Monday, March 28, 2011

Macam mana aku boleh dapatkan muka yang tak berjerawat satu ketika dahulu ?? Sebenanya tak adalah licin mana pun !

Assalammualaikum !

Tadi masa aku tengah syok-syok godek semua belog orang yang aku follow, aku terbaca lah satu belog yang memang famous amos ni. Bukan terbaca sebenarnya, tapi memang aku nak baca pun. Entah lah even ramai orang yang kejap tak puas hati, kejap tak suka dengan blogger ni. Tapi aku still suka dengan cara penyampaian dia dekat belog sebab cara dia tulis tuh memang sempoi habis. So bila dia publish entry pasal duit nuffnang dia yang berkepuk-kepuk, lagi lah perasaan aku meluap-luap nak baca. So kepada sesiapa yang nak baca boleh kelik * SiNi * ok ! Memang banyak gile duit dia. Bukan beratus-ratus okey ! Tapi beribu-ribu. Jangan main-main ! Dengan secara tiba-tiba perasaan jealous tuh timbul.

Ok enough ! Kalau melalut and meraban bagi kat kau Areen ! Hambek semua. Motif nak emosi kan. Sebenarnya aku tension sebab esok aku kena mengadap test yang banyak gile. Selalunya macam ni lah kan. Bila final exam dah makin dekat. Semua test, kuiz nak buat dalam satu masa. Kalau boleh dalam sehari tuh semua subjek nak buat kuiz and test. Ahhh boleh gile jadinya. Aisshh tak baik jadi gile nanti tak dapat nak cantik-cantik lagi. Motif sekali lagi !

Cerita pasal nak jadi cantik ni. Boleh dikatakan semua orang suka nak jadi cantik kan. Even aku sendiri pun suka tengok perempuan cantik, barang yang cantik, and apa-apalah yang cantik-cantik. Aku nak jadi cantik sebabnya aku nak jadi lebih confident dengan hidup aku ni. Boleh dikatakan macam-macam produk aku try untuk nampak cantik. And so far ada produk yang menjadi, ada jugak produk yang menjahanamkan kulit aku. Buat masa ni, just produk kurus je lah yang memang asyik tak berjaya je. Bukan tak ada hasil langsung. Memang ada tapi bila dah ada hasil, aku mulalah makan banyak-banyak. So tembam lah aku balik.

So mehh sini aku nak share macam mana dulunya kulit aku yang penuh dengan jerawat batu, nanah sana sini, parut yang tak boleh hilang. Kiranya semua lengkap lah satu pakej. Aku dulu memang seorang yang tak suka sangat nak jaga penampilan diri. Emak aku dok bebel suruh aku pakai lawa-lawa. Aku boleh selamba dek je duduk depan tv ratah ikan goreng. Tapi bila aku dah start masuk form one and terpaksa duduk sekolah berasrama pulak tuh. Aku dah pandai nak pakai macam-macam produk. Sebab sekolah asrama kot wei ! Nanti abang-abang handsome tak pandang kat kau, kau jugak yang kecil hati kan.

Dulu disebabkan taksub nak kurus and nak jadi cantik, memang macam-macam benda lah aku buat. Salah satunya aku aktif netball. Memang serius kurus badan aku. Tak silap aku, 45 kilogram kot berat aku. Sekarang tak payah cakaplah. Memang gedabak habis dah badan aku. Tak payah nak dolak dalih lagi. Then untuk licinkan kulit aku ni, aku ada amalkan makan satu buah yang memang aku tak suka. Apa lagi kalau bukan buah belimbing.

belimbing

Serius aku memang tak suka buah ni. Tapi disebabkan nak jadi cantik punya pasal, aku paksa tekak aku ni untuk telan buah ni. Masa tuh kalau tak silap aku, aku nampak petua ni dekat majalah Keluarga mak aku kot. Hahahaha ! Petua dia cakap lebih kurang macam ni lah. Buah belimbing boleh melicinkan kulit dan mengurangkan lemak di dalam badan. So aku apa lagi, pergilah borong buah belimbing ni. Dari makan mentah-mentah sampailah aku buat jus belimbing. Memang aku paksa diri aku untuk makan buah tuh.

JusBelimbingBesi

Cara dia senang je kalau nak buat jus. Korang just blend and tambah air sikit. Jangan tambah gula ok. Nanti tak jadi lemak-lemak dalam badan kau tuh keluar. Masa tuh boleh dikatakan badan aku memang kurus gile. Lepas tuh kalau nak licinkan kulit, korang makan lah buah ni mentah-mentah. Kiranya dah siap potong, terus korang makan. Rasa dia maybe tak best sangat kot. Ada orang dia boleh terima rasa buah belimbing ni. Tapi bagi aku, aku lebih rela makan buah yang pahit-pahit dari makan belimbing.

clean and clear fairness

Lepas tuh, masa tuhkan memang hot jenama clean & clear ni. Dengan-dengan aku terpengaruh dengan iklan dekat tv and dok sibuk-sibuk nak beli jugak produk ni. Yelah, karang kalau tak beli orang cakap ketinggalan zaman pulak. Masa tuh aku beli yang botol warna coklat and warna putih macam dekat atas ni. Alhamdulillah produk ni memang sesuai sangat dengan kulit aku and jerawat aku yang bernanah-nanah tuh beransur-ansur hilang. Punyalah suka gile time tuh. Yelah dengan badan yang kurus then muka yang licin. Memang time tuh aku rasa student yang paling hot dekat sekolah tuh. Boleh ? Hahahaha !

Buat adik-adik or sesiapa lah yang nak kulit licin berseri, aku syorkan korang pakailah produk ni. And jangan lupa selang selikan makan buah belimbing. Memang shining gile kulit kau nanti. Sekarang aku dah tak rajin nak buat benda tuh semua. Sebab tuh badan aku gedebab sangat dah. Produk clean & clear pun aku dah tak pakai dah. Aku try pakai Safi Rania Gold. Tuh pun sebab nak kulit putih. Memang lama gile aku pakai clean & clear tuh. Kiranya dari darjah enam sampailah aku form five. So boleh bayangkan betapa lamanya kan sampai aku pun naik boring. Sekarang pun aku tengok harga dia makin mahal and botol pun makin kecil.

Dalindareen6372

Alhamdulillah even muka aku tak licin macam dulu, tapi jerawat susah nak menempel dekat kulit aku ni. Hehehehe. Saja je nak tempek muka aku yang innocent ni. Boleh ?

Oklah bebboiii !

2 comments:

Mamachia said...

cantik kulit...penjagaan juga pentingkan..

Azreen Zunairah said...

thx kak....huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...