Tuesday, May 10, 2011

Mehh sini aku saja-saja nak tunjuk video group K-pop versi Malaysia yang bajet hot !

Assalammualaikum !

Isu ni maybe dah basi bagi peminat-peminat K-pop dekat luar sana sebab tiap-tiap hari orang dok post dekat FB pasal group wannabe yang nak sangat jadi macam K-pop hot dekat luar sana tuh. Kalau sesiapa yang ada belog macam aku ni, setiap hari orang akan dok update pasal benda alah yang tak berfaedah ni. Tapi dah namanya pun tak berfaedah kan. So aku nak jugak lah tempekkan sebijik dua video K-pop wannabe ni.

Before that, sesiapa yang macam blur-blur lagi, mehh sini aku nak kembalikan balik ingatan korang tuh. Sajalah kan, even isu ni dah basi, dah lapuk dah pun. Aku saja je lah nak bangkitkan isu ni balik. Huhuhu ! So korang ingat lagi tak mamat-mamat hot dekat bawah ni ?

224892_216700128356658_216664301693574_847078_7710679_n

217042_216666948359976_216664301693574_846888_5049562_n

Adoiyai ! Apahal lah kalau aku tengok gambar dekat bawah ni mesti aku fokus dekat tang mamat yang dok gigit jari yang barisan depan and kiri sekali tuh. Wei lempang laju-laju nak tak ! Tension pulak aku tengok.

Kalau korang still blur-blur jugak, hari tuh aku ada buat entry pasal benda ni jugak. Kalau nak baca silalah TEKAN ok ! Kalau nak tahu, diorang pun ada jugak video wannabe diorang yang nak tiru K-pop ni. Mula-mula aku tak tahu jugak pasal video ni, tapi kawan aku ada link kan dekat aku so apa lagi. Aku pun rasa gatal tangan yang kematu ni nak share jugak dengan korang. So korang tengoklah dulu video dekat bawah ni ok !

K-pop Wannabe- Max 24/7

Serius macam.. What the fat ! Sebab apa aku rasa macam tuh ? Sebabnya diorang ni mula-mula beria-ia cakap yang group diorang ni tak tiru Super Junior langsung and tak kenal pun siap Super Junior. Tapi bila aku tengok video ni, memang rasa macam nak lempang sekor-sekor. Yelah, tadi beria-ia kata tak kenal Super Junior tapi bila menari boleh pulak cara tarian tuh nak dekat sama dengan tarian Suju. Haishhh geram gila aku tau ! Tak memasal. Heheheh.

Yang paling bestlah kan, dekat FB siap ada group yang anti bebenor dengan group K-pop wannabe ni. Aku pun dok like jugak and bila baca balik komen-komen orang yang dok like. Serius rasa nak gelak sampai mampus ! Hahahaha. Ada tuh yang siap kena block dengan official fanpage group K-pop Wannabe ni. So kepada sesiapa yang boring malam ni, mehh lah ikut aku join sekali group anti K-pop ni. Gile best tau !

TEKAN

Aku ingatkan dekat Malaysia je yang ada orang beria-ia nak tiru K-pop. Rupanya dekat Indonesia pun ada jugak. Tapi kalau korang tengok lah dekat video bawah ni kejap lagi. Mostly group K-pop wannabe dari Indonesia ni jambu-jambu lah jugak. So kira padan lah kan. Tak macam Malaysia, warna kulit dah sah-sah coklat, ada hati juga nak tiru K-pop. So marilah kita bersama-sama tengok video K-pop wannabe dari Indon ni:-

I heart you !

Better lah kot dari group 24:7 kat Malaysia ni. Sebab muka diorang putih-putih so adalah rupa sikit. Tapi rasa macam annoying jugak sebab semua nak tiru K-pop. Aduhai ! Tak boleh ke buat imej sendiri. Dengan imej tuhlah orang akan kenal and ingat kau. Ni tak, dok tiru orang sebijik-sebijik. Kau ingat orang suka ke kau dok tiru-tiru. Lagi orang benci adalah. Just be yourself.

Bebbboiii !

Monday, May 9, 2011

Rasanya tak terlambat lagikan nak ucapkan Selamat Hari Ibu. I love you mak !!

Assalammualaikum !

Walawei ! Gila heaven sebab dah boleh update balik pakai Windows Live Writer kesayangan aku ni. Lepas ni nampaknya selalulah aku update belog aku yang tak semenggah ni dengan cerita-cerita yang tak berfaedah. Hehehe korang jangan marah dekat aku. Aku tak paksa pun korang baca, tapi kalau nak baca dipersilakan.

Sempena Hari Ibu yang dah terover date nya ni, aku nak ucapkan terima kasih sangat dekat mak aku sebab bayarkan duit berukband aku ni. Hehehe ! Tanpa duit mak aku dan ayah aku, tak hiduplah aku dekat muka bumi ni. Hahaha boleh ? Nampak sangatlah aku ni just pentingkan duit mak ayah aku kan. Rasa sedih tiba-tiba sebab aku tak dapat nak bagi hadiah dekat mak aku sempena Hari Ibu semalam. Yelah aku kan baru habis belajar, kerja pun tak start lagi, so duit memang selalu tak adalah kan. Just harapkan duit yang mak aku bagi je.

Masa semalam aku siap cakap dekat mak aku lagi yang aku tak ada duit so tak boleh nak belikan mak aku hadiah. Then mak aku jawab tak apalah along, asalkan along ikut cakap mak dah cukup dah. Tak payah nak bagi hadiah bagai. Tapi kalau nak bagi hadiah boleh jugak, mak terima je ! Cehhhh. Nanti along dah kerja nanti mak, along belikanlah untuk mak ok. Hehehe.

Dalindareen1781

Alolo comelnya mak aku kan ! Sebab mak aku comel lah, terhasilnya aku yang comel and cantik ni. Hahaha boleh ? Kalau nak diikutkan, mak aku memang terlalu banyak tolong aku sepanjang aku hidup ni. Kalau nak difikirkan pasal duit, aku rasa kalau kira start dari kecil, memang dah berjuta-juta hengget mak and ayah aku spent untuk aku. Kalau nak ganti memang makan tahun jugaklah kan. Tapi cinta and kasih sayang yang mak aku bagi memang tak boleh aku nak bayar dengan apa-apa.

03042010865

Mak aku ni boleh dianggapkan bff aku sampai bila-bila. Bila aku rasa marah, aku terus cakap dekat mak aku. Kalau dekat Melaka dulu bila time study dekat sana, bila aku tengah sedih and rasa nak happy sikit, aku telefonlah mak aku.

Ramai orang cakap, anak perempuan mesti rapat dengan ayah kan. Yup ! Memang betul semua tuh. Tapi tuh dululah sebelum ayah aku sakit. Then bila ayah aku dah sakit ni, aku makin rapat dengan mak aku and makin rapat. Dengan ayah aku pulak makin kurang. Seriously kalau bab-bab nak mintak duit aku lebih selesa nak mintak dekat ayah aku sebab ayah aku tak cakap banyak. Hehehehe. Tapi kalau mak aku, dia akan membebel dulu dekat aku and tanya macam-macam, mana perginya duit yang dia bagi sebelum ni. Tapi dalam bebel-bebel mak aku pun, esoknya mesti duit dah ada dalam bank. Hehehehe !

19022010062

Sepanjang masa dalam hidup ni, memang aku perlukan mak aku ni. Pergi mana-mana harus ada emak aku ni sebab dia banker terbaik aku. Hehehehe ! Kalau aku nak makan apa, dia akan tanya. Kalau aku nak something tuh, pun mak aku akan tanya aku betul-betul nak ke tak. Mak ! You are really mean to me ! So untuk menghangatkan lagi celebration Mother’s Day. Mehh sini layan video mamat hot bermata sepet dekat bawah ni :-

Matluthfi =)))

Auuww !! Serius comel tau mamat handsome mata sepet ni. Mak, walaupun dalam video ni bukannya along. Tapi along tujukan video ni untuk mak sebab walau dekat mana pun along berada, mak tetap yang akan jadi reference untuk along ! Hehehehe. I love you mak !!

Bebboiii !

Saturday, May 7, 2011

JOm JoiN bLoGLisT Cik CeMpaKA !

Assalammualaikum !

Entah kenapa aku merajinkan diri untuk tempek macam-macam contest and segmen sejak dua menjak ni. Maybe sebab update entry pakai PC rumah kot. Tuh yang membuatkan aku tak bersemangat untuk merepek and meraban macam selalu. Yelah kalau guna laptop sendiri, aku boleh bersenang-lenang nak meniarap ke, terlentang ke sambil update belog. Oklah, sebenarnya aku nak ajak korang beramai-ramai join segmen yang dianjurkan oleh Cik Cempaka Biru yang memang comel nak mampos ! Tibe-tibe rasa nak gigit semua doodle dia. Motif ! Mohh ler join segmen ni ramai-ramai.


Siapa yang nak join boleh tekan sekuat-kuatnya pakai mouse kau sampai pecah dekat gambar atas ni ok !

So aku nak tag kawan-kawan aku yang tersayang:-
So mohh dengar aku nak review apa pasal belog Cik Cempaka Biru ni ok ! Actually aku memang suka baca belog budak comel ni sebab dia si Cik Cempaka Biru ni memang terlampau rajin nak update entry dia dengan doodle. Even banyak doodle dalam belog dia yang comel ni, belog dia still ringan bila nak loading tuh. And mostly entry yang dia update tuh semua bagi pengajaran dekat kita semua ok. 

Aku memang tak miss lah pergi belog dia tiap-tiap hari and aku rasa dia ni maybe one of the blogger yang akan famous amos suatu hari nanti. Even aku ni selalu jadi silent reader dia, tapi percayalah kalau korang datang belog dia pon, memang setiap masa setiap jam korang akan stalk belog dia. Kadang-kadang tuh bila aku bukak belog dia and tengok takda update terbaru, tiba-tiba rasa sedih and bosan. Serius wei ! Aku suka gila kalau dia update belog. Apa-apa pun the most entry dekat belog Cik Cempaka Biru yang aku suka baca ialah entry ni :-


Entry yang bagi aku memang penuh dengan sengal-sengal ubi. Hehehehe . So oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Lagi pun aku rasa aku dah meraban jauh dah ni. Dahlah Cik Cempaka Biru suruh review simple je. So oklah wei. 

Bebboiii !




Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011 !

Assalammualaikum !


Kalau nak join tekan gambar atas ni ok !
Doakan aku menang ehh !

Beboiiii !




Thursday, May 5, 2011

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER...

Assalammualaikum !


SAYA DAPAT BANNER NI DARI  >    >      >     >     >   >   http://www.benashaari.com/

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...