Monday, May 9, 2011

Rasanya tak terlambat lagikan nak ucapkan Selamat Hari Ibu. I love you mak !!

Assalammualaikum !

Walawei ! Gila heaven sebab dah boleh update balik pakai Windows Live Writer kesayangan aku ni. Lepas ni nampaknya selalulah aku update belog aku yang tak semenggah ni dengan cerita-cerita yang tak berfaedah. Hehehe korang jangan marah dekat aku. Aku tak paksa pun korang baca, tapi kalau nak baca dipersilakan.

Sempena Hari Ibu yang dah terover date nya ni, aku nak ucapkan terima kasih sangat dekat mak aku sebab bayarkan duit berukband aku ni. Hehehe ! Tanpa duit mak aku dan ayah aku, tak hiduplah aku dekat muka bumi ni. Hahaha boleh ? Nampak sangatlah aku ni just pentingkan duit mak ayah aku kan. Rasa sedih tiba-tiba sebab aku tak dapat nak bagi hadiah dekat mak aku sempena Hari Ibu semalam. Yelah aku kan baru habis belajar, kerja pun tak start lagi, so duit memang selalu tak adalah kan. Just harapkan duit yang mak aku bagi je.

Masa semalam aku siap cakap dekat mak aku lagi yang aku tak ada duit so tak boleh nak belikan mak aku hadiah. Then mak aku jawab tak apalah along, asalkan along ikut cakap mak dah cukup dah. Tak payah nak bagi hadiah bagai. Tapi kalau nak bagi hadiah boleh jugak, mak terima je ! Cehhhh. Nanti along dah kerja nanti mak, along belikanlah untuk mak ok. Hehehe.

Dalindareen1781

Alolo comelnya mak aku kan ! Sebab mak aku comel lah, terhasilnya aku yang comel and cantik ni. Hahaha boleh ? Kalau nak diikutkan, mak aku memang terlalu banyak tolong aku sepanjang aku hidup ni. Kalau nak difikirkan pasal duit, aku rasa kalau kira start dari kecil, memang dah berjuta-juta hengget mak and ayah aku spent untuk aku. Kalau nak ganti memang makan tahun jugaklah kan. Tapi cinta and kasih sayang yang mak aku bagi memang tak boleh aku nak bayar dengan apa-apa.

03042010865

Mak aku ni boleh dianggapkan bff aku sampai bila-bila. Bila aku rasa marah, aku terus cakap dekat mak aku. Kalau dekat Melaka dulu bila time study dekat sana, bila aku tengah sedih and rasa nak happy sikit, aku telefonlah mak aku.

Ramai orang cakap, anak perempuan mesti rapat dengan ayah kan. Yup ! Memang betul semua tuh. Tapi tuh dululah sebelum ayah aku sakit. Then bila ayah aku dah sakit ni, aku makin rapat dengan mak aku and makin rapat. Dengan ayah aku pulak makin kurang. Seriously kalau bab-bab nak mintak duit aku lebih selesa nak mintak dekat ayah aku sebab ayah aku tak cakap banyak. Hehehehe. Tapi kalau mak aku, dia akan membebel dulu dekat aku and tanya macam-macam, mana perginya duit yang dia bagi sebelum ni. Tapi dalam bebel-bebel mak aku pun, esoknya mesti duit dah ada dalam bank. Hehehehe !

19022010062

Sepanjang masa dalam hidup ni, memang aku perlukan mak aku ni. Pergi mana-mana harus ada emak aku ni sebab dia banker terbaik aku. Hehehehe ! Kalau aku nak makan apa, dia akan tanya. Kalau aku nak something tuh, pun mak aku akan tanya aku betul-betul nak ke tak. Mak ! You are really mean to me ! So untuk menghangatkan lagi celebration Mother’s Day. Mehh sini layan video mamat hot bermata sepet dekat bawah ni :-

Matluthfi =)))

Auuww !! Serius comel tau mamat handsome mata sepet ni. Mak, walaupun dalam video ni bukannya along. Tapi along tujukan video ni untuk mak sebab walau dekat mana pun along berada, mak tetap yang akan jadi reference untuk along ! Hehehehe. I love you mak !!

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...