Wednesday, March 9, 2011

Tips nak elok demam cepat. Boleh je sesiapa nak ikut cara aku tapi terpulanglah. Huhuhu

Assalammualaikum !
Kesian aku tengok roommate aku or bff kesayangan aku tadi tau. Dari siang dok terlantar sebab demam. Aku ni mana boleh nampak orang sakit sikit. Mulalah aku rasa risau satu macam. Rasa kesian of course lah ada kan sebab takut sakit tuh jadi makin teruk kan and lagi satu yang paling penting, aku takut demam tuh berjangkit dengan aku. Yelah sekarang ni kan aku dah final semester so memang busy yang amat dengan final projek, assignment yang berlambak-lambak, kuiz dengan test lagi. Memang pening sangat sampai kadang-kadang aku rasa stress. So sakit-sakit ni memang jadi mimpi ngeri lah bagi aku.

Idea nak update belog ni pun sebab aku rasa kesian sangat dengan bff aku ni and aku harap dia bacalah belog aku ni. Ekk motif ! Cakap je lah sebenarnya kau dah tak ada idea kan Areen oiit. Disebabkan rasa sayang kepada bff aku yang seorang ni, aku sediakan lah semua ubat yang dia nak and kalau boleh aku tak bagi pun dia datang kelas esok. Baik tak aku? Baik kan ! Please cakap aku baik. Hahahaha !

Siapa pernah rasa demam? Angkat laptop sekarang ! Mestilah semua pernah rasa macam mana demam ni kan. Kalau tak pernah tuh aku tak tahu lah nak cakap apa kan. Maybe kau tuh baby baru seminggu lahir kot. Tuh yang kau tak pernah rasa lagi demam tuh. Or maybe kau belajar ilmu kebal dari semua penyakit and sebab tuh kau memang tak pernah langsung kena demam. Boleh ?

fever-child

Selalunya kan bila aku kena demam, aku jenis demam yang cepat kebah or bahasa senang nak fahamnya, kira cepat sembuh lah. Memang senang je aku nak sihat sebab aku ni jenis tak duduk diam bila aku sakit.

So aku nak bagi sikitlah tips yang aku selalu guna bila aku kena demam ni. Benda ni semuanya senang je just terpulang dekat korang lah nak ikut ataupun tidak. Yelah aku bukan paksa nak suruh ikut pun sampaikan aku hentak-hentak laptop suruh korang ikut kan. Tapi just nak share lah apa yang aku selalu buat bila aku demam. Sharing is caring kan !



Aktif sekuat yang boleh macam jalan-jalan sekeliling rumah or main kejar-kejar dengan adik kau !

Hah ! Benda ni memang aku selalu buat. Kadang-kadang tuh mak aku tak tahu pun aku ni sebenarnya macam mana. Betul-betul demam or buat-buat demam. Tapi aku memang tak manjakan sangat badan aku ni bila demam sebab aku tak suka sakit lama-lama. Yelah, kan bila kita demam kita akan rasa pening kepala yang amat kan. Aku tak suka situasi tuh. Aku memang tak suka pening kepala. Aku rasa tension sangat. So sebab tuh lah, selagi boleh aku akan buat apa-apa kerja yang ada asalkan aku tak tidur terbaring and just terlantar macam orang dah nak separuh mati.



Pakai cool fever yang untuk orang dewasa. Alah benda alah yang lekat dekat dahi warna biru tuh !

Aku memang suka part ni. Sebabnya mak aku lepas dah beli cool fever tuh, dia akan simpan dalam peti sejuk then bila nak tampal dekat dahi, rasa sejuk gile. Masa tuhlah kau akan jadi menggedik-gedik dengan mak kau sebab benda ni sejuk. Lagi satu aku suka pakai benda alah ni sebab bila kau pakai memang confirm kau akan baik demam cepat. Cuma rasa azab bila pakai cool fever ni sebab benda alah ni akan tarik semua panas yang ada dalam badan kau tuh so memang kau akan rasa pening yang amat-amat. Aku memang benci pening kepala !



Minum air coke yang dimasak dalam periuk masa tengah suam-suam kuku !

Hah ! Yang ni khas untuk orang yang ada sakit tekak lah. Benda ni pun aku belajar dari bff aku yang satu rumah dengan aku jugak. Memang elok lah cara ni. Cara korang nak buatnya senang je. Kau beli sebotol kecil air coke. Jangan botol besar pulak ! Tuh nak buat pesta bolehlah. Ni kau nak buat ubat je kot. Lepas tuh masukkan dalam periuk and biarkan dia mendidih. Lepas tuh sejukkan air coke tuh. Minum time suam-suam lah kalau boleh. Bila korang minum ni, maybe akan rasa air coke tuh manis sangat-sangat sebab yelah gas dia semua dah keluar kan. Tapi memang mujarab lah cara ni. Sakit tekak hilang, batuk pun of course lah hilangkan. Huhuhu



Jangan pakai selimut bila demam !

Hah ! Macam pelik je kan. Selalunya bila demam orang akan rasa nak berselubung dengan selimut je kan. Tapi cara aku lain. Aku memang tak akan pakai selimut sebab kalau kita belajar sains lah kan. Dekat kulit kita ni bila demam dia akan rasa panas kan. So dekat lapisan bawah kulit kita yang panas ni, ada satu lapisan yang akan buat kita rasa sejuk. Sebab tuh lah kita akan rasa menggigil sentiasa. Betul tak aku cakap? Betul kan. So untuk bebas kan rasa sejuk yang jadi punca demam tuh. Kau tak perlu nak pakai selimut or blanket yang tebal-tebal bagai sebab bila kita pakai selimut rasa sejuk ni tak akan keluar sebab tertutup dengan selimut ni. Rasa sejuk ni yang sebenarnya buat kita rasa lemah-lemah and rasa menggigil. So untuk bebaskan rasa sejuk ni, tak payahlah pakai selimut ok ! Memang kena tahan sikit lah. Tapi mana ada sakit yang elok cepat kan. Cubalah try cara aku ni. For sure demam kau memang cepat elok.

So far tuh je lah cara yang aku selalu buat untuk paksa demam tuh keluar dari badan aku. Wah ! Ayat macam kena rasuk dengan hantu je kan. Padahal demam je kot. Huhuhu. Oklah aku pun nak sambung study balik. Esok nak kena present subjek Law.

Dalindareen6458


Marilah kita sama-sama membanteras demam ! Peace not war.
Bebboi !

17 comments:

EJA said...

wah..bagus tips ni..tapi yg tips cola tu mmg tak pernah dengar lagi sebelum ni..sesuatu yg baru..nanti nak cubala..hihi..good info!hihi

Azreen Zunairah said...

eja:hehehe boleh2...cubalah buat..memang mujarab sangat tau...huhuhu

Fazli said...

mana dapat idea minum air coke tu? minum air kosong byk2 je...

Azreen Zunairah said...

fazli:mujarab lah benda alah tuh...kalu minum air kosong pun elok jugak...tapi lambat sikitlah...huhuhuhu

ChAzStYlo said...

ooo...nice info..thanx ya..

Azreen Zunairah said...

chazstylo: ok2 welcome..thx for coming ehh

Ain Dzaya said...

tip yg baik utk ain praktikan sekarang taw~!

ehee

Apa petanda dia jodoh kita? ♥

hisham said...

Sy tgh demam.. Ok nk cuba lah... Tq ye

freezo deedo said...

Nice

Anonymous said...

like. tgah dmam pulak. thanx eh..oduh,seksa.
-wechat- .MrX 0132122162

Zikril Hakim said...

Thanks for info! :)

a'munir b hasshim said...

Adui...makan ubat apa2 pun xjd pa pun...mcmana ar???

a'munir b hasshim said...

Adui...makan ubat apa2 pun xjd pa pun...mcmana ar???

Anonymous said...

KAWAN SAYA DEMAM, INSYAALLAH SAYA AKN PRAKTIKKAN ;)TQQQQQ

Anonymous said...

Sakit tekak minum plak air mnis knfim anak tekak bngkak....

salmizah said...

tq atas info yang berguna ini.

yang psl air coca cola tu pernh dgr tp tak pernh cuba bt sebab jarang kena demam..

pengambilan vit c setiap hari adalah sangat-sangat perlu untuk kuatkan antibody badan drp persekitaran yang sememangnya tak sihat ini..

salam perkenalan dan jom singgah blog saya..

Evelina Avilla said...

Tgh demam..jap lg nak try petua admin..thanks admin..

Kalau sudi ble lawat blog saya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...