Showing posts with label PJJ UiTM Student life. Show all posts
Showing posts with label PJJ UiTM Student life. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Dugaan bila buat part-time study.

Assalammualaikum.
Hai hai uolls ! Rajin pulak aku nak bercerita pasal apa yang aku buat sekarang ni. Kalau sesiapa yang dah lama follow blog aku ni memang sedia maklum kot yang sekarang ni aku tengah buat PJJ. Cehh macam lah ada orang follow blog merepek meraban ni kan. Huhuhuhu.

Apa benda alah PJJ tu? Bukan perhubungan jarak jauh ye. Aku dengan Sham jarak sekangkang kera je pun. Jangan nak mengada-ngada nak buat perhubungan jarak jauhlah. PJJ yang dimaksudkan dekat sini ialah Pendidikan Jarak Jauh. Kira nya part time study lah. Now aku dah 3 tahun dah buat part-time study ni dekat Uitm Shah Alam dalam Business Administration Finance. Confident je nak ambil Finance untuk degree,padahal masa diploma dulu ambil Hotel Management je pun. Cehhh !

Insyaallah kalau boleh nak dapatkan degree dalam masa 4 tahun atau 5 tahun je. Tak nak lebih-lebih. Hakak penat sangat-sangat tau uolls. Cukup-cukuplah tu. Bukannya penat belajar, tapi penat drive dari Seremban ke Shah Alam sorang-sorang. Kalau ada peneman best lah sikit. Ni tak, pukul 6.30 pagi dah gerak dari Seremban and time dalam kereta tu lah karaoke sorang-sorang sebab nak hilangkan ngantuk punya pasal. Lepas tu orang kereta sebelah pandang kau pelik sebab happy semacam je dalam kereta padahal sorang-sorang je. Nasib lah kan kalau buat degree time dah kerja ni. Ada sebab aku buat part-time study ni, hanya aku, Allah and family aku je yang tahu sebabnya. Apa-apa pun family is my priority first.



Hamboi ! Penat sangat tu. Macam tu lah aku rasa sekarang.

Kadang-kadang kawan aku time poli dulu ada jugak pm dekat Facebook nak tanya pasal macam mana nak buat part-time study ni:-

Kawan : " Areen, Areen, Areen. Nak tanyalah, macam mana kau boleh terfikir nak study part-time ehh ? Kau memang tak reti penat ehh ?"

Aku : "Gila kalau aku cakap aku tak reti penat. Penat tau tak ! Tapi relax lah kelas bukan setiap minggu pun, kalau nasib malang dapat lecturer yang suka cancel kelas awal-awal semester, kenalah hadap setiap minggu ada kelas akhir-akhir semester. Kalau nasib baik, dua minggu sekali je ada kelas. Tu pun hari ahad je pun. "

Kawan : " Ohh macam tu. Tapi bila dah buat part-time  study ni, lambat lah grad kan. "

Aku : " Lambat ke cepat ke, terpulang dekat prestasi kau setiap semester. Yang penting lambat ke, cepat ke, still akan ada semangat nak habiskan cepat-cepat. Insya Allah. Tak ada apa yang nak dirisaukan, sebab kebanyakkan part-time student ni memang dah ada permanent job. " 

Macam-macam lagi soalan yang aku dapat daripada kawan-kawan aku yang memang ada niat nak sambung belajar secara part-time ni. So hari ni aku dengan rajin nya nak list out dugaan-dugaan yang bakal korang hadapi bila dah terjebak dengan part-time study. Haaa debar-debar tak nak tau apa dugaannya tu. Hahahaha relax-relax.

  • Sentiasa tak cukup masa walaupun Sabtu Ahad cuti.
Ni lah yang aku alami sekarang. Lagi bertambah teruk sekarang sebab setiap hari, setiap minggu nak keluar dengan emak aku untuk buat preparation kahwin. Lepas tu pulak semester ni kebanyakan subjek memerlukan aku untuk submit macam-macam assignment dengan assessment. Kadang-kadang tu kejap je rasa, ehh dah hari Jumaat lah, esok cuti dua hari. Yeah !! Lepas tu sup sap sup sap keluar dengan emak aku, ehh esok hari Isnin lah. kejapnya cuti. Assignment tak siap lagi. Nak kena submit minggu ni. At the end, siapkan laju-laju semua benda malam Ahad, esoknya masa dalam office lemah longlai and muka mengantuk je. Amaran keras ehh ! Kalau aku senyap maksudnya aku ngantuklah tu. Muahahaha saja nak bagitahu kakak office aku sebenarnya. So silakan lah ajak aku berjalan-jalan. Bukan ngulor ye. Hehehehe



*Hari-hari rasa nak ambil cuti. Muahahaha*
  • Sentiasa tak cukup masa untuk siapkan assignment.
Dah nama pun kita ni part-time study, so kena pandai-pandailah bahagikan masa kan. Aku ni still fail lagi kalau bab-bab nak bahagikan masa ni. Memang tak reti-reti balik kerja, mandi lepas tu siapkan assignment. Apa yang penting time tu, katil dah memanggil-manggil, scroll Instagram kejap, lepas tu bantailah krohh krohh. Bila dah dekat dengan hari kelas, mulalah menggelabah nak siapkan semua assignment. masa tu mulalah pesan dekat akak-akak office yang kamceng dengan aku. Hari Jumaat jangan kacau aku, aku nak siapkan assignment. Padahal hari jumaat tu lah macam-macam kerja melambak-lambak nak kena siapkan. Choii !


*Tahap kemalasan time ni memang dah di tahap yang tak dapat dibendung lagi.


  • Masalah kewangan bagi yang bergaji kecil.
Rezeki Allah ni luas. Dekat mana-mana pun ada rezeki as long kita berusaha keras. Cewahh buat tazkirah malam-malam ni pulak kan. Huhuhu. So far bagi aku, even aku ni gaji tak ada lah besar mana, still boleh cover lagilah duit minyak dengan tol nak pergi Shah Alam. tapi kadang-kadang short jugak jadinya sebab lecturer suruh beli buku lah, ada additional kelas tiba-tiba lah. Yelah kan, aku memang dah bajet setiap bulan kelas akan ada dalam dua kali atau tiga kali je. Sekali tiba-tiba je lecturer datang mood rajin dia nak buat kelas tiap-tiap minggu. Haaa memang terus lah aku manja-manja dengan emak aku kan. Mak ! nak duit belanja sikit. Hehehehe. Tak malu dah kerja pun nak mintak dengan emak lagi kan. So far bagi aku kalau korang nak buat pjj, better buat dekat Uitm lah, sebab aku dah survey yuran Uitm yang paling murah. Hehehehe hakak memang suka yang murah-murah je uolls.




So far tu je lah aku nak share dengan korang, apa yang aku rasa sepanjang tiga tahun ni bila buat pjj. Sebenarnya banyak lagi nak cakap, tapi bila dah update blog sambil buat assignment, memang idea tu banyak disekat-sekat sebab asyik fikir nak siapkan assignment je. Uwaa nak tidur cepat. Mengantuknya ! Apa-apa pun aku nak pesan, apa-apa pun lah keputusan diambil, even nak pergi belajar, nak pergi kerja ke, nak pergi mana-mana pun lah, apa yang penting restu emak ayah. Lagi best kalau korang peluk cium emak ayah before nak pergi mana-mana tu, Insyaallah selamat dunia akhirat. Amin.




*Sayang emak dengan ayah *

Dah lah aku nak siapkan assignment yang dah lama tertangguh. Jangan nak online-online lagi ye Azreen Zunairah.

Oklah bye !






Sunday, April 12, 2015

Assignment, Group atau Forever Alone ? Yang mana satu ?

Assalammualaikum

Hari ni awal-awal pagi emak aku dah kejut bangun, tak ada lah pagi sangat pun. Aku pun macam mamai-mamai je sebab malam tadi tidur pukul 4 pagi. Haa nasib lah kan. Siapa suruh tidur lambat. Weekend uolls, kena gunakan masa dengan sebaiknya. Cehh !

Bila dah bangun tu, dengan secara automatik aku teringat assignment Monetory Economics aku tak siap lagi. Padahal kena submit next week time dalam kelas. Even jarak dari hari Ahad hari ini sampai lah ke Ahad minggu depan macam jauh. Tapi bila dah masuk office and lepas tu balik rumah terus tidur krohh krohh tak tengok assignment, terus masa tu jadi pendek. Sedar-sedar je dah hari Ahad. Dahlah next week aku ada community service dekat orphanage house Shah Alam. Nanti aku cerita ye pasal anak yatim tu semua. Memang mendapatlah kalau tak siap assignment. Wuwuwu dugaan student PJJ macam aku. Sabar je lah selagi boleh.

Bila dah jadi student PJJ ni kan, jangan berharap sangat kau boleh nak discuss-discuss lepas habis kelas macam full time student. Memang tak ada masa ok. Rushing pergi kelas lain sebab nak kejar subjek lain yang dah start. Sesiapa yang pernah jadi part-time student, memang paham lah apa yang aku cakap ni. So memang jangan haraplah kau dapat kenal dengan lebih rapat kawan yang duduk sebelah dengan kau masa dalam kelas. Ok masa jadi part-time student dekat Uitm Shah Alam sekarang ni, aku memang pergi mana-mana dengan minah dua orang ni je. Sorang nama Sufeenaz yang dipanggil Sufee. Sorang lagi Milawati yang aku panggil Kak Mila. Sufee ni dah kahwin and ada anak sorang and the best thing is Sufee ni travel dari JB datang Shah Alam. See see pengorbanan seorang ibu. Kak Mila ni pulak, orang Sarawak tapi dia dah lama menetap dekat KL sebab kerja dekat LHDN. Position pun bos-bos je tau. Kerja dekat LHDN tu pun dah 13 tahun. Aku ni je lah position sendu je. Muahahaha bersyukur dengan apa yang ada hokay !

So memang pergi mana-mana kitorang akan bertiga and kalau boleh group assignment pun nak 3 orang je walaupun lecturer nak 7 orang. Sebab apa ? Sebab kitorang ni senang nak communicate each other. Dah tahu apa kemahiran masing-masing. Ditakdirkan semester ni, untuk subjek Personal Development and Ethics, lecturer arahkan satu group tu ada at least 7 orang dalam group untuk community service. Aku ni yang sememang nya aktif and banyak cakap, beria lah cari lagi 4 orang. Walaupun hati macam tak rela je nak group ramai-ramai. Kalau boleh nak 3 orang je. Aku, Sufee and kak Mila. Alhamdulillah, within a week, dah cukup dah group kitorang 7 orang.

So what's the point yang mengatakan assignment tu lagi best kalau dalam group atau forever alone je ?


Nak dijadikan cerita, dalam 7 orang ni mesti lah ada seorang yang perangai lain macam kan. Siang tak selalunya indah, kadang-kadang hujan jugak. Ehh tetibe pulak kan. Ditakdirkan ada seorang ni request nak masuk dalam group aku, and dengan berbesar hati nya aku pun terima dia as the part of our team. Tapi kan, baru satu hari masuk dalam group whatsapp, dah start arahkan kitorang panggil dia kakak. Ok pasal nama panggilan ni aku tak kisah sangat, hormat lah kan sebab dia lagi tua. Tapi bila orang dah start sebut-sebut, akak ni Audit manager, so uolls kena ikut lah apa yang akak suggest and arahkan.

Masa tu, i was like, "Kau apahal !! " Tak ada angin tak ada ribut, discussion pun tak buat lagi, terus nak mengarah-ngarah" 

Tapi cakap dalam hati je lah. Hormat punya pasal. Lepas tu mulalah aku personal whatsapp Sufee dengan Kak Mila. Muahahaha gosip-mosip pun bermula.

Kak Mila : "Apahal tiba-tiba je dia nak mengarah kita ni ? Siap nak mention pasal position bagai, ikutkan nak jugak berlagak je dengan dia, tapi kejap lagi kita pun sama bodoh jugak ikut berlagak macam dia *hahaha pedas sungguh ayat Kak Mila*

Sufee : " Entah dah kenapa, belum pun discuss apa-apa terus nak cakap macam-macam, tak apa kita tengok je rentak dia macam mana nanti.

Aku : Diam je "krikk krik krik *

Then tiba lah hari discussion kitorang satu group. Yang lain semua ok je approach and bila masing-masing dah decide nak buat community service dekat mana, aktiviti apa nak buat. Tiba-tiba ada je yang bersuara :

"Akak rasa lah kan, better kita buat proposal dulu and lepas tu baru fikirkan nak buat aktiviti apa and bla bla bla bla "

Aku dalam hati kan, nak je menjerit, "Lahhh, tadi yang kita discuss nak buat dekat mana, aktiviti apa nak buat, kau tak dengar ke ?? " Still bercakap dalam hati jugak. Kak Mila pun explain lah, yang penting sekarang ni kita cari tempat dulu and dapatkan approval dari tempat tu untuk buat community service dekat situ. Then baru fikirkan pasal proposal. Tapi disebabkan perangai yang aku sendiri pun tak faham, nak kata bossy pun payah, nak kata beruk makye lagi lah tak sampai hati. End up aku diam je. 

Habis je discussion, terus Kak Mila cakap, " kan best kalau boleh satu group tu kita 3 orang je, tak ada lah pening kepala macam sekarang " Selalunya kalau kita grouping 3 orang je, mesti semua cepat je settle. Sekarang ni satu apa pun tak buat lagi"

Masa ni aku dah fikir dah kalau assignment kena settle by group ni, mesti lambat punyalah nak submit. Macam-macam ragam kena hadap sebab dalam group tu macam-macam perangai ada. Ada pemalas, ada rajin, ada yang suka cakap je tapi tak suka buat paper work. Haaa macam-macam lagilah. 





Kalau forever alone masa buat assignment pun lagi best aku rasa. Senang nak manage sorang-sorang. tapi buat masa sekarang ni, aku lebih selesa lah dengan minah dua orang tu kalau buat assignment. Senang nak bincang dengan Sufee and Kak Mila sebab dari semester satu dah together-gether kan. Hehehehe. Sekarang ni dah semester 6 dah. Ikutkan 3 tahun dah tu wei.

So kalau korang, mana yang korang suka kalau nak siapkan assignment ni ? Grouping atau forever alone ? tepuk dada tanya selera.


 *Tiba-tiba je rindu nak pergi Cameron Highland, nak makan brokoli goreng tepung dengan aiskrim strawberri. Mih mih mih makan je ingat *


Oklah bye !




Saturday, February 14, 2015

Alhamdulillah syukur. Rezeki hari Jumaat. Harap semakin bertabah nak habiskan degree PJJ ni.

Assalammualaikum.

Semalam sebenarnya hari yang di tunggu-tunggu semua student UiTM termasuk lah aku. Result keluar hari ni wei ! Aku daripada malam dah rasa nak marah-marah orang, dah rasa nak muntah-muntah. Lepas tu berkali-kali lah bukak student portal. Try lah kan nak tengok result sem ni kan. Tapi still tak boleh jugak, sistem cakap result hanya akan dikeluarkan pada pukul 9 pagi, 13 February 2015.

Sebenarnya lama dah tahu tarikh result keluar bila. Tapi stress punya pasal aku bukak student portal banyak kali malam 12 haribulan tu jugak. Hahahaha saja nak puaskan hati diri sendiri kan. Nasib baik sistem tu tak boleh bercakap. Kalau dia boleh bercakap mesti dia maki-maki aku. Hahahaha. Tak penyabar sangat.

Aku bukanlah excited sangat pun nak tengok result, takut adalah sebab takut ada paper kena repeat. Biasalah kan, bila dah buat degree PJJ ni rasa macam malas je nak study bila exam tu. Study pun ala kadar je. Tuh yang rasa debar-debar je bila result dah keluar. Mulalah aku tak boleh nak tidur malam tu kan.

Esoknya pun, hari Jumaat semalam, aku masuk kerja awal uolls. Yelah nak check email cepat-cepat. Manalah tahu kan result dah masuk dalam email kan. Lepas tu bila dah check, still tak dapat jugak. Ahhh stress nya. Wahai Azreen Zunairah kau reti tak result keluar pukul 9 pagi. Sekarang ni baru je pukul 8.30 pagi. Reti tak, reti ?

Lepas aku dah berlari-lari dalam office jumpa bos mintak sign semua, dah settle segala kerja aku. Dalam pukul 10 pagi macam tu lah, perlahan-lahan je aku check email. Fuhh fuh tarik nafas. Kecoh je lebih kan. Tapi hati aku ni dah kemain dah dup dap dup dap. Bukak-bukak je email aku nampak satu email dari UiTM. First thing aku cari bila bukak email tu, aku nak tengok subjek Investment Analysis dulu sebab subjek ni yang paling killer and buatkan aku macam nak pengsan bila study subjek ni. Sekali tengok, fuhh Alhamdulillah. Lulus semuanya. Tak da kena repeat. Yeayyyyyy ! Cepat lah masa aku boleh habiskan degree ni. Yeayyyy suka suka !





Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Lepas dah dapat result ni, laju-laju aku mesej emak aku and bagitahu pasal result ni. Hehehehe. Saja nak bagitahu dia yang aku takda fail, semua lulus. Haaa lulus tu penting hokayy. Kalau tak, buang masa aku je nak kena repeat balik subject tu semua. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.

Terima kasih lah ye sebab sudi nak baca luahan perasaan aku ni kan. Hahahaha.

Oklah bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...