Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, April 10, 2015

Resipi : Ketam masak telur masin yang marvelous.

Assalammualaikum.

Bukan nak tunjuk rajin and bukan nak tunjuk pandai masak ye. Just nak share dekat korang resipi yang bagi aku sedap and marvelous lah kononnya. Even ni first time masak resipi ni, first time beli ketam tanpa emak aku, tapi alhamdulillah sedap rasanya tau. Selama ni kalau beli ketam mesti dengan emak aku, sebab emak aku je yang pandai nak pilih. Bukan nak puji diri sendiri, tapi bila aku tanya emak aku, ok tak mak, sedap tak emak ? Emak aku cakap sedap along. Haa terus senyum lebar-lebar. Hehehe.

So aku nak share lah macam mana nak masak ketam telur masin ni. Heboh aku tengok orang asyik guna resipi ni dekat Facebook. Aku pernah lah makan sekali, tapi bukan ketam. Aku makan udang masak telur masin. Memang sedap sangat uolls.  So jom try resipi ketam masak telur masin versi Azreen Zunairah. Ngada sangat kan versi-versi siapa bagai. Huhuhuhu.

Let's start uolls !

Bahan-bahannya adalah :-


Ketam of course ! 
Bukan ketam masak telur masin namanya kalau tak ada ketam. Apa kau merepek ni hoii ! Aku beli 6 ekor terus sebab dekat rumah aku ni ada 6 orang. Kang ada yang tarik-tarik rambut tak dapat ketam kalau aku beli sikit. Hehehe adil dan saksama.



Telur masin 5 biji. 

Jangan terkejut okay, kenapa telur masin banyak sangat ? Dah nama pun nak masak telur masin, kenalah guna banyak telur masin. Cuci bersih-bersih and rebus.



Bahan untuk tumis:-

Bawang besar (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Cili api ikut banyak mana yang korang suka (tumbuk)
Daun kari


 Dadu halus macam ni ye kawan-kawan. 
Tak payah nak beria sangat cincang-cincang bawang tu. Huhuhu


Susu cair (guna setengah tin je untuk buat kuah)
Kalau suka banyak kuah, letak se tin pun boleh. 



 Ketam yang dah dipotong kita lumurkan dengan garam halus, lada sulah and tepung jagung. 
Make sure lumur sama rata okay. 


Rebus telur masin ni dulu ye.
Nak cerita sikit pasal rebus telur ni, aku memang jenis kalau rebus telur memang aku biarkan sampai kulit dia merekah-rekah. That's mean dah masak lah kan. Main terjah je kan. Tapi emak aku yang prihatin ni still letakkan beras. Katanya, bila beras dah kembang maksudnya telur dah masaklah. Maafkan anak mu yang suka main redah je ni ehh.


Sementara tunggu telur yang direbus tu, kita gorenglah ketam dulu.
Ni aku nak pesan awal-awal, jangan mengada-ngada nak goreng ketam sambil berkemban, tak pasal-pasal habis satu badan kena minyak yang meletup-letup tu. 



Bila telur masin dah masak, sejukkan and asingkan kuning telur and putih telur. Hancur-hancurkan kuning telur masin ni dengan garfu.



Putih telur pun sama jugak, hancur-hancurkan guna garfu. Aku guna putih telur ni dalam dua biji je sebab takut masin. Yang selebihnya simpan ye. Tapi kuning telur kena guna semua lah, sebab tak banyak sangat pun kan.

Dalam kuali, cairkan butter dalam dua sudu macam tu. Nak banyak pun boleh kalau korang suka. Hehehehe. Tapi kalau muak, jangan salahkan aku.


Tumis cili yang ditumbuk dengan semua bawang-bawang yang didadu.
Da di du..ehh tetibe.

Masukkan pulak daun kari and masak sampai naik bau ok.


 Masukkan kuning and putih telur masin yang dah dihancur-hancur kan tadi. Masa ni api perlahan je ye, takut hangit nanti korang salahkan aku pulak. Mih mih mih.



Masukkan susu cair dalam setengah tin macam tu. Kalau rasa macam dah kering sangat tu, tambahkan lagi susu cair and kacau-kacau tambah garam and gula.



Lastly, masukkan ketam dengan suka hati bila rasa pun dah cukup, semualah dah cukup senang cerita.
Gaul sama rata.



Dah siap ! Boleh makan dengan nasi panas-panas. Yum yum !

Senang je kan, bahan pun tak banyak. Memang sesuai sangat untuk aku yang pemalas nak masak benda remeh temeh. Kalau kek aku rajin. Huhuhu.

Selamat mencuba uolls.

Oklah bye !







Tuesday, March 31, 2015

Resipi : Masak lemak sardin campur kentang. Nyum nyum

Assalammualaikum.

Ikutkan baru dua kali je sepanjang 25 tahun aku hidup ni, aku masak gulai sardin ni. Biasalah, lauk-lauk ni malas sikit, kalau kek-kek aku rajin nak buat. Haa gulai bukan kari ok. Kalau dekat Negeri Sembilan, gulai tu maksudnya masak lemak. Kalau dekat utara gulai tu maksudnya kari. Sebab aku pernah berdebat dengan Sham pasal perkataan gulai ni. Masing-masing nak mempertahankan jawapan masing-masing. Yelah Sham ni asal nya Perlis, aku ni pulak Negeri Sembilan. Memang bergaduh je lah kalau bercakap pasal gulai. Padahal memang jawapan dua-dua betul. Dua-dua boleh diterima pakai. So nak elakkan dari bergaduh, memang tak ada lah aku nak sebut gulai depan Sham. Begitulah sebaliknya. Memang kitorang akan sebut masak lemak ataupun kari. Hehehehe. 

Mula-mula tu masa bangun pagi aku nampak emak aku beli santan. Confident je lah aku tanya, emak nak masak apa hari ni. Then emak aku cakap, nak masak gulai sardin hari ni kakyong. Aku pun happy je lah dalam hati. Yeahh tak payah masak !! Entah macam mana, lepas aku mandi and kemas-kemas kan dapur kejap, sekali emak aku bersuara, emak rasa nak makan gulai sardin yang along masaklah. Nak tengok kakyong menggulai pulak lah hari ni.  Lepas tu buat muka comel + kesian. Aku ni takkan lah nak cakap tak nak masak pulak kan, anak derhaka nama tu. Nak tak nak aku iya kan je lah. Nasib baik sayang tau. 

So aku nak share lah resipi gulai sardin atau pun masak lemak sardin yang super simple and super senang nak masak, Pejam mata pun boleh masak. Ok pejam mata tu tipu sebab santan tu kena kacau je. Kalau tak hangus nanti. Free free je dapat jelingan maut dari emak aku. Jom tengok resipi gulai sardin yang super simple ni jom !



Bahan-bahannya adalah :-




Santan sebiji

Kunyit hidup besar ibu jari

Cili api 5 batang (banyak mana pun boleh, ikut pedas yang korang nak)

Kentang 2 biji 

Satu tin sardin


Nak buat masak lemak sardin cara yang aku buat ni memang senang je. Bahan-bahan pun simple je. Emak aku memang dah ajar cara masak lemak guna 3 bahan je. Ada orang siap letak bawang lah, buah keras lah. Macam-macam. Tak kisah pun sebenarnya, ikut selera masing-masing lah. Tapi yang aku akan ajar ni memang pure resipi Negeri Sembilan punya. 



Cara-cara memasak :-



Tumbuk kunyit dengan cili api sampai lumat. Maafkan lah cili api yang kecut tu. Hahaha




Haaa gini lah rupa nya lepas dah ditumbuk dengan sepenuh hati sampai lumat. Sekajap aku berdiri, sekejap aku mencangkung. Memang berusaha betul lah nak hancurkan cili api yang kecut and kering tu. Muahahaha.




Letak kuali atas stove and tanpa bukak api lagi, masukkan santan and campuran cili api + kunyit hidup tu. And kacau-kacau sikit. Ingat tau jangan bukak api lagi.




Still lagi dalam keadaan api yang tak dibuka lagi, korang masukkan kentang pulak. Lepas tu kacau-kacau sikit.



Dah kacau-kacau baru lah boleh bukak api.  Make sure masak kentang sampai empuk ye tawan-tawan. Ehh ehh tiba-tiba je pelat apahal !




Bila kentang dah empuk, boleh lah masukkan sardin. Letak garam and perasa.




Dah siap !


Boleh makan dengan nasi panas. Lepas tu tambah kicap. Nak makan dengan roti gardenia pun lagi lah sodap.

Perghh perghhh !
 Meleleh air liur aku sekarang ni. Haiyoo.

Sekian sahaja. Senang je kan resipi aku bagi ni kan. Trylah. Confirm tak menyesal.

Oklah bye !

Monday, February 23, 2015

Resipi kek batik yang memang senang, mudah dan cepat yang amat-amat. Senanglah, tak caya cuba try test.

Assalammualaikum.

Eii aku rasa aku dah gemuk balik lah cuti ni. Yelah bayangkan lah start cuti dari hari Khamis sampailah ke hari ni kerja aku asyik kejap-kejap makan, kejap-kejap masak. Lepas dah masak mesti lah makan kan. Aishhhh berkilo-kilo dah lemak yang aku ternak dalam badan ni. Esok nak start diet balik. Tak boleh cheat-cheat dah. Lagi berapa bulan je nak kahwin ni. Sorry ehh sebab meluahkan perasaan pulak dekat sini. Huhuhu.

Sebenarnya buat kek batik ni tak ada lah susah mana pun. And ada macam-macam version tau resipi kek batik ni. Ada resipi yang guna telur, ada yang guna milo lah, ada yang tak guna telur lah. Haa macam-macam kan. Tapi hari ni aku aku akan bagi resipi yang memang sangat-sangat senang. And yang penting tak guna telur and milo. Jimat pun jimat. Hehehe. Sekarang kos hidup makin tinggi, so kita kena pandailah kan jimat apa yang patut khennn. Poyo sangat ayat tu kan. Huhuhu.

So let's get started:  




Bahan-bahannya senang je :-

Biskut marie ( Patah-patahkan )
Satu tin susu pekat
Satu ketul buttercup
Serbuk koko 2 peket (dalam 5 sudu besar)
Nestum (lupa nak letak dalam gambar)

Ok cara-cara membuatnya pun memang senang sangatlah wei ! Pejam mata dah siap tau.




Haa terror tak, masak pakai kuali je uolls. Abaikan kuali yang hitam legam tu. Sekarang ni fokus cara-cara nak buat kek batik je ok. Jangan dipandang kuali yang hitam tu. Huhuhu. So first sekali cairkan butter tu. Buat api perlahan je tau. Takut hangus pulak.



Then masukkan serbuk koko and kacau sampai tak ada ketul-ketul. Lepas tu barulah masukkan susu pekat. Ikut manis mana yang korang suka. Aku guna buttercup, so memang masin sikitlah. Sebab tu kena guna susu pekat satu tin.



Haa part ni yang paling best. Masukkan biskut marie sikit-sikit and kacau perlahan-lahan tau. Aku guna satu peket biskut marie. So memang tak muatlah kan kuali tu. Tapi aku muatkan jugak. Tuh sebab kena kacau pelan-pelan. Huhuhu.



Bila semua biskut marie tu dah bersalut dengan coklat, masukkan pulak nestum. Ni tabur ikut suka hati korang lah. Macam aku, aku guna 2 peket nestum 3 in 1 tu. Sedapnya sampai menjilat jari woii !



Siap dah !! Bolehlah bekukan dalam peti sejuk. Lapik tupperware or loyang korang tu dengan plastik ok. Ini adalah untuk senangkan korang bila nak potong kek batik ni nanti. Jangan lupa padat-padat kan kek batik ni ye.


Selepas beberapa jam disimpan dalam peti sejuk. Kek batik yang memang moist sangat-sangat.
Sedaplah i tell you. Huhuhu puji diri sendiri nampaknya kan.



Close up sikit. Hehehe saja je nak buat korang termimpi-mimpi kek batik yang aku buat.

So macam mana? Senang je kan. Tak banyak bahan pun. Oklah aku pun dah ngantuk dah ni. Esok bermulalah hari-hari yang busy dekat opis setelah bercuti panjang.

Oklah bye !


Saturday, February 14, 2015

Resipi : Congo Bar step by step. Sharing is caring.

Assalammualaikum. 

Hari ni cheat day !!! Tetibe je kan nak mention cheat day, kau apahal? Hahaha tak ada lah, kan aku diet sekarang ni. Sebab tuh lah ada cheat day. Padahal baru seminggu je pun buat strict diet. Tuh pun nak kecoh. Tapi dalam masa seminggu ni ada lah 3 kg jugak yang turun. Tapi turun tang mana pun, aku pun tak tahu. Sama je aku rasa. So disebabkan aku cheat hari ni, itu yang mengada-ngada sangat nak buat congo bar tu kan. Apa menatang congo bar tu? Actually congo bar ni adik beradik brownies jugak, and dalam bahasa melayu dia, orang panggil brownies perang. Kalau omputih tu, yang brownies tu negro, yang congo bar ni kiranya macam tanned lah. Gitueeewww. Paham ke dokk ? Tak paham tanya, nanti aku jawab kan. Malu bertanya sesat jalan. Ehh tetibe lagi kan. Huhuhu.

So aku dengan baik hati nya hari ni nak share lah kan, resipi and step by step cara nak buat brownies tanned ni ataupun nama saintifiknya congo bar. So let's masak-masak jom :-



2 cawan tepung naik sendiri

3 biji telur yang dibasuh. Hygiene ok hygiene

1 sudu kecil esen vanilla

2 cawan brown sugar

1 sudu kecil baking soda

2 cawan butter

secubit garam

satu cawan coklat chip (optional)

satu cawan kismis


Cara-cara nak buat dia senang je. Simple and easy je tau. Tutup mata pun boleh buat. Cehh konon. Jom kita start :-


First sekali ayak tepung, baking soda dengan garam. Tujuan kita ayak tepung ni sebab nak ringankan adunan and lembutkan kek. Tapi korang kena ingatlah, kek apa-apa pun korang nak buat, make sure ayak tepung dia tau. Barulah kek tu naik dengan sempurna. Cewahhhh !



Ok dalam mangkuk lain, korang satukan butter dengan gula perang tadi tu. Sebenarnya butter tu kena potong kecil-kecik. Tapi disebabkan aku malas, aku masukkan seketul tu terus. Muahahaha pemalas bagi lah kat kau kan. 



Putar laju-laju campuran butter and gula tadi sampai kembang and warna nya bertukar jadi coklat cair macam dalam gambar atas ni.



Masukkan telur satu per satu. Kiranya macam ni lah. Korang masukkan sebiji telur, lepas tu putar. Masuk putar, masuk putar. Haa begitulah seterus nya ok.



Ni lah yang aku maksudkan masuk putar, masuk putar. Ok paham tak. Putar perlahan je tau. Takut adunan butter tadi tu tak rosak.



Haaa buruknya gambar. Kantoi beli barang dekat Rakan. Huhu. Ok sekarang ni time nak campakkan esen vanilla lah pulak.




Masukkan esen vanilla and pukul perlahan je tau. Pukul dengan kasih sayang. Macam korang pukul boipren korang tu. Ehhh !




Then masukkan lah tepung sedikit demi sedikit. Time ni pun pukul perlahan je tau. Kalau korang nak pukul laju. Boleh je. Tapi bersedialah nak dapat muka macam tepung gomak. Qu Puteh, barulah puteh. Ehh tetibe lagi kan. Hahaha.



Haa part ni yang paling aku suka. Part campakkan coklat chip sesuka hati. Aku ni memang suka sangat dengan coklat chip. Kalau korang tak suka, boleh lah letak sikit je. Sebab suka sangat sampai gegar-gegar gambar aku. Hahaha



Haa kan aku kata aku suka coklat chip. Melambak aku tambah coklat chip tau. Nak makan ni, biarlah sampai puas kan. Huhuhu




Kismis ni pun aku suka campak suka hati aku je. Huhuhu. Tapi kalau korang tak suka kismis, boleh lah tukar dengan badam ke, pistachios ke. Tak kisah pun. Jangan bantai kau pergi letak asam pedas pulak. Memang tak menjadi lah congo bars kau tu. 




Lepas tu isi loyang yang beralas kan kertas minyak, dengan adunan korang tu. Memang wajib letak kertas minyak tau. Sebab senang je nak tanggalkan and keluarkan dari loyang tu nanti. 




Lepas tu bakar dalam oven yang bersuhu 160 darjah celcius selama 45 minit ok. Ikutlah, kalau time korang check congo bar tu, adunan dia still lembik. Tambah lah masa lagi ok. 

Dan...

SIAP !


Sedapnya, sedapnya ! Aku lagi suka congo bars ni dari brownies biasa. Maybe sebab congo bars ni tak manis sangat kot. So senang je kan kalau nak try. Sila-silakan lah mencuba.

Oklah bye !


Wednesday, February 11, 2015

Ruffle Ombre Cake. First time buat corak ropol-ropol tau.

Assalammualaikum.

Haiii ! Saya dah kembali aktif untuk aktiviti mem baking ni. So sesiapa nak order kek ke, cupcake ke boleh lah PM saya dekat facebook ye. Tapi make sure area Seremban je lah. Cehhh ngada-ngada sangat kau kan. Macam lah ramai orang yang order kek dekat kau kan Azreen Zunairah. Kecoh. Hahaha memula perasan lepas tu emosi pulak aku kan. Biasalah emosi tengah tak stabil sekarang ni sampaikan bos aku pun cakap aku ni nampak sedih je. Macam ada masalah yang berat je. Entahlah aku rasa tak ada masalah pun. Excited nak kahwin ada lah. Tapi muka excited aku tu dah bertukar jadi sedih pulak. Pelik.

Ok abaikan mukadimah yang entah apa-apa dekat atas tu. Haa saja nak cerita yang aku dah berjaya buat ombre cake. Gigih tau aku tengok cara-cara nak buat ombre cake ni dekat youtube. Tu pun sebab ada kawan hotel yang nak tempah. Aku gagahkan jugak belajar teknik-teknik nak buat ombre cake dekat youtube. Ombre cake ni sebenarnya sebab krim dia berlayer-layer je pon. Bukan sebab kek dia. Yang kek kat dalam tu, tak kisah pun kau nak buat kek apa. Tapi dia jadi ombre bila tengok dekat cream luar tu. Berlayer-layer. Permainan warna lah orang cakap. Gitueew. 

Mehh aku tunjuk contoh-contoh ombre cake yang aku jumpa dekat internet. Bukan yang aku buat tau. 



Rose ombre cake. Haa cuba tengok krim dia tu, dari warna oren pekat, pergi ke warna peach. Catik kan !



Yang ni aku tak tau nama dia. Tapi krim dia tu, pakai sudu je. Boleh tak panggil ombre sudu. Muahahaha.



Ruffle ombre. Kawan hotel aku tu request nak macam ni. Time tu aku dah pening-pening dah. And rasa takut boleh ke tak aku nak buat ni. 

So penyudahnya, jadi lah gini kek aku tu :-




Ombre cake warna purple.

Abaikan meja yang bersepah tu. Comot bebenor aku tengok ruffle tu. First timer lah kononnya. Insyaallah lepas-lepas ni, halus sikit lah ropol-ropol. Dalamnya, kek red velvet je pun. Huhuhu.




Ombre cake warna peach.

Haaa gitulah rupanya ombre cake aku. Jangan kutuk ehh. Kalau nak kutuk, pm aku dekat facebook. Lepas tu kalau baik hati orderlah sekali. Muahahaha. Ehh lupa nak cakap, kek ni sebenarnya untuk hantaran. So kalau sesiapa nak order untuk hantaran bertunang ke, untuk nikah ke. Boleh lah cakap dengan aku. Tuh pun kalau confident lah nak order dekat aku. Muahaha. 

Oklah nak sambung buat kerja. Bye !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...