Thursday, April 23, 2015

Preparation for Konsert Jamal Abdillah.

Assalammualaikum

Huarghhhh lama nya tak ada entry baru dalam blog sengal aku ni. Cerita pasal buat community service dekat rumah anak yatim pun aku tak update lagi. Entah bila-bila nak buat entah. Ada je bercopok dalam draft tu. Ok bercopok ! Perkataan baru aku rasa. Muahahaha. 

This week memang aku rasa busy sangat. Office aku pun dah macam bursa saham dah aku rasa. yelah mana tak nya, keluar masuk orang nak beli tiket konsert Jamal Abdillah, lepas tu dengan tangan masing-masing bergawang-gawang ke atas sebab jual tiket. Untuk pengetahuan korang, hotel tempat aku kerja ni memang setiap tahun akan buat konsert amal ataupun ganti dengan minggu setiausaha. So this year. hotel Royale Bintang jemput Jamal Abdillah untuk buat konsert. Actually tahun ni dah masuk tahun ke tiga dah Datuk Jamal buat konsert. Huhuhu. Entah apa yang bos aku suka sangat dengan Jamal ni entah. Kita layan kan je. Yang penting aku dapat tiket free banyak. Yeahhh. Opss terlepas pulak. Hahaha.

Aku pun kadang-kadang tak paham department finance aku ni buat apa. Ingatkan kena jual tiket je. Last-last bos suruh jugak kitorang tagging semua kerusi dalam ballroom. Kau mampu ? Padahal tugas Finance ni aku rasa, dok kira duit keluar masuk je. Cehhh tak apa lah, kita berpegang kepada prinsip hotel. All for one, one for all. Sangat ! Hahahahaha.



Benda alah sticker ni lah aku dengan office mate yang lain kena lekatkan belakang kerusi. Gambar kerusi yang dah kitorang lekatkan sticker, aku lupa nak ambil. Syokk bebenor tagging kerusi dekat ballroom. Sangat !



Haa tengok tu kemain joyahnya mulut Sapura dengan Kak Pah. Hahaha. Ampunkan daku ye. Apa-apa pun uolls tetap gorgeous dan hot di mata guwe.



Before start main tagging-tagging kerusi dekat ballroom, kita tangkap gambar perasan-diri-cantik dulu. Muahaha. 

From left : Kak Pushppa, aku yang lebor, Sapura, Kak Gowri dan mak buyung kak Balqis.



Cantik pulak gambar ni, nampak klasik je. Ehh tangan di bahu, mata ke atas.




Mengada-ngada sangat nak background Jamal. Yelah esok mesti dah ramai orang punya. So better tangkap gambar sementara orang tak ada.



Ni gambar sopan pulak.



Kak Gowri, cuba sopan sikit. Muahahaha. Jamal dekat belakang tu perhatikan je kita semua tau.




Masing-masing sengetkan badan nampak. Masa ni budak-budak office yang lain ramai yang tak ada. tu yang dua tiga kerat je yang ada dalam gambar ni.

So moh ler kita pergi siapkan kerja dalam ballroom. Kejap lagi, asyik bergambar je, kerja tagging mentagging pun tak siap. Tak pasal-pasal je bos pandang lain macam je kat kitorang nanti. Sadis.

Ingatkan tak ada lah penat sangat kerja tagging-tagging kerusi ni. Tapi bila dah start buat, memang lenguh-lenguh jugak lah kaki. Dengan tak bukak aircondnya. memang segala-galanya berpeluh and berlecak lah. Erkk geli. Muntah.




Gambar-gambar ni kebanyakkan nya semua dari handphone Effy. Model yang tinggi lampai dekat depan tu. Memang tangan dia dah kira macam monopod dah aku rasa. Panjang sangat. Kalau dia tangkapkan gambar pun mesti semua muka akan masuk lah. Cuba kalau suruh aku yang pegang handphone tu, last-last memang nampak muka aku je. Tu pun kalau nasib baik nampaklah semua. Kalau tak, ada je lah muka yang kena potong atau nampak separuh je. Muahaha

Habis tagging kerusi bagai, cepat-cepat kitoang semua pergi balik dekat backdrop yang gambar Jamal tadi. Nak hilangkan penat and biasalah lumrah perempuan kan. Selfie atau welfie ramai-ramai tu memang jadi acara wajib.



Ni lah semua ahli-ahli Finance department. Nampak muka Jamal dekat belakang tu pun nak masuk jugak. Jeles lah tu kitorang tangkap gambar ramai-ramai. Ehh tetibe pulak kan.



Beria-ia lah memasing nak masukkan muka dalam kamera kan.

Habis je welfie banyak-banyak, terus je gerak pergi coffee house sebab masing-masing dah lapar kan. Cehh padahal, kerja tampal sticker dekat kerusi je pun. Hei ! Penat tau. Korang mana tahu.

Then masa nak gerak pergi coffee house tu, ada lah function wedding buat dekat tepi swimming pool. Memang nampak colourful sangat. Terus lah masing-masing excited nak tangkap gambar dekat tepi swimming tu kan. Yelah bukan selalu tau nampak orang letak pelamin tepi pool tau. 






Cantikkan decoration table dia. Masa ni aku dah excited dah sebab nampak warna meja pink dari jauh. Laju-laju tangkap gambar, mana tahu boleh jadi ilham untuk kahwin nanti. Ehh tiba-tiba pulak kan.



Ni lah dia pelamin yang heboh diperkatakan dari tadi tu. Tepi swimming pool uolls. Dah lah colourful, cantik pulak tu. Tetibe je ada kelibat halimunan dekat situ. Hahahaha.





Ohoiii apasal lah cantik sangat ni. Tahu tak aku ni peminat benda-benda colourful ni, kalau boleh time wedding aku nanti, aku nak buat tema rainbow segala. Tapi apakan daya. Hanya mampu berangan saja.


Paling best kan, dekat tepi pool tu ada gazebo colourful macam ni tau. Tak ke gila jadinya kau kan. Memang setiap penjuru lah kan aku ambil gambar.


Memang ambil kesempatan sangat kan. Nampak dek bos, mahunya kena maki nanti. Alah relax lah bos, kitorang dah tolong bos kot. Bagilah peluang nak selfie-selfie sikit. Muahahaha



Uwaa lebornya aku ! 





Dah puas tangkap gambar dah kan. So jom lah makan !


Selamat menjamu selera uolls ! Esok jangan lupa jaga kaunter tiket elok-elok ye. 


Esok temanya gold, so gigihlah kan malam-malam ni try tudung gold aku tu.  Lagi satu kan yang lagi gigih, aku beli kain dekat nagoya and tempah jahit tepi punya pasal. Ni semua Jamal punya pasal.

Oklah bye !




2 comments:

CikLily Putih said...

cantik wedding details tu ek...

Azreen Zunairah said...

Cik Lily : Haah memang cantik sangat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...