Thursday, June 23, 2011

Serius tak boleh nak terima bila ada orang buat macam ni. Geram tau tak !

Assalammualaikum !

Actually benda ni dah lama sangat dah pun terjadi. Tapi disebabkan aku asyik teringat pasal benda alah ni. So aku jadikan lah sebagai idea untuk update blog yang semakin hari semakin berhabuk ni.

Sebenarnya benda yang aku geram ni pun tak adalah besar sangat pun isu dia. Tapi sebagai peminat tegar dengan kartun Angry Bird, sedikit sebanyak hati aku ni rasa geram jugaklah kan. Maybe kalau korang tak hairan pun kalau tengok benda alah ni. Tapi bagi aku, kalau benda tuh comel, so kena lah jaga elok-elok. Betul tak ? Mehh ler aku nak share apa yang buatkan aku teringat-ingat and rasa geram bila ingat balik benda ni.

Dalindareen7216

Sorry lah sebab kualiti handphone camera aku entah apa-apa rupanya. Huhuhu ! Aku suruh adik aku zoom dekat sikit, tapi kereta ni laju sangat pulak. Kejap je berdesssuupp hilang. Haiyoo !

So korang perasan tak apa yang aku nampak ? Kereta ni ada letak something dekat bawah tuh. Mula-mula aku macam pelik jugak, apa lah yang dok tergantung dekat bawah kereta tuh. Bila dah betul-betul ada dekat belakang kereta tuh barulah aku perasan ada anak patung comel digantung dengan sengaja oleh pemilik kereta tuh.

Yang paling sadis tuh, patung Angry Bird yang warna merah pulak tuh. Wei ! Comel kot patung tuh. Aku nak beli pun asyik tak lepas je sebab patung Angry Bird tuh boleh buatkan semua duit gaji korang yang tiap-tiap bulan tuh habis. Ingat comel lah kan letak patung bawah kereta. Kejadahnya comel ! Haiiishhh. Oklah aku malas nak melalut lagi. Karang banyak pulak aku dok ngumpat kat sini.

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...