Monday, April 23, 2012

Bila diri ini bertukar menjadi Avatar ! Alah makhluk yang warna biru tuh ~

Assalammualaikum !

Malam ni aku rasa badan aku lain macam je tau. Dari siang tadi pening semacam je. Tapi bila time makan, kemain lah berselera melantak kan. Memang nampak palsu sangat kalau kau kata kau sakitkan. Tak ada siapa pun nak layan. Tapi serius wei, kepala aku dah macam ada orang main drum dah kat dalam ni. Tunggu masa nak explode je. Tapi update tetap update. Sementara aku tengah rajin ni, baik aku taip panjang-panjang.

Selalu tau mukadimah nak panjang-panjang. Padahal, mukadimahnya tuh tak ada pun isi-isi penting yang berfedah pun ! So meh lah aku mulakan cerita macam mana aku boleh bertukar jadi Avatar tuh. Sesiapa yang tak kenal Avatar tuh, mehh sini aku nak tepuk muka kau tuh pelan-pelan. Takkan lah tak kenal dengan Avatar tuh. Famous gile kot movie tuh. Kalau still tak tahu, pergilah cari DVD dekat mana-mana kedai. Alah sepuloh hengget je kot. Bukannya mahal mana pun kan !

Cerita nya cenggini, semalam aku pergilah dengan mak aku ambil motor dekat Tampin untuk adik aku si Imran tuh. Yelah dia pun dah 16 tahun, so hebohlah gebang nak ambil lesen motor bagai. Lepas tuh, takkan lesen je yang ada kan. mesti motor kena ada sekali. Ye idokk ! Even aku just nak ambil motor je pun, still nak melaram. Tuh lah yang jadi Avatar macam gambar seperti dibawah ini ~

Dalindareen8560

Gambar nak stok myspace dahulu kala je kan. Hahaha ! Ni lah yang aku maksudkan Avatar tuh. Aku ingat contact lens yang aku pakai tak adalah biru sangat. Sekali pakai, memang nampak palsu sangat mata aku tuh. Dah macam orang sakit pun ada jugak. Yelah tersampuk saka Avatar lah katakan. Huhuhu.

So disebabkan kawasan yang aku pergi pun kawasan kampung yang ada gunung ganang kehijauan, makanya sesi bergambar adalah amat cantik sekali disini iyaaa iyaaa dong !

Dalindareen8548

Adik kak yong yang paling kak yong sayang !! Emak aku cakap, rupa adik aku dah macam Effa Owana dah. Sesiapa yang tak tahu siapa effa owana tuh mehh lah aku bagitahu. Dia adalah seorang pemain bola sepak negeri sembilan yang paling manis kulitnya ok ! Hahaha.

Oklah kepala aku semakin lama semakin kuat bunyi drum nya ! Nanti ada masa yang free, aku cerita-cerita lagi ehhh !

Ok bye !

8 comments:

aizuddin said...

waaa.. betul nya biru tuh..hehe

Azreen Zunairah said...

aizuddin: tau x pe...hahahahaha

BLOG-EPIC-SCENE said...

CANTIKNYA HEHEE

Mr. Z dan Mis N said...

ni kes peminat fanatik avatar la ni ek
jom baca ni...entry ilmu
http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/wanita-cara-mencantikkan-payudara.html

Azreen Zunairah said...

blog epic: apa yg cantiknya oiit...hahaha

Azreen Zunairah said...

mr. z: boleh tahan lah fanatiknya...hahahaha

damha said...

nampak mcm anak mat saleh le reen nie..biru mata hitamku..he3333

Azreen Zunairah said...

damha: muahahahaha xda maknanya mat saleh...makan belacan depan tb gak..muahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...