Monday, April 27, 2015

Yeayy ! Follower dah cecah 800.

Assalammualaikum.

Hari ni memang busy. Sangat-sangatlah busy sampaikan bila orang call extension aku dekat office ni pun aku rasa nak marah je. Tahu tak orang busy woi ! Manalah orang nak tahukan. So memang dikatakan stress betul hari ni. Lagi dengan sakit-sakit masalah perempuan. Memang bertambah-tambah lah aku rasa macam nak gigit orang je.

Tapi stress ni semua hilang bila aku saja-saja je bukak blog sengal ni tengah hari tadi. Biasalah kan bila dah stress, baca ayat dekat blog sendiri pun tergelak terbahak-bahak. So boleh bayangkan tak tahap stress aku macam mana dah ? Tahap teruk dah aku rasa, syok sendiri pun ada. Yelah, tak ada orang baca kan. Kita sendiri lah yang baca. Siapa lagi kan. Ye dokk ! Lepas tu masa scroll-scroll ternampak lah dekat bahagian followers tu. Ehhh ! Dah cecah 800 orang lah. Gosok-gosok mata sebab nak kan kepastian. Kelip-kelip mata still jugak nampak nombor 800. 




Alhamdulillah, alhamdulillah ! Thanks sangat-sangat kepada sesiapa yang sudi nak follow blog yang tak ada faedah ni. Yelah memanjang je nak merepek-repek kan. Apa-apa pun mekasih ye uolls ! Nanti hakak belanja choki-choki seorang sebatang ye.




Nampaknya pipi semakin gebob .

Oklah bye !




Sunday, April 26, 2015

Balik kampung je mesti diet rosak !

Assalammualaikum.

Lama betul tak balik kampung halaman. Cewahh macam lah jauh sangatkan. Padahal dekat Kuala Pilah tu je haa. Sampai uwan aku touching-touching lah kitorang satu family tak balik. Yelah kalau dulu boleh lah balik setiap minggu. Sekarang ni macam dah susah je. Bukannya apa, adik aku yang kecil tu sekarang ni dalam mood nak UPSR so memang every week time weekend memanjang je sekolah. Kalau adik aku tak sekolah, aku pulak ada kelas dekat Shah Alam tu haa. So disebabkan tak nak uwan touching lebih-lebih dengan aku, gigihkan jugak balik minggu ni sebab kebetulan aku tak ada kelas, adik aku pun tak sekolah.

Bila tahu cucu-cucu dia nak balik, haa mulalah uwan aku masak macam-macam. ni yang malas nak balik kampung ni uwan. Along nak diet ni, kejap lagi tak muat nak pakai baju kahwin. Motif ! Sebenarnya terpulang dekat diri sendiri jugak kan, alasan je nak makan banyak-banyak leteww ! Hahahaha.



Semua bersantan dan berlomak-lomak hokey ! Rasa ngantuk je lepas makan nasi dengan lauk-lauk ni semua. Dari kiri atas : masak lemak ikan tenggiri,  bawah : masak lemak sotong campur terung, kanan bawah : rendang daging.

Ohoiii macam mana entah uwan aku dapat kekuatan masak-masak semua ni padahal selalu je ngadu-ngadu dekat aku sakit kaki. Semangat sangat leteww anak cucu nak balik kan uwan.



Haa ko nampak pinggan aku penuh ke tak penuh tu. Kemain lauk keliling pinggan. Lepas tu boleh pulak time tengah makan-makan uwan aku masak rendang ayam campur daun puding dengan ikan goreng. Perghhh heaven. Kalau seminggu aku duduk kampung. Confirm di pam-pam badan aku. Hehehe.

Oklah bye !


Sakura Candy - Kemam kemam dah boleh cantik luar dan dalam tau.

Assalamualaikum !


Bayangkan korang kemam gula gula yang sedap tu, larut dalam mulut.Tiba tiba selepas seminggu kulit jadi cerah,awet muda,lebih gebu.Untuk ibu lepas bersalin pulak susu melimpah ruah.Tak ke seronok rasa nak lompat???


SAKURA CANDY-PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA



Haa!!itulah mukadimah Beucure sakura candy.Banyak lagi manfaat/kelebihan/fungsi sakura candy ni tau.


Kan dah cakap banyak gilos fungsi dan kelebihan serta manfaat sakura candy ni.Dari kulit lembap sampai la akar rambut jadi kuat.

Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan 
✔Kulit cerah pinkish satu badan 
✔Merapatkan miss V 
✔Menambahkan keinginan tutttt!! 
✔Kulit lembut macam baby 
✔Tinggi antioksida(Menggunakan extrak Sakura Japan high standard) 
✔Membentuk body 
✔Bertenaga.Jaga waktu tidur kita. 
✔Pemadam parut 
✔Cegah dan hapuskan jerawat,jeragat..




Haaa!!ni lagi banyak khasiat sakura candy dari segi kesihatan,kecantikan dan nak cantik molek body.Demi cantik seluruh badan,cubalah sakura candy.tak rugi you ollss!!!


Cara Makan Sakura Candy ni senang aje,
1) Koyak sachet
2) Kemam terus di bawah lidah

Bila waktu terbaik makan???
jawapannya: satu sachet bangun pagi perut kosong dan malam sebelum tidur.nak lagi cepat kesan makan 2 malam,2 pagi.


Kandungan Beucure Sakura Candy ni:

Bahan-bahan ni memang kualiti terbaik dan terbukti untuk jadikan kulit Cerah Merah Jambu tau! Bahan-bahan ni agak mahal dipasaran tapi sangat menjadi dan kesan terbaik!! :)

Sakura Extract
Acai Berry
Snow Lotus
Pamogrenate
Collagen
Vitamin C
Maltodextrin
Sucralose

Halal dan lulus KKM ke?

Jangan risau, Beucure Sakura Candy halal dimakan kerana diperbuat oleh kilang bumiputra Muslim dan kilang tu berstatus GMP Halal. KKM pun dah dapat nombor rujukan dari mereka. Jadi kemam Sakura Candy tanpa was-was ye! 

Proses:
1. Jika badan mempunyai masalah, ia akan merawat dalam badan terlebih dahulu.
2. Sel kulit mati akan dirawat dan diganti.
3. Kandungan kolagen dalam badan dan kulit bertambah.
4. Menjadikan kulit cerah kemerahan dan gebu secara sekata.



Soalan Lazim biasa ditanya :
1) Berapa Harga Beucure Sakura Candy?
-Harga sangat berpatutan sesuai dengan Kualiti dan kesan cerah merah jambu. Harga RM150 (sm), RM160 (ss). Free postage. 

2) Kandungan kat dalam berapa?
-Ada 30 sachet khas untuk 30hari guna. Satu sachet ada 2gram Sakura Flakes. Rasanya adalah rasa sakura iaitu seperti makan gula-gula masam manis. Sedap!

3) Bila masa terbaik untuk ambil Sakura Candy ni?
sejam sebelum sarapan, malam – sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Utk kesan optimum, ambil semasa perut kosong. 

Minum air masak at least 2 liter sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

4) Boleh ke diambil ketika haid/period?Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. 
5) Wanita mengandung boleh makan Sakura Candy?
Boleh ambil tapi tidak digalakkan. Lebih elok diambil selepas anda bersalin / dalam pantang.

6) Wanita berpantang selepas bersalin boleh ambil?Boleh tetapi disarakankan diambil selepas 60 hari bersalin iaitu semasa badan sudah berada dalam keadaan yg stabil. Pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.

7Lelaki boleh amalkan Sakura Candy?
BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan Sakura Candy ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda.
 

8) Boleh ke ambil Sakura Candy bersama ubat lain? Contoh saya ambil ubat hospital dan juga supplement dari produk yang lain.
Ya boleh ! Tapi dinasihatkan untuk 
jarakkan waktu pengambilan sekurang2nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

9) Berapa lama baru boleh nampak kesan lepas ambil Sakura Candy?
Semua orang nak kesan yang cepat dan pantas kan. Secara umum nya kesan bergantung pada badan masing-masing dan berbeza bagi setiap individu. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari - 3 bulan paling lewat penggunaan. Seeloknya guna Sakura Candy ini selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang optimum.

10) Adakah ianya akan menyebabkan buncit?
Untuk makluman, produk ini mempunyai ramuan untuk mengempiskan perut. Oleh itu, ia secara tidak langsung juga membantu menyelesaikan masalah buncit yang dihidapi.
11) Bagaimana pula kekerapan membuang air kecil dan besar? Adakah ia normal?
Ya, ia adalah normal kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembuangan toksin-toksin/lendir-lendir di dalam badan.

12) Siapa yang sesuai untuk guna produk ini?
Lelaki dan wanita boleh guna produk ini. Untuk remaja seeloknya umur 15 tahun ke atas dah boleh guna Sakura Candy

TESTIMONI:









HUBUNGI
SMS/WHATSAPP SHJ

011 2941 0140



AGEN/STOKIS DIPERLUKAN.MENANG IPHONE6

P/S : Eiii rasa macam best je kan. Harus beli ni. Huhuhu

Thursday, April 23, 2015

Preparation for Konsert Jamal Abdillah.

Assalammualaikum

Huarghhhh lama nya tak ada entry baru dalam blog sengal aku ni. Cerita pasal buat community service dekat rumah anak yatim pun aku tak update lagi. Entah bila-bila nak buat entah. Ada je bercopok dalam draft tu. Ok bercopok ! Perkataan baru aku rasa. Muahahaha. 

This week memang aku rasa busy sangat. Office aku pun dah macam bursa saham dah aku rasa. yelah mana tak nya, keluar masuk orang nak beli tiket konsert Jamal Abdillah, lepas tu dengan tangan masing-masing bergawang-gawang ke atas sebab jual tiket. Untuk pengetahuan korang, hotel tempat aku kerja ni memang setiap tahun akan buat konsert amal ataupun ganti dengan minggu setiausaha. So this year. hotel Royale Bintang jemput Jamal Abdillah untuk buat konsert. Actually tahun ni dah masuk tahun ke tiga dah Datuk Jamal buat konsert. Huhuhu. Entah apa yang bos aku suka sangat dengan Jamal ni entah. Kita layan kan je. Yang penting aku dapat tiket free banyak. Yeahhh. Opss terlepas pulak. Hahaha.

Aku pun kadang-kadang tak paham department finance aku ni buat apa. Ingatkan kena jual tiket je. Last-last bos suruh jugak kitorang tagging semua kerusi dalam ballroom. Kau mampu ? Padahal tugas Finance ni aku rasa, dok kira duit keluar masuk je. Cehhh tak apa lah, kita berpegang kepada prinsip hotel. All for one, one for all. Sangat ! Hahahahaha.



Benda alah sticker ni lah aku dengan office mate yang lain kena lekatkan belakang kerusi. Gambar kerusi yang dah kitorang lekatkan sticker, aku lupa nak ambil. Syokk bebenor tagging kerusi dekat ballroom. Sangat !



Haa tengok tu kemain joyahnya mulut Sapura dengan Kak Pah. Hahaha. Ampunkan daku ye. Apa-apa pun uolls tetap gorgeous dan hot di mata guwe.



Before start main tagging-tagging kerusi dekat ballroom, kita tangkap gambar perasan-diri-cantik dulu. Muahaha. 

From left : Kak Pushppa, aku yang lebor, Sapura, Kak Gowri dan mak buyung kak Balqis.



Cantik pulak gambar ni, nampak klasik je. Ehh tangan di bahu, mata ke atas.




Mengada-ngada sangat nak background Jamal. Yelah esok mesti dah ramai orang punya. So better tangkap gambar sementara orang tak ada.



Ni gambar sopan pulak.



Kak Gowri, cuba sopan sikit. Muahahaha. Jamal dekat belakang tu perhatikan je kita semua tau.




Masing-masing sengetkan badan nampak. Masa ni budak-budak office yang lain ramai yang tak ada. tu yang dua tiga kerat je yang ada dalam gambar ni.

So moh ler kita pergi siapkan kerja dalam ballroom. Kejap lagi, asyik bergambar je, kerja tagging mentagging pun tak siap. Tak pasal-pasal je bos pandang lain macam je kat kitorang nanti. Sadis.

Ingatkan tak ada lah penat sangat kerja tagging-tagging kerusi ni. Tapi bila dah start buat, memang lenguh-lenguh jugak lah kaki. Dengan tak bukak aircondnya. memang segala-galanya berpeluh and berlecak lah. Erkk geli. Muntah.




Gambar-gambar ni kebanyakkan nya semua dari handphone Effy. Model yang tinggi lampai dekat depan tu. Memang tangan dia dah kira macam monopod dah aku rasa. Panjang sangat. Kalau dia tangkapkan gambar pun mesti semua muka akan masuk lah. Cuba kalau suruh aku yang pegang handphone tu, last-last memang nampak muka aku je. Tu pun kalau nasib baik nampaklah semua. Kalau tak, ada je lah muka yang kena potong atau nampak separuh je. Muahaha

Habis tagging kerusi bagai, cepat-cepat kitoang semua pergi balik dekat backdrop yang gambar Jamal tadi. Nak hilangkan penat and biasalah lumrah perempuan kan. Selfie atau welfie ramai-ramai tu memang jadi acara wajib.



Ni lah semua ahli-ahli Finance department. Nampak muka Jamal dekat belakang tu pun nak masuk jugak. Jeles lah tu kitorang tangkap gambar ramai-ramai. Ehh tetibe pulak kan.



Beria-ia lah memasing nak masukkan muka dalam kamera kan.

Habis je welfie banyak-banyak, terus je gerak pergi coffee house sebab masing-masing dah lapar kan. Cehh padahal, kerja tampal sticker dekat kerusi je pun. Hei ! Penat tau. Korang mana tahu.

Then masa nak gerak pergi coffee house tu, ada lah function wedding buat dekat tepi swimming pool. Memang nampak colourful sangat. Terus lah masing-masing excited nak tangkap gambar dekat tepi swimming tu kan. Yelah bukan selalu tau nampak orang letak pelamin tepi pool tau. 






Cantikkan decoration table dia. Masa ni aku dah excited dah sebab nampak warna meja pink dari jauh. Laju-laju tangkap gambar, mana tahu boleh jadi ilham untuk kahwin nanti. Ehh tiba-tiba pulak kan.



Ni lah dia pelamin yang heboh diperkatakan dari tadi tu. Tepi swimming pool uolls. Dah lah colourful, cantik pulak tu. Tetibe je ada kelibat halimunan dekat situ. Hahahaha.





Ohoiii apasal lah cantik sangat ni. Tahu tak aku ni peminat benda-benda colourful ni, kalau boleh time wedding aku nanti, aku nak buat tema rainbow segala. Tapi apakan daya. Hanya mampu berangan saja.


Paling best kan, dekat tepi pool tu ada gazebo colourful macam ni tau. Tak ke gila jadinya kau kan. Memang setiap penjuru lah kan aku ambil gambar.


Memang ambil kesempatan sangat kan. Nampak dek bos, mahunya kena maki nanti. Alah relax lah bos, kitorang dah tolong bos kot. Bagilah peluang nak selfie-selfie sikit. Muahahaha



Uwaa lebornya aku ! 





Dah puas tangkap gambar dah kan. So jom lah makan !


Selamat menjamu selera uolls ! Esok jangan lupa jaga kaunter tiket elok-elok ye. 


Esok temanya gold, so gigihlah kan malam-malam ni try tudung gold aku tu.  Lagi satu kan yang lagi gigih, aku beli kain dekat nagoya and tempah jahit tepi punya pasal. Ni semua Jamal punya pasal.

Oklah bye !




Saturday, April 18, 2015

Asam pedas sedap !

Assalammualaikum.

Minggu ni rutin harian semuanya dah berubah, sebabnya adik aku dah start tuisyen dekat Senawang. So memang lepas balik kerja pukul 6, sampai je rumah, lepak-lepak and borak-borak dulu dengan emak aku dekat ruang tamu, lepas Maghrib terus gerak pergi Senawang. Hari-hari okay start dari hari Isnin sampailah Khamis. Cuma Khamis semalam aku malas nak hantar adik aku, alasannya sebab nak buat assignment lah kononnya. lepas tu habuk pun tak ada. Aku bantailah tidur tak sedarkan diri. Sedar-sedar dalam pukul 11 malam macam tu, kelam kabut bangun nak siapkan assignment. Hew hew hew what a boring student life kan  ! Padan lah muka.

Bila dah hari-hari hantar adik aku dekat Senawang, so memang hari-hari lah aku dengan emak aku dok survey dekat mana nak singgah makan. Ala-ala jalan-jalan cari makan lah. Aku pun pelik dengan emak aku ni, selalu ajak aku cari tempat makan yang best-best lepas tu heboh suruh aku diet. Macam mana nak diet kalau asyik makan sedap-sedap je kan. Mih mih mih. Tak lama lagi nak kahwin ni, tapi lemak-lemak dekat badan aku ni tak nampak lagi tanda-tanda nak hilang. Aishhhh

Lepas dah hantar adik aku, emak aku ajaklah aku cari tempat makan cekodok yang best. Aku dengan emak aku kan hantu cekodok. Semua tempat yang jual cekodok kitorang nak try. Kalau tak sedap kitorang complain, kalau sedap kitorang puji. Ehh ehh macam tagline pulak kan. Betul lah kan, customer is always right kan walaupun selalunya tak ada lah right sangat pun. Hehehe. Dah merayau-rayau, sekali emak aku cakap, " jomlah kita try cekodok dekat tempat yang kita biasa makan tu, mana tahu dah sedap pulak rasanya ". Aku pun iya kan je lah.

Terus gerak pergi kedai cekodok ni. Aku ok je lah kan nak makan dekat sini sebab dah terbayang-bayang dah coconut shake yang sedap dekat dekai tu. Aku rasa tak ada tempat boleh lawan. Dekat Klebang pun tak sedap macam ni tau. Before this memang aku selalu makan cekodok dekat sini, tapi bila orang yang buat cekodok dah bertukar, terus cekodok tu jadi tak sedap. Keras je ! Aku rasa kalau baling dekat tingkap mesti pecah. So boleh bayang kan tak betapa keras nya cekodok dekat situ. Start tu jugaklah aku dengan emak aku memang dah tak singgah lagi kedai tu. Dekat setahun kot tak silap aku. So sekarang ni saja je lah kan nak try, mana lah tahu kot-kot dah sedap pulak kan. Hehehehe.




Coconut shake dah sampai !

Ni lah dia coconut shake yang aku dok gebang dekat korang sedap-sedap tu. Seriously still lagi sedap. Memang rasa sangat kelapa dia tu. Tak percaya silah cuba ok. Confirm tak menyesal.





Cekodok ikan bilis pun dah sampai.

Komen : Hurmm still sama jugak. Tapi yang ni lagi teruk aku rasa, nak patah gigi bila makan. Haa over tak komen aku. Tak salah kan kalau komen macam ni. Still kuciwa !

Nasib baiklah aku dengan emak aku order asam pedas. So ada jugaklah benda yang mengenyang kan perut. Haaa over sangat kan. Cekodok portion dia sikit kot. Kalau asam pedas ni portion dia kemain lah banyak tau. Silap-silap sampai pagi esok pun belum tentu lapar lagi. Terima kasih asam pedas. Untuk makluman korang, aku memang jarang sangat-sangat nak suka lauk asam pedas orang lain masak. Yang jadi favourite of course lah asam pedas yang emak aku masak. Tapi bila rasa asam pedas dekat kedai ni, terus rasa terpikat. Sedap wei !




Nasi putih + timun + telur masin
Banyak sangat nasi kedai ni bagi tau.



Aku dengan emak aku order satu lauk je. Asam pedas daging tetel. So nasi dua pinggan dengan satu lauk asam pedas. Wahhhh terliur pulak. Saja je kan.



Lepas tu lenyek-lenyekkan daging dengan telur masin. 
Whoahh memang terbaik. Merecik-recik peluh kau makan tau.



Yang paling best, asam pedas ni datang sekali dengan pakej sambal gesek. Tau tak apa sambal gesek tu? Sambal ni memang popular sangat-sangat dekat Negeri Sembilan. Tumbuk ikan bilis dengan cili api. Lepas tu bolehlah ngap. Pedas gile kot ! Memang berpeluh-peluh and basak ketiak makan asam pedas dengan sambal gesek ni tau. Huhuhuhu.


Peneman setia. Angah yang tak habis-habis dengan nasi pataya dia.
Pergi mana-mana je mesti nak nasi pataya. Lantaklah angah. Janji kenyang tak kacau orang lain,




Emak yang khusyuk makan asam pedas dengan sambal gesek. Masa ni boleh control lagi sebab baru start makan. Lepas tu mulalah masing-masing cari air nak hilangkan pedas. Apa-apa pun asam pedas dia memang sedap. Terpadam lah hasrat nak complain pasal cekodok yang keras tu.

So kalau sesiapa nak try, memang senang sangat nak cari. Landmark kedai ni ialah Klinik Tawakal. Kedai ni betul-betul bertentangan dengan Klinik Tawakal. Try ok jangan tak try !


Oklah bye !






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...