Thursday, August 21, 2014
Kemalasan melanda.
Tuesday, August 5, 2014
Kehidupan sekarang !
Thursday, July 31, 2014
Dah lama tak update cerita pasal diri sendiri.
Assalammualaikum.
Ok fine sekarang hingus tengah meleleh-leleh and telinga pun dah sakit sebab batuk kuat-kuat. Sesuatu sangat kan tetibe je nak bagitau yang sekarang ni aku tengah sakit-sakit kan. Alasan nak mc sebenarnya tuh. Uwaaa esok nak kerja dah. Lepas tuh sabtu ahad cuti balik. Esok mesti aku rushing buat kerja. Yelah kalau boleh tak nak lah perasaan aku jadi tak tenteram je bila sabtu ahad ni. Yang paling penting tak nak ada call call yang tak diperlukan ganggu cuti sabtu ahad aku nanti. Macam aku tak tahu kan ! Ok stop pasal kerja kat sini.
Ok sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Harap diampunkan segala kesilapan yang pernah aku buat sepanjang aku dalam dunia blog ni. Salam kosong kosong ye ! Eleh nak tiru Astro letewww. Mihmihmih. Ok cerita pasal raya aku tahun ni, tak ada beza pun dengan hari-hari yang biasa cuma masa puasa hari tuh, malam-malam aku terisi dengan aktiviti beriadah kaki dekat bazar Senawang and Ampangan, Seremban. Sesiapa yang duduk dekat Seremban tuh tahulah bazar-bazar ni macam mana. Macam biasalah kan, jual baju raya, kuih raya, monopod, air botol long chan, bunga api mercun and macam-macam lagilah. Tapi yang paling best lah kan, aku rasa tahun ni lah tiap-tiap malam aku pergi merayap kat bazar-bazar ni semua dengan mak iolls tau.Yang peliknya aku yang beria sakit kaki, mak aku tak ada pulak sakit kaki. Ok ni memang dah terbalik.
Then raya ni decide nak balik one day before raya, selalunya mesti dua hari sebelum wajib balik kampung. So bertungkus-lumus lah emak aku masak rendang dengan kuah kacang siap-siap. Jalan nak balik kampung aku dekat Kuala Pilah pun clean and clear je tau. Tak ada jammed langsung. Yelah kan oang ramai dah balik awal kan. Bajet-bajet lambat sampailah kan dekat kampung sampai letak kurma dalam handbag, yelah ingat kan jammed sampai tak sempat sampai sebelum waktu berbuka, tapi tengok-tengok 20 minit je masa yang di ambil untuk balik kampung. Haaa dekat kan ! Malam raya tuh pulak teringin nak minum milo ais mamak. Orang nak raya patutnya teringin nak makan nasi himpit ngan kuah kacang ke, lemang ke, rendang ke. Tapi tekak ni teringin sangat nak minum milo yang mamak buatkan. Entah apa yang dimandremnya entah.
Haaa nampak tak tangan mamak tuh hantar milo ais kitorang. Huhuhu ! Hensem dah adik aku sorang ni. Sebijik rupa ayah aku. Disebabkan milo mamak ni jugaklah, malam tuh yang aku start batuk-batuk demam whatsoever lah. Sampailah sekarang. Wuwuwuwuwu macam nak mc je esok. Alasan sangat. Huahuahuahua !
Di pagi raya, terkenang daku kepada si dia. Ehh tiba-tiba sangat. Masa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam pun datang. Pagi-pagi biasalah kan, semua mesti nak peluk cium kan. Mintak maaf then lepas tuh buat balik. Tahun depan raya mintak maaf balik. Lepas tuh mestilah sesi berfotografi and berselfie bagai. Jom nak belanja gambar raya kejap.
Tahun ni dah masuk tahun kedua kitorang raya ada warna tema tau. Before this memang tak pernah langsung tau, semua mesti masing-masing nak warna sendiri. Colour block lah kononnya. Tapi adik aku sorang tuh je lah yang memang tiap-tiap tahun tak nak pakai baju melayu. Aku pun tak tahulah kenapa tau ! Geram pun ada jugak.
Berselfie dengan cousin pulak. Tahun ni raya first tak ramai pun yang ada dekat kampung. So semangat nak selfie pun dah tak ada. Memang tak banyak pun gambar hari raya pertama dalam handphone tau.
Haa sempat lagi kan mak aku cukur janggut ayah aku. Masa ni kitorang nak jalan raya keliling kampung. Tuh yang mak aku cepat-cepat touch up apa yang patut. Huhuhu.
Cerita raya yang kedua pulak lebih kepada berjalan-jalan dekat sekitar Kuala Pilah. Tak da apa-apa yang best pun bagi aku. Biasa je aku rasa. Boleh? Hahaha. Kecik-kecik dulu boleh lah cerita raya lah yang paling best sebab time tuh boleh tidur ramai-ramai dengan saudara, boleh main mercun, boleh keliling kampung kumpul duit raya. Dah besar ni rasa macam malas pulak. Sebenarnya malas tuh lebih kepada memasak and kemas rumah sebenarnya. Huahuahua !
Tengok apa adik aku dah buat dengan monopod aku. Memang kong hajo sangat ! Rosak tengoklah aku kejar kan macam mana. Tuh pun kalau larat nak kejar. Huahuahua. Oklah dah ngantok. Esok nak kerja.
SELAMAT HARI RAYA !
Sunday, March 16, 2014
Memori bertaut kembali.
Assalammualaikum.
Hai semua ! Rasa macam dah lama je tak meluahkan perasaan yang semakin hari semakin kacau bilau ni. Tak tahu lah kacau bilau sebab apa, tapi perempuan kan, paham-paham je lah, hormon selalu je tak consistent kan. Kejap ada rasa nak menangis, sekejap rasa nak tergelak, sekejap rasa nak marah. Semua tuh hormon punya pasal. And day by day rasa sayang terhadap seseorang tuh semakin menebal. Dekat mak ayah and adik-adik lelaki yang super nakal of course lah makin bertambah-tambah. So rasa macam nak share something:-
I love that feeling of being in love, the effect of having butterflies when you wake up in the morning. That is special.
“Jennifer Anniston”
I need You KFC !
Saturday, February 15, 2014
My Engagement Day- Part 4 (Photographer)
Assalammualaikum.
Panasnya petang ni kan and Seremban dah lama sangat tak hujan. Pokok bunga kesayangan mak aku pun makin banyak yang layu. So semangat nak selfie dekat keliling rumah pun layu jugak. Khennn ! Oklah sambung balik part majlis tunang aku. Korang mesti rasa aku ni annoying kan sebab banyak sangat part untuk majlis tunang aku. Baru tunang kot tuh pun nak menunjuk-nunjuk. Astaghfirullahalazim ! Aku tak ada niat pun nak menunjuk-nunjuk, just aku nak share idea-idea yang aku buat untuk majlis pertunangan aku dengan korang semua. Sesiapa yang nak tunang tuh, mesti kadang-kadang blur jugak kan nak buat tema warna apa, nak bagi tetamu jemputan makan apa, nak buat hantaran macam mana, nak mekap macam mana. Kan kan ! Jujur cepat. Macam tuh jugaklah aku dulu. Pantang je tengok handphone mesti Google macam-macam pasal nak buat majlis pertunangan. Paling happy bila ada blog yang sharing macam mana diorang buat majlis tunang diorang from A to Z. Rasa macam bersyukur sangat-sangat and rasa nak peluk cium je orang yang buat blog pasal tunang and bagi idea vevavoomm ! Sambil-sambil tuh aku nak jugak promote orang bertanggungjawab memeriahkan majlis aku. Yeee dakkk ! Tanpa dorang ni semua, aku tak tahulah macam mana nak sempurnakan majlis pertunangan aku ni. Hehehehe.
So untuk part 4 ni pulak aku nak share siapa yang bertanggungjawab capture moment-moment masa majlis ni berjalan. Aku memang banyak gile survey dekat Facebook pasal photographer ni semua. Ada yang gambar dia memang cantik sangat-sangat tapi price dia aku pulak tak mampu. Ada yang harga dia murah sangat-sangat tapi gambar pulak aku tak berapa minat. So entah macam mana satu hari ni, terlintas dekat kepala otak aku ni pasal photographer yang ambilkan gambar untuk wedding one of bff, Hanis Syafiqa, schoolmate aku dulu. So aku pun wassap-wassap lah dengan si Anis ni. Aku tanyalah berapa harga yang dia ambil, lepas tuh aku paksa si Anis wassap semua gambar yang photographer dia ambil. Bila dah belek-belek semua gambar yang Anis bagi tuh, aku terus contact akak photographer ni. Lepas dah nego price dengan dia, so akak ni pun setuju nak bagi price yang aku rasa affordable price lah sebab dia bagi macam-macam gift dekat aku termasuklah free transportation charges. Akak ni tak silap aku duduk dekat Damansara. So korang bayangkan lah dia nak datang Seremban lepas tuh bagi pulak free transportation charges. Tak ke rasa macam, ehh nak book akak lah, nak book akak jugak untuk kita ! Huhuhu over gile kot. Akak photographer yang aku panggil akak Linda ni pun memang cepat sangat mesra dengan orang even kita first time borak dengan dia dalam telefon. Memang aku puas hati sangat-sangat lah kan.
Masa kenduri aku ni, baru lah aku jumpa dia in person dengan suami dia. So this is husband and wife business ok. Tapi yang bestnya, aku tak kekok pun nak posing depan dorang and boleh siap gelak-gelak macam dah lama kenal. Best sangat kak Linda and husband dia. Ok mehh sini aku nak bagi tunjuk contoh-contoh gambar yang dia tangkap untuk majlis pertunangan aku hari tuh :-
Clean and clear takda jerawat hokeyyy ! Yang penting nampak putih. Hahaha.
Bajet-bajet model majalah pengantinlah kan. Huhuhu !
Sukanya tengok budak chebby yang comel ni. Rasa nak gigit je dia.
Pakngah yang baju kotak-kotak tuh wakilkan ayah aku. Hehehe.
Beria-ia makngah and maklang aku tangkap gambarf. Uwan rileks je kan uwann !
Bakal mak mentua saya. Ehh tetibe baik je kan, terus hilang aku kau. Hehehe.
Sesi tangkap gambar perasan+cantik dengan cincin memang wajib ada hokeyyy !
Cincin idaman. Dengar cerita emas tengah murah sekarang dekat Kuala Pilah. Pergi serbu kedai emas dekat Kuala Pilah cepat !!
Orang kuat untuk Candy Buffet. Kak Balqis (kiri) and Bibiey (kanan) .
Nanti kenduri dorang aku pulak yang kena buat. Start sekarang kena cari idea untuk dua orang ni. Belah kanan bulan 5, belah kiri pulak bulan 8. Hehehe.
Kakak office and budak hotel yang baik hati sangat nak datang walaupun kenduri tak seberapa. Hehehehe.
So ni je lah gambar yang aku nak share. Karang aku letak banyak-banyak, korang muntah pulak tengok gambar aku ni kan. Apa yang bagusnya kak Linda dengan husband dia ni kan, dia ada macam-macam idea nak suruh aku dengan tunang posing macam-macam. Siap bawak kertas contoh gambar lagi tuh, nak suruh kitorang ikut. Hehehe. Then Kak Linda and husband dia memang always bagi kata-kata yang positif lepas capture gambar kita orang, contoh nya, ok cantiknya gambar awak Azreen, photogenic nya awak Fazrul. Even aku rasa masa tuh mulut aku macam dah cramp and herot-herot je sebab asyik senyum je. Lepas tuh tunang aku pulak asyik je senyum-senyum sebab Kak Linda and husband dia cakap tunang aku photogenic. Cehhh bangga leteeww! Ohh lupa nak cakap, lokasi penggambaran yang entah apa-apa ni dekat depan rumah aku je. Kononnya nak buat kat taman tasiklah, kat City Park lah, memang tak sempat de ! Jangan nak ngada-ngada sangat lah kan. Kahwin nanti baru buat glamor-glamor. Hehehe.
So sesiapa yang nak gunakan khidmat kak Linda ni boleh lah contact dia dekat Facebook. Dia ada personal Facebook and page photographer dia sendiri. Boleh tekan dekat link yang aku bagi dekat bawah ni ok ! Haaa lagi satu aku lupa nak cakap, servis Kak Linda ni memang tersangat lah tiptop, sebab dia janji nak pos album dalam masa sebulan and dia betul-betul make it true. Sebulan je tau i tunggu uoollss ! So apa lagi, pergi contact and booking dia cepat. Hehehehe ! Klik je dekat bawah ni ok.
Ok bye !
To Be Continue


