Wednesday, March 30, 2011

Apa fungsi Question dekat Facebook tuh hah ? Aku tak pahamlah !

Assalammualaikum !

Selamat pagi semua ! Gile betol aku. Dari semalam kerja aku asyik nak printscreen je. Sampaikan semua gambar orang aku nak save then semua page belog aku nak printscreen. Oupss ! Jangan salah anggap ok. Aku printscreen belog orang bukan sebab nak copy paste korang punya entry. Tapi nak cari ilham untuk buat header belog sorang kawan aku ni. Tak adalah aku nak tiru bulat-bulat just nak cari ilham je.

Bila semalam dok godek-godek facebook ni. Aku perasan ada satu application yang kalau dekat tempat kita nak update status tuh dia akan tulis Question. Benda ni actually dah lama dah pun and honestly sampai sekarang aku tak faham apa kah benda alah ni. Aku ada jugak try klik-klik dekat semua soalan-soalan yang dia bagi tuh. Tapi tak ada kesan pun dekat aku sebab aku tak rasa gembira, excited or whatsoever bila buat benda alah Question tuh. Boleh ? Hahaha. Apa kejadah nya yang kau cakap ni Areen oit ! Yelah mehh sini aku nak tunjuk.

aa

Hah ! Yang ni dia tengah tanya pasal kau ni pengguna line apa. Apa motif ehh Facebook buat benda macam ni. Aku dah main klik klik dah. Tapi aku still tak rasa gumbira. Kenapa ehh ?

zz

Ni pun sama jugak macam soalan yang atas. Just bilangan pengguna dia lain. Actually banyak lagi soalan-soalan yang dia bagi. Tapi aku malas nak buat lah. Tengoklah nanti kalau aku betul-betul dah tak ada korje nak buat. Aku mainlah klik klik kat benda alah seekor ni. Nasib baik dah ada benda yang buat aku happy and tergelak awal-awal pagi. Nak tahu apa dia? Mehh sini aku tunjukkan. Jeng jeng jeng .

198035_10150221933237786_527967785_9261282_2822968_n

Ni lecturer aku yang sengal punya korje ! Encik Taufiq nama nya. Dia memang suka sakat aku dengan bff aku yang lain. Aku tahulah produk inovasi hari tuh aku buat pumpkin ice cream. Ni mesti lecturer aku ni geram sebab aku tak bagi dia rasa. Hari tuh ada jugak dia merungut-rungut kat aku. Tanya aku “ Mana aiskrim awak ? Tak bagi saya rasa pun !” Lepas dia dah upload gambar ni dekat facebook dia. Boleh ke dia tagged nya semua kawan-kawan aku. Encik Taufiq ni memang tau ! Kita bakor je. Kita bakor ! Erkkk motif.

Oklah perut aku pun dah kenyang dok melahap roti tiga keping tadi. So aku nak pergi study lah. Petang ni aku ada test English. Doakan aku dapat buat ehh kawan-kawan !

Oklah bebboooi !

2 comments:

gabanMorka said...

fungsi dia sama mcm poke la:
fungsi yg sungguh tak diperlukan

Azreen Zunairah said...

gaban: ohhh ye ke....haah..kadang2 reen pun rasa benda ni tak diperlukan pon..huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...