Wednesday, March 9, 2011

Menu untuk tengah hari. Just menu untuk gadis bujang and yang tengah berdiet macam aku ! Ekk motif.

Assalammualaikum !

Tajuk dekat atas tuh cakap makan tengah hari kan padahal sekarang dah petang pun. Tapi memang betul pun, aku start masak pun pukul tiga petang. Pung pang pung pang pegang sudip, kuali and periuk, dah pukul empat petang. Apasal lambat sangat ? Yelah, dah kata dekat Melaka ni aku duduk dekat rumah sewa and selera masing-masing pun lain. So aku kenalah tunggu turn untuk masak. Lagi-lagi sekarang ni member aku dekat rumah semuanya sedang berhempas pulas berdiet, so memang tak boleh nak masak sebarangan lah kan.

Bila dah diet ni kan. Macam-macam benda yang dulunya jadi favourite aku, semua aku tak boleh nak makan. Memang kena tahan je nafsu ni. Then bila rasa teringin gile-gile, aku boleh rasa macam nak nangis tau sebab teringin sangat-sangat nak makan something yang sedap. See see. Bolah nampak kan macam mana terganggunya emosi aku. Cehh motif !

So mehh sini aku nak tengok menu yang aku mampu masak. Boleh dikatakan setiap hari aku just makan mihun, mihun dan mihun. Kadang-kadang bila aku dah muak sangat-sangat, aku tak makan pun benda berat macam mihun tuh. Aku just makan kuih-kuih sikit and minum banyak air mineral.

Dalindareen6482

Tadaaaa ! Aku just masak sardin campur sayur kubis campur bawang and campur cili api sikit. Lepas tuh makan dengan mihun yang dicelur dalam air yang panas mendidih. See korang tak pernah makan kan? Masa aku bagi boipren aku makan mihun sardin ni pun, dia jadi macam pelik sebab mana pernah dibuat orang kan. Mihun makan dengan sardin. Kalau mihun goreng sardin adalah orang buat, tapi macam menu yang aku buat ni. Memang tak ada rasanya. Wah ! Lepas ni aku nak cipta menu pelik-pelik lagilah. Huhuhu

Dalindareen6483

Kan aku ada cerita yang bff aku si Wani tengah demam kan. So disebabkan sayang and prihatin nya aku dekat Wani ni, aku masakkan lah dia bubur. Bubur ni pun aku buat  sesimple yang boleh. Aku just masukkan hotdog dengan sayur kubis ke. Tapi alhamdulillah. Banyak jugak bff aku tuh makan and dia pun dah bertambah sihat.

Dalindareen6485

Eii comotnya ! Nampak sangat gelojoh time ambil lauk sardin ni kan. Boleh dikatakan dah banyak kali dah aku makan lauk sardin ni. Nak katakan muak ada jugak tapi bila dah lama tak makan, rasa macam rindu pulak. Macam ketagih sardin pun ada jugak. Hoi ! Kau letak dadah apa kat sardin ni ? Tengok aku dah jadi ketagih tau !

So itu sajalah yang aku nak tunjukkan. Saja je nak tunjuk apa yang aku makan tengah hari tadi. Ehh salah..salah ! Nak tunjukkan petang tadi aku makan apa. Oklah aku macam dah pening-pening lalat ni.

Bebboii !

4 comments:

alinac lover said...

hehehhe mcm best ni..nnty nk try la :)

Azreen Zunairah said...

alinac:jomlah try!!! sedap...huhuhuhu

zaty faisol said...

wahh.menu baruuu tu.
heee :)

Azreen Zunairah said...

haruslah kan...nanti trylah...sedap....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...