Sunday, August 28, 2011

Nak dapat duit punyalah susah. Tapi bab menghabiskan duit memang senang. Ni semua sebab raya punya pasal ! Hehehe

Assalammualaikum !

Sekarang ni kalau perasan lah kan. Aku update blog mesti setiap hari sabtu or ahad. Nak buat macam mana kan. Masa dua hari ni je aku cuti dari segala kerja. Alah hari-hari biasa tuh bukan tak online, just letih dia lain macam and selalunya laptop tuh aku on sampai pagi. Setiap kali bangun sahur je, mesti kena marah dengan mak aku sebab tak off laptop. Pagi lepas sahur tuhlah baru nak concentrate online. Kesiannya lah aku kan. Broadband walau tak guna macam mana pun still kena bayar tiap-tiap bulan.

Boleh dikatakan bulan puasa ni macam-macam dugaan yang datang. Dengan kereta yang hari-hari aku bawak pergi kerja tuh rosak, dengan kipas kat rumah lah rosak. Macam tau-tau je gaji aku nak keluar. Tapi nak buat macam mana kan. Tuh semua dugaan bulan puasa so kita terima and layan kan je. Even kepala dok pening memikirkan mana nak cekau duit untuk beli baju raya, tudung raya, repair kereta lagi. Dugaan ohh dugaan.

So kita stop pasal benda-benda sedih ni, raya tahun ni aku rasa macam lain macam sikit sebab aku dah kerja and benda ni membuatkan aku macam tak layak je nak dapat duit raya. Tapi apa aku kisah. Aku still nak dapatkan duit raya jugak. Wei ! Aku tak kahwin lagi kot so masih layak untuk dapat duit raya ok. Nak tahu sebab apa aku nak duit raya sangat-sangat ? Sebab duit gaji aku semua dah dihabiskan untuk raya ni. Menangis sambil duduk tepi tangga aku jadinya.

Ni semua sebab shopping yang tak hengat dunia punya pasal tadi lah. Sedar-sedar duit dah tak ada dalam wallet. Terpaksa lah aku main cucuk-cucuk dekat mesin atm. Mengeluarkan saki baki duit gaji aku. Sob sob !

Dalindareen7365

Masa ni duit still ada lagi dalam wallet so masih senang hati untuk tangkap gambar dengan adik. Nak pergi shopping dengan bestfriend aku tak boleh pulak sebab dia kerja hari ni. So penyudahnya, hanya keluar dengan adik-adik and emak yang tercinta. Serius masa tengah siap-siap untuk keluar ni, aku rasa macam kekok je pegang barang mekap. Sebab dah lama gile kot aku tak pegang barang-barang mekap aku semua tuh. Pergi kerja pun just calitkan sikit vaseline. Then tak ada nak tempek apa-apa lagi dekat muka. Lantaklah orang nak cakap selekeh ke apa, yang penting aku tak kacau orang. Huhuhu !

Bila dah shopping-shopping tuh kan, dengan secara tiba-tiba ternampak satu benda alah yang comel and warna-warni. Disebabkan nak rasa punya pasal, aku pun rembatlah satu benda alah bawah ni.

Dalindareen7375

Jangan salah paham ok ! Aku makan time buka puasa tau. Seriously macaroon ni memang manis nak mampos. Aku makan benda alah ni pun kejap-kejap aku minum air masak. Memang ngilu lah gigi aku sebab rasa dia manis sangat. Sedap memang sedap tapi manis dia tuh buatkan aku tak minat sangat macaroon ni. Aku pun pelik macam mana orang boleh minat gila-gila nak makan macaroon ni. Sekarang pun still ada lagi tercongok macaroon ni dekat dapur tuh hah. Hati aku tak terbuka lagi nak makan benda manis-manis ni. Dahlah mahal gile benda alah ni, nasib baiklah kau comel macaroon oiit !

Disebabkan dah penat sangat shopping dari pagi sampai ke petang, aku dengan mak aku dah malas nak masak untuk berbuka. Last-last mak aku decide nak buka puasa dekat luar je.

Dalindareen7373

Bihun sup aku tawar sangat tau. Tak apalah disebabkan bulan puasa, so dimaafkan lah. Huhuhu ! So now aku memang rasa lapar sangat-sangat sebab tak ada selera nak makan bihun sup yang aku beli tadi.

Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku merepek dari tadi sebab sekarang ni memang aku ngantok and penat sangat-sangat. So mahu pergi tidur dulu.

Bebbboiii !

11 comments:

Taufan Bin Ribut said...

duit tu pandai2 lah ye jimat.nak cari memang susah.habeskan senang je ^_^

Entri Terkini : Duit raya RM100 Dari aku.Sape nak meh sini!!!

Entri terdahulu :  Tips berjimat ketika di hari raya #apeponboleh

Azreen Zunairah said...

taufan: tuh lah pasal kan..sabar je lah..

Mr.NS said...

kje mn skunk?

Azreen Zunairah said...

keja kat hotel tmpt li dulu...hehehehe

damha said...

slmt hari raye reen maaf zahir batin ye,...raye mane tahun nie...

Azreen Zunairah said...

raya dekat kuala pilah n9 je damha..nak raya mana lagi..awak raya mana plak?

damha said...

saya raye kat penang la.....reen dok bakar lemang ka tu....he333*_*

Azreen Zunairah said...

damha: xpon..dok tgk jaaa...haha..

Anonymous said...

damha...
wahh syoknyer saya tengok reen dok beraya tu...reen ade main mercun bola ka...*_*

fiDooo said...

sekali sekala bagi ganjaran kat diri xpe lah kan :D

Jemput ke: Adil ke tak? || kisah kambing tapi ?

Mr. J said...

hi, seremban blogger. area mane? i sarawak blogger duk seremban 2. salam kenal blog.

www.pengeRindu.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...