Sunday, July 31, 2011

Sayang sangat pun tak boleh. Benci sangat pun tak boleh. Yang penting dua-dua kena sama rata !

Assalammualaikum !

Dulu aku tak percaya tau bila orang cakap dekat aku jangan gembira sangat, nanti kalau happy sangat mesti malam nanti menangis. Tapi bila benda tuh selalu sangat terjadi dekat aku. Slowly aku mula percaya. Maybe benda tuh terjadi sebab Tuhan tak nak kita lupa diri dengan apa yang kita ada.

Lagi satu kan, mak aku selalu cakap, kalau kita sayang seseorang or sesuatu benda tuh. Jangan over sangat sayang nya. Takut nanti kita sendiri yang kecewa. Lepas tuh kita tak boleh benci sangat dengan apa yang kita tak suka sebab maybe one day orang tuh or benda tuh yang akan kita sayang sangat-sangat. Hadoi ! Gile merepek aku kan. Tapi korang paham kan apa maksud aku ?

Contoh macam time aku sekolah dulu, aku punyalah ejek habis-habisan kawan-kawan aku yang minat warna pink. Memang macam-macam lah aku cakap sebab masa tuh aku memang anti gile dengan warna pink. Tapi last-last masa habis je form 5, entah macam mana aku boleh suka pulak dengan warna pink. Kejap je tuhan nak balas balik perangai jahat aku yang suka nak ejek orang kan.

Lepas tuh pulak aku selalu sangat dok perli kawan-kawan aku yang couple dengan adik-adik junior masa sekolah dulu. Aku cakap apa barang couple dengan junior kan. Couple lah dengan abang senior. Tapi entah macam mana lah kan, masa aku form 5 aku boleh pulak tersangkut dengan sorang budak junior ni. Then masa dia mintak couple dengan aku, aku layan kan je. Last-last budak tuh ada girlfren lain masa aku dah habis sekolah. Time tuh memang aku dah frust menonggeng lah.

Kalau macam time sekarang pulak, kerja aku ni berkaitan dengan akaun-akaun bagai. Seriously masa aku dekat poli dulu, aku memang tak minat langsung dengan subjek akaun sebab aku tak ada basic akaun langsung. Yang ada just basic sains tulen je. Disebabkan aku tak minat langsung, sampai nangis-nangis lah aku belajar akaun dengan bestfriend aku sebab satu patah haram pun aku tak faham and tak reti nak kira. Gila teruk aku kan. But now, maybe tuhan dah takdirkan and rezeki aku terletak dekat kerja yang berkaitan dengan akaun bagai ni. Bestfriend aku siap gelak-gelak je. Yelah, aku punyalah tak suka dengan subjek akaun boleh pulak tiba-tiba kerja dalam bidang ni.

Tuhlah aku nak cakap tak semua yang kita nak, kita akan dapat sepenuhnya and sometimes benda yang kita tak nak and jangka akan dapat, tiba-tiba akan datang bergolek macam tuh je. Semua kuasa tuhan. So biarkan je dia datang and pergi. And aku tahu memang ada yang dok kutuk-kutuk aku and yang paling sedih yang kutuk aku tuh kawan aku sendiri, tapi apa kita boleh buatkan. Just bersabar ! What goes around come around. Hei ! Dah melalut habis dah aku cakap ni. Oklah petang ni pun aku nak balik Seremban balik dah.

Bebbboii !

Saturday, July 30, 2011

Jom berkaraoke dengan aku nak ! Saja boring-boring ni. Hehehehe !

Assalammualaikum !

Karaoke !

Bila keboringan dah melanda aku dekat kampung ni. Mulalah aku nak melalak sorang-sorang. Bukan apa, rasa boring sebab tak ada kawan sebab semua cousin yang sebaya dengan aku semua tak balik. Semua budak kecik je yang ada. Tak dapat nak gosip-gosip.

Aku tahu lagu ni memang dah lapuk dah pun and masa mula-mula lagu ni keluar pun, aku tak tahulah kenapa aku tak suka langsung dengan lagu ni. Tapi aku start suka dengar lagu ni bila aku dengar time aku aerobik hari tuh. Time nak cooling down. Best pulak aku dengar. Huhuhu !

So kalau korang pun kebosanan, jomlah kakraoke sekali dengan aku ehh ! Oklah kalau malam karang aku rajin, aku update lagi ok.

Bebbboiii !

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday # 4- Peneman ku dikala tidur. Cici ku sayang ! Comeynya ~

Dalindareen7285

Kak Limah pesan:

Cici tengah tidur tuh !

Dah tutup lampu and jangan main fb je !

Monday, July 25, 2011

Serius wei !! Harry Potter memang buat aku nangis macam frust putus cinta. Hikhik !

Assalammualaikum !

Sebelum aku menutupkan mata malam ni, aku nak update blog dulu sebab kawan aku ada dah tanya kenapa aku tak update-update blog yang berhabuk ni. Actually bukannya aku malas nak update. Tapi disebabkan idea memang dah tak ada. So blog aku ni, aku biarkan je tak berusik. Serius aku memang tak ada idea langsung. So bila dah datang idea nak update ni, baik aku taip and merepek macam-macam. Sambil-sambil tuh boleh aku lepaskan tension dekat sini.

This week memang aku rasa sangat-sangat busy dengan kerja aku. Kadang-kadang tuh rasa macam nak bawak balik je semua kerja aku tuh balik rumah. Tapi kalau bawak balik rumah belum tentu aku buat. So disebabkan aku sedikit penat dengan kerja, aku ajaklah bestfriend aku keluar jalan-jalan. Sambil-sambil tuh boleh jugak aku survey baju untuk office. Yelah, hari-hari pakai baju kurung, aku pun boring kot ! Tujuan utama sebenarnya adalah kerana aku nak tengok cerita Harry Potter sangat-sangat. So sebelum melayan cerita Harry Potter jom kita isi perut yang semakin membuncit dulu !

Dalindareen7269

Aku memang teringin sangat nak makan seefood spageti Pizza hut dari dulu lagi tapi asyik-asyik tak menjadi. Sebab kalau aku datang Pizza Hut mesti benda lain aku tak pandang selain daripada pizza. So disebabkan aku memang tak teringin langsung nak makan pizza, aku just order seeafood spageti. Memang mengada-ngada nak makan dekat sini. Padahal kalau dekat rumah tuh, satu periuk aku boleh dapat. Yang si bestfriend aku pulak order creamy fettuccini. Add on dia just mushroom soup ngan garlic bread. Last-last garlic bread tuh tak habis pun. Membazir gile kot sebab tinggal setengah lagi.

Dalindareen7265

Abaikan muka tembam and mata aku yang sembab tuh ok ! Aku tau badan aku naik sekarang ni. Gambar tak ada motif sebenarnya tapi disebabkan nak tunggu makanan sampai punya pasal. Gambar perasan-diri-cantik diri sendiri haruslah ada dalam koleksi. Hahaha ! Then makanan pun sampai. Last-last seafood spageti aku tak sedap langsung. Masam nak mampus. Bestfriend aku punya makanan jugak yang habis. Then makan dia jugak yang aku bedal. And spageti aku, aku biarkan je tak habis. Gile membazir kot sebab setengah pinggan tak habis.

Dalindareen7270

Wahhh ! Gedabak pipi aku dalam gambar ni kan sampai tak muat nak masuk dalam camera. Serius aku memerlukan diet yang ketat. Hahaha berangan je lah ko kan Areen. Yang penting bestfriend aku pun sama-sama tembam macam aku dah. Nasiblah wei ! Sesiapa yang jadi kawan aku memang akak gedebab punya.

So dah habis makan semua, aku ajaklah bestfriend aku ni survey blazer. Sambil-sambil tuh ada jugak aku usha-usha shawl yang boleh ditambah untuk jadi koleksi dalam almari aku tuh. Huhuhuhu !

Dalindareen7274

Sekarang ni semua blazer dah fesyen ada shoulder puff tau. Memang nampak style lah jugak tapi aku rasa macam ada yang tak kena je. Huhuhu. By the way, bdan aku memang dah naik sangat-sangat. So tak perlu nak kata apa-apa. Hahaha !

Dah penat merayau semua, time untuk tengok movie lah pulak ! Memang penug satu cinema tuh sebab semuanya nak Harry Potter. Rasanya tak payahlah kot aku cerita apa jadi dalam Harry Potter yang last ni. Korang semua pun dah tau kan. Yang penting Voldemort dah mati. Part yang paling best bila masing-masing dah tua and hantar anak dekat train station. Satu cinema kot gelak sebab macam kelakar je diorang semua ada anak. By the way anak Harry Potter memang handsome and comel gila. Rambut stok-stok nak tiru Justin Bibir. Opps salah Justin Bieber. Hahaha ! Part yang aku nangis sangat-sangat adalah bila flashback semua kisah Professor Snape. Rupa-rupanya Snape ni kekasih lama mak Harry. Gile sedih kot sebab sampai mati, professor Snape still jaga Harry dalam diam-dia. Urmm sedih gile !

Oklah aku pun dah ngantuk. Esok da nak kerja dah. Yang penting esok memang tersangat-sangat busy sebab kena buat inventory and stock take ! Ahhhh malas.

Bebbboiii !

Tuesday, July 19, 2011

Contest shawl dan aku !

Assalammualaikum !

Merajinkan diri untuk update satu lagi entry. Pun sama jugak. Still berkaitan dengan contest. Aku ni rajin je join contest. Tapi menang nya tak ada jugak. Huhuhu ! Tak apalah, dah kata contest kan, biasalah tuh kalah menang. Yang penting aku ada idea nak update blog aku ni. Huhuhu ! So mohh ler ramai-ramai join contest dari budak cantik yang stylish ni. Hehehe !

yayu

Klik gambar atas ni kalau nak join contest ok atau TEKAN SINI !

Rules untuk contest ni tersangatlah senang ok ! Mehh tengok apa rules yang perlu dipatuhi untuk join contest ni:-

  • follow ??? <--- korang tak yah follow pun takpe,..up to you darL..
  • buat satu entry berkaitan contest ini ...link dekat yuhuu after that..
  • letak pic korang bershawl..(pakai shawl) (kalau bole yang stylo)
  • korang boleh letak seberapa banyak pic pun..
  • letak sekali banner contest dlm entry oke!!!
  • that's it.. itu je,.. mudah kan,..???!!
  • due date is 20/8/2011 ( ada masa lagi)
  • pemenang akan dinilai oleh juri dan yuhuu sendiri..not random !!
  • hadiah ???!!! berkaitan hari raya..consists of :
    • 1st prize
    • 2nd prize
    • 3rd prize
    • 3 saguhati

Amacam ? Senang je kan rules dia kan ! So untuk contest ni gambar yang akan diletakkan ialah:-

Dalindareen5688

Dalindareen5957

Dalindareen6458

Tuh je lah tiga gambar yang aku nak tempek untuk contest ni kot ! Karang banyak-banyak aku letak, ada pulak yang menyampah kan. Huhuhu ! Actually aku tak adalah banyak sangat shawl nya. Tapi adalah koleksi sikit-sikit. Sekarang ni pun pergi kerja pun pakai tudung biasa je. Malas nak ber shawl-shawl bagai. So untuk contest ni aku nak tag dua orang kesayangan aku:-

Bebbboiii !

IDA : BLACK AND WHITE CONTEST

Assalammualaikum !

Hari ni aku tak kerja disebabkan ada hal-hal tertentu yang perlu di settle kan. So disebabkan aku banyak masa free hari ni aku nak merajinkan diri mengupdate seberapa banyak entry yang boleh. So entry pertama untuk hari ini ialah contest dari budak comel Ida- Black and White Contest !

ga banner

Siapa yang nak join boleh tekan gambar comel atas ni ehh !

So untuk contest ni aku kena letak gambar yang aku rasa cun or whatsoever lah kan. Entah lah aku pun tak ada gambar yang baru sangat. Makin lama makin malas nak tangkap gambar. Huhuhu. Tapi disebabkan contest Cik Ida yang comel ni, aku tempek lah jugak gambar yang aku rasa unik and cun. Konon jelah kan ! Huhu. Gambar yang dipertaruhkan ialah:-

Dalindareen2760

Actually gambar ni dah lama sangat dah. Masa time aku dekat poli dulu. Bila dah tolak tambah darab bahagi. Nak dekat 3 bulan lebih dah aku tinggalkan zaman poli. Now dah kerja dah. Aku tempek gambar ni sebab kebetulan aku pakai baju kurung polka dot hitam putih so kalau di black and white kan gambar tuh tak adalah nampak buruk sangat kan. Hehe ! Masa ni pun jadi model entah apa-apa dan tak ada motif pun sebenarnya. Biasalah kan, zaman belajar memang kalau dah tak ada kerja lain nak buat, tangkap gambar je lah korje nya. Huhu !

Oklah untuk contest ni aku nak tag dua orang:-

Bebbboiii !

 

Sunday, July 17, 2011

Drama Korea yang aku paling banyak diulang tayang buat masa ni. Hehehe !

Assalammualaikum !

Waktu bekerja yang sememangnya memenatkan tidak membuatkan aku letih nak mengadap cerita Korea hari-hari. Makin semangat nak tengok muka-muka comel and jambu semua pelakon Korea. Cerita dia pun even buatkan kita selalu berangan-angan nak dapatkan lelaki handsome, tapi sekurang-kurang nya cerita dia memang logik. Selalunya drama yang Korea buat ni pasal apa yang terjadi dalam daily life kita. So mehh sini aku nak review satu-satu drama Korea yang pernah aku tengok. Kat sini aku nak bagi amaran, sesiapa yang memang tak minat langsung dengan Korean drama, better lah membawa diri pergi dari blog ni ok ! Atau pun tekan je butang pangkah dekat atas tuh ok.

First drama yang aku akan review adalah drama bawah ni:-

pst

pasta_newsletter

Drama ni mengisahkan tentang seorang perempuan, Seo Yoo Kyung yang menjadi kitchen helper selama tiga tahun berturut-turut di sebuah restoran Itali, La Sfera yang menyediakan hidangan Pasta. Hidupnya mula berubah apabila seorang chef, Choi Hyun Wook dari Itali mula bekerja disitu sebagai head chef. Lebih malang lagi, disebabkan Hyun Wook tidak mempercayai kebolehan wanita, seorang demi seorang pekerja wanita dipecat termasuklah kitchen helper yang sudah lama berkhidmat disitu iaitu Yoo Kyung.

Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang masakan, Yoo Kyung tetap bekerja seperti biasa walaupun dipecat. Ini menyebabkan Hyun Wook marah dan sentiasa membuat pelbagai cara untuk menghalau Yoo Kyung. Dalam masa yang sama, Hyun Wook telah jatuh cinta terhadap Yoo Kyung. Namun perasaannya dipendamkan kerana tidak mempercayai wanita.

Dahlah ! Tuh je aku nak bagitahu serba sedikit pasal drama Pasta ni. Dari sepuluh tuh, aku bagi dalam lapan setengah lah sebab cerita dia memang best tau ! Mula-mula aku tengok heroin dia tak adalah cantik sangat tapi bila lama-lama tengok hati aku cakap, Eh ! Cute pulak minah ni. Hehehehe !

Ok ok next drama is :-

250px-ProsecutorPrincess

psprin

Prosecutor Princess !

Drama ini tentang seorang gadis, Ma Hye Ri yang sangat meminati bidang fesyen dan kecantikan dipaksa oleh ayahnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Disebabkan Ma Hye Ri adalah seorang yang sangat cerdik, dia lulus semua ujian undang-undang sehingga ditawarkan bekerja dia pejabat peguam. Disitu Ma Hye Ri menarik perhatian semua pekerja disitu kerana gayanya yang stylish, fashionable dan lain dari peguam yang lain. Disebabkan tidak meminati bidang undang-undang, banyak kes yang diselesaikan sambil lewa dan menimbulkan kemarahan banyak client yang datang ke pejabat tersebut. Hal ini menyebabkan rakan sekerja nya memulaukan Ma Hye Ri dan sejak itu Ma Hye Ri mula serius dengan tugasnya sebagai seorang peguam.

Apa yang aku suka pasal cerita ni sebab hero nya jugak. Mula-mula aku ingat Rain yang berlakon. So aku macam tak excited sangat nak tengok sebab aku tak minat Rain. Tapi nasib baik bukan Rain yang berlakon and yang penting heronya handsome gilo !!! Tuh je sobab ehh aku nak tengok cerito ni. Hahaha.

Next drama is:-

oh

Oh-My-Lady-Choi-Si-Won-and-Chae-Rim1

Drama ini mengisahkan tentang seorang suri rumah yang berumur 35 tahun, Yoon Gae Hwa yang baru bercearai dengan suaminya dan berusaha mencari kerja di merata-rata tempat. Nasibnya baik apabila mendapat pekerjaan sebagai pengururs seorang artis lelaki yang sangat popular, cantik dan diminati ramai, Sung Min Woo. Hal bertambah rumit apabila Gae Hwa mendapat tahu Min Woo mempunyai seorang anak yang dihantar oleh seseorang ke apartment Min Woo. Disebabkan hal tersebut, Min Woo meminta Ga Hwa menjaga anaknya dan dia akan diberi gaji. Disebabkan Ga Hwa sentiasa bersama dengan Min Woo, hal ini menyebabkan mereka saling jatuh cinta dan merindui antara satu sama lain.

Whoahhhh ! Gile kentang kan ayat aku yang last tuh. Teremosi lah pulak. Tapi apa-apa pun aku nak tengok cerita ni sebab ada abang aku dari Super Junior si Choi Siwon ni. Hahaha boleh? Muka heroin cerita ni pun comel je. Tak nampak yang dia lagi tua dari Siwon. Dahlah dalam cerita ni lagu semua pakai suara Siwon, memang lagi angau lah aku jadinya. Dah stop cerita pasal Siwon !

Next Drama is:-

1999899

1

Dalja’s Spring

Drama ini mengisahkan tentang wanita berumur 33 tahun, Oh Dal Ja yang masih tidak berkahwin dan bertemu dengan lelaki impiannya. Hidupnya bertambah tertekan apabila lelaki yang diminatinya selama 8 tahun rupa-rupanya meminati orang lain. Disebabkan mahu menunjukkan kepada lelaki tersebut bahawa dia juga boleh mendapatkan teman hidup yang lebih baik, Oh Dal Ja telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Kang Tae Bong yang berumur 27 tahun supaya menjadi teman lelaki nya selama sebulan. Dalam masa sebulan itu pelbagai perkara terjadi dan dalam diam-diam Kang Tae Bong dan Oh Dal Ja menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun, perasaan tersebut harus dipendamkan kerana telah tertulis didalam kontrak perjanjian, sekiranya salah seorang diantara mereka mempunyai perasaan terhadap pasangannya, kontrak tersebut serta merta akan terbatal.

Cerita ni memang antara cerita yang berkali-kali aku ulang tayang. Even hero dia tak lah handsome mana pun, tapi dah kata Korea, memang ia bisa meluluhkan hati ku in. Wahh ! Lagi satu yang aku suka sebab heroin dia, Chae Rim adalah orang yang sama berlakon dalam cerita Oh My Lady. Aku suka ! Seriously dia memang tak nampak tua langsung. Lagu dalam  drama ni pun semua best-best tau !

Sebenarnya banyak lagi drama yang aku tengok, tapi aku dah penat nak review satu-satu. Tengoklah next time kalau ada masa lagi, aku review semua drama yang aku dah tengok ok ! Yang aku perasan lah kan, kalau dalam drama Korea tuh, mesti hero-hero dia macam cover macho je. Nasib baik kau memang handsome. Tapi kalau dalam drama Jepun tuh, hero dia memang tak cover langsung. Tak tahu malu lah ! Hehehe.

changsung_2pm_21082009033826

ChanSung 2PM

Gambar tak ada motif ok ! Oklah tak tahu nak cakap apalagi. Bebboiii !

Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

Bila waktu cuti bekerja, apa yang aku rajin buat ehh ? Hehehe !

Assalammualaikum !

Whoaahhh ! Lama gile rasanya aku tak update blog yang dah mula bersawang. Kalau lah blog aku ni ada pintu untuk anai-anai masuk, mesti dah habis ranap dah blog aku dimakan ehh ! Serius aku terlampau busy sampaikan aku tak ada mood nak menaip apa-apa. Kadang-kadang tuh laptop pun aku tak bukak. Better aku membuta lagi bagus. Huhuhu !

Tapi aku tak tahulah kenapa tau, bila waktu cuti je mesti semangat nak memasak macam-macam benda tuh membuak-buak. So bila siang tuh memang aku habis kan banyak masa dekat dapur je lah. Kadang-kadang tuh sampai malam aku dok melangok dekat dapur lagi. Bukan apa, rasa best je main masak-masak sebab apa yang kita masak tuh dimakan sampai habis oleh adik-adik.

Bila time nak tidur tuh baru rasa menyesal tiba-tiba. Yelah mana tak nya, sehari suntuk dok dekat dapur. Bila malam dah penat gile-gile then for sure esoknya nak pergi kerja macam malas nak mampus je rasanya. So sekarang ni memang dah jadi habit aku ok main masak-masak ni ! Kalau setiap kali cuti je, mesti macam-macam lah aku masak. Macam-macam resipi lah aku dok eksperimen dekat dapur tuh. Antaranya ialah:-

Dalindareen7223

Moist Strawberry Chocolate Cake

Masa ni rumah aku ada buat jamuan makan-makan sikit untuk kawan-kawan lama mak and ayah aku. So disebabkan aku dah tak ada benda lain nak buat, kek ni je lah yang aku buat untuk desert ehh ! Boleh dikatakan jamuan ni lebih kurang macam kenduri doa selamat lah tapi kenduri versi moden sebab makanan dia semua moden-moden. Yelah mana tak dengan spaghetti nya, mee bandung nya, puding roti ehh. Memang macam-macam lah sampaikan malam tuh aku dengan mak aku tidur tak ingat dunia sebab just aku dengan mak aku je yang buat kerja. Nak buat macam mana kan ! Dah nasib dekat rumah aku ni ada dua orang je perempuan. Tuh pun aku dengan mak aku je. Sob3

Dalindareen7238

Cupcakes Kanak-kanak Ribena

Serius aku memang fail bab deco-deco ni. Haiyoo ! Kau tengok lah dekat cupcake yang ada love tuh. Mula-mula aku fikir nak tabur lah serbuk oreo tau. Sekali bila dah tabur, tenggelam pulak love tuh. Menyampah betul aku. Tuh yang setengah je serbuk tuh aku letak sebab dah nampak buruk bebeno dah. Memang entah hape-hape lah rupanya. Nasib baik rasa dia ok ! Lepas ni aku nak masuk kelas deco cupcakes lah. Boleh? Motif tiba-tiba.

Dalindareen7240

Dalindareen7241

Spaghetti Carbonara

Benda alah ni aku buat time tengah buat cupcake. Sambil-sambil tunggu kek masak, aku dok siapkan lah kuah dia. Siap pun dah malam. So paham-paham kan je lah. Bila dok melantak malam-malam apa yang terkumpul dekat badan ni. Badan aku memang mencanak-canak naik dah ni. Menyampah dah aku. Nak naik senang je. Nak turun kemain lah susah bebeno. Haiyoo !

Dalindareen7200

So disebabkan pipi aku bagai dipam-pam sekarang ni, so aku malas lah nak letak gambar latest aku. Aku tempek gambar lama aku je lah. Gambar tak ada motif sebenarnya ! Hehehehe. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Dah ngantok !

Bebbboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...