Tuesday, April 5, 2011

Tabiat emak aku lepas dah bank in kan duit untuk aku !

Assalammualaikum !

Buant tebiat betul aku malam-malam ni sebab rajin pulak nak update belog yang tak semenggah ni kan. Bila pemalas tuh. Masyaallah ! Sampaikan nak tekan link belog aku pun aku malas. So boleh bayangkan macam mana aku pemalas kan. Yes ! Aku memang pemalas. Sesiapa yang tak puas hati boleh tulis ketidakpuasan hati anda tuh dalam comment tuh ehh. Ekk motif !

Tadi baru lepas call mak aku  sambil nangis-nangis. Yang sambil nangis-nangis tuh nampak bebenar lah kan aku ni penipu. Kalau terpekik terlolong tuh memang ada. Tak tahulah kenapa. Kalau mak aku cakap dalam telefon, mesti aku akan jarakkan sedikit handphone tuh dari telinga aku. Bukan sebab dia membebel pung pang pung pang dekat aku tapi volume suara mak aku tuh memang bagi gelombang yang buatkan taik telinga aku cair. Hahaha ! Boleh ?

So disebabkan nak berlawan kehebatan suara dengan mak aku. Aku pun kuatkan lah jugak volume suara aku ni. So gelombang suara aku ni kira-kiranya memang boleh sampai rumah yang selang dua rumah dari rumah sewa aku. Ekk betul ke apa aku cakap ni. Lantaklah haii ! Tapi yang statement tuh pun aku rasa tipu jugak. Aku yang tengah risau sampai nak terberak-berak ni cerita lah dekat mak aku yang aku risau sebab aku ada exam speaking MUET esok. Mak aku pun dok bantai cakap berkali-kali. Confident itu penting. Biar salah asalkan point ada. Yelah mak !

Lepas tuh aku ngadu lah dekat mak aku duit aku dah habis. And aku memang sengsara gile-gile ni sebab tak ada duit. Tuhlah sapa suruh tengok wayangkan. Lepas tuh boleh pulak mak aku cakap dekat aku. Cuba check dekat account along. Mak rasa mak dah bank in minggu lepas. Aku pun cakaplah, mana ada mak bagitahu along ! Lepas tuh boleh mak aku cakap, alah mak saja je tak nak bagitahu. Karang habis duit tuh sebab asyik nak keluar je. Wah ! I love you lah mak. Aku suruh boipren aku check kan tadi and yess ! Memang betul-betul ada duit.

Yang aku perasan lah kan dekat mak aku ni kan. Tabiat dia yang aku nampak, kalau dia bank in duit mesti dia tak nak bagitahu aku langsung tau. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi lepas aku buat mesej nak mintak simpati dekat mak aku supaya dia bank in kan duit, baru lah dia beritahu yang duit dia dah lama bank in kan. Dia tak nak aku membazir. Wah ! Lepas ni hari-hari lah aku nak check account bank aku. Boleh ? Jangan merungut ehh budak-budak poli kalau setiap kali kau pergi ATM, muka aku ni je yang tercongok. Hehehehe.

Dalindareen3653

Mak aku adalah perempuan yang berbaju biru itu ! Tengok sama tak muka dia dengan aku. Jawab cepat ! Tadi aku mintak restu dekat mak aku supaya mak aku doakan aku tak gagap and jadi confident masa speaking test esok. So kawan-kawan yang baik hati. Silalah doakan aku ni supaya esok masa time speaking, tak adalah aku kejap-kejap aaaaa, kejap-kejap emmmmmm. Tau tau. Doakan aku ehhh ! Doakan aku supaya everything will be fine.  Oklah aku nak start balik jadi orang gile yang speaking sorang-sorang. Jangan main-main tau ! Orang gile pun pandai speaking.

Dalindareen5282

Adik ! Kak yong rindu adik sangat-sangat. Urmmm

Bebboiii !

Aku jadi gile sebab Abang Ben Ashaari. Hehehehe =)

Assalammualaikum !

Hari ni otak aku betul-betul rasa pening-pening lalat lagi. Tak tahulah kenapa kan. Nak katakan aku kena hujan, tak ada pun aku mandi hujan tadi. Tekak aku dah jadi makin perit and mata pun makin pedih. Ahhh kenapa ehh ? Aku mana ada pakai eyeshadow dekat mata hari ni, aku pakai eyeliner je. Ekk motif ! Bukan selalunya memang kau pakai eyeliner je ke Areen setiap kali pergi kelas? Gile lu mat ! Janganlah aku demam balik. Please !

Masa tadi lepas balik kelas, rutin harian aku lah. Kalau balik kelas je terus bukak plug laptop and on laptop. Lepas tuh aku akan online and bukak Facebook and belog yang tak semenggah ni. So lepas dok godek-godek Facebook aku. It’s time tuh godek-godek belog pulak.  Aku rasa macam terkejut gile. Berkali-kali aku gosok mata aku ni. Mata yang tengah pedih pun aku boleh bukak luas-luas. Macam mana tak pelik bila aku nampak benda alah ni !

Untitled

Klik Gambar untuk Tumbesaran yang Sempurna !

Rasa macam gile kejaplah aku tau ! Sebab dekat Segmen Abang Ben ni je aku dapat 21 comment. Mana pernah aku nak dapat komen banyak macam ni. Yelah aku sedar belog aku ni macam mana kan. Orang yang datang nak baca pun, macam nak tak nak je baca.

Lepas tuh kan, nampak tak anak panah yang lagi satu tuh. Tuh pun buat aku terkejut jugak. Sebelum ni mana pernah Innit tuh nak publish kan belog yang tak semenggah ni. Semuanya pasal Abang Ben lah ni tau ! Saya suka betul lah dengan Abang Ben. Oupppss sebelum semua orang salah faham baik aku cakap terus terang. Aku suka dekat Abang Benn sebab dia anjurkan macam-macam Segmen yang best tau.

Yang paling tak tahan tuh ! Semalam aku tengok follower aku baru 310 orang. Then tup tup hari ni aku bukak, dah ada 328 orang. Even nampak sikit je yang naik and jadi follower aku. Tapi bagi aku, nilai tuh dah dikira banyak sangatlah tuh. Seriously, memang tersangat-sangatlah susah untuk attract orang baca belog kita yang tak ada unsur-unsur ilmiah langsung ni.

So dekat sini aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang follow belog aku ni. Then kepada Abang Ben, buatlah segmen banyak-banyak lagi. Nanti aku akan rajinkan diri aku untuk join semua tuh. Hehehe. Oklah tak tahi nak cakap apa sebab rasa terharu sangat. Alah Areen, cakap je lah kau tak ada idea lagi kan. Ok fine ! Memang pun.

Oklah bebbooiii !

BEN ASHAARI GEGAR 1000 BLOG : SOALAN BONUS !

Assalammualaikum !

Untitled

* Klik Sini Kalau Nak Join Jugak ! *

Bebboiii !

Monday, April 4, 2011

Sesi mendatingkan diri bersama bff tercinta.

Assalammualaikum !

Seronok gile bila layan lagi Solei Solei yang Usop nyanyi dalam cerita Hantu Kak Limah dengan bff aku si Wani. Masing-masing dah gile sebenarnya lepas buat Law punya pasal. Lepas dah study law aku, aku memekak-memekak speaking untuk MUET sorang-sorang. Wani tak nak layan aku sebab dok khusyuk layan comic anime online dia. Huh nyampah !

Sebenarnya dah lama dah pun berlalunya acara dating-mendating ni. Jumaat minggu lepas kot. So korang boleh bayangkan betapa lamanya aku tangguh untuk update belog yang tak semenggah ni kan. Actually acara dating-mendating ni tak dirancang sebenarnya. Keluar pun sebab aku dah tak tahan sangat dengan kepanasan yang melanda dekat Merlimau, Melaka ni. Tak tahulah kenapa Merlimau ni kejap panas, kejap sejuk. Mana lah aku tak demam. Tuh yang aku tak cakap sangat dengan budak-budak rumah aku sebab aku asyik pening kepala je. Mesti diorang ingat aku moody kan. Wei motif !

Oklah meh sini aku nak cerita. Sebenarnya plan ni semua start bila bff aku si Tiqa comel ni tiba-tiba je IM aku. Dia ajak aku ronda-ronda Bandar Melaka. Aku dengan keadaan yang boring teramat plus pening kepala and hidung yang sakit ni pun just setuju je lah. Boring jugak duduk rumah. Dah lah tengah demam kan. Karang kalau manja-manja kan badan, demam makin teruk. So bila dah plan punya plan, just lima orang je yang pergi. Jadilah kan !

Dalindareen6782

Kitorang pergi just naik bas je. Konon-konon nak save budget lah tuh kan ! Alih-alih banyak jugak duit aku habis. Masa on the way nak pergi Mahkota Parade Melaka ni, seriously perut aku dah berkeroncong tahap dewa dah. Yelah dari pagi tak makan apa-apa. So masa dah sampai sana aku dengan bff aku yang lain terus terjah food court dekat atas tuh. Lepas dah berkali-kali dok ulang alik pilih makanan. Last-last Pan Mee ni yang jadi pilihan aku dengan Jie ! Memang sedap wei lagi-lagi tang sambal dia. Korang try lah ehh. Kalau nak makan dekat food court pergi dekat kedai yang hujung sekali.

Lepas dah penuhkan perut aku ni dengan macam-macam isi. Then kitorang plan nak pergi Dataran Pahlawan pulak. Tujuan utama nak tengok wayang movie Beastly. Alah yang Vannesa Hudgen berlakon tuh. Last-last tak ada pun cerita tuh. Maybe tak keluar dekat Malaysia lagi kot. So nak tak nak kitorang pilih lah movie CUN lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin. Review untuk movie ni aku buat dekat next entry ehh sebab aku tengok dua kali.

Lepas dah beli tiket, temanlah pulak si Jie ni gunting rambut. Sementara nak tunggu Jie ni gunting rambut, aku dengan bff yang kaum hawa macam Tiqa, Wani and Ecah pergi main video game dulu. Hehehe.

Dalindareen6784

Seriously cina-cina dekat salon ni semuanya handsome-handsome and hot belaka. Kalau macam ni nanti lepas habis belajar aku nak try apply kerja dekat sini lah. Jadi tukang cuci rambut pun jadilah kan ! Ekk motif.

Dalindareen6790

So that day I’m wearing red dress with half black cardigan accompany with red shawl. Memang merahnya mak ngah time tuh tau. Nampak si Tiqa dengan Ecah dekat ATM tuh? Ecah tak nampak sangat tapi beg baru dia still nampak. Hehehe. Tolong abaikan perut aku yang tengah buncit ok !

Dalindareen6793

Hah hamek kau ! Disebabkan tak nak tunjuk perut aku yang buncit lama-lama. Aku tempek gambar lain pulak. Huh ! Baru puas hati aku.

Lepas je Jie dah habis gunting rambut bagai. We all merayau satu Dataran ni tanpa hala tuju. Tak tahu nak pergi mana dah. Movie start lambat lagi. Yang si Jie boleh pulak pergi beli baju baru sebab dia kata baju yang dia tengah pakai tuh outdated ! Lantak kau lah Jie.

Dalindareen6799

Orang yang bertanggungjawab buat aku gelak sepanjang hari. Terus elok demam aku hari tuh and yang paling syiook tak ada sorang pun yang tahu aku demam tau.

Dalindareen6805

Disebabkan diorang ni semuanya tak pernah makan Hot & Roll, aku pun pergilah ajak masing-masing rasa. Kesian ehh korang semua. Hurmm ! Oklah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Apa-apa pun aku enjoy sangat-sangat hari tuh. Nanti kita tengok Justin Bieber punya Movie pulak ehh.

Oklah bebboii !

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalammualaikum !

Untitled

* Klik Sini Kalau Nak Join *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...