Showing posts with label fasting. Show all posts
Showing posts with label fasting. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Benda pelik selalunya best kan !

Assalammualaikum !

Tahap kemalasan dah ada dekat tahap yang maksima aku rasa kalau berkaitan dengan update blog ni. Yelah mana tak nya, kemain banyak draft untuk blog aku ni. Baru buat ayat sikit, terus tak ada idea nak tulis apa. At last dibiarkan draft tu jadi pekasam kat dalam tuh tak berupdate.

Yesterday, aku tak berbuka dekat rumah. Tekak ni tiba-tiba je rasa nak makan burger samurai dekat mcd tuh. So gigih lah aku pergi Jusco semata-mata nak mencari burger samurai punya pasal. Hehehe ! Sampai-sampai sana around pukul 6 macam tuh lah. Tengok semua seat dekat mcd dah penuh. Nak tak nak aku pergilah merayau cari makanan yang lain sementara nak tunggu mcd tuh kosong balik. Sedih je masa berbuka makan waffle je tau. Takpelah, Alhamdulillah. Orang lain ada yang langsung tak makan tau. Insaf-insaf !

Then pergi jengah kejap dalam mcd then tengok ada seat yang kosong. Cepat-cepat lah aku cop tempat duduk tu and best friend aku pergi beli burger samurai yang sangat diidam-idam kan tuh.

Yeahhh akhirnya samurai burger dah berjaya berada didalam genggaman aku. Walawei memang sedap gile kot.

IMG_2091-e1347981917240

Aku jarang nak makan benda lain selain ayam goreng mcd dengan fillet of fish kalau pergi mcd. Tapi disebabkan pengaruh tv punya pasal, aku ambil risiko try samurai burger ni. Nasib baik sedap tau. Next time aku nak beli burger ni lagi kalau pergi mcd. Tuh pun kalau ada lagilah kan. Hehehehe !

Then ada satu benda or perangai pelik yang aku akan selalu buat kalau makan dekat mcd ni. Nak tengok tak apa benda pelik tuh ? Mehh sini aku tunjuk.

DSC_0077

Nampak tak apa yang aku try nak buat? Mehh aku zoom lagi untuk korang. Hehehe !

DSC_0078

Haaa dah nampak kan ! Selalunya orang makan fries ni dengan sos cili kan. Tapi aku punya sos special sikit. Lagi terasa nikmat dia kalau makan dengan sos sundae coklat ni tau. Aku tau dekat luar tuh ramai lagi yang selalu buang tebiat macam ni. Tapi percayalah, kepada sesiapa yang tak pernah buat macam ni. Tolonglah buat. Saya merayu sangat-sangat. Haaa boleh tak merayu macam tuh ! Percayalah anda semua tak akan menyesal.

Kalau celup fries yang biasa yang panjang-panjang tuh sebenarnya lagi sedap. Kau pacaklah banyak-banyak fries kau dalam sundae tuh. Memang terbaiklah. Tapi disebabkan samurai burger ni dapat fries yang jenis macam ni. Nak tak nak aku gigihkan jugaklah diri aku ni celupkan sebesar-besar kentang tuh dalam sundae coklat aku. Lagi sedap tau !

Semalam tiba-tiba rasa nak pakai pakaian yang ada macam-macam warna. So aku pergi je lah selamba pakai seluar merah dengan tudung oren. Hehehehe !

DSC_0082

Konon-konon boleh nampak lagi colorful lah kan kalau duduk di celah-celah baju yang ada macam-macam warna. Pipi tuh aku tak tahulah kenapa asyik nak cari pasal je. Makin puasa makin tembam pulak. Menyampahlah !

DSC_0061

Tengok aiskrim vanilla ni, tiba-tiba je rasa nak buat McFlurry oreo sendiri. Biskut oreo pun banyak lagi yang tinggal aku rasa. Oklah nak pergi masaklah ! Hari ni turn aku pulak yang masak. Mak aku cakap hari ni turn dia nak berehat katanya. Yelah apa-apa untuk emak yang tersayang !

Oklah bubye !

Sunday, August 12, 2012

Tak terfikir pun nak buat macam ni. Pape pun memang comel . Auwww !

Assalammualaikum !

Apa khabar kawan-kawan? Gile gempak kan aku, konon-kononnya hari tu nak update lah kan menu berbuka sepanjang bulan ramadhan ni. Last-last, apa pun tak ada sebab perasaan malas tuh dah menguasai diri.

Oklah, straight to the point, aku nak share satu video yang memang masa mula-mula aku nampak dekat wall facebook aku, aku tak teringin pun nak tengok. Tapi disebabkan, deria pendengaran aku terganggu oleh gelak ketawa emak aku yang sekejap perlahan, sekejap kuat then kadang-kadang mengilai-ngilai membuatkan aku pun nak join jugak tengok sekali video apa yang mak aku dok gelak-gelak. Mehh join sekali mehh tengok video bawah ni.

Actually kalau korang tengok dekat youtube memang melambak-lambak video dari 3 suara ni.

Wahh ! Tak tahulah kenapa, aku memang suka betul tengok muka yang baju merah tuh. Penuh confident ok nyanyi lagu raya tuh. Hahahaha. Seolah-olah dia lah penyanyi yang sebenarnya. Yang baju silver tu pun memang handsome and jambu. Same goes to baju biru tuh, anyonyo cute nya muka dia.

Disebabkan dah terpengaruh punya pasal dengan video ni, hari-hari aku dok replay video ni. Memang tak muaklah. And disebabkan video ni jugak, dengan semangat nya aku masukkan lagu raya ni dalam handphone and jadikan ringtone. Walawei, bebudak 3 suara ni memang bagi pengaruh betul dalam bulan Ramadhan ni.

Maybe aku je kot yang terlambat tengok video ni, sebab dalam family aku pun, aku lah yang paling last tengok video ni. Korang pun mesti cakap aku dah ketinggalan zaman kan sebab baru sekarang terhegeh-hegeh nak cerita pasal video ni. Apa-apa je lah kan. Aku share apa yang aku rasa best.

Ehh esok dah hari Isnin kan, so this week memang busy yang teramat sebab aku kena habiskan semua kerja sebelum pergi bercuti raya. Diharapkan minggu-minggu terakhir ramadhan ni, kita berlumba-lumba beribadah. Amin !

Dalindareen8941 Now, I’m officially dah jadi Uitm student. Tapi bukan full time lah. Just buat part time or Pjj je. Masa pergi register hari tuh, aku tengok masing-masing ada yang bawak anak, ada yang bawak isteri/suami and yang penting semua yang datang tuh bawak kereta besar-besar. Dengan secara tiba-tiba terasa kecil nya diri ni. Takpelah yang penting niat nak belajar tuh. So lepas ni, blog aku maybe akan dipenuhi dengan cerita-cerita pasal aku study. Maybe ok ! Tuh pun kalau aku rajin lah.

Oklah di kesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari mintak maaf kalau ada terkasar bahasa selama aku berblogging ni. Dan aku nak ucapkan selamat menyambut minggu ramadhan terakhir dan Selamat hari raya Aidilfitri. Gila awal kan ucap selamat hari raya, sebab nya memang aku tahu minggu ni aku tak ada masa langsung nak update. Oklah kawan-kawan.

Bebboii !

Monday, July 23, 2012

Juadah berbuka untuk hari ke-3 puasa.

Assalammualaikum !

Quick update from me. Gile advance kan. Terus juadah berbuka puasa untuk hari ke-3 terus. Hari pertama dengan hari kedua tak ada pulak nak letak kan. Nak buat macam mana kan, masa puasa first dengan kedua, aku tak ada mood nak tangkap gambar makanan bagai. Kerja aku asyik tengok gambar makanan je. Lepas tuh jadi lapar. Padan lah muka kan.

Hari ni nasib aku baik sikit sebab after aku solat je, officemate aku, Kak Balqis bagitahu boleh balik pukul 5. Wahh ! Bestnya. Bukan senang nak balik awal sejam ni. Kalau hari biasa mimpilah kan nak balik pukul 5. Selalu je lah balik pukul 6. Time bulan puasa ni je lah merasa nak balik awal sikit. Sampai-sampai je dekat rumah, tolong mak aku masak apa yang patut. So terhasil lah lauk pauk seperti yang di bawah ini.

Dalindareen8874

Yeahh ! Kerabu sotong mak aku yang paling sedap di seanter alam ini. Emak aku buat ni pun sebab request dari adik aku yang paling kecil sekali. Yelah mana tak nya, hari-hari setiap kali pergi bazar ramadhan, mesti nak beli kerabu ni. Kalau dapat banyak tuh tak apa jugak. Ni dahlah harga mahal, tapi dapatnya seciput je. Memang tak berbaloi-baloi. Bila dah buat sendiri ni, haaa ! Ambik kau. Makanlah puas-puas. huhuhuhu ! Lauk yang seterusnya !!

Dalindareen8872

Haaaa ! Cuba teka apa menda alah dalam gambar ni. Ok ye kawan-kawan, untuk makluman, gambar dalam atas ni adalah daging masak berlado. Memang terbaiklah !

Yang lain-lain macam biasalah, mak aku beli kuih sikit-sikit. Oklah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi.

Dalindareen8754

Huahua ! Kalau kakak ofis aku tengok gambar ni. Kantoi lah tangkap gambar dekat toilet. Jangan ditegur eyebag dekat bawah mata tuh ok. Aku pun tak tahu lah kenapa, tidur awal ada eyebag, tidur lewat lagi lagilah berleluasa tumbuhnya eyebag tuh. Aiishhh ada tips tak macam mana nak hilangkan eyebag?

Bye !

Sunday, August 28, 2011

Nak dapat duit punyalah susah. Tapi bab menghabiskan duit memang senang. Ni semua sebab raya punya pasal ! Hehehe

Assalammualaikum !

Sekarang ni kalau perasan lah kan. Aku update blog mesti setiap hari sabtu or ahad. Nak buat macam mana kan. Masa dua hari ni je aku cuti dari segala kerja. Alah hari-hari biasa tuh bukan tak online, just letih dia lain macam and selalunya laptop tuh aku on sampai pagi. Setiap kali bangun sahur je, mesti kena marah dengan mak aku sebab tak off laptop. Pagi lepas sahur tuhlah baru nak concentrate online. Kesiannya lah aku kan. Broadband walau tak guna macam mana pun still kena bayar tiap-tiap bulan.

Boleh dikatakan bulan puasa ni macam-macam dugaan yang datang. Dengan kereta yang hari-hari aku bawak pergi kerja tuh rosak, dengan kipas kat rumah lah rosak. Macam tau-tau je gaji aku nak keluar. Tapi nak buat macam mana kan. Tuh semua dugaan bulan puasa so kita terima and layan kan je. Even kepala dok pening memikirkan mana nak cekau duit untuk beli baju raya, tudung raya, repair kereta lagi. Dugaan ohh dugaan.

So kita stop pasal benda-benda sedih ni, raya tahun ni aku rasa macam lain macam sikit sebab aku dah kerja and benda ni membuatkan aku macam tak layak je nak dapat duit raya. Tapi apa aku kisah. Aku still nak dapatkan duit raya jugak. Wei ! Aku tak kahwin lagi kot so masih layak untuk dapat duit raya ok. Nak tahu sebab apa aku nak duit raya sangat-sangat ? Sebab duit gaji aku semua dah dihabiskan untuk raya ni. Menangis sambil duduk tepi tangga aku jadinya.

Ni semua sebab shopping yang tak hengat dunia punya pasal tadi lah. Sedar-sedar duit dah tak ada dalam wallet. Terpaksa lah aku main cucuk-cucuk dekat mesin atm. Mengeluarkan saki baki duit gaji aku. Sob sob !

Dalindareen7365

Masa ni duit still ada lagi dalam wallet so masih senang hati untuk tangkap gambar dengan adik. Nak pergi shopping dengan bestfriend aku tak boleh pulak sebab dia kerja hari ni. So penyudahnya, hanya keluar dengan adik-adik and emak yang tercinta. Serius masa tengah siap-siap untuk keluar ni, aku rasa macam kekok je pegang barang mekap. Sebab dah lama gile kot aku tak pegang barang-barang mekap aku semua tuh. Pergi kerja pun just calitkan sikit vaseline. Then tak ada nak tempek apa-apa lagi dekat muka. Lantaklah orang nak cakap selekeh ke apa, yang penting aku tak kacau orang. Huhuhu !

Bila dah shopping-shopping tuh kan, dengan secara tiba-tiba ternampak satu benda alah yang comel and warna-warni. Disebabkan nak rasa punya pasal, aku pun rembatlah satu benda alah bawah ni.

Dalindareen7375

Jangan salah paham ok ! Aku makan time buka puasa tau. Seriously macaroon ni memang manis nak mampos. Aku makan benda alah ni pun kejap-kejap aku minum air masak. Memang ngilu lah gigi aku sebab rasa dia manis sangat. Sedap memang sedap tapi manis dia tuh buatkan aku tak minat sangat macaroon ni. Aku pun pelik macam mana orang boleh minat gila-gila nak makan macaroon ni. Sekarang pun still ada lagi tercongok macaroon ni dekat dapur tuh hah. Hati aku tak terbuka lagi nak makan benda manis-manis ni. Dahlah mahal gile benda alah ni, nasib baiklah kau comel macaroon oiit !

Disebabkan dah penat sangat shopping dari pagi sampai ke petang, aku dengan mak aku dah malas nak masak untuk berbuka. Last-last mak aku decide nak buka puasa dekat luar je.

Dalindareen7373

Bihun sup aku tawar sangat tau. Tak apalah disebabkan bulan puasa, so dimaafkan lah. Huhuhu ! So now aku memang rasa lapar sangat-sangat sebab tak ada selera nak makan bihun sup yang aku beli tadi.

Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku merepek dari tadi sebab sekarang ni memang aku ngantok and penat sangat-sangat. So mahu pergi tidur dulu.

Bebbboiii !

Sunday, August 21, 2011

Berbuka puasa sambil ber-steamboat bersama bestfriend ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Semakin hari semakin malas aku nak merepek and meraban dalam blog kesayangan ni. Semakin hari jugak, semakin bersawang blog aku ni and semakin kurang orang yang datang dekat blog yang sememangnya tak ada unsur-unsur ilmiah langsung. Nak cakap macam mana eh? Semangat nak update blog tuh memang ada, tapi selalunya lepas balik kerja je, tolong mak apa yang patut untuk berbuka, buka puasa kejap, then mandi terus aku boomm atas katil. Bukak laptop, facebook and blog, terus tidur. Kesian tau ! Setiap hari laptop pandang aku tidur and setiap hari jugak, habit aku ni menyumbang kepada kenaikkan bil elektrik. Kenapa eh ?

So disebabkan tak nak kekalkan habit yang tak senonoh tuh, sekarang aku merajinkan diri untuk merepek, melalut and etc.  ( Actually aku tulis etc sebab malas nak taip panjang-panjang. Hahaha ) Lepas dah plan baik punya nak buka puasa dekat luar, aku dengan bestfriend aku pun setuju nak buka puasa time dia offday. Even aku dengan bestfriend aku ni kerja satu hotel, kitorang ni payah bebenor lah nak jumpa. Yelah aku ni kerja betul-betul ikut office hour, bestfriend aku pulak ikut shift. Kadang-kadang tuh, aku dah nak balik kerja, dia baru nak masuk kerja. Memang payahlah nak sama waktu kerja ni.

So lepas dah plan punya plan, bestfriend aku ni ajak nak makan dekat Johny’s. Nak main masak-masak katanya. Aku layankan je lah sebab yang buka puasanya dia. Aku tak boleh puasa sebab tengah ehem ehem. Hehehe ! Tapi disebabkan terpaksa tunggu aku balik kerja, sampai-sampai je dekat Johny’s, semua dah full house. Yelah mana taknya, sampai sana pun dah pukul 6.40 petang. Aku tak kisah sangat semua tempat full house tapi kesian dekat bestfriend aku ni lah. Last-last kitorang decide nak makan dekat Johny’s pukul 8. Sambil-sambil tuh merayau dulu cari air. Tapi aku tak cari air pun, aku cari benda alah bawah ni:-

Dalindareen7345

Taddaaaa ! Wafer jem strawberry + coklat. Memang marvelous gile ! Disebabkan bestfriend aku ni satu benda pun tak makan lagi, just air je yang diminumnya. Aku pun dengan baik hati share lah benda alah ni dengan dia. Selalunya kan, kalau bab-bab wafer ni, aku memang kedekut sikit. Sedap kot !

Dalindareen7350

Tu dia bestfriend aku ! Tengah mencari-cari tempat makan yang kosong dari pandangan atas. Masa ni dah pukul 8 kot tapi serius, orang tak berganjak langsung dari restoran tuh. Lama gile kan melantak. Aku yang tunggu pulak naik fedup. Aiishhh. Entah apa-apa kan tiba-tiba nak marah, padahal aku yang lembab nak siap tadi. Kuikui.

Then dalam pukul 8.15 malam macam tuh, Johny’s dah ansur-ansur kosong tapi orang yang tunggu turn dekat luar tuh pulak melambak-lambak beratur. Nak tak nak, aku dengan bestfriend aku ni pun ikut beratur sama. Alhamdulillah kitorang cepat dapat tempat and makanan pun cepat sampai. Hehehehe ! Gumbira gumbira !

Dalindareen7351

Dekat Johny’s ni, aku dengan bestfriend aku just order steambot untuk 2 orang. Lepas tuh add on lagi bbq chicken yang macam dalam gambar atas ni. Serius wei ! Kalau korang pergi makan dekat Johny’s, try lah order bbq chicken ni. Memang sedap gile lah ! Sampai sekarang aku ingat macam mana rasa dia tau. Tak tahulah kenapa tamak sangat time ni, aku pergi add on lagi banana split. Hahahaha memang tamak time ni.

Dalindareen7355

Masa ni aku tengah khusyuk meratah bbq chicken tuh. Bestfriend aku pulak suka sangat tangkap gambar time aku buat muka tak senonoh. Dahlah dengan tak mekapnya. Memang saja nak cari pasal dengan aku lah kan !

Dalindareen7356

Yeahhh ! Proses masak-masak dah start. Boleh dikatakan bestfriend aku je yang dok campak-campak makanan dalam periuk ni. Aku tolong tengok and makan je. Malas aku nak menggodek-godek periuk tuh.

Dalindareen7357

Memang makanan dekat sini semuanya sedap-sedap tau. lagi-lagi tang sos dia tuh. Aku rasa macam nak tanya je akak yang kerja dekat situ. Macam mana ehh dia buat sos ni ? Sedap je aku rasa. Lain macam tau sedap nya. Huhuhu !

So far, makan Johny’s ni memang berbaloi sangat-sangat sebab sampai ke esok nya kau akan rasa kenyang je. Maybe sebab benda alah ni semua rebus-rebus, tuh yang rasa kenyang je sebab banyak air masuk. Tapi apa-apa pun memang sedap.

Uwaaaa ! Besok hari busy sedunia dah start, dahlah kerja aku hari Jumaat hari tuh tak siap lagi. Masaklah aku nak buat kerja dekat ofis esok. Oklah nak siap-siap sediakan bahan untuk masak petang ni. Ada masa aku update lagi.

Bebbboii !

Sunday, August 7, 2011

Jom jadi doraemon kejap nak. Merasa makan dorayaki time berbuka ni ! hehehe.

Assalammualaikum !

Whoaahhh ! Gile lama aku dah tak update entry dalam blog ni kan. Bukan apa, rasa malas yang amat even hari sabtu dengan ahad bukannya aku kerja pun. Tapi tak tahulah kenapa, semangat nak update blog tuh memang tak ada langsung. Rasa malas semacam. And tak tahu jugaklah kenapa, pagi tadi time sahur aku rasa lapar sangat sampaikan banyak gile aku makan mihun goreng yang mak aku masak. Habis kot satu mangkuk ! Aishhh.

Wow ! Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita puasa kan. rasa sekejap je masa berlalu. Kalau tak tuh, siap main pangkah-pangkah dekat kalendar nak tunggu habis puasa punya pasal. Cerita pasal puasa ni kan, aku memang pantang kalau pergi bazar ramadhan. Ada je yang nak dibelinya. Time dekat bazar tuh memang macam orang kebulur tak makan setahun, tup tup bila dah time berbuka and teguk segelas dua air, terus mati selera nak makan semua yang dibeli tuh. Last-last aku tak termakan pun semua yang aku beli tuh. So penyudahnya, sediakan lah telinga untuk mendengar bebelan mak aku. Hehehe !

Kalau pergi bazar kan, memang tak sah kalau aku tak beli satu kuih comel yang bernama dorayaki ni. Adik aku yang kecil sekali pun memang setiap hari wajib beli kuih ni. Kadang-kadang tuh sampai bergaduh berebut nak habiskan kuih dorayaki ni. Tamak punya pasal kan. Huhuhu. Kuih ni ada macam-macam flavour tau and selalunya adik aku punya rasa coklat and aku punya strawberry. Hehehe ! Murah pun murah kuih ni. Seringgit dapat lima biji. Selalunya mak aku beli dua hengget coklat and sehengget strawberry. Tuh pun setiap hari memang tak cukup. Hehehe. So mehh tengok macam mana rupanya kuih dorayaki ni. Hehehe !

Dalindareen7313

Ni aku punyalah. Flavour strawberry. Memang sedap nak mampos. Sebenarnya rupa dorayaki ni tak ada pun sejibik sejiban macam dalam cerita doraemon tuh. Aku pun tak tahu kenapa makcik tuh dok letak nama dorayaki. Ahhh lantaklah kan. Asalkan rasa dia sodap sudahlah. Hehehe ! Aduh terliur pulak aku tengok gambar ni. Petang ni wajib beli kuih ni lagi.

Oklah aku nak siap-siap apa yang patut. Ada masa nanti kalau aku rajin. Berupdate lah blog aku ni. Hehehe !

Bebboiii !

 

Sunday, August 15, 2010

Juadah Berbuka Puasa (Day 5)

 

Dalindareen3238

ikan siakap sweet and sour!

Dalindareen3239

tomyam sayur + ayam!

Dalindareen3241

daging goreng kunyit

Dalindareen3242air sprite!

aku memang tersangat kenyang hari ni..alhamdulillah!

Saturday, August 14, 2010

Juadah berbuka puasa (Day 4)

 

Dalindareen3229

nasi lemak kukus!

Dalindareen3231

ayam goreng makcik dan adik kecik yang comel!

 Dalindareen3233

air tebu kegemaran saya

Dalindareen3234

air mangga kegemaran si housemate ku tqa babam

 Dalindareen3235

spring potato tqa punya dan saya menyibuk skit!huhu

malas sebenarnya nak tulis sebab kekenyangan air sebenarnya..tapi apa pun gambar boleh menerangkan segala-segalanya kan..huhu..bebboii!!

Friday, August 13, 2010

Juadah Berbuka Puasa (Day 3)

Assalammualaikum semua..alhamdulillah berjaya jugak reen habiskan puasa hari ni tau..dah 3 hari dah tau..huhu..tapi semalam reen tak post pon kan gambar apa yang reen makan kan..tak sempat nak tangkap gambar lah..sedih..sedih..

tapi hari ni reen ada tangkap gambar tau..kan reen da janji nak update apa juadah berbuka puasa reen tiap-tiap hari kan..huhu..nak katakan reen memang kenyang sangat hari ni tau..ok ok menu juadah berbuka puasa saya hari ni ialah =)

Dalindareen3221 telur bungkus and filling yang sedap..hitam sebab kuali panas sangat..kuikui

Dalindareen3222

telur bungkus yang da tinggal separuh

Dalindareen3223

sayur campur bersama tempe

Dalindareen3224

sambal ikan yang sangat sedap..tak boleh rasa pun still rasa sedap tau

Dalindareen3225

yang paling special sekali ialah home made cendawan goreng..da boleh jual kat pasar malam dah..

Dalindareen3226

murtabak yang dibeli di bazar dan dibelanja oleh abang sayang saya..huhu

Dalindareen3227

and last sekali yang paling tidak dilupakan ialah air pepsi!sedapnya!

puas hati sangat dengan makanan hari ni..even banyak lebih tapi rasa kenyang sangat arr..masa time nak bangun dari sujud sembahyang maghrib tadi..termengah-mengah dengan semput reen jadinya..oklah nak sambung bersandar kat dinding(buruknya perangai..)huhu..bebbboiii!!!

Teringat puasa zaman kecil dulu!

Assalammualaikum semua blogger. alhamdulillah buat masa nie dah nak masuk tiga hari reen puasa penuh.hehe sukanya..wee~tapi yang sadisnya reen ada dua orang je dekat rumah sewa di melaka nie tak lain tak bukan dengan bestfriend reen lah si babam tqa!. sedih je tau tapi rasa best pula duduk 2 orang je satu umah..nak masak apa pun x payah nak pening kepala nak pikirkan..paling senang nak makan apa lagi pegilah kedai makan kat depan yang banyak kat sebelah poli tu..huhu.

ok da jauh pula membebel..reen nak cerita puasa masa zaman-zaman berhingus and baru nak mengenali apa itu puasa. Boleh dikatakan reen start puasa penuh time darjah 3, tu pun lepas asyik kena bebel dengan mak tau sampai reen pun jadi tension tau.

20061015233002_scream ahhh mak…ye along puasa..stop babbling!!!

tapi yang paling best kan kata je time darjah 3 tuh reen puasa penuh..tapi bila pikirkan balik..tak ada satu hari pun reen puasa..ye lah mana tak nya bila petang time nak mandi je reen pergi dok telan air paip.buurrrpp…alhamdulillah..o0pps hahaha. Kalau sekali dua telan air paip tak pe juga nie tak  dok bedal air paip sampai lah sebulan puasa. Mak pun pelik je keluar-keluar bilik air terus jadi segar-bugar dan hyperactive semacam..hahah. Masa darjah 3 tu bolehlah dimaafkan yelah tau tau nak bezakan puasa macam mana kan. Sekarang kalu buat macam tu maunya kena tanggung sendiri dosa satu hal lepas tu mampuslah nak ganti puasa sebulan terus..hahaha.

Lagi satu yang paling best puasa zaman kecil dulu time nak pergi bazar ramadhan. Kalau macam zaman da besau nie mesti makanan yang sedap-sedap kat mata kita yang jadi  pilihan kan tapi kalau zaman kecil jangan haraplah nak pandang semua tuh. Reen ingat lagi reen paling suka pergi bazar ramadhan sebab dapat beli mercun..lagi-lagi dapat beli mercun bola..

c28e8e7c2a549ace

time nie kalau kau berani main mercun bola ni da dikirakan berani lah juga. Lagi satu reen suka main mercun bola ni sebab masa kecil-kecil dulu kawan-kawan reen semuanya budak lelaki..perangai pun boleh tahanlah macam jantan..tuh yang tunjuk terror main mercun bola..biar budak-budak lelaki nie respeks sikit dekat reen..huhu..tapi yang tak tahannya bila mercun nie da start terbakar and meletup reen pun sibuklah baling dekat budak lelaki yang cengeng..apalagi menengis lah budak lelaki tu then time malam tu mak reen rotan kaki reen dengan hanger besi sebab mak budak lelaki yang menangis tu pergi mengadu dekat mak reen. Berbirat jugalah kaki nie..hehe

Kalau nak difikirkan balik zaman kecil lah yang paling best nak puasa tau..bila da puasa sekerat hari tu sibuk-sibuk bagi tau mak dah tak tahan..nak gastriklah..mak pun malas nak layan sangat terus bagi makan..syiookknya zaman dulu-dulu. Lepas tu mak mesti tanya..along nak makan apa petang nie along..lepas tu kita cakaplah apa-apa menu pun mesti mak akan masakkan..sekarang pun sama gak tapi susahlah sebab da puasa jauh dari mak..rindunya masakan mak!!tetibe rasa sedih pula..ok sebelum air mata nak meleleh ni reen nak pergi tido jap..hahaha..bebboiii!!!!

Wednesday, September 9, 2009

Baby kuh!

Baby kuh!
oh gosssh..
title apakah ini..
huhu...

x dalah..
sbnrnya..
juz nak introduce
my baby
and also
my bam bam..

ok..
nieyh reen punya baby okeyh..

so jgn salah anggap okeyh..
sbnrnya..
nieyh baby kat facebook..
yayunk reen..
dia wat kuiz pasal nieyh..
pastuh dia suh reen jwb kuiz nieyh gak..
huhu..
tp mcm x logik plak..
benda nieyh kata reen dpt bby..
taun 2017..
means reen 27 taun..
huhu..
wah..
bunting pelamin kerw aku..
nieyh nak gtau mak nieyh..
haha
giler pe nak gtau mak..
blaja pon x abis lg..
da gatal nak kawin..
abis dikejar satu taman dek mak..
haha

p/s:
yunk,nanti dulu eyh!
hehe

ok2..
reen nak tunjuk lg satu anak i okeyh
yg nieyh reen syg sgt2 tau..
huhu..
terlampau syg..
x leyh idup tanpanya..
dia sahaja yg dapat menceriakan hati ku..
eeiii..
terover plak..
haha..


nama : bam bam
umur : 3 bulan
status : single n not available
[mama ckp bam bam x bleyh kawen lg..hakhak]
suka makan : daun saderi
suka main : tali skipping
besfren : shasha(tomomi atiqa)
perangai buruk : suka bergosip kat kafe
hobi : lumba lari kat stadium

haha
chumill kan bam bam reen
sbnrnya..
bam bam nieyh
nama yayunk reen..
n nama penuh dia..
bam bam mo0cet
sbb yayunk da muncet
tp bam bam dlm nieyh..
dia girl plak..
so reen ckp arr kat yayunk..
bam bam da jd pondae..
(*pondae iaitu bhs kelantan means pondan)
huhu..
punyalah yayunk mrh..
di katakan pondae!!
haha

finally..
reen syg sgt bby ngan bam bam..
syg sgt2..

Which one look better?

arituh masa kuar kan..
saja jerklah..
pki selendang yg yuna pki..
hakhak..
tuh pon pinjam kot..
haha
budak2 umah sume pelik
aal tetiba ko pki selendang reen
reen pon ckp..
bulan pose kan..
so kita kena jg imej skit..
haha
ayat x leyh bla..

time nieyh reen kuar ngan my yayunk arr
dia pon pelik..
asal tetiba alim nieyh..
haha
bengong tol..
bkn nak support kita..

reen sebenarnya..
juz nak korg komen..
which one look more better
yg x pki tdg..
or yg pki tdg..

situasi masa nieyh.
berrlainan..
tempat berlainan..
citer wayang yg reen ngan dia tgk
berlainan..
juz bj reen jerk yg sama..
beza nya..
reen pki selendang..
tuh jerk..
huhu..

ok..
ok..
tgk tau..

~rambut yg disepit
~gold necklace
~eyeliner

tadaaaa!!!

~shawls@selendang
~eyeliner
~blusher
~lipstik

rasa2nya..
yg mana satu okeyh eyh..
dua2..
or salah satu..
ok..
komen..
komen..

Sunday, August 30, 2009

happy at home.

amat hepi ketika di rumah
ini adalah kerana
dapat berbuka pose ngan mak ngan ayah tersyg
adik tersyg!
n yayunk tersyg..
my mom ajak kuar..
katanya nak beli bj tok imran
so
i juz angguk-angguk

so then
pg nek bas..
coz mak kata jammed nanti kat seremban
so we juz tglkan keta myvi kat mobil!
myvisayang(nama timangan..hehe)
jg diri leklok tau..
kalu ada org touch u..
jerit kuat2 tau
dada syg
tetiba rasa nak nanges plak..
merepek tetiba

tetiba
'smlm i kol u..u x answer..'
my phone ringing
dendangan zee avi!
time tuh plak my yayunk kol..
katanya nak jumpa i..
so tanpa membuang masa..
i ckp..
dtg arr seremban
my mom n adik sume ada tau..

so..
nieyh arr notti kuh syg!
suka nak belasah i..
bonci btol..
then bila jumpa abg sham dia..
lg arr dia suka..
asyik nak ajak main game jerk..
then
i minx izin ngan mak..
nak berbuka ngan yayunk
thx for mom..
greenlight!
yes..yes..
huhu..

pg jenjalan ngan yayunk..
tgk wayang dulu..
sementara nak tggu waktu berbuka..
huhu..

tgk citer nieyh pon..
reen bleyh nanges
i ngaku skang..
i ngan yayunk
we'r cinema addicted
pntg ada citer br..
nak tgk..

then kami mkn..
nyum2..
huhu
SELAMAT BERBUKA!



Monday, August 24, 2009

Pose yang amatlah besh+x besh!

Pose tahun nieyh..
ada yg besh..
ada yg mcm x besh..
huhu..
ok2..
reen nak citer yg besh dulu eyh..

yg beshnya kan..
taun nieyh reen dapat merasai
pose yg first..
huhu..
2 tahun sblm nieyh
reen x dpt rasa
x dapat rasa tuh
means dia..
paham2 ar eyh..
huhu

semalam kan ari kedua pose kan..
so reen satu umah x masak pon..
coz sab da bwk mknn
dia balik kmpg dia..
so ada arr mknn yg dia bwk..
reen ngan tqa juz pg bazar..
byk gak arr kitorg beli..
nafsu punya pasal..

ok2..
nieyh arr mknn yg reen mkn..
yg bawaknya si sab!

mee ho0n goreng yg sab bwk..
huhu..
cedap..cedap
mkn 1 pinggan jerk..
diet..diet..diet..
huahuahua
badan semakin gomok!

ada lg kitorg mkn..
huhu..
jap eyh..

  1. sos karipap telur
  2. buah melaka
  3. kuih cara berlauk
  4. karipap telur
  5. murtabak ayam & daging
  6. pinggan si ieda[huhuhu]
  7. kuah murtabak
  8. ayam percik
  9. rangka ayam
  10. air tebu
  11. air teh
byk kan..
tuh arr nafsu punya pasal
alih2..
si kak pah ngan ieda jerk pg smayg terawih..
haha
masing2 da kenyang..
sab ngan zett dok umah
reen ngan tqa plak
pg kdi komputer
nak update antvirus reen nieyh
terlampau byk da!!
bak kata cine kdi komputer tuh..
kalau wa punya laptop..wat sula baling woo!!
haha
n then reen pon berkata.
alahai..
sabar tauke..
bulan pose nieyh..
haha

eyh da kuar topik nieyh..
ok2
citer pasal yg x besh plak..
reen x dpt nak buka pose ngan family
sedeyh sgt..
tape2
next week time merdeka reen balik
yeehoo!!
x sbrnya..
huhu..
oklah..

p/s:
  • arinieyh tade klas..beshnya..nak tido!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...