Monday, January 23, 2012

Drama remaja yang best sangat-sangat untuk dilayan :)

Assalammualaikum !

Now ada dekat kampung tersayang. Dari tadi aku dok melantak kuih cucur yang nenek aku ajar. Yeah ! Aku dah berjaya buat kuih cucur dengan sendiri setelah 21 tahun aku hidup dekat bumi ni tau. Hidung kembang kempis kejap sebab bangga. Muahahaha ! Taukan kuih cucur yang mana satu kan kawan-kawan. Yang warna coklat muda tuh. Yang memang manis gile tuh. Tau kan ! Cakap tau sekarang. Oklah aku bagi gambar ehhh. Karang ada yang ingat aku buat cucur bawang ke, cucur badak ke.

images

See dah tau kan cucur yang mana satu aku dok buat kan. Gambar atas ni ihsan Pakcik Google sebab kuih yang aku buat dah habis di ngap oleh cousin-cousin aku yang lain. Tiba-tiba hidung kembang kempis balik. Bangga sekejap. Wei ! Jangan nak bangga sangat lah kan. Orang lain dah berzaman pandai buat kuih cucur. Kau baru sekarang nak kecoh kan !

Ok ok berbalik kepada tajuk utama kita hari ni. Sekarang ni aku memang suka betul layan cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Memang cerita tuh dah lama sangat keluar dekat Astro Ria tapi aku nak dok gebang jugak dekat sini yang cerita tuh memang best gile wei !

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Pernah tak tengok cerita ni ? Jangan kata tak pernah pulak. Takkan aku sorang je yang layan cerita ni kot ! Memang cerita ni memang kebudak-budakkan sangat tapi faktor utama aku nak tengok cerita ni sebenarnya sebab ada si Randy yang handsome ni. Kejap-kejap nak letak gambar comel dia kejap.

390101_292127670825275_143015999069777_829363_299676531_n

Auwww ! Comel gile kot. Tiba-tiba rasa muda remaja tengok muka si Randy Pangalila ni. Ehh betul tak aku eja nama mama indon ni ehh ? Lantaklah asalkan ada bunyi kan. Jom kita layan gambar si Randy dengan Elfira Loy dalam drama ni.

Biodata-Randy-Pangalila-dan-Biodata-Elfira-Loy-Pelakon-Biar-Mimpi-Sampai-Ke-Bintang-335x600

images (1)

images (2)

Sweet kan ! Aku malas nak cerita pasal movie ni. Tapi yang penting dia pasal si kaya dengan si miskin yang bercinta lah. Si Randy ni menyamar jadi miskin and si Elfira ni menyamar jadi anak orang kaya. Padahal pada hakikatnya si Randy ni anak jutawan and Elfira just anak penjual ayam je kot ! so begitulah alkisahnya.

Lagu dalam telemovie ni pun memang best lah bagi aku sampaikan aku suruh kawan aku nyanyi lagu ni bila time karaoke. Punyalah terpengaruh kan !

Seventeen-untuk mencintaimu

Boleh tak masa aku dengar lagu ni, aku terbayang kan si Randy tuh menyanyi lagu ni. Same goes to lagu Aishiteru yang Zivilia nyanyi tuh. Sampai sekarang bila dengar aku terbayang kan si Randy tuh yang nyanyi. Punyalah terpengaruh dengan Cinta Melody tuh. Nasib baik aku tak terpengaruh dengan cerita Nada Cinta tuh.

Apa-apa pun aku nak layan cerita Biar Mimpi sampai ke Bintang ni balik. Memang tak muak tengok cerita ni. Korang try lah layan. Mesti akan jadi macam aku jugak dok tercongok depan laptop. Oklah dah Maghrib ni, karang mak aku memekak aku dok online.

Dalindareen8130

So kita bertemu kembali malam ni ehh. Tu pun kalau aku rajin nak update. Agak-agak lah kan, muka aku ada iras-iras Randy Pangalila tak ? Manalah tau kan ada iras-iras. Orang tua-tua kata kalau muka kita ada iras dengan seseorang, jodoh kita kuat dengan orang tuh. Dah ! Memang motif tersangat bila berkata begitu.

Bebboi !!

7 comments:

Azuan said...

x pernah pulak tengok!

Azreen Zunairah said...

pegi tengok cepat !! besh tau !!!

S H I T E Q said...

blom tgk. haishh. gewaammm nyeee. mesti tgk ni.

Azreen Zunairah said...

tengok cepat shiteq !!!! best gile kot..huhuhu

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) said...

datang singgah follow sini haha

Azreen Zunairah said...

macih ali...macih !!

Anonymous said...

ak lyan citer biar mimpi sampai kena simbah air je hahahahaha........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...