Tuesday, April 5, 2011

Tabiat emak aku lepas dah bank in kan duit untuk aku !

Assalammualaikum !

Buant tebiat betul aku malam-malam ni sebab rajin pulak nak update belog yang tak semenggah ni kan. Bila pemalas tuh. Masyaallah ! Sampaikan nak tekan link belog aku pun aku malas. So boleh bayangkan macam mana aku pemalas kan. Yes ! Aku memang pemalas. Sesiapa yang tak puas hati boleh tulis ketidakpuasan hati anda tuh dalam comment tuh ehh. Ekk motif !

Tadi baru lepas call mak aku  sambil nangis-nangis. Yang sambil nangis-nangis tuh nampak bebenar lah kan aku ni penipu. Kalau terpekik terlolong tuh memang ada. Tak tahulah kenapa. Kalau mak aku cakap dalam telefon, mesti aku akan jarakkan sedikit handphone tuh dari telinga aku. Bukan sebab dia membebel pung pang pung pang dekat aku tapi volume suara mak aku tuh memang bagi gelombang yang buatkan taik telinga aku cair. Hahaha ! Boleh ?

So disebabkan nak berlawan kehebatan suara dengan mak aku. Aku pun kuatkan lah jugak volume suara aku ni. So gelombang suara aku ni kira-kiranya memang boleh sampai rumah yang selang dua rumah dari rumah sewa aku. Ekk betul ke apa aku cakap ni. Lantaklah haii ! Tapi yang statement tuh pun aku rasa tipu jugak. Aku yang tengah risau sampai nak terberak-berak ni cerita lah dekat mak aku yang aku risau sebab aku ada exam speaking MUET esok. Mak aku pun dok bantai cakap berkali-kali. Confident itu penting. Biar salah asalkan point ada. Yelah mak !

Lepas tuh aku ngadu lah dekat mak aku duit aku dah habis. And aku memang sengsara gile-gile ni sebab tak ada duit. Tuhlah sapa suruh tengok wayangkan. Lepas tuh boleh pulak mak aku cakap dekat aku. Cuba check dekat account along. Mak rasa mak dah bank in minggu lepas. Aku pun cakaplah, mana ada mak bagitahu along ! Lepas tuh boleh mak aku cakap, alah mak saja je tak nak bagitahu. Karang habis duit tuh sebab asyik nak keluar je. Wah ! I love you lah mak. Aku suruh boipren aku check kan tadi and yess ! Memang betul-betul ada duit.

Yang aku perasan lah kan dekat mak aku ni kan. Tabiat dia yang aku nampak, kalau dia bank in duit mesti dia tak nak bagitahu aku langsung tau. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi lepas aku buat mesej nak mintak simpati dekat mak aku supaya dia bank in kan duit, baru lah dia beritahu yang duit dia dah lama bank in kan. Dia tak nak aku membazir. Wah ! Lepas ni hari-hari lah aku nak check account bank aku. Boleh ? Jangan merungut ehh budak-budak poli kalau setiap kali kau pergi ATM, muka aku ni je yang tercongok. Hehehehe.

Dalindareen3653

Mak aku adalah perempuan yang berbaju biru itu ! Tengok sama tak muka dia dengan aku. Jawab cepat ! Tadi aku mintak restu dekat mak aku supaya mak aku doakan aku tak gagap and jadi confident masa speaking test esok. So kawan-kawan yang baik hati. Silalah doakan aku ni supaya esok masa time speaking, tak adalah aku kejap-kejap aaaaa, kejap-kejap emmmmmm. Tau tau. Doakan aku ehhh ! Doakan aku supaya everything will be fine.  Oklah aku nak start balik jadi orang gile yang speaking sorang-sorang. Jangan main-main tau ! Orang gile pun pandai speaking.

Dalindareen5282

Adik ! Kak yong rindu adik sangat-sangat. Urmmm

Bebboiii !

7 comments:

Zura said...

waaaah..cam tue plak erk...agaknye dia th anak dia nie suke belanje sakan nie.. :D

Azreen Zunairah said...

zura: memang dia tau pun...mcm mana reen sorok pon..dia mesti akan tau yg reen nie pergi berjoli sakan..hehehe

sarah mohamad said...

hiks. mak saya selalu akan msg kalau lepas bankin kan. jadi senang. dah msg, terus keluar cocoooook. hiks

Azreen Zunairah said...

sarah:oklah mcm tuh kan..mcm mak reen..x kan bgtau langsung..lg bagus..hehehee

nORmAL said...

Salam dik .. selamat berjaya menghadpi muet to k... ok la mak wat mcm to tak dal a membazir sanand betol tahk hehhe..

Azreen Zunairah said...

normal: hurmm sebab tuh lah kot kak...huhuhu...seb baik mak x gtau..kalau x..mesti dah habis duit tuh...

damha said...

belanjalah setiap pemberian drp mak itu secara berhemat n perkara yg perlu saja...jgn membazir dgn perkara yg x sepatutnya....hargailah setiap sen yg kita terima itu dgn sewajarnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...