Sunday, August 26, 2012

Raya 2012

Assalammualaikum !

Weee ~ Sedar tak sedar hari ni dah 8 syawal dah pun so that’s mean dah seminggu dah pun kita beraya kan. Raya tahun ni bagi aku memang tersangat-sangat best sebab pada umur 22 tahun pun aku still dapat duit raya. Tak banyak pun takpe, asalkan dapat duit raya. Itu yang penting. Kau ado? Huhuhuhu. Aku nak bagitahu awal-awal, entry kali ni memang banyak sikit gambar-gambar yang akan dimasukkan ok. Hehehehe. So jangan lah muak kalau tengok gambar-gambar ni semua ok.

Raya tahun ni aku rasa lagi best sebab aku pergi sembahyang raya dengan cousin-cousin aku yang lain. Sedar tak sedar, masing-masing dah besar dah pun. Rasanya baru semalam kitorang main nyorok-nyorok, korek tanah belakang rumah uwan konon-kononnya ada kubur askar jepun, mandi sama-sama. Oppss ! Cuba kalau sekarang kau try mandi sama-sama, maunya masing-masing menjerit. Tak pun kena pelangkung dengan mak masing-masing. Hehehehe.

Dalindareen9039 Jangan tanya kenapa aku kuning sangat. Sepatutnya aku memang pakai baju warna biru tahun ni tapi disebabkan baju raya tak siap, terpaksalah pakai baju warna lain. Makcik ! Bila baju nak siap ni !

Dalindareen9031Bersama cousin tersayang, Taufik. Dia ni perasan konon-kononnya Fahrin Ahmad lah. Kan ada iklan yang Fahrin Ahmad jadi polis dekat tv tuh kan. Lepas tuh tak habis-habis dok ulang dialog yang Fahrin Ahmad cakap tuh, “ Selamat Hari Raya”. Memang Fahrin Ahmad sangat. Aku tak tahu lah apa masalahnya adik aku dekat belakang tuh.

Dalindareen9050 Balik-balik je sembahyang raya, terus pergi rumah terbuka dekat Istana Seri Menanti. Tahun ni aku rasa macam best sikit lah pergi Istana sebab kitorang semua dapat seat vip sebab apa pun aku tak tahu. Maybe sebab mak cik aku jadi dayang istana kot. Tapi yang penting kau tak payah nak beratur panjang-panjang ambil makanan. Semua dah siap terhidang and ada pelayan. Ehh lupa nak kenalkan yang belah kiri tuh adik aku yang paling comel and istimewa and yang belah kanan tuh pulak cousin aku. Lagi best tahun ni sebab dapat tangkap gambar dengan anak Tuanku. Hensem wei ! Tapi gambar ada dekat cousin aku so tak dapat nak upload dekat sini.

Dalindareen9051 Wahh kuningnya kan ! Asyik-asyik polkadot. Kawan ofis aku si bibiey sampai cakaplah yang dia boring tengok baju-baju aku. Wajib nak ada polkadot. Nak buat macam mana kan, itu semua imej ok !

Dalindareen9064Raya ke dua. Still dalam mood polkadot lagi. Sebenarnya kain baju warna kuning dengan hijau ni dua-dua aku beli dekat nilai 3 dalam waktu dan hari yang sama. Yang warna biru tuh pun sama jugak tapi tak boleh nak tunjuk sebab tak siapkan. Sob sob.

Boleh dikatakan perut aku memang melampau-lampau lah penuhnya. Yelah mana tak nya, first  day raya je nak dekat 8 buah rumah. Sampai senak-senak lah perut aku. Nak baring tak boleh, nak duduk pun tak boleh so bayangkan lah betapa penuhnya perut gua ini.

Raya ke berapa aku tak ingat, kitorang pergi jalan-jalan dekat Temerloh, pahang. Sepanjang jalan nampak orang jual ikan patin je. Tujuan nak pergi sana pun sebab nak melawat adik mak aku yang paling kecik.

Dalindareen9097Ayah dan emak ku tersayang. Aku malas nak join sekali sebab masa ni perut aku dah full gile so takutlah bila da tangkap gambar tuh, ternampak pulak perut yang berlipat-lipat.

Dalindareen9095 Lepas tuh kan, dekat rumah adik mak aku ni ada seekor kucing gedik namanya Baby. Dia ni kan suka sangat melonjak-lonjak dekat orang. Lepas tuh suka pura-pura mati. Orang dah cuak ingatkan dah betul-betul mati, lepas tuh elok je dia golek-golekkan badan dia balik.

Dalindareen9106 Kalau pergi Temerloh tak sah kalau tak singgah Tasik Bera. Cuba try sebut Bera laju. Sila-sila ! Hahahahaha.

Dalindareen9114 Bukti ketembaman semakin berleluasa. Ok next ! Terus scroll ke bawah ok.

Semalam pulak aku baru je meraikan hari kak anis, cousin aku tersayang yang dah menjadi tunangan orang. Untung tau buat kenduri time raya ni, sambil-sambil datang raya, boleh makan lauk kenduri sekali. Hehehe !

Dalindareen9137 Happy engagement kak Anis ku sayang !

Dalindareen9120

Semalam genaplah meter aku dah jadi 2000 kilometer. Sob sob cepatlah kena pergi servis lepas ni. Selamat hari raya kawan-kawan.

Ok bye !

Sunday, August 12, 2012

Tak terfikir pun nak buat macam ni. Pape pun memang comel . Auwww !

Assalammualaikum !

Apa khabar kawan-kawan? Gile gempak kan aku, konon-kononnya hari tu nak update lah kan menu berbuka sepanjang bulan ramadhan ni. Last-last, apa pun tak ada sebab perasaan malas tuh dah menguasai diri.

Oklah, straight to the point, aku nak share satu video yang memang masa mula-mula aku nampak dekat wall facebook aku, aku tak teringin pun nak tengok. Tapi disebabkan, deria pendengaran aku terganggu oleh gelak ketawa emak aku yang sekejap perlahan, sekejap kuat then kadang-kadang mengilai-ngilai membuatkan aku pun nak join jugak tengok sekali video apa yang mak aku dok gelak-gelak. Mehh join sekali mehh tengok video bawah ni.

Actually kalau korang tengok dekat youtube memang melambak-lambak video dari 3 suara ni.

Wahh ! Tak tahulah kenapa, aku memang suka betul tengok muka yang baju merah tuh. Penuh confident ok nyanyi lagu raya tuh. Hahahaha. Seolah-olah dia lah penyanyi yang sebenarnya. Yang baju silver tu pun memang handsome and jambu. Same goes to baju biru tuh, anyonyo cute nya muka dia.

Disebabkan dah terpengaruh punya pasal dengan video ni, hari-hari aku dok replay video ni. Memang tak muaklah. And disebabkan video ni jugak, dengan semangat nya aku masukkan lagu raya ni dalam handphone and jadikan ringtone. Walawei, bebudak 3 suara ni memang bagi pengaruh betul dalam bulan Ramadhan ni.

Maybe aku je kot yang terlambat tengok video ni, sebab dalam family aku pun, aku lah yang paling last tengok video ni. Korang pun mesti cakap aku dah ketinggalan zaman kan sebab baru sekarang terhegeh-hegeh nak cerita pasal video ni. Apa-apa je lah kan. Aku share apa yang aku rasa best.

Ehh esok dah hari Isnin kan, so this week memang busy yang teramat sebab aku kena habiskan semua kerja sebelum pergi bercuti raya. Diharapkan minggu-minggu terakhir ramadhan ni, kita berlumba-lumba beribadah. Amin !

Dalindareen8941 Now, I’m officially dah jadi Uitm student. Tapi bukan full time lah. Just buat part time or Pjj je. Masa pergi register hari tuh, aku tengok masing-masing ada yang bawak anak, ada yang bawak isteri/suami and yang penting semua yang datang tuh bawak kereta besar-besar. Dengan secara tiba-tiba terasa kecil nya diri ni. Takpelah yang penting niat nak belajar tuh. So lepas ni, blog aku maybe akan dipenuhi dengan cerita-cerita pasal aku study. Maybe ok ! Tuh pun kalau aku rajin lah.

Oklah di kesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari mintak maaf kalau ada terkasar bahasa selama aku berblogging ni. Dan aku nak ucapkan selamat menyambut minggu ramadhan terakhir dan Selamat hari raya Aidilfitri. Gila awal kan ucap selamat hari raya, sebab nya memang aku tahu minggu ni aku tak ada masa langsung nak update. Oklah kawan-kawan.

Bebboii !

Monday, July 23, 2012

Juadah berbuka untuk hari ke-3 puasa.

Assalammualaikum !

Quick update from me. Gile advance kan. Terus juadah berbuka puasa untuk hari ke-3 terus. Hari pertama dengan hari kedua tak ada pulak nak letak kan. Nak buat macam mana kan, masa puasa first dengan kedua, aku tak ada mood nak tangkap gambar makanan bagai. Kerja aku asyik tengok gambar makanan je. Lepas tuh jadi lapar. Padan lah muka kan.

Hari ni nasib aku baik sikit sebab after aku solat je, officemate aku, Kak Balqis bagitahu boleh balik pukul 5. Wahh ! Bestnya. Bukan senang nak balik awal sejam ni. Kalau hari biasa mimpilah kan nak balik pukul 5. Selalu je lah balik pukul 6. Time bulan puasa ni je lah merasa nak balik awal sikit. Sampai-sampai je dekat rumah, tolong mak aku masak apa yang patut. So terhasil lah lauk pauk seperti yang di bawah ini.

Dalindareen8874

Yeahh ! Kerabu sotong mak aku yang paling sedap di seanter alam ini. Emak aku buat ni pun sebab request dari adik aku yang paling kecil sekali. Yelah mana tak nya, hari-hari setiap kali pergi bazar ramadhan, mesti nak beli kerabu ni. Kalau dapat banyak tuh tak apa jugak. Ni dahlah harga mahal, tapi dapatnya seciput je. Memang tak berbaloi-baloi. Bila dah buat sendiri ni, haaa ! Ambik kau. Makanlah puas-puas. huhuhuhu ! Lauk yang seterusnya !!

Dalindareen8872

Haaaa ! Cuba teka apa menda alah dalam gambar ni. Ok ye kawan-kawan, untuk makluman, gambar dalam atas ni adalah daging masak berlado. Memang terbaiklah !

Yang lain-lain macam biasalah, mak aku beli kuih sikit-sikit. Oklah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.

Dalindareen8754

Huahua ! Kalau kakak ofis aku tengok gambar ni. Kantoi lah tangkap gambar dekat toilet. Jangan ditegur eyebag dekat bawah mata tuh ok. Aku pun tak tahu lah kenapa, tidur awal ada eyebag, tidur lewat lagi lagilah berleluasa tumbuhnya eyebag tuh. Aiishhh ada tips tak macam mana nak hilangkan eyebag?

Bye !

Saturday, July 21, 2012

Main masak-masak punya hal !

Assalammualaikum !

Haaa ! Sungguh-sungguh tau aku nak update blog yang tercinta ni. Kadang –kadang tuh aku tak paham lah dengan diri aku ni, bila datang semangat nak update, sampai dua tiga entry aku buat. Kalau bila tang tak ada semangat tuh, memang aku biarkan je berbulan-bulan terbiar berhabuk. Nasib kau lah wahai belog sebab dapat tuan yang pemalas macam aku ni.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, adalah akak-akak office aku ni order dekat aku untuk buat besday kek. Mula-mula tuh macam nervous jugak nak buat. Yelaha kalau setakat nak makan saja-saja dengan family aku bolehlah aku buat. Tapi bila ada orang suruh aku buat besday kek. Ketar-ketar jugak jari aku ni. Tapi tak adalah sampai nak pegang mixer pun tak boleh kan. Melampau sangat lah tuh.

So marilah cuci-cuci mata dengan hasil air tangan budak baru belajar ni. Kalau macam ada tercomot sikit tuh, harap dimaafkan eh !

Dalindareen7971

Ok masa ni first time lah aku buat cupcake dengan menggunakan fondant secara serius. Yelah mana tak serius nya. Korang bayangkan lah. Dari pukul 10 malam sampailah 3 pagi aku tak duduk-duduk semata-mata nak siapkan fondant ni punya pasal. Salit pingang kot dok tonggeng-tonggeng buat bentuk macam-macam. Untuk hantaran bertunang kot, bukan saja-saja nak bagi orang kan. Kek ni di order oleh salah seorang kakak office kesayangan aku, Kak Nora and dalam cup tuh moist chocolate cake favorite aku. Aku memang suka letak macam-macam benda yang aku rasa cute, sebab tuh lah macam serabut sikit cupcake aku ni.

Next !

Dalindareen8212

Cupcake lagi ! Tapi ni bukan moist chocolate cake tau. Tapi red velvet cake. Masa ni aku buat untuk besday kakak ofis and bos aku. Masa ni first time kot try buat red velvet cake. Yelah orang lain heboh dok cakap red velvet cake sedap. Aku pun nak try lah buat. Nasib baik lah respon memberansangkan. Alhamdulillah.

Next !

Dalindareen8584

Red velvet cake jugak ! Ni order pertama kali dari kakak office aku, Kak Balqis. Tapi rasa macam takut-takut jugak nak buat sebab buat dalam saiz yang lain kan. Memang comot sangat aku rasa kek yang ni. Harap-harap dimaafkan ehh !

Next !

Dalindareen8799

Masih lagi dalam mood red velvet cake. Order kali kedua dari Kak Balqis. Office mate aku jugak. Time ni try untuk improve kan skill decoration cake. Alhamdulillah tak ada lah nampak comot macam tadi. Hehehe !

Next !

Dalindareen8809

Actually Kak Balqis order 2 biji kek, satu moist chocolate and satu lagi red velvet.Masa ni aku memang tak ada idea nak letak garnishing apa. Last-last aku potong nipis-nipis coklat snickers then tepek satu-satu dekat atas kek tuh. Huhuhu !

Lastly !

Dalindareen8858

Still akak office jugak yang order, Kak Pushppa. Firstly dia request nak red velvet cake. Tapi aku rasa macam tak sempat, so aku suruh dia tukar dengan moist chocolate cake. Alhamdulillah dia suka kek ni sangat-sangat. Sorry cake aku ni memang aku suka letak macam-macam. Kalau boleh semua benda yang cute aku nak letak dekat atas cake tuh.

So far tuh jelah kek yang aku betul-betul master boleh buat. Kalau aku tak buat moist chocolate cake, aku buat red velvet cake. Sekarang ni aku tengah berlatih nak buat rainbow cake and try jugak nak buat pavlova.

Ehhh aku memang obviously suka sangat-sangat dengan benda cute. Dan antaranya adalah benda yang ada corak-corak polkadot. Eeii suka gile kot !

Dalindareen7747

Dah ada muka macam kek and ala-ala cupcake kan. Apa-apa pun selamat berpuasa kawan-kawan and tahniah sebab dah berjaya menjalani ibadah puasa yang pertama. Diharapkan berterusan sampai hari yang terakhir Ramadhan.

Bye !

Setiap gambar ada cerita ! Ehh macam Yuna lah pulak.

Assalammualaikum !

Sekian lama aku tak menconteng-conteng dekat blog yang serabut ni. Tapi alhamdulillah, ada jugak orang yang sudi nak jenguk-jenguk and klik nuffnang aku dekat tepi tu. Terima kasih lah bannyak-banyak ye. Sedar tak sedar, esok kita semua dah start berpuasa kan. So that’s mean lagi beberapa jam je mak aku akan keletung keletang dekat dapur untuk masak apa yang patut untuk sahur.

Ok sekarang ni bukan mood nak cerita pasal puasa. Tapi aku nak cerita pasal inventory yang aku dengan staf-staf lain buat untuk tempat kerja aku hari tu.  Inventory ni sebenarnya kitorang buat sebab nak kira balik apa barang-barang yang pernah hotel beli. So nanti kita boleh lah tahu barang apa yang hilang, terlebih or tak cukup.

So bila dah ramai-ramai buat inventory ni, masing-masing pun otak dah jadi mereng and tak betul sebab kira banyak sangat item. Disebabkan nak hilangkan kebosanan, kamera dari handphone cabuk aku ni amat diperlukan untuk bercamwhore punya pasal. Hehehe. Macam aku cakap tadi, setiap gambar ada cerita. So korang scroll lah pelan-pelan dekat gambar yang aku nak tepek kejap lagi ehh. Nanti satu-satu aku explain. Gitueeww !

528899_492400767442829_1840235115_n

Yeahh ! Kakak-kakak aku dekat finance department. Semuanya gorgeous-gorgeous and pandai-pandai belaka. Boleh tak ayat tak payah nak klise sangat? Hahahaha ! Bila masing-masing dah tak ada item nak kira, beginilah jadinya. Masing-masing nak menge-pose. Kat tangga pun jadilah. Asal boleh katanya.

Dalindareen8832

Actually kitorang semua dah dibahagikan ikut group. Aku pun ditakdirkan group dengan akak-akak yang atas ni. Kak Balqis dengan kak Gowri. Dua-dua memang baik sangat-sangat dengan aku. Kira kakak kesayangan lah !

Dalindareen8833 

Yeahh ! Gambar perasan diri sendiri comel harus diletakkan jugak dekat blog kesayangan ni. Eleh macam tak biasa kan. Sesiapa yang ada blog, tipu lah kalau kau cakap gambar kau langsung tak ada dalam blog kau sendiri. Kui kui.

Dalindareen8836

Burn dengan kak balqis. Si pakwe arab dengan minah cina. Hehehe. Puaslah aku marah si burn, yelah setiap kali ambil gambar mesti nak buat muka buruk. Last-last aku cakap, cuba buat muka macho sikit. So terjadilah seperti gambar di atas ye kawan-kawan.

561385_492401307442775_1556727486_nKonon-kononnya nak buat muka ala-ala pembunuh bersiri. Tapi tiba-tiba je tak jadi sebab bila aku tengok muka kak balqis, on the spot terus nak tergelak. So terjadilah pembunuh bersiri yang ayu. Erkkk !

599976_492402100776029_1698800566_n 

Haaaa ni lagi dua orang. Kononnya nak buat macam ahli korporat tengah berbincang lah. Tapi masing-masing control.

 

Oklah aku pun dah malas nak letak gambar banyak-banyak. Nak explain panjang-panjang pun aku dah tak ada benda nak cakap. Masa buat inventory ni, memang pukul 1 2 pagi lah kitorang sampai rumah. Nasib baik boleh claim hours. Huahuahua !

Oklah bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...