Saturday, March 26, 2011

Apa !! Tarikh exam MUET aku lagi dua minggu saja lagi.

Assalammualaikum !

Apasal lah aku ni pemalas sangat eh ! Mood nak update belog asyik tak ada je padahal idea dalam otak ni, macam-macam yang nak dikeluarkan tau. Selalunya macam tuh lah tau. Bila malas nak update belog. Ada je idea yang mencurah-curah keluar. Bila dah ada mood rajin nak update, baru je nak taip Assalammualaikum, terus idea tak ada. Padam balik word Assalammualaikum tuh then tekan pangkah kat atas tuh. Actually aku still dalam mood yang amat ketakutan. Semuanya sebab aku dah tahu tarikh yang exactly bila aku akan ambil exam Muet !

Untitled

See see ! Selepas ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi. Kira-kira dalam masa 2 minggu lagi aku akan ambil exam Muet tuh. Memang tension wei. Alah rilekslah, baru exam MUET kan. Dulu time SPM boleh jek kau jawab. Hello ! Dulu time SPM boleh lah aku target A1 and terus dapat apa yang aku target sebab dah buat preparation awal-awal. Ni yang MUET ni, dah lah dengan buku pun aku tak ada. Ada hati nak dapat cemerlang kan. Jangan kan Band 6 aku tak dapat. Segala band Indon, band Melayu, band Sungai Golok aku tak akan dapat.

Serius wei ! Aku tak master apa-apa lagi untuk Muet ni. Lagi-lagilah speaking tuh. Dahlah masa nak speaking tuh dia bagi 2 minit je untuk cakap. Karang aku kejap-kejap urrmmm Aaaaa. Dah habis 2 minit aku tuh kan ! Adoii tolong lah aku wei. Sorilah aku update entry ni dalam keadaan risau yang teramat sangat. So memang tak fun lah cerita aku kali ini. Sori tau ! So marilah kita tempek muka yang still dalam mood kerisauan.

Dalindareen6622

Penipu  pembohong kan ! Mana ada muka risau kan. Sori lah still in the mood nak pakai baju warna merah. Tak nak lah aku tempek gambar aku yang tengah risau ni. Karang ada jugak yang seriau tak dapat tidur malam-malam bila tengok muka aku. Oklah kalau aku rajin karang. Aku update lah lagi. Tuh pun kalau aku rajin ! Huhuhuhu

Bebbboiii !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...