Thursday, May 12, 2011

Lauk makanan tengah hari aku hari ni ! Sedap gile wei. Huhuhu !

Assalammualaikum !

Serius otak aku rasa macam mengong-mengong sikit hari ni. Yelah mana tak nya. Aku dok mengadap tengok drama Korea yang tajuk ehh Pasta tuh dari pukul sebelas malam sampailah pukul tujuh pagi. Huahuahua. Gile tak gile aku ni. Lepas tuh aku tidur kejap and bangun pukul sepuluh setengah pagi. Hoi ! Anak dara apa ni hah. So dengan menguatkan segala semangat yang ada dalam diri aku ni, aku pun bangunlah mandi and basuh pinggan bagai.

Yang best nya hari ni, mak aku nak masak ayam kurma so dah jadi tugas anak dara pemalas macam aku ni untuk bersihkan ayam, sediakan segala bahan untuk mak aku masak. Gile jugak otak aku tadi masa tengah bersihkan ayam dekat sinki sebab tak cukup tidur. Sampaikan masa nak sediakan bahan untuk ayam kurma, punyalah banyak bawang merah aku dok potong. Yang tang halia pulak, dari saiz dia punya lah besar, aku dok kupas kulit dia sampailah jadi secoit je. So boleh bayangkan betapa tebalnya kulit halia tuh aku dok buang. Adoi parah bebeno dah ni.

Tapi disebabkan semangat nak update belog yang tak semenggah tuh hari ni, mehh lah sini aku nak tunjuk lauk-lauk yang mak aku dah masak. Saja gatal-gatal tangan. Hei ! Aku pun ada masak sikit jugak tau. Tapi masak sayur je lah. Kalau bakal mak mentua aku baca belog aku ni kan, mesti dia bangga gile dengan aku kan. Yelah sebab pandai masak sayur. Hahahaha boleh? Dahlah jangan buang masa. Jom tengok lauk-pauk yang memang menyelerakan sampai tersedut-sedut air liur kau yang meleleh tuh. Hahaha.

Dalindareen7087

See see lauk ayam kurma yang mak aku masak. Sedapkan. Aku tak makan lagi pun aku tahu memang rasa dia sedap. Sebab masakan siapa lagi yang akan jadi paling sedap kalau bukan mak kita kan. Korang nampak tak dekat tang leher ayam tuh ? See punyalah otak aku mengong nak mampus, sampaiken leher ayam yang sepanjang-panjang tuh pun aku tak potong. Tapi tak apalah kot. Tak nampak cacat pun. Cantik je aku nampak. Hahaha !

Dalindareen7089

Hah ! Tuh dia !!! Dah kata lauk hari ni berasaskan ayam kan, maka wajiblah aku masak sayur kacang panjang ni dengan ayam jugak. Tapi buat style ayam goreng kunyit lah. See ! Jangan nak pandang aku sebelah mata tau. Walaupun aku anak dara pemalas tapi bab masak sayur, aku champion tau. Hahaha boleh ? Kekwat nak mampos aku ni kan !

Dalindareen7093

So ini sahajalah lauk makan tengah hari aku hari ni. Yang sambal dengan masak lemak dekat bawah tuh, tuh lauk mak aku. Favourite katanya. Yelah mak ! Masak lemak petai dengan sambal jering, memang favourite mak lah kan. Adoii ! Kalau aku, macam kurang suka sikitlah. Hehehehe. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

13 comments:

aza said...

sedapnya...
:D

cik ayin said...

sedap

Azreen Zunairah said...

aza: jemput2 makan..hehehehe

Azreen Zunairah said...

cik ayin: memang sedap pon..hehehehe

damha said...

fuyooo..terliurnya saya bila dok tenung2 masakan tu...kacang panjang goreng tu pun rasa2nya mcm sedap juga...he333..itu baru rasa2...belom mkn lg...he333

damha said...

sedapnya saya nampak kacang panjang goreng tu....he3333

Azreen Zunairah said...

damha:memang sedap pon..damha awak sapa ehh..huhuhu

syahnabil@duitcyber said...

Waaahhh...menyelerakan...

Azreen Zunairah said...

syahnabil:sedap tau..hehehehe

damha said...

saya org penang...saya suka baca cara awak tulis dlm blog ni...damha tu nama pena saya...nama sebenar saya kena terbalikan nama tu...he3333

Azreen Zunairah said...

ohh ye ke...suka baca sebab apa ehhh..nak tau boleh??? huhuhu

damha said...

saya suka baca cara awak membebel n berceloteh dgn gaya bahasa yg bersahaja n mencuit hati kecil saya....intonasi penceritaan awak pada satu situasi yg kadang2 melucukan n menceriakan...ditambah pula dgn pic2 yg menarik utk tatapan sesuai dgn tajuk blog....teruskan berkarya dlm blogger ni ye...he3333...moga success selalu...

Azreen Zunairah said...

damha: hehehehe time kasihlah yooo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...