Sunday, August 21, 2011

Siapa pernah makan kuih puteri mandi? Sedap tau ! Dekat tempat aku panggil puteri mandi tak tahulah tempat korang. Hehehe !

Assalammualaikum !

Walawei ! Rajin pulak aku nak update kan. Kalau time rajin tuh, berjela-jela ayat aku nak taip. Kalau malas tuh, kalau boleh tajuk je aku nak tulis. Hehehe ! Actually aku masih dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk berpuasa. Tadi pun lepas dah masak lauk pauk untuk family aku, dengan secara tiba-tiba aku teringin nak makan cekodok cicah sambal sardin. Apalagi tumbuk-tumbuk lada sikit, terus aku lebur sardin setin dalam kuali. Lepas tuh apa lagi, melantak lah kan. Tapi waktu melantak harus sama time dengan waktu berbuka sebab dah terbiasa macam tuh.

And now, aku tak tahulah kenapa aku teringin sangat nak makan kuih puteri mandi. Korang mesti taukan benda alah apa yang aku dok sebut puteri mandi tuh kan. Kalau tak tahu pun mehh lah aku tunjuk sikit kuih dia macam mana.

Dalindareen7333

Hahh ! Ni lah dia kuih puteri mandi. Memang dari kecik lagi kuih ni aku panggil puteri mandi. Mak aku pun memang suka sangat buat kuih ni dulu. Tapi sekarang dah jarang buat sebab busy kan.

Actually kuih ni aku start suka balik lepas aku beli satu bekas dekat bazar ramadhan. Aku memang jarang nak beli kuih macam ni dekat bazar sebab bagi aku, mak aku punya kuih puteri mandi jugak yang terbaik tapi disebabkan teringin sangat nak makan, aku belilah jugak. And percaya atau tak, kuih ni memang sedap gile. Susah nak jumpa kuih yang orang buat sebijik rasa dia macam mak aku buat. Yelah kadang-kadang tuh, ada orang jual tawar, ada orang ni pulak cair je kuah dia. Tapi satu kedai ni memang buatkan hari-hari aku rasa nak beli puteri mandi ni.

Rasa dia tak dapat aku nak cakap macam mana tapi kuah dia ialah air gula melaka tuh and dia campur sikit dengan isi kelapa. Yang korang tengok dalam gambar tuh, yang macam cendawan tuh, isi kelapa lah tuh. Hehehe !

Dahlah wei ! Sekarang aku dah terliur balik dah. Stop cerita pasal kuih puteri mandi ni. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi. Kejap lagi nak keluar jalan-jalan kejap dengan mak aku.

Bebbboii !

9 comments:

cIk JanNah said...

alaa kenapa tak pernah nampak kuih macam nie???

Azreen Zunairah said...

cik jannah: cuba cari kat bahagian pengat2..mesti ada..

Mr.NS said...

tempat abg pgl "bdk tembam xreti mandi".........................................................................................................

Azreen Zunairah said...

abg ery: gilo lak aii dia ni !!!! hahahaha

damha said...

kuih puteri mandi mmg sedap...tapi saya panggil kuih puteri bersiram...campuran air gula melaka atau gula kabong n perasa daun pandan...he333..simpan dlm peti ais lepas tu mkn...menyejukan badan yg panas...

Azreen Zunairah said...

damha: sedapkan kuih ni..memang sedap sangat...reen suka..huhuhuhu

Nzyrahun said...

mak aku pernah buat
sedap doe hehehehe

Azreen Zunairah said...

nzyraharun: sedap kan..wahh den da terliur da ni..hahaha

JaLi AshBurn said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...