Thursday, February 19, 2015

Bestnya shopping time Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai

Assalammualaikum.

Hari ni kan public holiday so sementara nak mengisi masa lapang tu kan, saja je nak merayau-rayau dekat Seremban ni. Kecoh je kan. Seremban je pun. Bukannya jalan-jalan KL pun. Entahlah aku still selesa jalan-jalan and terperuk dalam Seremban ni lagi. Malas nak meredah jammed dekat KL tu. Kalau rasa boring dekat Seremban ni aku pergilah jalan-jalan dekat Melaka. 

So hari ni emak aku ajaklah jalan-jalan dekat Tesco Senawang. Nak cari barang bawak balik kampung sikit, sesambil tu aku pun nak lah cari barang kek aku. Dari rumah aku dalam 15 minit macam tu lah. Tapi kan disebabkan semua orang ikut jalan Senawang nak masuk tol PLUS. Masa nak pergi Tesco tu dah jadi lama lah pulak. Jammed sepanjang masa dah jadinya. Nasib baik hari ni Chinese New Year, bukan selalu pun jammed dekat Seremban ni. Sibuk je kan, orang lain raya, kau pun nak raya jugak kan. Haaa rasa kan lah mengadap jammed tu lama-lama.

Sampai-sampai je Tesco, aku rasa best je. Yelah, dah lah senang nak cari parking, orang pun tak ramai tau. Heaven je jalan-jalan dalam Tesco ni, ada rasa macam nak guling-guling and bersila pun ada. Tak ramai orang woii. Hehehehe over sangat.



Haaa see see. Dah macam group duo berkumpulan dah aku tengok. Nasib baik masing-masing muslimah. Kalau tak dah lama dok karaoke dekat situ. Takda orang kan. Kosong je. So beranilah nak ambil gambar secara berkumpulan kan. Apa orang putih cakap tu. Welfie ke selfie? Mana-mana lah. Hahaha.



Tengoklah, dari hujung ke hujung tau , kosong. Tak ada orang pun. Kalau ada pun berapa kerat je. Aku dengan adik aku siap main jerit-jerit lagi dalam Tesco ni haa. Sedar-sedar emak aku dah pandang semacam je dekat kitorang. Muahahaha.



Time ni emak aku dah pergi mana entah. So aku bantailah suruh angah tangkap kan gambar aku dengan adik. Orang tak ramai kan. Berani lah nak ambik gambar banyak-banyak. Cuba kalau ramai orang, memang tak lah nak ambik gambar bagai ni. Bajet-bajet cover ayu lah. Cehh konon !



Sebabkan tak ramai orang, bangla yang dok jaga tempat aiskrim tu aku nampak macam boring je tunggu orang. Menguap-nguap aku tengok dia. Kesian. So disebabkan tak nak biarkan dia makan gaji buta and boring keseorangan, aku dengan adik saja je dengki dengan dia. Order aiskrim lah, order kaya ball lah, order waffle lah. Muahahaha dengki. Barulah aku nampak bangla tu bekerja sikit. 




Ehh ehh angah malu-malu pulak tak nak pandang kamera. Hehehe macih angah sebab snap gambar kakyong dengan adik banyak-banyak. Tanpa angah, tak ada lah gambar-gambar ni semua. 

Tunggu cashier scan price pun kejap je tau. Tapi tak ramai orang pun still kena masuk barang dalam plastik sendiri. Oppsss terlepas cakap pulak. Hehehehe. Makan dekat food court pun heaven je and dapat layanan yang terlebih mesra dari abang-abang jaga food court. Cuba kalau time busy tu, nak senyum pun susah. Oppsss terlepas cakap lagi. Mampus lah aku lepas ni. Muahahaha. So di akhir kata, jomlah kita selfie dulu.


Adik kong ajaq ! Dia suruh buat muka hodoh, last-last dia senyum elok je. 
Sabotaj aku ke hape ni.




Aku sabotaj adik balik, sebab time ni dia suruh buat muka hodoh betul-betul. 
Tapi aku bantai senyum pulak. Padanlah muka. Huhuhu.


Oklah bye !


1 comment:

Ayu Jafri said...

hehehe...kalau tak ramai org mmg heaven je jenjalan..klu ramai,nak bernapass pun susah..hihi.btw,slm kenal..akk follow sini ye.ada masa,jemputlah ke blog akk.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...