Saturday, March 26, 2011

Perkara yang akan dibuat apabila jawapan untuk assignment tak ditemui ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Aduhai rimasnya bila hingus ni asyik meleleh dan meleleh lagi. Dengan tekak gatal nak mampos. Rasa macam nak cabut anak tekak ni then main kuci-kuci or geletek-geletek dengan dia. Bila dah puas main kuci-kuci kita masukkan balik dalam mulut. Motif !

Sebenarnya aku baru nak start buat assignment selepas terbengkalai petang semalam. Start pun lepas mak aku telefon untuk tanya dekat aku yang aku nak buku MUET rujukan atau latihan sahaja. Last-last dalam keadaan mengantuk, aku jawablah nak dua-dua. Bangun-bangun je tidur aku semangat lah nak start balik buat assignment aku yang tertangguh semalam. Bila dah start je pegang pen, aku dah tak tahu nak tulis apa. So mehh sini aku list kan perkara-perkara yang akan aku buat bila jawapan untuk assignment tak dapat. Antaranya ialah :-

Melukis

Dalindareen6751

Seriously, aku memang tak pandai melukis langsung. Ayah, emak and adik-adik aku semuanya pandai melukis. Bila sampai dekat aku je, terus tak pandai melukis. Rasa macam anak pugut pun ada jugak bila tengok satu family dok lukis-lukis gambar. Aku hanya mampu pandang je. So bila tangan yang tak bedung ni melukis or menulis, macam dalam gambar atas tuh lah jadinya. Tuh pun baru tadi aku buat sebab aku tak tahu nak tulis jawapan apa dekat A4 paper tuh. Jangan main-main tau assignment aku kali ni kena 100 percent handwriting. Memang azab sikitlah. Tak boleh nak copy paste. Ouuuppss !

Makan dan makan lagi !

Dalindareen2950

Nampak sangat pembohong, penipu, pengauta, dan macam-macam lagi bila letak gambar makan sushi ni. Ada pulak dalam bilik aku ni sushi kan. Biskut lemak dengan roti gardenia adalah. Tapi memang tuhlah kerja aku kalau tak dapat jawapan. Asyik nak mengunyah je. Alah kau Areen, time tak buat assignment pun kerja kau asyik nak mengunyah je kan ! Ok fine. Memang aku kuat makan and sebab tuh badan aku tembam nak mampus dah.

Bila tengok gambar dekat atas ni, serius aku rindu nak makan sushi. Tapi disebabkan lah aku ni diet so sushi, nasi, or whatsoever memang dilarang keras dalam hidup aku ni. Ahh sedapnya.

Menyanyi and melalak bila dengar radio dekat handphone !

Ni lagi satu hal ! Memang aku suka nak buat. Lantaklah oang nak marah ke apa. Apa aku peduli kan. Yang penting aku still dalam bilik aku lagi. Aku rasa dengan cara ni je aku boleh hilangkan tension aku yang nak macam nak mampos ni. Yelah kau bayangkanlah. Duduk sorang-sorang dalam bilik sebab roommate kau balik. Then bila nak duduk luar tak ada apa-apa cerita yang menarik. Lepas tuh bila nak buat assignment, jawapan pulak tak dapat. Kau tension tak ! Wah emosi aku ni.

So far tuh je lah yang aku nak share hari ni. Masa mula-mula tadi idea mencurah-curah keluar. Bila dah nak sampai akhir-akhir ni. Terus idea hilang. Tension lagi. Ahhhhhh !

Oklah bebboiii !

4 comments:

AISHA INANI said...

i will do the same too!
cuma aku tak reti melukis, and i dont care bout eat,
menyanyi??? sukaaa gilaaa!
tp sumpah la suara macam katak! hahaha

Azreen Zunairah said...

aisha: hahahahaha kita sama ehh..memang gile lah....welcome to the club...huhuhu

misz molecule said...

baru nak suggest copy n paste..


tp dah tercatat di situ tak boleh.huha..

memang merana

Azreen Zunairah said...

tuhlah...kalau bleh copy paste da lama reen buat...hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...