Thursday, December 25, 2014

Resipi : Trifle yang sangat sedap dan senang.

Assalammualaikum !

Hari ni cuti. Yeahhh jom pergi jalan-jalan. Tetibe je kan. Gile ke hape. Di petang yang hening dan burung-burung pun berkicauan selepas hujan yang dari semalam non stop. Tiba-tiba je rasa rajin nak share resipi trifle yang selama ni ke hulu ke hilir aku bawak untuk jual. Mana lah tahu kan korang pun nak try jugak kan, Biasalah demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak, hakak suka bebenor nak jual segala benda yang berkaitan dengan kek and masak-masak ni. Motif ! So mehh lah tengok, aku nak share sikit resipi yang memang sangat senang nak buat. Mana tahu bila dah try, rasa sedap pulak kan. Haa boleh lah jual and menambah side income. Sekarang ni kos hidup makin tinggi, tinggal korang rajin dengan tak rajin je. Sebelum aku melalut tah hapa kebendanya dengan lebih panjang, mehh lah tengok cara-cara membuat trifle gaya Azreen Zunairah yang paling senang di seantero dunia. Cehhh ayat nak poyo sangat ! Hahahaha

DSC_0795

Bahan-bahan yang diperlukan sikit aje, jangan lah risau :-

*Coklat chip

*Fresh cream / Non dairy whipping cream

*Fruit cocktail

*Kek gulung atau bahasa saintifiknya swiss roll

*Susu cair

*Tepung kastard

Ok cara-cara nak buat dia memang senang lah, cuma banyak step dia sebab dah kata pun trifle kan, so kita kenalah buat layer by layer kan. First, potong swiss roll tu slice by slice then susun dalam bekas macam dalam gambar bawah ni :

DSC_0804

Lepas tu, letak kuah kastard dia pulak, macam dalam gambar bawah ni, haa yang kuah kastard ni korang kena masak lah sebab tak ada pulak kuah kastard yang ready made. Ngengada sangat kan, buat je lah. Senang je pon. Ingat ! nak sedap kan, kenalah rajin. Mihmihmih.

DSC_0805 

Nak buat kuah kastard ni senang je, nisbah dia :

satu tin susu cair : 2 sudu besar tepung kastard: 3 sudu besar susu pekat

Tapi before that, kenalah campurkan tepung kastard tu dengan air masak dulu, guna air sejuk biasa tau, jangan guna air panas pulak. Nanti berketul-ketul pulak.

DSC_0801

Haaa gini lah rupenya lepas tepung kastard tu dah dicampurkan dengan air sejuk biasa.

DSC_0800

Cara dia senang je, panas kan susu cair, masukkan susu pekat then masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan air tadi. Lepas tu kacau je sampai pekat. make sure api kecil and kena kacau je selalu sebab kalau tak kacau bawah dia akan hangus. Tak sedap lah pulekk kan ! Dah pekat tu, padamkan api, then tuangkan kat atas kek tu panas-panas, biarkan swiss roll tu menyerap kuah kastard dengan jayanya. Huhuhuhu.

DSC_0806

Part yang paling best bila nak letak fruit cocktail. Sebab time ni satu sudu letak dalam bekas, satu sudu lagi ngap masuk mulut. And begitu lah seterusnya. kalau korang nak letak buah lain pun boleh. Tak kisah. Nak letak buah durian pun boleh, ikut selera masing-masing kannnn !
 
Then part yang penat tapi best bila nak buat fresh cream jadi kembang. Tapi nasib baiklah time ni aku ada assistant yang tak bertauliah kejap.
 
DSC_0797
Macih adik sebab tolong kakyong. Time cuti sekolah ni bolehlah dia tolong, time dah sekolah nanti, kau buatlah sorang-sorang ye Azreen Zunairah. Untuk buat cream ni, aku guna fresh cream yang memang selalu ada jual dekat kedai kek.
 
DSC_0803
Aku suka guna cream ni sebab rasa dia tak manis and tak berminyak sangat. Yang penting bila dah letak dalam trifle, rasa dia macam aiskrim uolllsss. Sedap sangat !
 
DSC_0802 
Putar pada kelajuan yang maksimum ye sampai dia kental. Macam mana nak tahu dia kental, cuba korang try terbalikkan bekas tu, cream dia jatuh tak, kalau tak jatuh tu, maksudnya dah siap !! Kalau jatuh, nasib koranglah. Huahuahuahua
 
DSC_0807

Cream ni, kiranya untuk last layer lah. Make sure buah-buah tu semua ditutup dan di cover dengan jayanya ye. Kalau nak sedap, tabur lah coklat chip. Benda ni optional, Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hati. Tapi bagi aku, lagi sedap kalau letak. Nyumm nyum sedap ! Ada krup krap krup krap lagi.

Then siap !

Senang je kan cara nak buat trifle gaya Azreen Zunairah ni kan. Tak habis-habis dengan poyo kau kan. Huahuahua. Oklah nak berjimba-jimba lah hari ni. Kan cuti.

Selamat mencuba !

Bye.

6 comments:

Tips said...

sedapnya.. nak kena cuba buat ni..

Azwar Syuhada said...

Menarik, boleh cuba lepas ni :)

Azreen Zunairah said...

cik zaza : try lah sedappp !!!

Azreen Zunairah said...

Azwar Syuhada : Senang je..try lah...

Wak Lat said...

Salam. Hee sungguh rajin.

Azreen Zunairah said...

TIGA LALAT: heee memang pon..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...