Sunday, April 22, 2012

Semakin ramai anak buah yang lahir, semakin ramailah yang akan panggil saya Mak Long ! =)

Assalammualaikum !

Dengan secara tiba-tiba aku tengok header baru dekat atas ni terlebih over. Walawehh ! Inilah jadinya bila tak ada kerja cari kerja. Edit pun malas-malas je sebab segala penat lelah aku seharian dekat photoshop tak berbaloi langsung. Yelah mana tak nya, siap je satu header, then rasa tak cantik, delete balik. Tuh je lah kerja aku dari pagi tadi sampailah sekarang. Ok tipu ! Tadi aku stop kejap sebab nak tengok cerekarama dekat TV3. Hehe.

Disebabkan dah terlampau penat and fed up yang teramat, aku masukkan je lah header yang tak rupa header macam kat atas ni. Over sangat wei ! Lantaklah. Esok kalau aku rajin, aku bukak lah photoshop tuh. Tuh pun kalau aku rajin. Sekarang ni kita cerita pasal kalau ok ! Dah lah panjang sangat pulak mukadimahnya.

Actually benda ni dah lama dah pun. Minggu lepas kalau tak silap. Masa ni mak aku dengan suara lemah-lembut nya, ajak lah aku tengok anak cousin aku yang lebih dikenali sebagai kak lang dekat hospital KPJ. Saja leeteeww nak suruh along jadi driver mak kan. Huhuhu ! So disebabkan aku free yang terama, aku follow je lah cakap mak aku.

Seriously, aku macam tak biasa sangat dengan hospital Kpj ni. Kalau GH tuh aku biasalah. Cuba try test tanya aku ceruk mana je, gerenti lah semua aku tahu. Gile berlagak kan. Tapi bila dekat hospital kpj ni, aku tak boleh nak berlagak sangat. Disebabkan tak biasa punya pasal, sampai sesat jugaklah aku dekat dalam kpj tuh. Aiishhh ! Kalau nak masuk wad pun siap ada button, baru boleh bukak pintu dia. Aku baru tahu ok ! Jangan nak gelakkan aku. Puaslah aku tolak-tolak pintu tuh. Nasib baiklah dapat tengok baby comel yang ramai tau dalam wad tuh. Sejuk sikit hati aku.

Dalindareen8519

Anynyo comelnya anak buah aunty ni tau ! Umur 22 tahun aku dah ada anak buah yang ramai ok. Siaplah bila diorang dah besar ni, mahunya sorang-sorang datang dekat aku tuntut duit raya nanti. Dah lah anak zaman moden. Entah-entah duit yang 10 hengget tuh pun dia tak pandang.

Dalindareen8520

Jangan tertipu ok ! Gambar dekat atas ni still baby yang sama dengan gambar yang lagi satu tuh. Actually ni baby first kak lang aku. Tuh yang rasa macam excited nak tengok. Excited punya pasal sampaikan nama dia pun aku tak ingat. Takpelah, nanti balik kampung aku tanyalah nama dia balik. Hehehe !

Lepas dah sok sek sok sek dengan kak lang aku, emak aku pun mintak izin nak balik. Kenapa sok sek sok sek ehh ? Yelah dah namanya hospital so kenalah cakap bisik-bisik. Ok aku tipu sebab masa dalam wad tuh selamba je aku gelak kuat-kuat dengan kak lang aku tuh. Saja je taip sok sek sok sek untuk bagi effect real sikit. Boleh ? Hahaha !

Gambar kak lang aku tak boleh nak di publish kan sebab gambar dia sedikit censored lah kan. Yelah mana tak censored nya, masa kak lang aku tuh tengah susukan baby lah baru aku rajin nak tangkap gambar. Hehehe. Tapi tak apa, sebab aku akan gantikan dengan gambar Aunty Long. Wei over sangat ok !

Dalindareen8516

Bukti kebahagiaan yang teramat sebab duduk dekat rumah. Malas nak cakap apa-apa. Ok bye !

3 comments:

Bobo said...
This comment has been removed by the author.
Bobo said...

Comelnye baby :)

damha said...

ramainya anak buah mak long reen nie...he333...utk anak2 buah tu jgn lupa beraya dgn mk long tau..he333

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...