Sunday, May 13, 2012

Dia ~ Memang selalu faham dengan apa yang aku nak.

Assalammualaikum !

Actually dari semalam dalam hati ni dah menjerit-jerit nak update seketul dua entry yang tak seberapa. Tapi tangan still dok klik benda lain. Malas bebeno nak taip panjang-panjang. Last-last hari ni baru aku semangat sikit nak taip panjang-panjang. Tuh pun sebab internet dah laju sikit. Kalau terkemut-kemut, memang kirim salam lah kan aku nak update. Ehh macam dah lari tajuk je. Selalu tau melalut. Padahal mukadimahnya bukan ada isi penting pun.

Disebabkan hari ni, hari untuk ibu-ibu diraikan. So aku dengan rajinnya nak ceritalah sikit pasal emak aku yang tersayang. (Kejap kejap nak set mood jadi sedih jap). Oklah semua sedia maklum yang dalam family aku ni, just aku dengan emak aku je yang perempuan ayu lagi comel dan cantik. Erkkk muntah tak dengar aku cakap macam tuh. Kira oklah tuh aku cakap macam n kan. Better cakap macam ni dari tulis macam ni, ‘kiteeww hodoh, tak shommell, tak hot shangatt pun’. Sajalah tu kan nak suruh orang puji dia kan. Lepas tuh berduyun-duyun lah orang cakap, ehh tak, awak comel lah sayang, awak itu, awak ini. What the… ! Macam ada nada jeles je dekat sini. Muahahahaha.

Ok berbalik kepada tpik pasal emak aku ni, disebabkan just aku berdua je dengan mak aku yang perempuan, so memang banyak lah benda yang aku akan share dengan mak aku. Dari baju, lipstik, minyak wangi, kasut..ehh tak share sebab tak sama saiz, makanan semualah nak share. Sebenarnya bukan share pun tapi lebih kepada sesi merembat. Heee ~ Kalau diikutkan masa kecik dulu aku tak adalah rapat dengan mak aku sangat, aku lebih rapat dengan ayah.Kira biasalah tuh kan, anak perempuan rapat dengan ayah. Tapi bila aku dah start masuk asrama, makin lama aku makin rapat dengan emak aku.

Bila dah rapat, memang semua benda lah kan kau nak cerita, even kadang-kadang tuh pasal spender kau dah hilang satu pun still nak cerita jugak. Bila dah kerja sekarang ni, aku memang ikut mak aku pergi mana-mana je. Kalau pergi kenduri kahwin tuh, selalu orang bandingkan aku dengan emak aku, then cakap ehh ini anak ke adik. Teruslah mak aku kembang kempis.

Bila dah pergi kenduri kahwin, memang dah jadi lumrah orang yang umur 22 tahun macam aku ni, mesti berangan, nanti kahwin nak buat macam ni lah. Nanti time orang makan-makan nak buat gempak skit, buat lah tarian singa ke. Disebabkan aku ni bila berangan, mesti nak cerita dekat mak aku, selalu jugaklah mak aku layan impian perkahwinan yang entah bila nya entah. Selalu lah aku cakap dengan mak aku, mak nanti kan bila along kawin kan, along nak buat tema polkadot lah emak. Jarang kan orang buat macam tuh. Dari alas meja sampailah ke pelamin, semua along nak polkadot tau mak. Adik semua pun kena pakaibaju melayu tema polkadot. Kau mampu nak buat baju melayu polkadot ? Mak aku ni, malas-malas nak layan pun, dia layan kan je lah tapi sambil buat muka euwwwwww ! Tak dapat nak digambarkan. Terus terang je lah cakap malas nak layan aku kan.

Disebabkan aku dah obses sangat dengan polkadot ni, memang semua benda polkadot yang mak aku nampak bila kitorang keluar, mesti dia suruh aku beli. Kadang-kadang aku beli, bila tak berkenan, takdanya aku nak beli. Tapi kalau diikutkan memang banyak lah jugak mak aku berkorban untuk aku. Tak terkira banyaknya. Tuh belum lagi berkorban kena pakai wedges polkadot yang aku beli. Haaa ~dah kena paksa, kenalah pakai kan.

Actually memang banyak sangat benda yang aku nak tulis tapi tiba-tiba je memory lost. Hee ~ Tapi walau macam mana mak aku bising pun, aku tetap sayang mak aku dunia akhirat. Sampai akhir hayat dia aku akan try buat dia happy. Begitu juga lah dengan ayah. Along sayang mak dengan ayah !

Dalindareen8656

Emak kenapa pandang tempat lain !

Dalindareen8657

Yeahhh mak dah pandang kamera !

SELAMAT HARI EMAK !!!!

Bebboii~

6 comments:

aizamia3 said...

selamat hari ibu.. ;)

Azreen Zunairah said...

selamat hari ibu untuk awak jugak..huhuhu

Uncle Jonni said...

slmt hari ibu buat ibu2...
juga bloger2 berstatus ibu,... huhuhu

Azreen Zunairah said...

selamat hari ibu untuk mak awak jugak...huhuhuhu

damha said...

selamat ari ibu utk ibu reen....moga semuanya cihat n bahgia selalu...

Azreen Zunairah said...

damha: sama2 damha...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...