Sunday, August 21, 2011

Berbuka puasa sambil ber-steamboat bersama bestfriend ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Semakin hari semakin malas aku nak merepek and meraban dalam blog kesayangan ni. Semakin hari jugak, semakin bersawang blog aku ni and semakin kurang orang yang datang dekat blog yang sememangnya tak ada unsur-unsur ilmiah langsung. Nak cakap macam mana eh? Semangat nak update blog tuh memang ada, tapi selalunya lepas balik kerja je, tolong mak apa yang patut untuk berbuka, buka puasa kejap, then mandi terus aku boomm atas katil. Bukak laptop, facebook and blog, terus tidur. Kesian tau ! Setiap hari laptop pandang aku tidur and setiap hari jugak, habit aku ni menyumbang kepada kenaikkan bil elektrik. Kenapa eh ?

So disebabkan tak nak kekalkan habit yang tak senonoh tuh, sekarang aku merajinkan diri untuk merepek, melalut and etc.  ( Actually aku tulis etc sebab malas nak taip panjang-panjang. Hahaha ) Lepas dah plan baik punya nak buka puasa dekat luar, aku dengan bestfriend aku pun setuju nak buka puasa time dia offday. Even aku dengan bestfriend aku ni kerja satu hotel, kitorang ni payah bebenor lah nak jumpa. Yelah aku ni kerja betul-betul ikut office hour, bestfriend aku pulak ikut shift. Kadang-kadang tuh, aku dah nak balik kerja, dia baru nak masuk kerja. Memang payahlah nak sama waktu kerja ni.

So lepas dah plan punya plan, bestfriend aku ni ajak nak makan dekat Johny’s. Nak main masak-masak katanya. Aku layankan je lah sebab yang buka puasanya dia. Aku tak boleh puasa sebab tengah ehem ehem. Hehehe ! Tapi disebabkan terpaksa tunggu aku balik kerja, sampai-sampai je dekat Johny’s, semua dah full house. Yelah mana taknya, sampai sana pun dah pukul 6.40 petang. Aku tak kisah sangat semua tempat full house tapi kesian dekat bestfriend aku ni lah. Last-last kitorang decide nak makan dekat Johny’s pukul 8. Sambil-sambil tuh merayau dulu cari air. Tapi aku tak cari air pun, aku cari benda alah bawah ni:-

Dalindareen7345

Taddaaaa ! Wafer jem strawberry + coklat. Memang marvelous gile ! Disebabkan bestfriend aku ni satu benda pun tak makan lagi, just air je yang diminumnya. Aku pun dengan baik hati share lah benda alah ni dengan dia. Selalunya kan, kalau bab-bab wafer ni, aku memang kedekut sikit. Sedap kot !

Dalindareen7350

Tu dia bestfriend aku ! Tengah mencari-cari tempat makan yang kosong dari pandangan atas. Masa ni dah pukul 8 kot tapi serius, orang tak berganjak langsung dari restoran tuh. Lama gile kan melantak. Aku yang tunggu pulak naik fedup. Aiishhh. Entah apa-apa kan tiba-tiba nak marah, padahal aku yang lembab nak siap tadi. Kuikui.

Then dalam pukul 8.15 malam macam tuh, Johny’s dah ansur-ansur kosong tapi orang yang tunggu turn dekat luar tuh pulak melambak-lambak beratur. Nak tak nak, aku dengan bestfriend aku ni pun ikut beratur sama. Alhamdulillah kitorang cepat dapat tempat and makanan pun cepat sampai. Hehehehe ! Gumbira gumbira !

Dalindareen7351

Dekat Johny’s ni, aku dengan bestfriend aku just order steambot untuk 2 orang. Lepas tuh add on lagi bbq chicken yang macam dalam gambar atas ni. Serius wei ! Kalau korang pergi makan dekat Johny’s, try lah order bbq chicken ni. Memang sedap gile lah ! Sampai sekarang aku ingat macam mana rasa dia tau. Tak tahulah kenapa tamak sangat time ni, aku pergi add on lagi banana split. Hahahaha memang tamak time ni.

Dalindareen7355

Masa ni aku tengah khusyuk meratah bbq chicken tuh. Bestfriend aku pulak suka sangat tangkap gambar time aku buat muka tak senonoh. Dahlah dengan tak mekapnya. Memang saja nak cari pasal dengan aku lah kan !

Dalindareen7356

Yeahhh ! Proses masak-masak dah start. Boleh dikatakan bestfriend aku je yang dok campak-campak makanan dalam periuk ni. Aku tolong tengok and makan je. Malas aku nak menggodek-godek periuk tuh.

Dalindareen7357

Memang makanan dekat sini semuanya sedap-sedap tau. lagi-lagi tang sos dia tuh. Aku rasa macam nak tanya je akak yang kerja dekat situ. Macam mana ehh dia buat sos ni ? Sedap je aku rasa. Lain macam tau sedap nya. Huhuhu !

So far, makan Johny’s ni memang berbaloi sangat-sangat sebab sampai ke esok nya kau akan rasa kenyang je. Maybe sebab benda alah ni semua rebus-rebus, tuh yang rasa kenyang je sebab banyak air masuk. Tapi apa-apa pun memang sedap.

Uwaaaa ! Besok hari busy sedunia dah start, dahlah kerja aku hari Jumaat hari tuh tak siap lagi. Masaklah aku nak buat kerja dekat ofis esok. Oklah nak siap-siap sediakan bahan untuk masak petang ni. Ada masa aku update lagi.

Bebbboii !

8 comments:

Anonymous said...

wahh bestnye areen..huwaaaa

Azreen Zunairah said...

ecah sabo ehh..ko tuh pose...hahahaha

damha said...

lamanya reen x wat entry baru...
saya selalu ronda2 kat blog reen nie...
beshnyer buka posa dgn steamboat bersama sidia tu...he333...

Azreen Zunairah said...

damha: x da idea nak tulis apa...bg idea sikit...hehehehe

damha said...

reen wat citer
ttg kenangan manis
sewaktu hari raya
masa kecik2 dulu
he33...*_*

damha said...

slm aidilfitri reen...
slmt hari raya...
maaf zahir batin ye reen...
moga2 reen gembira n ceria2 selalu
disamping keluarga n teman2...*_*

Cho Zila said...

lama gilos tak makan kat johny's.... selalu dulu makan kat summit...

Azreen Zunairah said...

cho zila: sedap kan..tiba2 teringin nak mkn johny's balik..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...