bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...