Assalammualaikum !
Aduhai syahdunya bila hari ni tak ada kelas so boleh bangun lewat dengan sesuka hati nya. Bila dah terbangun ni barulah kelam kabut sebab rasa lapar and nasib baik lah ada bff saya yang tolong re-heat balik nasi goreng dua hari lepas. Gile tak gile kan pemalas nak mampos. Mampu re-heat jek. Masaknya malas. Then masa tengah blogwalking aku nampaklah entry dekat Blog Pilihan Malaysia pasal Sahabat Blogger-Pelajar Politeknik. So dengan semangatnya aku nak join lah dari tak ada benda aku nak buat dekat rumah sewa ni even banyak assignment nak kena submit. So mari kita mulakan !! Let’s go bebeyh !
Anda belajar di mana?
Ohh kalau nak tau aku adalah salah seorang student yang belajar kat Politeknik Merlimau, Melaka. Nak katakan poli aku ni kiranya dekat kawasan kampung lah jugak. Satu jam dari Bandar Melaka. What ! korang gelakkan aku ehh ! Hello, bukan ke mostly tempat belajar kita-kira semua memang dekat ceruk-ceruk kampung or pedalaman. So jangan nak gelakkan aku ok ! Nak katakan poli aku ni kira top jugaklah dekat Melaka ni sebab apa-apa event mesti nak buat dekat poli aku. Macam Sukma dulu, semua atlet duduk kat poli aku tau. Jadi tuan rumah lagi. Kau jangan main-main ok !
Hah ! Ni lah tempat di mana aku belajar. Tempat di mana aku kenal dunia yang penuh pancaroba. Chewah ! Dekat poli ni aku ambil kursus Diploma Pengurusan Hotel and Katering. Memang boleh dikatakan kalau sapa-sapa yang badannya kurus keding bolehlah masuk poli aku and ambil kos aku ni sebab bila kau dah masuk kos aku ni dengan secara automatiknya kau akan jadi tembam ! Samalah macam aku. Sejak masuk poli ni badan aku macam di pam-pam. And poli aku memang korang akan nampak dulu bila dah masuk Merlimau. So tak payah lah kau buat-buat taknak jalan depan poli aku kan. Memang akan jumpa punya poli aku. Percayalah !
So disini lah tempat aku selalu lepak-lepak bila kelas cancel or ada apa-apa event. Kalau dekat universiti orang akan panggil fakulti kan. Berbeza dengan poli, fakulti kitorang akan digantikan dengan Jabatan. So dekat poli ni aku belajar dekat Jabatan Hospitaliti lah. Ada banyak lagi jabatan-jabatan lain tapi malaslah aku nak cerita. Kan ni belog pasal aku so aku cerita pasal aku je lah kan.
Tempoh aku belajar dekat poli ni ialah 3 tahun and aku masuk masa sesi Julai 2008 and now aku dah nak habis belajar dah. Kiranya tahun ni lah aku habis belajar. Babai politeknik ku yang tercinta..sob..sob !
Gambar bersama rakan sekelas anda ?
Nak katakan sepanjang tiga tahun aku belajar dekat sini memang terlampau banyaklah gambar-gambar aku dengan member-member aku. So dengan rajin nya mehh sini aku tempek gambar aku dengan member-member aku start dari sem 1 sampailah aku sem 6 sekarang ni ha ! Sila jangan gelakkan muka aku yang tak semenggah ni ! Kalau nak gelak pun silalah gelak secara diam-diam. Jangan sampai aku tau. Now I presenting you the old version of Areen tembam ! until the new of Areen Tembam !. Tah apa-apa tah nak bagi announcement macam tuh !
Hah ! Ni masa aku sem 1. Aku saja letak gambar aku yang jauh-jauh. Nanti tak ada lah korang nak guling-guling gelakkan aku kan. Masa ni sem 1 semua wajib kena duduk asrama. Aku ni manalah suka duduk asrama kan so nak taknak kena lah jugak duduk asrama. Masa ni boleh dikatakan life aku hanya dengan kawan-kawan bilik aku and asrama yang lain. Tak ada masalah nak couple-couple ni. Cehh !
Saja je aku letak gambar aku time sem 2 ni dekat-dekat. Nanti boleh lah korang gelak-gelakkan aku sambil makan popcorn kan. This time memang perangai masing-masing macam budak-budak. Yelah memang budak-budaklah kan sebab baru 19 tahun. Then budak-budak mana suka ceramah kan so terhasil lah gambar aku yang ghoman ehh macam ustazah dah. Gile aku nak keluar then lipat tudung macam ni ghoman ehh. Memang buang tebiat lah.
Hah ! Time sem 3 ni lah muka aku dah berubah lah sikit-sikit. Bukan buat plastic surgery or cucuk botox ke hape. Tapi time ni kira dah expert sikitlah bab mekap. Kira kalau muka bangun tidur aku boleh lah ubah kepada muka yang dah mandi. Muahahaha ! Tapi bagi aku sem 3 yang paling best sebab kelas aku ada arrange satu event yang dinamakan Poli Idol then lecturer memang puas hati sangat dengan arrangement event kitorang. Kembang jap ! Ok dah kecut balik dah ! Masa ni wajib tau semua pakai baju P.Ramlee and saloma sebab dah kata temanya begitu. So kenalah ikut rules !
Masa sem 4 ni lah paling sedih sebab aku dengan kawan-kawan aku kena praktikal. Tempat pun berbeza-beza so nak jumpa selalu pun memang lah tersangat susah. Then praktikal pulak 6 bulan. Haiy0o memang seksalah aku rasa. Masa time ni badan aku memang dah naik sangat-sangat dah. Yelah dah kata praktikal dekat hotel kan so makan je lah kerjanya.
Sem 5 memang best lah sebab masing-masing baru habis praktikal kan so kira macam lepas rindulah jugak. Dapat duit ptptn je. Masing-masing macam tak ingat dunia berjoli.
And now sem 6 kira sem yang terakhir. Tak lama lagi masing-masing akan bawak haluan masing-masing. Dah tak da nak jalan sama-sama, nangis sama-sama macam, gelak sama-sama macam sekarang. Nanti aku maybe akan further study dekat universiti pulak and akan jumpa ramai kawan lagi. So kawan-kawan dekat poli akan jadi kenangan yang paling best bagi aku. Sob sob sedihnya.
Pengalaman pahit dan manis anda di Politeknik ?
Kenangan paling manis maybe sebab aku dapat ramai kawan kot. Then bila aku dapat kenal boipren aku yang aku kenal dari sem 1 sampai lah sekarang. Ingatkan dulu konon-konon taknak bercinta sampai kerja nanti. Tapi bohong semua tuh ! Alih-alih aku terima jugak lelaki yang ngurat aku time sem 1 dulu. Sekarang dah jadi boipren aku forever ever after kot ! Insyaallah.
Oklah aku dah penat dah merepek dari tadi. Aku harap aku akan dapat habiskan sisa-sisa hidup aku dekat poli yang tercinta ni. Oklah bebboiii !
10 comments:
lorr, Student Poli Merlimau gak ea. same la. hihi. yatie amek marketing. errrr, tibe2 rindu kat poli. T.T
Pinky Pixie :
haah reen student poli..dah nak abis dah pon..huhu
hye,, aima dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin... Salam perkenalan...
aima:
hye aima..nice to meet u..kita sama2 budak poli ehh..yeaaaaa !!!
Ex PMM jugak ,,, heheh
Kak....boleh cerita sikit x subjek ape yg ada kt program hotel dn katering ni....pastu,best x belajar kt sini?? ��
Setahu akak lah kan.subjek yg ada macam belajar front office, belajar management, belajar accounting, belajar masak-masak..hehehe..macam2..apa-apa pun best belajar dekat sini..hehehe
Saya mencari budak hotel katering untuk bekerja area kl. Berminat sila call 0172838664
Saya mencari budak hotel katering untuk bekerja area kl. Berminat sila call 0172838664
Assalamualaikum , akak ada dapt surat pendaftaran pelajar baharu politeknik merlimau ? Bukan surat tawaran yg lagi satu surat panggilan pendaftaran pelajar baharu macam tuu laa , ade x kak ??
Post a Comment