Tuesday, February 24, 2015

Uwaaa !! Status Nuffnang dari Gliterrati dah bertukar Non-Gliterrati. Why why why ?

Assalammualaikum.

Sekarang ni aku tengah sedih ni. Yelah sedih tau bila bukak-bukak Nuffnang je, tengok status Glitterati aku dah bertukar dari warna gold jadi warna hijau. Biasalah kan, tugas harian pagi-pagi mesti nak check earning Nuffnang je kerja aku. Yelah nak check berapa ramai visitor, berapa earning. Sekali pagi tadi bila bukak, status Nuffnang aku dah bertukar wajah. Siapa yang tak sedih wei. Uwaaaaaa.



See see nampak kan yang warna hijau tu. Walaupun blog aku ni sendu je, tapi boleh dikatakan tahun ni aku rajin jugaklah update. Tapi bila dah tukar status Non-glitterati, automatik perasaan tu jadi down and terus tak ada semangat nak update tau. Wuwuwuwuwu sedihnya. Dengan blog ni lah aku buat duit, cari side income. Walaupun sikit, tapi bolehlah nak cover sikit-sikit. Bila dah tukar status non-gliterrati tu, automatik advertiser dah tak tengok sangat blog aku tu. And buffered earning pun susah nak dapat. Bila BE dah susah nak dapat, CPUV jangan harap lah kan. Uwaaa sedih lagi.

Tak puas hati punya pasal, aku hantar ticket dekat Nuffnang. Yelah kita mesti nak jawapan kan, apa sebab status kita bertukar. Dahlah aku dari pagi tak ada mood nak buat kerja kat opis. Sekali nampak pulak status Nuffnang bertukar.



So beginilah jawapan dari Nuffnang. Means aku kena update setiap hari lah kan. Hadoiii pengsan lepas ni nak perah idea kan. Tapi tak apa lah kan demi nak dapatkan status Glitterati punya pasal, aku sanggup update hari-hari. Dah tekad dah ni. So lepas ni jangan bosan lah ye kalau aku update blog hari-hari lepas ni ye. And many thanks sebab dengar luahan perasaan aku ni. 

Oklah bye !


Monday, February 23, 2015

Resipi kek batik yang memang senang, mudah dan cepat yang amat-amat. Senanglah, tak caya cuba try test.

Assalammualaikum.

Eii aku rasa aku dah gemuk balik lah cuti ni. Yelah bayangkan lah start cuti dari hari Khamis sampailah ke hari ni kerja aku asyik kejap-kejap makan, kejap-kejap masak. Lepas dah masak mesti lah makan kan. Aishhhh berkilo-kilo dah lemak yang aku ternak dalam badan ni. Esok nak start diet balik. Tak boleh cheat-cheat dah. Lagi berapa bulan je nak kahwin ni. Sorry ehh sebab meluahkan perasaan pulak dekat sini. Huhuhu.

Sebenarnya buat kek batik ni tak ada lah susah mana pun. And ada macam-macam version tau resipi kek batik ni. Ada resipi yang guna telur, ada yang guna milo lah, ada yang tak guna telur lah. Haa macam-macam kan. Tapi hari ni aku aku akan bagi resipi yang memang sangat-sangat senang. And yang penting tak guna telur and milo. Jimat pun jimat. Hehehe. Sekarang kos hidup makin tinggi, so kita kena pandailah kan jimat apa yang patut khennn. Poyo sangat ayat tu kan. Huhuhu.

So let's get started:  




Bahan-bahannya senang je :-

Biskut marie ( Patah-patahkan )
Satu tin susu pekat
Satu ketul buttercup
Serbuk koko 2 peket (dalam 5 sudu besar)
Nestum (lupa nak letak dalam gambar)

Ok cara-cara membuatnya pun memang senang sangatlah wei ! Pejam mata dah siap tau.




Haa terror tak, masak pakai kuali je uolls. Abaikan kuali yang hitam legam tu. Sekarang ni fokus cara-cara nak buat kek batik je ok. Jangan dipandang kuali yang hitam tu. Huhuhu. So first sekali cairkan butter tu. Buat api perlahan je tau. Takut hangus pulak.



Then masukkan serbuk koko and kacau sampai tak ada ketul-ketul. Lepas tu barulah masukkan susu pekat. Ikut manis mana yang korang suka. Aku guna buttercup, so memang masin sikitlah. Sebab tu kena guna susu pekat satu tin.



Haa part ni yang paling best. Masukkan biskut marie sikit-sikit and kacau perlahan-lahan tau. Aku guna satu peket biskut marie. So memang tak muatlah kan kuali tu. Tapi aku muatkan jugak. Tuh sebab kena kacau pelan-pelan. Huhuhu.



Bila semua biskut marie tu dah bersalut dengan coklat, masukkan pulak nestum. Ni tabur ikut suka hati korang lah. Macam aku, aku guna 2 peket nestum 3 in 1 tu. Sedapnya sampai menjilat jari woii !



Siap dah !! Bolehlah bekukan dalam peti sejuk. Lapik tupperware or loyang korang tu dengan plastik ok. Ini adalah untuk senangkan korang bila nak potong kek batik ni nanti. Jangan lupa padat-padat kan kek batik ni ye.


Selepas beberapa jam disimpan dalam peti sejuk. Kek batik yang memang moist sangat-sangat.
Sedaplah i tell you. Huhuhu puji diri sendiri nampaknya kan.



Close up sikit. Hehehe saja je nak buat korang termimpi-mimpi kek batik yang aku buat.

So macam mana? Senang je kan. Tak banyak bahan pun. Oklah aku pun dah ngantuk dah ni. Esok bermulalah hari-hari yang busy dekat opis setelah bercuti panjang.

Oklah bye !


Thursday, February 19, 2015

Bestnya shopping time Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai

Assalammualaikum.

Hari ni kan public holiday so sementara nak mengisi masa lapang tu kan, saja je nak merayau-rayau dekat Seremban ni. Kecoh je kan. Seremban je pun. Bukannya jalan-jalan KL pun. Entahlah aku still selesa jalan-jalan and terperuk dalam Seremban ni lagi. Malas nak meredah jammed dekat KL tu. Kalau rasa boring dekat Seremban ni aku pergilah jalan-jalan dekat Melaka. 

So hari ni emak aku ajaklah jalan-jalan dekat Tesco Senawang. Nak cari barang bawak balik kampung sikit, sesambil tu aku pun nak lah cari barang kek aku. Dari rumah aku dalam 15 minit macam tu lah. Tapi kan disebabkan semua orang ikut jalan Senawang nak masuk tol PLUS. Masa nak pergi Tesco tu dah jadi lama lah pulak. Jammed sepanjang masa dah jadinya. Nasib baik hari ni Chinese New Year, bukan selalu pun jammed dekat Seremban ni. Sibuk je kan, orang lain raya, kau pun nak raya jugak kan. Haaa rasa kan lah mengadap jammed tu lama-lama.

Sampai-sampai je Tesco, aku rasa best je. Yelah, dah lah senang nak cari parking, orang pun tak ramai tau. Heaven je jalan-jalan dalam Tesco ni, ada rasa macam nak guling-guling and bersila pun ada. Tak ramai orang woii. Hehehehe over sangat.



Haaa see see. Dah macam group duo berkumpulan dah aku tengok. Nasib baik masing-masing muslimah. Kalau tak dah lama dok karaoke dekat situ. Takda orang kan. Kosong je. So beranilah nak ambil gambar secara berkumpulan kan. Apa orang putih cakap tu. Welfie ke selfie? Mana-mana lah. Hahaha.



Tengoklah, dari hujung ke hujung tau , kosong. Tak ada orang pun. Kalau ada pun berapa kerat je. Aku dengan adik aku siap main jerit-jerit lagi dalam Tesco ni haa. Sedar-sedar emak aku dah pandang semacam je dekat kitorang. Muahahaha.



Time ni emak aku dah pergi mana entah. So aku bantailah suruh angah tangkap kan gambar aku dengan adik. Orang tak ramai kan. Berani lah nak ambik gambar banyak-banyak. Cuba kalau ramai orang, memang tak lah nak ambik gambar bagai ni. Bajet-bajet cover ayu lah. Cehh konon !



Sebabkan tak ramai orang, bangla yang dok jaga tempat aiskrim tu aku nampak macam boring je tunggu orang. Menguap-nguap aku tengok dia. Kesian. So disebabkan tak nak biarkan dia makan gaji buta and boring keseorangan, aku dengan adik saja je dengki dengan dia. Order aiskrim lah, order kaya ball lah, order waffle lah. Muahahaha dengki. Barulah aku nampak bangla tu bekerja sikit. 




Ehh ehh angah malu-malu pulak tak nak pandang kamera. Hehehe macih angah sebab snap gambar kakyong dengan adik banyak-banyak. Tanpa angah, tak ada lah gambar-gambar ni semua. 

Tunggu cashier scan price pun kejap je tau. Tapi tak ramai orang pun still kena masuk barang dalam plastik sendiri. Oppsss terlepas cakap pulak. Hehehehe. Makan dekat food court pun heaven je and dapat layanan yang terlebih mesra dari abang-abang jaga food court. Cuba kalau time busy tu, nak senyum pun susah. Oppsss terlepas cakap lagi. Mampus lah aku lepas ni. Muahahaha. So di akhir kata, jomlah kita selfie dulu.


Adik kong ajaq ! Dia suruh buat muka hodoh, last-last dia senyum elok je. 
Sabotaj aku ke hape ni.




Aku sabotaj adik balik, sebab time ni dia suruh buat muka hodoh betul-betul. 
Tapi aku bantai senyum pulak. Padanlah muka. Huhuhu.


Oklah bye !


Wednesday, February 18, 2015

Cupcake Untuk hantaran tunang.

Assalammualaikum.

Sekarang ni kan petang-petang je mesti baru nak ada idea nak update apa dalam blog yang sendu ni. Yelah mana tak sendunya, kejap update kejap tak. Konon berazam nak update hari-hari tapi harammm. Aku bantai tidur. Hei tidur lagi best dari update blog tau.

Tapi kan sejak dah berkecimpung dengan bisnes kek kecil-kecilan ni kan, masa tidur aku pun boleh aku buat tak peduli je. Yelah wei, nak siapkan order dari customer. Kenalah siapkan ye dokk. Kalau tak janganlah mengada-ngada nak ambil order kan. Contoh macam sekarang ni lah, time aku menaip ni aku dah rasa meong-meong je kepala otak aku ni. Sebabnya, pagi tadi, aku just ada 3 jam je untuk tidur. Tu pun sebab dok siapkan cake customer sampai pukul 5 pagi. Sedar-sedar masa aku bangun tidur tadi dah pukul 8.15 pagi. Haaa kelam kabut bangun dari katil and mandi cepat-cepat. Masa dalam bilik air tu dah rasa nak nangis dah, ada rasa nak mc kerja pun hadoo. Tapi kuatkan semangat jugak nak pergi kerja. Punca rezeki tu wei, aku bayar duit kereta dengan gaji tu semualah. Duit kek ni semua aku dok simpan untuk kahwin. Hehehehe.

Keluar-keluar bilik air, aku ambil baju mana-mana yang aku nak pakai and campak dekat iron board. Masa dah bukak plug tuhlah spoil. Tiba-tiba rasa nak memerut pulak. Hadoiii spoil lah wei. Aku dah lambat nak pergi kerja ni. Nak tak nak aku lepaskan jugak hajat yang semakin tak terbendung tu. Muahahaha. Ada macam tak senonoh ke ehh perangai aku ni? Ahh pedulikan. Keluar-keluar bilik air, aku nampak emak aku tengah iron baju kurung yang aku campak dekat iron board tu. Wahhh terharu sangat mak. Rasa nak nangis je. Rasa nak peluk emak aku kuat-kuat tapi lepas tu emak aku memekak-memekak suruh siap, terus terpendam niat nak peluk dia. Lain kalilah along perut emak. Huhuhuhu.

So begitulah cerita pagi Rabu aku yang sangat-sangatlah kelam kelibut. Semuanya sebab nak mencari rezeki demi sesuap lauk (Lauk je lah sebab aku diet nasi, muahahaha). So suspek yang membuatkan hidup aku huru-hara hari ini adalah  .........


...........


...........


...........


...........


...........


...........


...........


...........


............

INI 

v
v




Mereka-mereka ini adalah suspek utama yang menyebabkan hidup aku huru-hara hari ni. 
* Phewwww kesat dahi*

Actually nak buat kek dalam tu je, tak ambik masa yang lama pun. Yelah sebab cupcake kan. Dalam nya kek red velvet je pun. Cream-cream tu semua cream cheese je. Tapi bunga-bunga cinta tu semua yang buatkan aku lambat tidur tau. Susah bebenau nak buat ros. Apahal entah malam tadi semua ros yang aku buat tak menjadi. Tapi nasib baiklah bila dah banyak kali practise, jadi jugaklah bentuk rose aku tu. Walaupun rupa tak semenggah je aku nengok.

Harap customer aku ni puas hati lah ye. Actually customer ni, ex staff hotel tempat yang aku kerja sekarang. Dua tahun berturut-turut dah, kek birthday anak dia tempah dekat aku. Now, dia tempah cupcake hantaran tunang untuk cousin dia pulak. Sponsor katanya. Huhuhu. Apa-apa pun yang aku boleh cakap, alhamdulillah syukur dengan semua rezeki yang Allah bagi ni.

Oklah, balik ni aku nak tidur sampai esok pagi.

 Bye !


Tuesday, February 17, 2015

Kurus salah. gemuk lagilah salah. Cantik salah, tak cantik lagilah salah.

Assalammualaikum.

Haa amek kau. Kemain panjang tajuk aku kan. Tak ada lah, lately ni aku rasa macam semakin emosi je bila fizikal seseorang tu jadi kayu pengukur untuk sesebuah perhubungan. Cewahh ayat skema tak nak kalah kan. Tak tahulah kenapa emosi kemain sekarang ni. Maybe tengah diet kot. Bukan saja-saja diet ok. Aku ada aim tau sebab apa aku nak diet habis-habisan ni. Salah satu sebab terbesarnya  adalah sebab nak kahwin. 

Ok short story pasal aku dengan Sham. Aku kenal dia ni masa time study dekat Melaka dulu, then masa dia kenal aku ni, memang fizikal aku sangat-sangat lah gedabak hokayy ! Sangat ok. Time tu pun layan Sham macam nak tak nak je sebab ye lah tak percayakan dengan orang lelaki ni. Yeye je cakap sayang tapi sebenarnya saja nak main-main kan kita. 

Sebab yang buatkan aku jadi tak percaya ni adalah sebab before aku kenal Sham, aku adalah kenal dengan seseorang ni. And dia cakap dia suka kan aku, sayang kan aku. Time tu pun baru habis sekolah, hati pun rasa bunga-bunga je bila ada lelaki yang cakap dia suka dengan kita. 

Bila dah setahun kawan dengan mamat sekor ni, dia tiba-tiba je menghilangkan diri and siap pesan dekat kawan aku, bukan cakap dengan aku sendiri ok , jangan cari dia lagi sebab dia dah tak suka dekat aku yang gemuk gedabak ni. Time tu aku dah tak terkata dah, nak menangis pun rasa macam tak ada guna je. Maybe tuhan tahu yang aku tengah sedih, aku pun dapatlah tawaran study dekat Melaka. Time tu memang dah tekad and berazam dah, tak akan percaya dekat lelaki lagi. Memang poyo sangat aku rasa time tu. Hahahaha. Sampailah aku jumpa Sham. Prinsip tu pun berubah. Alhamdulillah setakat ni dia masih terima aku yang besar gedabak ni. Setakat ni lah. Ehh ni bukan shorty story. Long story dah ni. Tapi apa kena mengena cerita aku ni dengan tajuk ehh ?

Then masa scroll-scroll facebook semalam, terbaca lah kisah macam dalam gambar bawah ni:-




So habis baca dah? Apa pendapat korang? Apa yang korang rasa? Marah ? Suka? Sedih? Aku pun tak tahu nak gambar kan perasaan aku macam mana. Sebab aku pun tak kahwin lagi, tak ada suami lagi, tak ada anak lagi. Tapi satu je aku nak cakap dengan lelaki ni, KAU MEMANG TAK RETI BERSYUKUR !

Aku tak marah bila si suami selamba dek je biar si isteri kendong anak sorang-sorang. Tapi aku rasa marah, rasa nak tumbuk, rasa nak sepak dengan si suami tu sebab memalukan si isteri depan orang ramai dengan bahasa-bahasa yang kasar. Weii anak kau dengar tu kan ! Malulah sikit. Kalau tak malu dengan orang ramai, malu sikit dengan anak-anak. Haa kan emosi lagi !

Cuma aku pelik, si suami tu tak sedar ke apa yang mengubah bentuk badan isteri dia tu. Dia tak sedar ke badan tu berubah untuk siapa. Takkan tak perasan, tak faham. Ke buat-buat tak perasan? Kenapa perlu nak jerit kuat-kuat pasal fizikal si isteri. Buruk sangat ke ? Aku agak kalau dia kahwin dengan perempuan yang selim melim, selamanya selim melim kot. Tuh yang dalam fikiran si suami kot. 

Aku maybe tak pernah mengalami suasana berumah tangga lagi tapi bila dah dekat-dekat tarikh aku nak kahwin ni, aku selalu perhatikan emak and ayah aku. Macam mana pun emak ayah aku bergaduh, last-last dorang akan berbaik jugak. Mana nak lari kan. Emak aku, walaupun marah-marah dengan ayah aku, emak still sendukkan nasi ayah, mandikan ayah, pakaikan baju ayah. Tu yang aku suka sangat dengan emak ayah aku and kalau boleh aku nak jadikan diorang contoh sampai bila-bila. Ingat senang-senang ke nak sendukkan nasi orang, nak siapkan pakaian orang kalau tak ada rasa sayang and kasih dekat seseorang. 

Aku pun akan marah kot kalau tiba-tiba je Sham mintak gosokkan baju dia ke, buatkan kerja dia ke? I feels like, wah wah belum kahwin lagi, dah mengada-ngada nak suruh aku buat itu ini. Kau apahal ? Hahahaha brutal tak. Tunggu dah kahwin baru aku buat semua benda tu. Tu pun kalau aku jadi kahwin dengan dia lah. Hahahaha doa-doakan je. So far tak ada lah Sham mintak aku buatkan benda bukan-bukan sekarang ni. Nasib baik. Huhuhu. 

So lelaki-lelaki dekat luar sana yang akan berkahwin or yang dah berkahwin, silalah menghargai wife anda ye. Sorrylah emosi terlebih pulak. Lagi satu nak cakap, perempuan mana yang tak nak cantik, ada ke yang nak jadi buruk ? Nak jadi cantik pun untuk siapa, untuk lelaki jugakkan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Huhuhu.

Oklah bye !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...