Wednesday, May 18, 2011

Sejarah tempe dalam hidup aku !

Assalammualaikum !

Sengal-sengal badan terasa sebab dua tiga hari ni aku tak cukup tidur disebabkan oleh melayan cerita Jepun and Korea yang berpuluh-puluh episodnya. Rasa macam serba salah pulak dekat mak aku sebab banyak masa aku terbuang hanya dengan terperap dalam bilik tengok cerita-cerita tuh semua. Along mintak maaf ehh mak ! Along tahu mak baca belog along ni. Hehehehehe !

So mehh sini aku nak cerita sejarah tempe dalam hidup aku. Korang kenal tempe tak ? Kenal tak ? Jangan cakap tak kenal. Kalau nak aku lempang laju-laju sekor-sekor, cakaplah yang korang tak tahu. Hahahahaha ! Garang tak aku. Oklah kalau korang memang kenal dengan tempe pun, aku still nak tempek gambar tempe yang memang menjadi kegemaran semua golongan. Wahh ! Rasa macam tengah buat karangan Bahasa Melayu SPM pulak. Yelah ayat skema semacam je aku rasa. So mari kita saksikan gambar tempe bersama-sama. Jeng jeng jeng jeng !

tempe-goreng

ikan-bilis-tempe

R1CQn1sambal tempe

Urggghhh ! Sakit mental aku dibuatnya sebab tengok gambar tempe malam-malam. Meleleh air liur aku sekarang ni. Even tempe ni bukanlah something yang boleh dikatakan mahal, tapi bila dapat makan tempe ni, aku rasa macam ohh dunia ! milik aku yang punya. Kalau mak aku masak tempe goreng campur ikan bilis. Memang berkali-kali lah aku bukak tudung saji jawabnya. Last-last, bila dah time nak makan tengah hari, tengok dah tinggal secoit je dalam mangkuk.

Actually dulu aku memang tak suka langsung makan tempe. Aku ingat lagi time sekolah dulu. Kalau aku balik dari asrama and bukak tudung saji, then yang hanya ada adalah lauk tempe. Aku sanggup tahan lapar tak makan nasi. See memang aku tak suka langsung dengan tempe ! Langsung ok ! Sebabnya aku pernah rasa tempe ni, then dan dan time tuhlah aku rasa tempe ni rasa masam-masam even dah goreng and bubuh perencah bagai. Serius memang aku terus muntah time tuh. Sejak tuh memang aku tak makan, tak sentuh , tak pandang tempe langsung.

But then, masa lepas form 5 tak silap aku. Masa tuh kan dah habis belajar. So memang terperap duduk rumah and malas nak kerja. Even masak pun aku malas. Kerjanya just online, online and online. Tapi time tuh tengah kemaruk layan Myspace lah. Yelah budak-budak kan. Time tuh lah rasa kau hebat sebab ada Myspace and beribu-ribu kawan. Ok enough pasal cerita Myspace.

So disebabkan aku memang pemalas nak mampos, aku pergilah beli lauk instead mak aku pergi jemput adik aku. Masa tuh lauk yang tinggal just ayam sambal dengan tempe goreng sambal campur ikan bilis and kacang. Nak tak nak aku belilah jugak lauk tempe tuh. Yelah kalau aku tak makan pun, mak aku boleh makan tempe tuh. But then, masa tuh adik aku habiskan lauk ayam sambal tuh and yang tinggal hanyalah lauk tempe. So disebabkan dah lapar nak mampos aku pun makan jelah.

Masa first masuk dalam mulut aku tuh, rasa macam takut jugak ada rasa masam-masam. Tapi bila makin lama aku kunyah, makin aku rasa masam tempe tuh tak ada. Sedar-sedar dua kali aku tambah nasi, and lauk tempe dalam mangkuk licin. Wahh ! Berlaku keajaiban disitu ok.

So sejak daripada tuh, hidup aku dah dipenuhi dengan tempe yang memang sedap nak mampos. Kadang-kadang tuh aku request dekat mak aku supaya masak lauk tempe hari-hari. Bila dah duduk Melaka dekat rumah sewa tuh, lagi keraplah aku makan tempe ok ! Jangan main-main. Hehehehe.

Memang banyak perubahan berlaku lepas aku habis sekolah and kalau ada masa aku cerita lagi ok. Oklah dah tak tahu nak cakap apa lagi. So the conclusion is :

Dalindareen3070

Makanlah tempe untuk dapat badan sihat macam aku !

Huahuahuahua !

Bebboiii !

11 comments:

DeLancrettLurpak said...

tempe dalam kuah lodeh makan tak?

kite tak makan, tak berapa kena dgn tekak.. tapi kalau tempe goreng, huiii sedappp!!!

damha said...

tempe salah satu makanan yg amat berkhasiat yg berasaskan protin iaitu sumber dari kacang soya.....baik utk kesihatan n murah harganya...

Sebiru Hari Ini© said...

xsuke tempe..hehe.. dai kecik lg

Azreen Zunairah said...

delancrettlurpak: kalau yg mcm berkuah reen x makan sgt....huhuhu

Azreen Zunairah said...

damha: ye tau tuh..damha ni da mcm penasihat pemakananplak..hahahaha

Azreen Zunairah said...

sebiru: try lah makan..sedap sgt2 tau...

Azreen Zunairah said...

frame: insyaallah reen join ok !

Cik Cempaka said...

sakit ental dibuatnya bila tengok gambar ke 3 tu...laparrrrrrrr

Azreen Zunairah said...

cik cempaka: samalah...dah gilo dah ni..hahahaha

aindzaya said...

tempee??!
feveret tuhhh!!!

Azreen Zunairah said...

ain: hehehehe sama2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...